SharpShooter Followers

VIDEO CLIP PERTAMA JINGGA 13 YANG PALING POPULAR

Tuesday, January 31, 2012

Debat "Hapus TOL, Malaysia Bankrap?" antara Guan Eng dan Nor Mohd Yakcop

VS



Pemuda Pakatan Rakyat akan umum esok bila tarikh debat, masa, dan lokasi debat tersebut...adakah debat akan menjadi realiti? Sama-sama kita tunggu...pasti menarik nie....



Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Safri wartawan Harakah pergi buat selamanya...

AL- FATIHAH - Safri wartawan Harakah pergi untuk selama-lamanya. Harakah kehilangan seorang warganya apabila wartawan Mohamad Safri Samsudin, 42 tahun, meninggal dunia jam 5.37 petang ini di Hospital Kuala Lumpur (HKL).Safri yang mula koma pagi tadi disahkan mengidap barah Ahad lepas oleh HKL

Beliau meninggalkan lima anak yang berumur antara lapan hingga 16 tahun dan isteri, Puan Sharifah Nurhayati Al Yahya.

Safri meninggal di hadapan keluarga terdekatnya di samping rakan-rakan dari Harakah. Antara pemimpin PAS terakhir yang melawatnya adalah Datuk Husam Musa, Naib Presiden PAS jam 11.30 pagi tadi.

Semalam Salahudin Ayub, Naib Presiden PAS juga sempat menziarahi beliau.

Safri mula terasa letih-letih badan sejak dua bulan lalu. Akibatnya badan beliau kelihatan susut dengan cepat.

Beliau mendapatkan rawatan awal di Hospital Selayang namun doktor di sana mengesyaki beliau sakit batu karang dan memberikan jadual lawatan seterusnya pada 1 April depan.

Namun, minggu lalu Safri terasa letih sangat dan berat badannya susut begitu mendadak.

Beliau kemudiannya membuat pemeriksaan di HKL dan telah dimasukkan ke wad di sana.

Dua hari lepas, 29 Januari, HKL mengesahkan beliau mengidap kanser yang bermula dari hati dan merebak dengan cepat ke seluruh badan.

Safri dan Harakah

Safri mula bekerja sebagai perekabentuk dengan Harakah sejak tahun 1990an lagi namun berhenti selepas itu.

Pada tahun 2008, Safri menyertai kumpulan Harakah semula dengan bertugas sebagai perekabentuk di akhbar Siasah.

Pada awal tahun 2011, apabila Siasah tidak lagi bersama Harakah, beliau bertukar profesyen menjadi wartawan Harakah.

Ini kerana kebolehan dan minat beliau yang mendalam sebagai wartawan.

Sejak itu beliau banyak membuat tugasan di Parlimen dan juga sidang Dun di samping tugas-tugas kewartawanan yang lain.

"Safri seorang wartawan yang berdedikasi dan fleksibel. Kami terasa benar kehilangannya. Saya bagi pihak semua Jamaah Pengarah Harakah dan kakitangan mengucapkan takziah kepada keluarga beliau," kata Datuk Kamarudin Jaffar, Pengarah Urusan Harakah.

Beliau juga memaklumkan, pihak Harakah menyumbangkan RM2,000 untuk membantu keluarga beliau.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas beliau.
Al-fatihah.

Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Anda wajib tahu siapa The Wall Street Journal

The Asia Wall Street Journal (AWSJ) menjadi buat mulut pada minggu ini. Jarang sekali akhbar luar negara dibincang begini hebat terutama oleh orang-orang yang tidak membaca akhbar ini. Dari Pemuda PAS hingga ke menteri luar Malaysia semua ada memiliki pandangan tentang AWSJ. Pandangan ini berkaitan dengan kenyataan temubual Anwar Ibrahim yang baru dilaporkan dalam akhbar itu.

Saya juga memiliki pandangan tentang AWSJ. Saya juga memiliki pandangan tentang Israel. Saya juga memiliki pandangan tentang peranan zionis Israel di Timur Tengah dan di seluruh dunia. Saya juga memiliki pandangan tentang perjuangan adil rakyat Palestin. Saya juga memiliki pandangan tentang homoseksual. Pandangan-pandangan saya ini mungkin tidak selari dengan pandangan Anwar Ibrahim, atau dengan pandangan pandangan Dewan Pemuda PAS. Mustahil pandangan saya akan sama dengan pandangan menteri luar Malaysia.

Tetapi di sini bukan pandangan tentang zionis Israel atau tentang hubungan homoseksual yang ingin saya lakar. Saya ingin menggarap tentang apa dia akhbar ASWJ. Untuk saya jika warga Malaysia memahami apa dia ASWJ maka dengan serta merta kita akan sedar betapa bangangnya heboh-heboh kita minggu ini. Saya juga berharap apa yang saya lakar ini akan membawa pencerahan fikrah untuk membantu kita memahami realpolitik - memahami peranan media dan modal.

ASWJ ini bukan secara tiba-tiba wujud di Asia untuk menjadi bacaan wajib kepada politikus dan kaum pemodal di Asia Tenggara. Sebelum meluasnya pengaruh ASWJ ini telah wujud satu majalah yang dipanggil Far Eastern Economic Review (FEER). Majalah mingguan terbitan Hong Kong yang dimulakan dari tahun 1946.

Majalah FEER ini cukup berpengaruh di kalangan kaum pemodal dan politikus di Asia Tenggara. FEER adalah suara dan lambang keagungan empayar British. FEER mewakili kepentingan kaum pemodal Anglo-Amerika. Majalah ini menjadi suara dan nadi kaum pemodal British yang ketika itu masih banyak menguasai gedung-gedung perniagaan di China dan Asia Tenggara.

Pada tahap gemilangnya FEER pernah mencecah lebih dari 90,000 naskhah jualan untuk satu minggu. Dan jangan terperanjat, warga yang paling banyak membeli dan membaca FFER ialah warga Malaysia. Ini pada ketika pengaruh kaum pemodal British di Tanah Melayu kemudian Malaysia masih mencengkam kukuh.

FEER kemudian telah dibeli oleh syarikat Dows Jones & Company pemilik ASWJ. Nampak atau tidak apa ertinya pembelian ini? Tauke AWSJ membeli FEER bukan hendak memastikan majalah ini laris dan terus berkembang. Niat pembelian ialah untuk memautkan majalah ini. Apabila FEER tutup kedai pada tahun 2009 maka berkembanglah akhbar AWSJ yang seratus peratus mewakili kepentingan ekonomi kaum pemodal multinasional dari Wall Street Amerika. Kematian FEER adalah tanda bahawa pengaruh kaum pemodal British telah malap dan pengaruh kaum pemodal Amerika melonjak naik di Asia dan Asia Tenggara.

Hubungan Wall Street-Rumah Putih

AWSJ - namanya sahaja telah menunjukkan bahawa akhbar ini tanpa segan silu mengatakan kepada dunia bahawa ianya mewakili kepentingan Wall Street. Untuk Mak Cik Felda dan Pak Cik Felda yang tidak tahu - Wall Street ialah nama satu jalan di New York. Di jalan ini ialah rumah Bursa Saham Amerika, NASDAQ , New York Mercantile Exchange. Jalan ini adalah tempat di mana lanun dan penyangak-penyangak kapitalis bertelur, mengeram dan menetaskan kerenah, masalah dan bala bencana kepada muka bumi ini.

Wall Street tempat berjual beli. Wall Street juga menjadi reban utama kaum Zionis Antarabangsa. Di Wall Street kaum Zionis berkumpul bersama kaum kapitalis antarabangsa untuk membuat duit dan mencari laba. Penyangak dan lanun besar di Wall Street ini akan menjual apa sahaja yang boleh dijual. Mereka akan membeli apa saja boleh dibeli dengan murah dan dijual dengan mahal.

Tepung, sawit, minyak, candu, bom, kapal terbang, China doll, hutang, kokain, ganja, arak - malah apa sahaja yang mendatangkan keuntungan akan diniagakan di Wall Street. Warga di Wall Street ini tuhannya bernama dolar. Kiblat mereka ialah Federal Reserve. Nabi mereka ialah pada ketika ini ialah Ben Benarke, seorang Zionis. Sebelumnya Allen Greensopan, juga seorang Zionis.

Kalau di zaman Nabi. Wall Street ini ialah jalan ke rumah Abu Jahal. Kalau di zaman kerajaan Melayu Melaka Wall Street ialah jalan ke rumah Kitul dan Mendeliar. Kalau di Malaysia Wall Street ini ialah jalan ke rumah Mahathir.

Di Wall Street ini akan dirancang siapa naik dan siapa turun. Bukan hanya siapa naik dan siapa turun di Rumah Putih sahaja yang dirancang di Wall Street malah kuasa politik dunia pun akan diniagakan di Wall Street. Di sini akan dirancang siapa mendapat kuasa di negara Dunia Ketiga atau siapa yang wajib dijatuhkan dan negara mana wajib diserang.

