Anwar Ibrahim akan memfailkan saman balas terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussien berhubung video fitnah yang dikaitkan dengannya.
Anwar, yang juga ahli parlimen Permatang Pauh dilapor akan mengemukakan pembelaan dan hujah balas bersama transkrip penuh sidang akhbarnya.
Sebelum ini, Hishammuddin berkata tindakan Anwar mengaitkannya dengan video fitnah tersebut semata-mata untuk mengalihkan perhatian rakyat.
Permohonan Anwar difailkan oleh pejabat peguam Tetuan Faiz dan Co.
Perkara itu timbul ketika sebutan kes hari ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Wazeer Alam Mydin Meera.
Wazeer menetapkan 3 Jun untuk pengurusan kes dan mengarahkan Hishammuddin menjawab hujah pembelaan Anwar sebelum 1 Jun.
Hishammuddin diwakili peguam Cecil Abraham manakala Anwar diwakili Leela Jesunathan
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Tidur di masjid, Istimewa PAS, menjelas kehidupan.. & saranan..
-
*1. Tidur di masjid, Istimewa PAS, menjelas kehidupan.. *
*Soalan:*
Pada setengah masjid ramai orang tidur di dalamnya sama ada kerana berehat
atau ...
9 hours ago