SharpShooter Followers

Tuesday, January 03, 2012

Info yang anda perlu tahu Mengenai Hacker dan tips untuk mengelak dari digodam...



Pertama sekali, korang perlu tahu Hacker ini mempunyai pelbagai Kelas-Kelas tertentu, iaitu :-

Cracker

Cracker adalah seseorang yang berkebolehan untuk mengubah atau memecahkan “copy protection”.

Sebagai contoh,seorang cracker akan cuba membuat sesuatu aplikasi menjadi miliknya dengan mengubah “copy protection” aplikasi tersebut. Golongan ini lebih berbahaya berbanding Hacker biasa.

Script Kiddies

Seseorang yang tidak mempunyai skill,ilmu,atau pengetahuan dan tiada etika.

Mereka mendapat semua daripada hacker atau cracker yang mempunyai ilmu dan skill.

Sebagai contoh,seseorang itu mengambil script daripada seorang hacker dan menggunakannya.

Untuk lebih senang faham,script kiddies ni lebih kepada copy dan guna sedangkan ia tidak mengetahui apa-apa. LOL!

Phreak

Mereka ini mahir dalam bidang pengodaman system telefon. Biasanya hacker dalam class ini cintakan dunia mobility. Sebagai contoh menyebarkan virus ke dalam telefon orang lain.

Black Hat

Hacker yang menggunakan kebolehannya untuk membuat perkara jahat.

Kelompok hacker ini bekerja dengan mengeksploitasi sistem komputer untuk melakukan kejahatan cyber. Beberapa diantaranya ada yang hanya berdasar penasaran dan kesenangan ada pula untuk kepentingan peribadi. Sebagai contoh,menggodam kredit kad.

White Hat

Hacker yang menggunakan kebolehannya untuk membuat perkara baik.Topi putih ini sering bekerja sebagai bersertifikat "Ethical Hackers," dipekerjakan oleh perusahaan-perusahaan untuk menguji integritas sistem mereka. Sebagai contoh,menggunakan kebolehan untuk pertingkatkan sekuriti pada komputer,web dsb.

Grey Hat

Hacker yang diantara Black Hat dan White Hat (di antara baik dan jahat)

Hacktivism

Menggodam atas dasar politik. Yang ini jarang didengar tetapi umporno sudah beri peralatan dan peruntukan yang lumayan kepada hacker-hacker untuk menggodam laman web pimpinan dan pro Pakatan Rakyat...mereka akan lumpuhkan laman web pro Pakatan Rakyat bila tiba pilihanraya..

Tips - Pastikan password e-mel anda, web anda, blog anda, twitter anda dan facebook anda adalah berbeza...jangan gunakan password yang sama...tukarlah password anda sekerap mungkin untuk mengelak dari digodam......

So, Jika korang di godam, jangan salahkan hacker, tapi salahkan system korang.. :-)

Setiap hari ada je pengguna blogspot yang menghadapi masalah akaun blogger mereka tidak dapat diakses. Ini kerana akaun gmail mereka di hack oleh oleh pihak2 yang tidak bertanggungjawab atas dasar dengki dan iri hati. Ada juga kes si hacker sekadar suka-suka untuk menghack akaun blogger terbabit sebagai mangsa 'uji kaji'. Kira nak test power teknik hack yang baru mereka belajar.

Kita sebagai pengguna internet harus sedar akan bilangan hacker yang semakin hari semakin meningkat. Langkah keselamatan haruslah dilakukan supaya privasi kita di dunia internet ini dapat dilindungi daripada ancaman dan ugutan hacker.

Berita baik untuk pengguna gmail, kini anda boleh menambah extra perlindungan terhadap akaun gmail anda! Sekiranya hacker berjaya memperoleh kata kunci(password) anda sekalipun, mereka tidak dapat memecah masuk ke akaun gmail anda.

Cara untuk meningkatkan kawalan keselamatan akaun Gmail
1. Log masuk ke akaun Gmail anda.

2. Klik pada link ini --> https://www.google.com/accounts/SmsAuthConfig

3. Klik pada Start Setup.

4. Pilih verification method yang anda mahukan. Jika anda memilih Text Message(SMS) or Voice Call, anda akan menerima verification code di telefon bimbit anda samada melalui panggilan telefon ataupun SMS.
5. Masukkan maklumat sebenar mengenai Negara(country) dan Nombor Telefon(mobile number) anda.

6. Sila pilih samada SMS atau Voice Call mengikut kemahuan anda (aku prefer SMS, senang sikit).

7. Selepas mengisi nombor telefon anda dalam kotak yang disediakan, klik pada Send Code.

8. Pihak google akan menghantar verification code kepada telefon bimbit anda. Masukkan kod tersebut ke dalam kotak yang disediakan dan klik pada Verify.

9. Klik pada Next.
Bagaimana anda kehilangan telefon bimbit anda? Penyelesaiannya adalah dengan menyimpan backup code ke dalam komputer anda. 1. Klik pada Next.

2. Anda akan lihat 10 backup verification code. Pilih samada Print Codes(untuk print) ataupun Save to text file(untuk disimpan di dalam komputer anda). Simpan kod tersebut di tempat yang selamat ataupun anda boleh simpan di dalam invisible folder di komputer anda melalui tutorial ini. Jangan hilangkan backup codestersebut kerana ianya amat penting di saat kecemasan.

3. Tik pada kotak dan klik Next.

4. Sekarang, sila isikan nombor telefon alternatif (letak la nombor telefon ayah ke mak ke) dan klik pada Next.

5. Sekali lagi, klik pada Next dan klik --> Turn on 2-step verification.

6. Klik OK.


Selesai! Mulai sekarang, setiap kali anda hendak log masuk ke akaun gmail anda, google akan memintaverification code yang akan dihantar kepada telefon bimbit anda. Kini, akaun gmail anda menjadi lebih selamat daripada ancaman hacker.


Sumber: Klik Sini

Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com