Untuk pembaca budiman biar saya nyatakan di sini, pintu Rumah Putih dan pintu Wall Street saling berhubung. Masuk pintu hadapan Rumah Putih akan membuka pintu belakang Wall Stret. Kadangkala masuk pintu hadapan Wall Stareet akan membuka pintu belakang Rumah Putih. Ini realpolitik dalam dunia hari ini. Ini kuasa politik, kuasa ekonomi dan kuasa bala tentera empayar Amerika dan kuasa Wall Street.

Akhbar ASWJ journal ini ada edisi Eropah, ada edisi khusus untuk dunia termasuk Amerika Latin. Tuan empunya AWSJ ini ialah Dow Jones & Company - syarikat penerbitan gergasi yang berpangkalan di Amerika. Kaum pemodal dan kaum kapitalis selain dari melanggan dan mengupah ‘tukang lobi' mereka juga memiliki akhbar dan media yang bertujuan untuk mengolah pandangan dan pendapat untuk memastikan kepentingan modal mereka didahulukan. Media kapitalis ini mengolah pandangan untuk memastikan kaum pemodal akan mendapat keuntungan maksimum.

Juga wawancara Najib

Peranan AWSJ ini tidak jauh bezanya dari peranan Utusan Malaysia. AWSJ melakar pandangan untuk kaum pemodal antarabangsa. Utusan Melayu melakar pandangan untuk kepentingan United Malay National Organisation. Yang berbeza hanyalah Utusan ditulis oleh penulis lekeh hinggakan tak ada sesiapa membeli dan membaca Utusan. AWSJ dengan dana yang lumayan mengupah penulis yang licik lagi berpengalaman hinggakan agenda jahat kaum pemodal dan kaum Zionis antarabangsa ini tidak dapat dilihat.

Ramai yang lupa atau sengaja tidak mahu ingat bahawa sebelum Anwar ditemubual, AWSJ juga telah menemubual Najib Razak. AWSJ memberi nasihat agar Najib meneruskan ‘dasar terbuka - dasar liberal' sehingga ‘terkangkang' luas agar kaum kapitalis antarabangsa dapat mengaut keuntungan maksimum. Menurut AWSJ Najib hanya berkemungkinan menang pilihan raya jika Najib berani melupuskan kepentingan dasar pro-Bumiputera. Dasar pro-Bumiputera ini menyusahkan kaum pemodal antarabangsa untuk meniaga di Malaysia, menurut pandangan AWSJ.

Dari bacaan saya, ini bukan nasihat. Ini tekanan. Tetapi temubual ini tidak menjadi buah mulut kerana dalam negara kita ini para pemikir Melayu yang pro-Bumiputera ‘kecut telor' tak berani bersuara takut tersalah cakap. Jika silap cakap mungkin tidak lagi akan dijemput untuk menjadi ahli panel di rancangan forum RTM atau tidak dipilih untuk menjadi juri di pertandingan Juara Lagu.

Temu bual Anwar Ibrahim di AWSJ ini juga adalah satu tekanan untuk memastikan kepentingan kaum pemodal antarabangsa didahulukan. Perhatikan betul betul buah butir yang dilapor. Anwar berkata ‘lebih banyak lagi penswastaan akan dilakukan'. Ini untuk menyedapkan hati kaum pemodal antarabangsa kerana Anwar sedar dan tahu siapa di belakang AWSJ ini.

Mengenai Israel dan Zionis, saya harap telah jelas dari apa yang telah saya lakar. Kepentingan kaum kapitalis antarabangsa dan kaum Zionis adalah pada ketika ini ikat mengikat. Hari ini enam buah syarikat Yahudi Zionis menguasai 96 peratus saluran semua bentuk media di dunia. Sayugia cukup untuk saya menuliskan bahawa New York Times, Wall Stret Journal dan Washington Post adalah milik Yahudi yang pro-Israel.

Melalui temubual dengan pemimpin politik Malaysia AWSJ ingin melihat apakah Najib Razak akan memberi keuntungan dan laba yang lebih berbanding dengan Anwar Ibrahim. Ini agenda asasi AWSJ. Akhbar ini tidak akan mempedulikan tentang kezaliman ISA atau AUKU atau Akta Cetak atau jumlah bayi mati dibuang.

AWSJ sedar pada ketika ini politik di Malaysia sedang cair. Penyelidik dan pemerhati politik di AWSJ melihat tahun ini adalah tahun pilihan raya. AWSJ ingin memastikan jika Najib Razak atau Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri kepentingan kaum kapitalis akan terjaga rapi. Inilah makna temubual dari Asia Wall Street Journal - Hishamuddin Rais

Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Ibrahim Ali hina kaum Cina - @cmlimguaneng

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng membidas tindakan Perkasa yang di ketuai Datuk Ibrahim Ali yang dianggap menghina masyarakat cina di negara ini dengan menggunakan sampul putih di majlis pemberian angpau baru-baru ini.

Kenyataan Lim tersebut ekoran satu majlis Tahun Baru Cina di Kelab Sultan Sulaiman pada 29 Januari lalu Perkasa mengedarkan kira-kira RM10,000 angpow menggunakan sampul putih.

"Tahun Baru Cina menggunakan angpau warna merah tapi Ibrahim Ali dan Perkasa bagi warna putih.

"Warna putih adalah angpaw untuk orang mati. Ini satu penghinaan pada orang Cina.

Menurut Lim, MCA juga turut bertanggungjawab kerana mengheret Perkasa untuk turut serta dimajlis tersebut.

"Kita tahu MCA terlibat kerana seorang AJK MCA bahagian Seputih, Datuk Tew Choo Meng adalah orang yang bertanggungjawab membawa perkasa di majlis tersebut.

"Rasis Cina MCA, rasis melayu adalah Perkasa dan Utusan, mereka dah bersatu jadi abang adik, sokong sama sokong," jelas beliau melalui rakaman Audio sidang medianya kepada TV Selangor.

Menurut Lim, beliau bimbang dengan pelbagai usaha yang dilakukan oleh kumpulan-kumpulan pelampau seperti Perkasa dan MCA.

"Tapi Perkasa hina orang Cina itu perkara biasa tetapi apabila MCA juga terlibat sama bawa Perkasa untuk sama-sama hina orang Cina itu yang saya tak boleh terima," jelas beliau yang juga Setiausaha Agung DAP.


Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Sampai bila umporno nak 'spin' kenyataan Anwar?

Kesian tengok umporno yang sudah ketandusan isu. Bila tidur saja termimpi ngeri Anwar jadi PM...mengapa Anwar diserang dan difitnah setiap hari? jawabnya mudah sebab Anwar menggugat umporno dan Anwar penyatu Pakatan Rakyat...

Saya diwawancara oleh Wall Street Journal pada hari Khamis, 26hb Januari 2011. Antara soalan yang ditanya kepada saya adalah berkaitan dasar luar negara dan isu Palestin.

Saya tuntas menegaskan bahawa kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan itu merangkumi hak untuk mendirikan negara sendiri serta tidak terus dizalimi.

Saya juga mengungkapkan bahawa jika syarat ini dipenuhi maka wajarlah hak rakyat Israel juga dihormati. Berikut adalah jawapan yang saya berikan:

“I support all efforts to protect the security of the state of Israel,” said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians.”

Pendirian saya ini ternyata sejajar dengan prinsip perjuangan Parti Keadilan Rakyat yang menjunjung tinggi prinsip Keadilan Sejagat dan tegas membela hak mereka yang dizalimi.

Selain itu, pandangan saya ini ternyata selari dengan Resolusi 1397 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Inisiatif Keamanan Arab (Arab Peace Initiative) yang berteraskan Penyelesaian Dua Negara atau lebih dikenali sebagai Two-State Solution.

Malahan dasar luar negara juga menekankan prinsip Penyelesaian Dua Negara sebagaimana yang diungkapkan YB Menteri Luar ketika Perbahasan Perhimpunan Agung PBB Sesi ke-66 pada 27hb September 2011 di New York (GENERAL DEBATE OF THE 66TH SESSION OF THE UNITED NATIONS GENERAL ASSEMBLY).

Beliau menyebut:

“..Malaysia fully supports the legitimate rights of the Palestinian people for an independent State of Palestine, based on the two-state solution, taking into account the security concerns of both parties (Israel and Palestine).”

Ternyata dari kenyataan Menteri Luar Negara, dasar Malaysia adalah bersedia menghormati hak rakyat Palestin dan Israel untuk menikmati keamanan dan kedamaian.

Akan tetapi kesediaan kita pastinya bergantung kepada syarat selagi mana hak rakyat Palestin tidak dicerobohi.

Justeru saya memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang cuba memutar belit kenyataan saya semata-mata mahu menyebar fitnah kononnya saya mengkhianati aspirasi rakyat Palestin.

Pendirian Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) adalah tuntas membela hak sesiapa sahaja yang dirampas dan dizalimi. Iltizam untuk memastikan keadilan buat semua tidak pernah surut malah pastinya digilap dan diperkukuh.

Pendirian Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan isu Palestin-Israel adalah selari dengan Inisiatif Keamanan Arab, malah didokong gerakan Islam seluruh dunia termasuk Hamas- sebuah gerakan yang mempelopori perjuangan rakyat Palestin.

Kenyataan Anwar, yang disiarkan oleh Wall Street Journal melalui satu wawancara 26 Januari lalu bagaimanapun diputarbelitkan media milik Umno, kata Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty.

Beliau ditanya mengenai prinsip Penyelesaian Dua Negara atau lebih dikenali sebagai Two-State Solution yang turut dipersetujui Hamas dan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Hamas pernah menyatakan kebarangkalian untuk melihat realiti kewujudan dua buah negara yang berasingan, tetapi pemimpin Hamas mahu memastikan Israel benar-benar jujur untuk mengiktiraf negara Palestin menurut Resolusi Majlis Keselamatan PBB 1967,

“Bagaimanapun sekiranya kedaulatan negara Palestin ini tidak dijamin, Hamas tidak bersetuju.

“Jadi tidak menjadi kehairanan apabila Datuk Seri Anwar, dengan mengambil kira politik semasa menyebut mengenai isu ini yang tidak terkeluar dari pandangan gerakan Islam seluruh dunia termasuk Hamas,” kata Muhammad Nur.

Menurutnya lagi, ketua pembangkang itu juga sentiasa dimaklumkan mengenai pandangan dan dasar gerakan-gerakan Islam dalam konteks menyelesaikan konflik antara Palestin-Israel.

Tambah beliau, pendirian Anwar mengenai isu itu juga sangat konsisten dan tidak perlu dipertikaikan.

“Pendirian Anwar supaya rakyat Palestin mendapat hak balik mereka dari segi kesahihan sebagai warganegara tidak perlu dipertikaikan kerana beliau memang konsisten sejak berjuang dalam gerakan Islam dan arena politik.

“Ideanya tentang formula bagi menyelesaikan konflik Palestin dan Israel sentiasa selaras dengan gerakan Islam sedunia. Beliau mendahulukan tentang keselamatan negara palestin yang dijamin resolusisi PBB,” kata beliau yang juga bekas pemimpin Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Bagaimanapun katanya, kenyataan Anwar mengenai isu sekuriti Israel cuba diputarbelitkan oleh media Utusan yang dimiliki Umno, seolah menggambarkan Anwar mementingkan keselamatan rejim itu.

“Sedangkan kerajaan sendiri dalam dasar luar menangani konflik Palestin-Israel sebelum ini tunduk kepada formula dengan mengiktiraf kedua negara, tetapi perkara ini dinafikan menteri luar, Datuk Seri Hanifah Aman,” ujar beliau.



Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Monday, January 30, 2012

Undur diri: Penjelasan Presiden PAS



Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menjelaskan, adalah menjadi tanggungjawab kepada pemimpin senior PAS untuk memberi ruang kepada pelapis baru bertanding di dalam pilihan raya.

Ketika diminta memperjelaskan laporan media kononnya beliau tidak mahu bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, Abdul Hadi berkata perkara itu adalah biasa kerana akhlak seorang muslim yang baik adalah tidak meminta jawatan.

"Memang dalam perjuangan ini kena bagi kepada pelapis-pelapis, kita dalam PAS memang begitu. Kita tak boleh berlumba nak jadi ketua, kita kena berlumba untuk berkhidmat.



"Tapi terpulang kepada ahli-ahli parti jemaah kita. Kalau tak ada orang, kita wajib ke hadapan, begitu kaedahnya," jelasnya ketika menjawab pertanyaan peserta Retreat Harakah: Persiapan Menghadapi PRU13 di Hutan Lipur Sungai Tua, dekat sini semalam.

Media sebelum ini melaporkan bahawa Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang akan berundur dari bertanding pada PRU-13 nanti.

Laporan itu sekaligus mencetuskan polemik sehingga rakan Pakatan Rakyat lain termasuk Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengeluarkan kenyataan agar Abdul Hadi tidak bertindak demikian.

Terbaru, hari ini Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga menyatakan rasa tidak bersetuju dengan keputusan Abdul Hadi itu.

Katanya, Abdul Hadi, seorang manusia yang berbakat untuk memimpin, lebih-lebih lagi dalam perjuangan Islam.

Pemimpin dan media Umno pula terus mengambil kesempatan seolah-olah memberi gambaran kononnya Presiden PAS itu 'merajuk'.

Abdul Hadi telah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) selama tujuh penggal bermula tahun 1982 dan ahli parlimen selama empat penggal serta Ketua Pembangkang di parlimen.

Beliau juga pernah menjadi Menteri Besar Terengganu dari 1999 hingga 2004 selepas PAS menang pada pilihan raya umum ke-10 tahun 1999.

"Inilah adab dalam parti kita, sebab itu kita berbeza dengan Umno," jelas Abdul Hadi.



Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Suami mamee ijat paksa saya rasuah polis...Datuk Shamsubahrin Ismail


Ahli perniagaan Datuk Shamsubahrin Ismail, yang dituduh menipu pengerusi eksekutif Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) Datuk Mohamed Salleh Ismail, mendakwa bahawa suami ketua wanita Umno itu memaksa beliau merasuah polis bagi menutup skandal syarikat berkenaan.

NONEBeliau membuat dakwaan itu pada polis laporan yang dibuat di Hospital Besar Klang Jumaat lalu. Perkara itu didedahkan oleh PKR di ibu pejabat parti itu di Petaling Jaya hari ini.

Dalam laporan polis itu, Shamsubahrin didakwa berkata beliau menerima mesej dan tekanan dari Salleh yang memintanya supaya kes NFC dengan pihak polis ditutup.

"Salleh, melalui panggilan telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS), mendesak saya untuk memberi rasuah kepada polis untuk menutup kes itu." = Malaysiakini.

Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Bodohnya PERKASAM lebih teruk dari lembu mamee ijat


Dengan bangganya PERKASAM menjemput kaum Tionghua untuk majlis Gong Xi Fa Choi. Kononnya PERKASAM dah berubah tak lagi masam, dari rasis beruk kepada konsep 1Malaysia.

Boleh berubahkah PERKASAM ? Ishk jauh panggang dari api. Tengok muka pun kita dah tau ..

Tapi yang menyedihkan lagi, kaum Tionghua kecoh cerita pasai SAMPUL WARNA PUTIH yang diedarkan oleh KATAK dan pasukannya kepada orang tua Tionghua di dalam majlis itu.

Bagi kepercayaan orang Cina, envelope putih hanya untuk majlis pengkebumian.... Rujuk SINI
Lawak tak habis PERKASAM ni ..

Tu hari cerita SOLAT HAJAT lepas asar, hari ni bg envelope orang mati masa sambutan raya Cina. Aduyaii .. KATAK oh KATAK ..

Bodoh tahap gaban dia ni .. jenis tak campur masyarakat. Sombong. Bodoh tapi tak mahu bertanya.

Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Empat aktivis pembangkang ditembak mati

gambar hiasan

Empat aktivis pembangkang terbunuh dan hampir 200 lagi cedera apabila beberapa anggota polis melepaskan tembakan pada perhimpunan Parti Nasionalis Bangladesh (BNP) di tenggara Dhaka, semalam.

Menurut Timbalan Ketua Polis Chandpur, Amir Zafar, kejadian itu berlaku di pekan Chandpur dan Laksmipur selepas BNP mengadakan satu tunjuk perasaan bagi menuntut kerajaan pimpinan Perdana Menteri Sheikh Hasina meletak jawatan berhubung pertikaian mengenai pembaharuan pilihan raya.

“Penunjuk perasaan itu membaling batu ke arah polis dan polis melepaskan tembakan bagi mempertahankan diri,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Chandpur, Zakir Ahmed berkata, pertempuran itu meletus selepas kira-kira 7,000 penunjuk perasaan BNP cuba berkumpul di sebuah padang sekolah tanpa mendapatkan kebenaran pihak berkuasa.

“Kami mula-mula melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan mereka tetapi mereka bertindak ganas,” kata Zakir dengan menambah kata, sekurang-kurangnya 100 orang termasuk 30 anggota polis cedera.

Di Laksmipur, seorang dilaporkan mati apabila pasukan polis melepaskan peluru getah dan gas pemedih mata ke arah lebih 4,000 penunjuk perasaan selepas mereka sukar dikawal dan menyerang pasukan polis dengan senjata, jelas Ketua Polis tempatan, Golam Sarwar.

“Dua orang cedera parah dalam pertempuran itu dan seorang meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital serta seorang lagi berada dalam keadaan kritikal dikejarkan ke sebuah klinik di Dhaka,” ujarnya. - AFP


Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Sunday, January 29, 2012

@NajibRazak mungkin bakal ditentang calon muda @AdamAdli

Tahun PRU 12 - 2008 di Parlimen Pekan, Najib ditentang oleh calon anak muda Keadilan bernama KHAIRUL ANUAR BIN AHMAD ZAINUDIN atau mesra dengan panggilan JONAH ketika itu beliau adalah Naib Ketua AMK Pusat yang juga merupakan bekas pimpinan mahasiswa dan aktivis kesatuan sekerja.

Keputusan pada PRU 12 2008, Najib mendapat undi 36262 manakala Jonah memperolehi undi sebanyak 9798 tetapi jangan kita lupa Najib hampir tewas pada PRU 10 1999, ketika itu Najib menang hanya 241 undi kerana gelombang reformasi isu pemecatan Anwar Ibrahim. Ketika itu majoriti undi kaum Cina masih dengan BN bukan seperti sekarang yang memihak kepada Pakatan Rakyat. Jika pada PRU 10 sokongan kaum cina seperti sekarang, dah lama Najib terkubur di Pekan.

Jika diteliti rekod pencapaian Najib sebagai ahli politik secara individunya, beliau tidaklah mempunyai kekuatan sendiri malah tidak keterlaluan jika dikatakan nasib lebih banyak menyebelahinya.

Kelebihan beliau dalam mendaki hieraki politik negara lebih banyak bergantung kepada kedudukan beliau sebagai anak kepada Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak.

PRU 13 kemungkinan besar akan berlaku pada 11 March 2012, tahun 2012 merupakan tahun kebangkitan anak muda mahasiswa dengan peristiwa berdarah adalah sejarah penting yang kita tidak boleh lupakan begitu sahaja. Mereka hanya menuntut janji Najib yang mahu hapuskan AUKU...tetapi tunggu punya tunggu dah jadi penunggu maka akhirnya anak muda mahasiswa beranikan diri menuntut janji manis Najib.

Mereka pergi ke Putrajaya dan menurunkan bendera gambar Najib. Maka gegak gempita hingga muncullah "Hang Ludah" pemuda umporno perkasam. Anak muda Mahasiswa diugut dengan pelbagai ugutan dan halangan hingga digantung dari Universiti. Beliau adalah hero baru anak muda Mahasiwa bernama Adam Adli.




Keberaniannya terserlah menentang Najib...kecekalannya...ketabahannya tidak lagi boleh dipertikaikan maka sudah sampai masanya anak muda bernama Adam Adli diberi peluang sebagai Calon untuk menentang Najib di Pekan pada PRU 13.

Biarlah tahun 2012 bukan sahaja tercatat sejarah peristiwa berdarah anak muda menyambut tahun baru tetapi tercipta satu lagi sejarah terbesar di Malaysia iaitu Perdana Menteri Malaysia kecundang dan tersungkur di Pekan ditangan anak muda....lawan tetap lawan

Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Madu ditangan kananmu PR, racun ditangan kirimu B-END



Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Saturday, January 28, 2012

RAKYAT PULAU PINANG AMAL POLITIK CERDIK

Mohamad Sabu ketika bertemu Mansor
GEORGETOWN: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang lebih terkenal dengan Mat Sabu, optimis Pulau Pinang kekal ditadbir Pakatan Rakyat (PR) selepas Pilihanraya Umum Ke-13.

Ini berdasarkan pembudayaan politik cerdik yang mula diamalkan rakyat di negeri ini selepas melihat kecemerlangan pemerintahan PR diketuai DAP sebaik mengambil-alih tampuk pentadbiran daripada kerajaan terdahulu bermula 2008.

"Asas kerajaan negeri diterima rakyat ialah pentadbiran yang berkualiti, cekap dan mengutamakan rakyat dalam soal kebajikan.

"Itu yang diamalkan kerajaan PR di Pulau Pinang pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng, sejak 2008 lalu, yang mula menambat hati rakyat seluruh negeri," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membuat kunjungan hormat terhadap Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman, di pejabatnya, di sini.

Mohamad, berkata pendekatan pentadbiran Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) yang menjadi dasar pentadbiran Pulau Pinang berjaya merubah set minda rakyat agar boleh berfikir di luar kotak tanpa perlu dikongkong dengan sayembara lapuk kerajaan terdahulu.

Kemesraan terpamer pada wajah Mohamad dan Mansor

Menurutnya, turut menambah rencah kecemerlangan itu ialah setiap wakil rakyat PR akan terus membantu semua kaum di kawasan yang diwakili sekali gus menolak fitnah pihak berkaitan yang mendakwa hanya kaum tertentu diberi keutamaan.

"Tiada layanan istimewa ditumpukan kepada hanya satu kaum sebaliknya dengan azam (Lim) Guan Eng yang mahu mengikut jejak Khalifah Umar Abdul Aziz, ia memperkukuhkan pentadbiran negeri yang mengambil berat setiap kebajikan rakyat pelbagai kaum.

"Dengan usaha bersungguh-sungguh, memberi perkhidmatan cemerlang, saya tidak fikir rakyat Pulau Pinang akan beralih kepada kerajaan lain selain kerajaan negeri sedia ada," katanya.

Dalam perkembangan sama, Mansor, berkata pentadbiran kerajaan negeri sudah memberikan perkhidmatan terbaik melalui program yang bermanfaat kepada rakyat Pulau Pinang.

"Kita wujudkan skim bantuan warga emas, anak emas dan orang kelainan upaya. Kita dalam perancangan untuk membabitkan lebih banyak lapisan rakyat yang kurang berkemampuan dalam program kebajikan untuk mereka.

"Pada akhirnya, rakyat Pulau Pinang sendiri dapat membezakan kelainan pentadbiran PR yang menjaga kebajikan mereka. Justeru, kita akan terus memberikan perkhidmatan paling cemerlang untuk mereka tanpa mengetepikan aspek kebajikan," katanya.

Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Thursday, January 26, 2012

JEMPUTAN PROGRAM HIMPUNAN SEJUTA UMAT MENGGUNAKAN KEPALA SURAT PALSU PEJABAT EXCO AGAMA ISLAM

Saya begitu kesal dengan tindakan pihak tertentu, memalsukan surat saya dengan menggunakan kepala surat palsu Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) berhubung Jemputan Menghadiri Program Perhimpunan Himpunan Ummah Selamatkan Akidah yang dijadual pada 28 Januari 2012 di Pusat Budi Penyayang, Kepala Batas.

Surat bertarikh 19 Januari 2012, yang ditujukan kepada pengerusi Qaryah Masjid Pulau Pinang itu juga menggunakan nombor rujukan palsu, selain hanya memaparkan nombor faks pejabat saya tanpa meletakkan nombor telefon pejabat.

Ingin saya tegaskan kerajaan negeri tidak terlibat dalam penganjuran majlis tersebut, yang saya difahamkan adalah anjuran beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

Tindakan memalsukan surat rasmi bagi menjemput orang ramai menghadiri majlis tersebut, bukan sahaja menggambarkan sikap tidak bertanggungjawab dan tidak beretikanya pihak berkenaan, bahkan ia mencerminkan hati budi mereka yang sebenarnya.

Lanjutan daripada itu, saya telah membuat laporan polis di Balai Polis Daerah Timur Laut, George Town pada jam 2.12 petang tadi bagi menyiasat perkara ini - YB Hj Abdul Malik Kassim (Exco Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang)

ROSMAH MANSOR DICABAR SAMAN AUSTRALIA SYDNEY MORNING HERALD , ANDREW HORNEY DAN CARL CAAP KERANA FITNAH

JINGGA 13 mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dari manakah wang yang digunakan oleh Datin Paduka Seri Rosmah Mansor , isteri Perdana Menteri Malaysia perolehi  sehingga mampu berbelanja mewah seperti di laporkan dalam seksyen 'Private Sydney' yang disiarkan akhbar Australia Sydney Morning Herald, di mana kolumnis Andrew Horney memetik kenyataan pereka fesyen, Carl Kapp mengenai Rosmah Mansor yang dikatakan membelanjakan A$100,000 (RM325,000) di butik milik beliau di Sydney.

Bukan sahaja berbelanja mewah,  dilaporkan juga Rosmah Mansor menginap di hotel bersama suaminya Datuk Seri Najib Razak berharga RM65,100 semalam di Hotel Darling , Sydney , namun tidak dilaporkan berapa malamkan mereka menginap di sana. Termasuk perkhidmatan lain seperti parkir khas untuk limosin beliau.

JINGGA 13 amat hairan kenapa sehingga sekarang tiada sebarang tindakan oleh SPRM terhadap pelbagai laporan yang dibuat terhadap tabiat berpoya-poya isteri Perdana Menteri Malaysia yang berbelanja mewah yang amat melampau. Adakah SPRM hanya khusus untuk menyiasat dan mendakwa rakyat biasa dan terlalu dayus untuk menyiasat isteri Perdana Menteri dan pimpinan UMNO?

Di saat seluruh rakyat Malaysia berdepan dengan kenaikan harga barang makanan dan keperluan hidup , dalam keadaan rakyat berpendapatan rendah dan golongan miskin menderita untuk terus hidup , isteri Perdana Menteri membeli belah ratusan ribu RM. Dari manakah wang yang diperolehi oleh beliau untuk berbelanja mewah sehingga di gelar 'FIRST LADY OF SHOPPING'?  

Jika ada pihak yang sponsor segala perbelanjaan mewah tersebut , siapakah?

JINGGA 13 meminta seluruh rakyat Malaysia membuka minda dan hati agar bangkit mempersoalkan dari manakah wang yang Rosmah Mansor perolehi sehingga berbelanja mewah yang mungkin sudah puluhan juta RM daripada keseluruhan melibatkan barang kemas, pakaian,beg tangan birkin dan sebagainya termasuk perbelanjaan pengangkutan dan penginapan.

SPRM harus bertindak adil dan profesional dan bukan bertindak dwi-standard.

JINGGA 13 benar-benar hairan dengan tindakan menikus SPRM terhadap kekayaan dan kemewahan yang dimiliki oleh Rosmah Mansor yang mampu yang dilihat melampau dan keterlaluan.

JINGGA 13
MENCABAR Rosmah Mansor untuk menyaman akhbar Australia Sydney Morning Herald, kolumnis Andrew Horney dan  pereka fesyen, Carl Kapp jika ianya adalah satu fitnah dan karut . First Lady Of Shopping wajar mengambil tindakan undang-undang terhadap semua yang terlibat memfitnah beliau dengan laporan yang tidak benar dan fitnah.

Sesiapa pun boleh menafikan dan menganggap menjadi mangsa atau ianya adalah merupakan berita karut , liar dan tidak benar. Sedangkan tiada sebarang tindakan undang-undang diambil terhadap segala laporan yang dibuat .

Adalah memalukan dengan perlakuan boros dan berpoya-poya Rosmah Mansor yang merupakan isteri Perdana Menteri Malaysia menjadi bualan dan dilaporkan di beberapa negara serta yang tidak pernah dilakukan oleh isteri-isteri Perdana Menteri Malaysia yang lalu.

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator JINGGA 1

Wednesday, January 25, 2012

Zizan tolak tawaran RM18,000 kerana mahu bersama Ustaz Azhar


Alhamdullilah, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya, benarlah rencana ALLAH itu tiada siapa yang tahu, satu ketika dahulu Zizan pernah melakukan khilaf gara-gara lakonannya dalam filem hantu bonceng, dicerca dan dimaki, Zizan akui kesilapanya itu dan minta dimaafkan. hari Zizan kini semakin hampir pada Islam.

Ramai yang tidak tahu Zizan ditawarkan RM18,000 untuk menjadi pengacara Sambutan Tahun Baru 2012 di I City Shah Alam pada 31 december 2011, mungkin saja bagi artis lain yang tengah ghairah mengumpul wang ringgit peluang itu tidak akan dilepaskan sama sekali.

Seperti juga yang dilaporkan oleh blog Tinta hijau dikaki bukit, Zizan sebenarnya dihubungi sendiri oleh Ustaz Azhar Idrus yang menawarkan Zizan untuk bersamanya pada program itu., tawaran itu diterima dengan senang hati oleh Zizan.

Pada program anjuran kerajaan negeri selangor tersebut Zizan menolak sebarang bayaran yang ingin diberikan, namun atas dasar menghormati Zizan yang dianggap salah satu faktor berjayanya program pada malam itu, mahu atau tidak, Zizan menerima RM1000 sebagai tanda penghargaan dari penganjur.

Program tersebut berjaya menarik lebih kurang 80 ribu pengunjung, ia merupakan satu langkah baru dalam meraikan sesuatu sambutan, dan kebanyakan pengunjung adalah orang muda, ini menunjukkan orang muda sekarang mula mencari sesuatu yang lebih baik, mereka sudah mula menolak hiburan yang melalaikan semata-mata.

Kepada Zizan, tahniah, hanya Allah yang akan membalas apa yang anda lakukan, teruskan usaha anda, anda kini dipandang tinggi oleh ramai anak-anak muda.






Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Pulau Pinang negeri pertama sediakan dana RM500 juta untuk rumah mampu milik

Pulau Pinang muncul negeri pertama memperuntukkan jumlah terbesar bagi pembinaan rumah mampu milik untuk tahun 2012.

Peruntukan sebanyak RM500 juta khusus bagi Dana Perumahan Mampu Milik itu adalah membabitkan semua kaum di negeri berkenaan.

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman, berkata peruntukan itu membabitkan 15,000 unit rumah mampu milik yang akan dilaksanakan di Bandar Batu Kawan.

"Ia berharga antara RM72,000 hingga RM220,000 seunit di lokasi terbabit yang berkeluasan 200 ekar. Projek ini membuktikan lagi kerajaan negeri prihatin mewujudkan institusi keluarga yang sempurna.

"Sejak mengambil-alih pentadbiran Pulau Pinang pada 2008, kerajaan negeri sudah mewujudkan lebih 1,500 unit rumah mampu milik di seluruh Pulau Pinang dengan kerjasama Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC)," katanya.

Beliau, berkata ia berjaya dilaksanakan kerana kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang mencatatkan lebihan (surplus) dalam belanjawan negeri.

Mansor, berkata berbanding kerajaan terdahulu, kerajaan PR negeri membuktikan kecekapan pentadbiran seawal tahun pertama memerintah iaitu berjaya menjimatkan sebanyak RM88 juta daripada belanjawan negeri.

"Sebab itu kita yakin untuk mewujudkan rumah mampu milik untuk rakyat Pulau Pinang yang sebelum ini sering mengeluh dan meratap nasib ekoran kebajikan mereka diketepikan pemerintah terdahulu," katanya.

Dalam perkembangan sama, Mansor, berkata kerajaan PR Pulau Pinang komited menjadi negeri pertama di Malaysia berjaya membasmi kemiskinan menjelang 2015.

"Komitmen itu berdasarkan Pulau Pinang sudah berjaya menghapuskan kemiskinan tegar dengan menetapkan pendapatan minimum RM600 sebulan mulai awal 2012 bagi setiap rakyat di negeri ini.

"Untuk melengkapkan pendapatan RM600 sebulan itu, ia akan disusuli dengan bantuan kebajikan lain dan diselaraskan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri," katanya.

Mansor, berkata antara bantuan kebajikan yang dilaksanakan menjurus terus kepada golongan sasar seperti warga emas, anak emas dan golongan orang kelainan upaya.

"Kita mempunyai rekod pentadbiran yang tidak boleh dipertikaikan lagi. Ia diakui sendiri Ketua Audit Negara.

"Jika ada suara sumbang menuduh itu dan ini, membangkitkan isu yang remeh-temeh, menimbulkan kekeliruan yang nyata, anggap saja pihak berkenaan dangkal fakta. Untuk golongan berkenaan, biarkan mereka terjun dengan labu-labunya," katanya.

Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Kisah boros kak Ros dibawa ke SPRM



p/s : AsiaOnesNews (singapura)



p/s: BruDirect.com (Brunei)


Jingga 13 hari ini mengambil satu langkah yang ditunggu-tunggu seluruh rakyat Malaysia dengan membawa isu perbelanjaan mewah Datin Seri Rosmah Mansor di Sydney, Australia kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi mendapatkan penjelasan sebenar.

Pendedahan Morning Sydney Herald tentang perbelanjaan mewah bernilai RM 325,000 itu harus segera
disiasat....

Kerana wujud kesangsian untuk seorang isteri Perdana Menteri berkemampuan untuk berbelanja semewah itu di butik milik Carl Kaap.

Justeru Jingga 13 menjemput rakan-rakan media untuk hadir ke SPRM Selangor (berhadapan Blue Wave Hotel) pada 26 Januari 2011, jam 11 pagi.

Kehadiran rakan-rakan media seharusnya nanti akan membantu mewujudkan gelombang penolakkan terhadap kerakusan dan penyalahgunaan wang rakyat sewenang-wenangnya.

Muafakat*Prihatin*Berani

SAIFUDDIN SHAFI MUHAMMAD
Setiausaha
Jingga 13

Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

@NajibRazak kecundang awal kepada @Anwaribrahim

Sekali lagi Najib Razak tersungkur di gelanggang internet, apabila terbuka untuk persaingan bebas tanpa sekatan. Apa tidaknya, usaha Najib untuk mendampingi warga internet Cina terus digagalkan, apabila mengundang pelbagai reaksi negatif - yang dijelmakan dengan pendekatan yang cukup "kreatif".

Bermula dengan laman sosial Facebook versi bahasa Cinanya yang dibanjiri sindiran dan kritikan tajam, seterusnya diperlekehkan pula apabila warga internet menubuhkan laman Ah Jib Soh (makcik Ah Jib, merujuk kepada isteri PM), dan terkini, laman sosial Facebook Ah Wah Gor (merujuk Anwar Ibrahim) - menarik bilangan peminat yang lebih daripada Ah Jib Gor dalam tempoh 24 jam selepas ditubuhkan.

Sejumlah 14,697 orang warga internet yang menekan butang "like" di laman rasmi Ah Jib Gor pada jam 7.16 petang 21 Januari 2012, longgakan sejak ditubuhkan pada 13 Januari 2012. Sementara Ah Wah Gor, yang ditubuhkan pada 20 Januari 2012, mencatat 18,594 "like" pada masa yang sama. Malah, menurut admin Ah Wah Gor, laman ini berjaya memintas Ah Jib Gor dalam tempoh 19 jam. Sehingga jam 12.26 awal pagi 22 Januari, Ah Jib Gor mencatat 15,418 like, sementara Ah Wah Gor mencatat 24,890 like.

Perlu diingatkan bahawa laman Ah Jib Gor adalah laman sosial rasmi versi bahasa Cina untuk Najib, dikesahkan Setiausaha Politiknya Wong Nai Chee, malah sesetengah soalan yang diajukan dijawab oleh Najib sendiri, sebelum diterjemahkan, menurut Wong Nai Chee.

Ah Wah Gor pula, ditubuhkan oleh penyokong Anwar Ibrahim secara tidak rasmi, menyatakan bahawa tujuannya bukan sekadar untuk memintas bilangan peminat Najib, tetapi ia adalah "pertarungan maya" sokongan kedua-duanya - untuk menaikkan semangat orang ramai. Malah, admin Ah Wah Gor mengalu-alukan "perbincangan politik", dengan peringatan agar warga internet tidak menggunakan ruang itu untuk serangan peribadi, penghinaan terhadap agama dan institusi Raja.

Pengamatan MerdekaReview mendapati kebanyakan komen yang ditinggalkan di laman Ah Wah Gor adalah positif untuk Anwar Ibrahim - luahan sokongan terhadap Ketua Pembangkang Parlimen ini. Malah ada yang menyifatkan pertarungan antara Ah Wah Gor dengan Ah Jib Gor sebagai pemilihan calon Perdana Menteri dalam PRU 13.

Sementara Ah Jib Gor pula masih dibanjiri komen yang negatif terhadap Perdana Menteri, meskipun komen yang emosi telah berkurang (tidak pasti dipadamkan atau kerana disiplin warga internet), namun kritikan dan soalan yang tajam terus diajukan.

Pada masa yang sama, laman Ah Jib Soh pula mencatat 8,018 like pada jam 12.26 awal pagi 22 Januari 2012. Identiti adminnya tidak diketahui, tetapi dengan terang-terang "menyamar" sebagai isteri PM melalui status yang diperbarui. Dengan status yang bernada "sindir" dan jelas untuk memerli isteri PM, Ah Jib Soh kini menjadi "penghibur" kepada peminatnya.

Baca: Sindiran banjiri laman Facebook Najib versi bahasa Cina



Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Tuesday, January 24, 2012

Gambar dan video samseng gemok yang serang ceramah

Laporan polis dan pendedahan bukti serangan bersifat perkauman di IPD Dang Wangi jam 12 tgh hari ini...

SEBELUM ini kita dah dedahkan no pendaftaran motorsikal yang ditunggang oleh samseng-samseng Umno Jalan Kebun yang menyerang program ceramah Asal Bukan Umno, ABU dan merosakkan beberapa buah kedai penjaja Melayu serta mencederakan seorang lelaki India rujuk sini [no plate]

Di bawah ini gambar ketua samseng yang dipetik daripada rakaman video saat dia sedang beraksi menghalau dan memaki hamun orang ramai yang berada di dalam dewan MBSA, Jalan Kebun.

Saat ini difahamkan tiada penduduk beragama Islam di dalam dewan kerana mereka sedang menunaikan solat di masjid berhampiran. Hanya sekitar 100 orang penduduk bukan Islam berada di dalam dewan.



Salah seorang rakan samseng ini telah mengirimkan beberapa keping gambar miliknya. Rakannya mendedahkan bahawa samseng ini memang terkenal dengan perangai samseng di kampung, juga merupakan anggota Waris juga penyokong kuat Perkasa.









Semasa serangan ini berlaku, pihak polis ada di tempat kejadian. Tapi yang peliknya Polis langsung tak ambil sebarang tindakan meskipun sudah ada seorang lelaki India yang tercedera. Mamat samseng ni ada ilmu pukau ke?


ReJaM©" Encik Polis, rakyat memerhatikan anda, sila tangkap samseng ini!





Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Monday, January 23, 2012

Mansor Othman selar mereka yang perlekehkan Mahasiswa

Mansor menggunakan pendekatan perbincangan ilmiah dengan wakil mahasiswa

GEORGETOWN: Mahasiswa adalah golongan yang perlu diberi perhatian sewajarnya kerana daya keintelektualan mereka amat berguna dalam pembangunan negara dan negeri.

Mereka bukan saja permata malah diibaratkan juga sebagai kumpulan pemikir yang bakal mencorakkan masa depan negara dengan pelbagai disiplin ilmu yang dimiliki.

Demikian kata Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman, ketika menerima kunjungan terima kasih daripada dua wakil Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza), Gong Badak, Terengganu, di pejabatnya baru-baru ini.

Dua mahasiswa itu ialah Presiden Majlis Perundingan Mahasiswa Unisza di Pulau Pinang, Muhammad Amirrul Kamaruddin, dan wakil Persatuan Mahasiswa Kontemporari Islam universiti berkenaan, Mohd Zulkarnain Mehamat@Mohamad.

Kunjungan itu sebagai membalas keprihatinan Mansor yang hadir di Unisza untuk merasmikan upacara penutupan Karnival Mahasiswa Islam Kali Ke-2 Disember tahun lalu.

Mansor memberi perangsang kepada wakil mahasiswa


Mansor, berkata sikap segelintir pihak memandang remeh tahap keupayaan mahasiswa berfikir sebenarnya boleh mengundang kesilapan besar sekali gus mencerminkan kedangkalan pihak itu sendiri.

"Mereka (mahasiswa) ini terdedah dengan pelbagai sumber dan disiplin ilmu. Jangan sombong dengan merendahkan mereka sebagai 'budak sekolah'. Suara mereka adalah hasrat yang mewakili semua rakan di universiti di Malaysia.

"Mahasiswa yang cergas, cerdas dan bijaksana serta mempunyai jati diri yang utuh adalah mahasiswa yang sering berkata tidak kepada kezaliman dan ketidakadilan," katanya.

Beliau, berkata golongan mahasiswa sedemikian adalah golongan yang sentiasa peka dengan sesuatu isu dan gerakan perkumpulan mereka memperjuangkannya adalah semata-mata untuk kemaslahatan semua penuntut universiti.

"Mereka adalah pelapis kepemimpinan negara atau negeri satu hari nanti. Mereka sangat tahu membezakan mana yang baik atau sebaliknya. Mereka berdiri dengan iltizam tinggi mahu melihat negara yang dicintai tidak berterusan disalahtadbir," katanya.

Mansor menerima plag penghargaan daripada Muhammad Amirrul (kanan) sambil diperhati Mohd Zulkarnain


Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Katak ibrahim ali wajar diharamkan masuk Selangor

Tindakan Datuk Ibrahim Ali yang cuba menunjuk pandai dengan mencampuri urusan pentadbiran Kerajaan Selangor dalam isu pelantikan Exco Kerajaan negeri yang baharu dan rombakan portfolio Hal Ehwal Islam jelas menunjukkan beliau seorang ahli politik yang kehabisan modal dan sedang mencuba sedaya upaya untuk menjadikan dirinya masih relevan di arena politik tanahair. Percubaan beliau melaga-lagakan PAS dan Kerajaan Selangor juga agak pelik apabila melihat sejarah beliau sendiri dengan PAS.

Siapa yang dapat melupakan bagaimana beliau mengkhianati PAS umpama parasit setelah parti itu memberi beliau tiket bertanding pada 2008. Hari ini beliau terhegeh-hegeh pula dengan UMNO sedangkan parti yang bakal tumbang ini pun melihatnya sebagai liabiliti dan tidak mempunyai sebarang kredibiliti.

Kita tidak mempersoal tindakan Ibrahim Ali yang kini begitu akrab dan bersekongkol dengan mantan Exco Agama Dato’ Dr Hasan bin Ali. Namun keceluparan Ibrahim mempertikaikan kedudukan YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Exco Hal Ehwal Islam merupakan satu penghinaan kepada DYMM Sultan Selangor yang sesungguhnya adalah Ketua Agama Islam di Selangor.

Keputusan Tan Sri Khalid memegang portfolio ini adalah setelah berbincang dan mendapat perkenan baginda Sultan kerana pentadbiran di Selangor mengamalkan amalan konsultasi berterusan dengan pihak istana dalam banyak hal apatah lagi dalam soal hal ehwal Islam.

Tuduhan Ibrahim Ali bahawa pelantikan Tan Sri Khalid sebagai Exco Hal Ehwal Islam hanya akan menyemarakkan rumah maksiat di Selangor amat keterlaluan. Kita ingatkan Ibrahim Ali bahawa keutuhan dan kesucian agama Islam di Selangor, pengawalan kegiatan tidak bermoral, termasuk perjudian dan rumah-rumah maksiat adalah di bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang kedua-duanya dalam pemerhatian rapat Baginda Tuanku.

Menuduh bahawa Tan Sri Khalid akan merelakan kegiatan tidak bermoral atas perkiraan politik seolah-olah mempersenda kedua-dua institusi agama tersebut termasuk baginda Sultan. Pada perkiraan Ibrahim semua ahli politik akan menggadai maruah demi undi sebagaimana dirinya yang sanggup mengkhianati PAS walaupun parti tersebut mengutipnya setelah dicampak oleh Umno.

Selaku umat Islam seharusnya Ibrahim Ali mendoakan setiap pemimpin berkhidmat dengan ikhlas, mentaati hukum dan menggalas jawatan sebagai amanah Allah agar negeri menjadi aman sejahtera dan diampuni Allah swt. Sebaliknya, beliau sanggup menuduh bahawa Selangor akan menjadi negeri peliwat.

Ungkapan yang menggambarkan betapa kotornya pemikiran politikus tua ini. Bercakap tanpa iman; penuh dendam dan nafsu serakah. Ini merupakan penghinaan kepada seluruh rakyat Selangor yang seharusnya Ibrahim Ali dihalang dari menjejakkan kakinya di negeri berdaulat ini.

YAB Dato’ Menteri Besar amat memandang serius tohmahan jahat ini dan akan membincangkan isu ini dengan semua agensi terbabit dan Kamar Penasihat Undang-undang Negeri termasuk juga pihak Istana. Kita tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap Ibrahim Ali kerana keceluparan melampau beliau semata-mata mendapatkan publisiti murahan.

FAEKAH HUSIN
SETIAUSAHA POLITIK
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Sunday, January 22, 2012

Siasat segera First Lady Of Shopping

JINGGA 13 DESAK SPRM SIASAT FIRST LADY OF SHOPPING

Jingga 13 mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dari manakah wang yang digunakan oleh Rosmah Mansor perolehi sehingga mampu berbelanja mewah seperti di laporkan dalam seksyen 'Private Sydney' yang disiarkan akhbar Australia Sydney Morning Herald, di mana kolumnis Andrew Horney memetik kenyataan pereka fesyen, Carl Kapp mengenai Rosmah yang dikatakan membelanjakan A$100,000 (RM325,000) di butik milik beliau di Sydney.

Bukan sahaja berbelanja mewah termasuk menginap di hotel bersama suaminya Najib Razak berharga RM65,100 semalam di Hotel Darling , Sydney , yang tidak dilaporkan berapa malamkan mereka menginap di sana dan perkhidmatan lain seperti parkir khas untuk limosin beliau.

Jingga 13 amat hairan kenapa sehingga sekarang tiada sebarang tindakan oleh SPRM terhadap pelbagai laporan yang dibuat terhadap tabiat berpoya-poya isteri Perdana Menteri Malaysia yang berbelanja mewah yang amat melampau. Adakah SPRM hanya khusus untuk menyiasat dan mendakwa rakyat biasa dan terlalu dayus untuk menyiasat isteri Perdana Menteri dan pimpinan UMNO?

Di saat seluruh rakyat Malaysia berdepan dengan kenaikan harga barang makanan dan keperluan hidup , dalam keadaan rakyat berpendapatan rendah dan golongan miskin menderita untuk terus hidup , isteri Perdana Menteri membeli belah ratusan ribu RM. Dari manakah wang yang diperolehi oleh beliau boleh untuk berbelanja mewah sehingga di gelar 'FIRST LADY OF SHOPPING'?

Jingga 13 meminta seluruh rakyat Malaysia membuka minda dan hati agar bangkit mempersoalkan dari manakah wang yang Rosmah Mansor perolehi sehingga berbelanja mewah yang mungkin sudah jutaan RM daripada keseluruhan melibatkan barang kemas, pakaian,beg tangan Birkin dan sebagainya termasuklah perbelanjaan pengangkutan dan penginapan mewah di luar negara.

SPRM harus bertindak adil dan profesional dan bukan bertindak dwi-standard.

muafakat*prihatin*berani

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator JINGGA 13

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday, January 20, 2012

700 bekas tentera sertai kerabat di Pulau Pinang

Seramai 700 orang bekas tentera mendaftarkan diri dengan Sekretariat Kebajikan Rangkaian Bekas Angkatan Tentera Malaysia (Kerabat) di Pulau Pinang setakat tahun 2011 kata, Pengerusinya, Saudara Azizan Salleh.

Ketika ditemui pada program penerangan Kerabat di Pongsu Seribu, Kepala Batas semalam beliau menambah, Kerabat kini sedang menjelajah ke seluruh pelusuk negeri ini untuk menyampaikan penerangan betapa pentingnya bernaung di bawah Kerabat berbanding Persatuan Bekas Perajurit yang dilihat tidak mampu mengubah nasib ahli.

"Kerabat bakal menjadi penaung pada bekas tentera pula nampaknya sejak akhir-akhir ini apabila ramai yang membuat keputusan mendaftarkan diri. Sikap itu satu petanda yang baik, " katanya.

Hasil penerangan di Pongsu Seribu 23 orang bekas tentera datang mendaftar dan bersedia menjadi ahli yang aktif bagi membantu Kerabat di Pulau Pinang cuma sekadar memberikan mereka wang pencen.

Menurutnya, Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak bertindak secara kolektif menyedarkan bekas tentera untuk bangun meneruskan penghidupan selepas bersara.

Lazimnya, pesara tentera dalam dilema apabila ingin bersara selepas memberikan perkhidmatan bertahun-tahun lamanya, ekoran bimbang bagaimana untuk meneruskan kehidupan selepas itu.

"Kenapa bekas tentera tidak mengambil peluang yang terbuka luas di depan mata kerana Kerabat bertekad membantu bekas tentera yang selama ini tidak terbela, " tegasnya.

Mereka yang masih dibelenggu pemikiran sempit katanya, tidak perlu bimbang kerana Kerabat akan bertindak dengan adil tidak mengira latar belakang politik bila memberikan bantuan dari Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.

Lagipun tentunya bekas perajurit tahu bahawa perjuangan dalam ATM bukan mengikut telunjuk orang politik sebaliknya akur di bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang Dipertuan Agung.

Beliau sendiri sedih katanya, apabila melihat ada bekas perajurit terpaksa kerja jadi pengawal keselamatan atau kerja yang tidak sepatutnya.

"Tidak dinafikan memang ada yang bekerja sedemikian berbanding dulu dalam tentera mereka orang yang berpangkat.

Tetapi nak buat macam mana bila bersara pendapatan tidak setinggi mana. Ada yang lebih malang bila keluar tentera belum punyai rumah sendiri, " jelasnya.

Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Kami amat bersedia dan teruja untuk terus menyelak kain mamee @shahrizatjalil di Mahkamah

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata beliau bersedia untuk berdepan saman dari Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berhubung pendedahan skandal National Feedlot Corporation (NFC).

Ia ekoran Shahrizat hari ini mengemukakan saman terhadap beliau dan Ketua Wanita Keadilan, Zuraida Kamaruddin di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Menurutnya, peluang di mahkamah kelak akan digunakan sepenuhnya untuk membongkar lebih banyak penyelewengan yang bakal diikuti lebih ramai rakyat Malaysia.

“Peluang ini memang telah ditunggu-tunggu agar kami boleh menggunakan kuasa mahkamah untuk mencari kebenaran sejauh manakah berlakunya penyelewengan di dalam NFC, selain dari yang didedahkan setakat ini,”

“Oleh itu, kami cukup bersedia dan teruja untuk berdepan dengan Dato’ Seri Shahrizat Jalil dan peguam-peguam Umno di mahkamah kelak,” tegasnya.

Menurut Rafizi, beliau yakin semua pendedahan yang dibuat setakat ini adalah benar belaka kerana ia berdasarkan maklumat kewangan dan operasi yang dibocorkan dari dalam NFC sendiri.

“Sebelum memulakan siri pendedahan skandal, pasukan kami telah pun berbincang dengan peguam-peguam KEADILAN mengenai kemungkinan dikenakan tindakan saman,” jelas beliau.

Menurutnya lagi, risiko saman itu adalah berat dipihaknya yang berdepan kemungkinan muflis sekiranya kalah, sedangkan Shahrizat hanya perlu membayar kos guaman dan pentadbiran jika saman itu ditolak.

Zuraida ketika membuat laporan polis terhadap NFC 23 November lalu

“Dengan kekayaan keluarga beliau, sudah tentu beliau mampu membayarnya,”

“(Namun) jika pimpinan Umno seperti Shahrizat beranggapan mereka boleh menutup mulut dan akal rakyat seperti saya dengan mengemukakan saman seperti ini, mereka tersilap besar,” katanya.


Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Thursday, January 19, 2012

Kenyataan rasmi Sharpshooter

Nantikan kenyataan rasmi sharpshooter dalam masa terdekat, sekarang masih di Kuala Lumpur.

Isu berhubung dengan fitnah jahat peguam rais terhadap sharpshooter.

Lawan tetap lawan... Membujur lalu melintang patah..

Kalau takut dengan risiko usah bicara soal perjuangan..

Kalau takut dipukul badai..usah berumah di tepi pantai...


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, January 18, 2012

Alahi hasang ali..sejak bila pandai buat fitnah?

JINGGA 13 mengecam kenyataan Dr Hassan Ali baru-baru ini yang berusaha untuk mengaitkan Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai menghalalkan perlakuan homoseksualiti sepertimana yang dilaporkan Mingguan Malaysia dan Berita Harian berikutan yang disadur secara tidak bertanggungjawab dari wawancara Ketua Pembangkang itu bersama
British Broadcasting Corporation.

Kekecewaan Umno dan Barisan Nasional berikutan pembebasan Dato Seri Anwar Ibrahim daripada pertuduhan liwat nyata tidak dapat diselindungkan apabila media pro kerajaan ini memutarbelit fakta sebenar sedangkan secara nyata rakaman wawancara itu tidak disiarkan sepenuhnya.

Namun apa yang lebih memualkan adalah reaksi segera Dr Hassan Ali yang jelas mempunyai niat jahat serta tanpa usul periksa sebelum mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa.

Jingga 13 mempersoalkan rasional kenyataan Dr Hassan Ali itu yang cenderung untuk memfitnah dan mengaibkan peribadi Dato Seri Anwar Ibrahim, dan apakah Dr Hassan Ali diperalatkan oleh musuh-musuh politik Dato Seri Anwar Ibrahim untuk menjatuhkan imej Dato Seri Anwar Ibrahim sendiri.

Kenyataan Dr Hassan Ali ternyata memang kosong dan tidak mempunyai fakta untuk menyokong pernyataan itu.

Jingga 13 menyeru agar rakyat tidak terpengaruh dengan fitnah dan cubaan jahat media pro kerajaan dan Dr Hassan Ali untuk meruntuhkan moral Dato Seri Anwar Ibrahim. Ini jelas merupakan cubaan terdesak dan tidak beretika memandangkan sokongan dan pendirian rakyat untuk kekal teguh menolak politik fitnah yang semakin menjadi-jadi.

Fitnah terbaru ini adalah antara picisan usaha yang sudah dijangka akan dilakukan oleh media-media penipu ini dan akan berterusan untuk terus menjadi simbol bahawa kerajaan pimpinan Najib Razak sudah wajib untuk diundurkan kerana gagal untuk fokus kepada permasalahan utama dan menjadikan isu liwat serta homoseksual ini sebagai talian hayat untuk meraih sokongan rakyat yang semakin mengecil.

Dr Hassan Ali boleh terus mencuba sedaya upaya namun akhirnya segala bentuk fitnah dan kebobrokkan ini akan memakan dirinya sendiri.

Jingga 13 mengecam sekeras-kerasnya tindakan Dr Hassan Ali ini dan mendesak beliau memohon maaf secara terbuka kepada Dato Seri Anwar Ibrahim demi sekelumit maruah dan penghormatan kepadanya yang masih bersisa.  

Muafakat*Prihatin*Berani

SAIFUDDIN BIN SHAFI MUHAMMAD
Setiausaha

JINGGA 13


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Majlis Kesyukuran di rumah Anwar

Tuesday, January 17, 2012

Lagi laporan seleweng terhadap Jamil Khir

Pemuda PAS Wilayah Persekutuan hari ini membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi berhubung dakwaan salahguna wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Laporan atas nama Ketua PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzaman Mohamad itu dibuat terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Che Ali.

Jamil, Che Mat dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Shamsuddin Hussain melantik syarikat guaman Zainul Rijal Talha dan Amir bertarikh 28 Januari 2010 bagi mewakili mereka dalam kes tuntutan qazaf  bertujuan menghalang kes melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dibicarakan di Mahkamah Syariah.

Bercakap kepada pemberita selepas laporan dibuat, Kamaruzaman mendesak pihak polis menyiasat dan mengambil tindakan undang-undang terhadap MAIWP, Jamil dan Che Mat.

"Bukti mengenai salahguna wang zakat oleh menteri dan pengarah Jawi ini sangat besar dan perlu disiasat segera kerana melibatkan wang rakyat.

"Di Wilayah Persekutuan ini ramai lagi golongan yang memerlukan sukar untuk menerima zakat, tiba-tiba menteri menggunakan wang ini untuk kepentingan peribadi," kata beliau.

Kamaruzaman merujuk kepada bukti yang didedahkan PKR minggu lalu mengenai perkara tersebut.

Ianya merupakan  set dokumen daripada MAIWP sendiri termasuk baucar bayaran bernombor 2010B4112 bertarikh 29 April 2010 sebanyak RM32,150.

Baucar tersebut secara terang merakamkan kumpulan wang yang digunakan merupakan kumpulan wang zakat.

Selain itu bukti itu  merupakan surat daripada Ketua Audit Negara, Tan Sri Datuk Setia Ambrin Buang kepada Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Negara, Datuk Seri Azmi Khalid yang mengesahkan bahawa RM63,650 wang zakat iaitu bayaran pertama sebanyak RM31,500 pada 9 Februari 2010 dan bayaran kedua berjumlah RM32,150 pada 29 April 2010 digunakan bagi membayar kos guaman MAIWP.

Mengulas mengenai kenyataan Jamir bahawa wang itu digunakan untuk menjaga kepentingan Islam, Kamaruzaman berkata ianya adalaha alasan yang tidak logik.

"Datuk Seri Jamil kata boleh guna wang zakat untuk mendaulatkan Islam.

"Dalam kes ini Datuk seri Anwar yang fail kes qazaf dan memohon untuk kesnya dibicarakan di Mahkamah Syariah. Sekarang siapa yang mendaulatkan Islam?" soalnya.

Sementara itu, Timbalannya, Suhaimi Abdul Aziz memberitahu, Pemuda PAS Pusat akan menyerahkan memorandum berhubung perkara itu di pejabat MAIWP, Khamis ini jam dua petang

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Monday, January 16, 2012

TKM 1 Pulau Pinang terlibat beri RM5,000.00 di Padang Lembu

TKM 1 menyantuni kanak-kanak yang teruja mengakses internet

Beliau menyampaikan sumbangan kepada wakil penduduk

Bersama penduduk dan Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti Kampung Padang Lembu

Mansor memberi amanat dan ucapan serta penghargaan kepada hadirin

KAMPUNG PADANG LEMBU: Berhasrat melihat penduduk terutama generasi muda Pulau Pinang celik maklumat, kerajaan negeri komited mengusahakan dunia tanpa sempadan iaitu penyediaan wifi secara percuma.

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman, berkata penyediaan wifi percuma itu diharap membantu penduduk Pulau Pinang lebih bermaklumat dan sentiasa bersedia dengan perkara-perkara baru.

"Kita mahu melihat penduduk negeri bergerak seiring dengan ledakan maklumat. Dengan itu, mereka tidak mudah terpedaya dengan khabar angin sebaliknya boleh melihat sesuatu isu dalam pelbagai sudut sekali gus menuntut kebijaksanaan mereka dalam menilai," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan pemasangan wifi percuma untuk komuniti di Kampung Padang Lembu, Penanti, dan turut menyumbangkan lima komputer dan pencetak bernilai RM5,000.

Dalam majlis itu, beliau juga menyampaikan hamper dan ang pau sempena sambutan Tahun Baru Cina kepada warga kampung berkenaan.

"Tahniah kepada semua Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Kampung Padang Lembu dalam usaha mereka memperkenalkan pentadbiran kerajaan negeri yang sentiasa mengutamakan rakyatnya.

"Untuk rekod, kerajaan negeri akan terus membantu rakyat Pulau Pinang tanpa mengira kaum. Usaha berkenaan sudah dilakukan sejak 2008 hingga kini. Saya percaya, rakyat Pulau Pinang boleh menilai dan sekali gus mengetepikan segala fitnah pihak tertentu yang cuba memberi gambaran buruk terhadap kita," katanya.

Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Sunday, January 15, 2012

Konvoi bersama Anwar ubah lokasi

Lokasi konvoi bersama Anwar Ibrahim pada 15 Jan 2012 (Ahad) yang sepatutnya berkumpul selepas Jambatan Pulau Pinang ditukar ke lokasi tol Sg Dua kerana Anwar bermalam di Alor Setar.

Siapa nak join..silakan..kenderaan sendiri..minyak pun sendiri :-)

Saturday, January 14, 2012

Suasana Konvensyen PR

Konvensyen Pakatan Rakyat - BERSIHKAN MALAYSIA

Konvensyen Pakatan Rakyat dimulakan dengan pimpinan Pakatan Rakyat memeriksa barisan Pemuda Pakatan Rakyat yang terdiri dari Keadilan, PAS dan DAP.

Anwar akan tiba di Lapangan Terbang Bayan Lepas jam 12.30 tgh dan terus ke Alor Setar.

Tema Konvensyen Pakatan Rakyat bagi kali ke 3 yang di adakan di Stadium Sultan Abdul Halim Alor Setar adalah "BERSIHKAN MALAYSIA".