Lebih separuh kawasan di semua negeri tersebut - Johor, Perak, Kedah, Sabah dan Negeri Sembilan - mencalonkan Mohamad bertanding jawatan tersebut dalam pemilihan parti itu bulan depan.

Ia diikuti Perak (13 daripada 24 kawasan), Kedah (8 daripada 15), Sabah (5 daripada 8) dan Negeri Sembilan (4 daripada 8) mencalonkan 'Abang Mat'.
"Keputusan (jumlah pencalonan) itu diperolehi selepas membuat semakan beberapa kali (di semua kawasan)," kata sumber yang rapat dengan bekas ahli parlimen Kuala Kedah itu.
Sumber itu juga memberitahu Malaysiakini kawasan di negeri lain yang turut mencalonkan Mohamad adalah Wilayah Persekutuan dengan (2 kawasan), Pulau Pinang (5), Selangor (4), Perlis (2), Melaka (2), Kelantan (6), Pahang (3) dan Sarawak (1).
Pencalonan Azizan bertambah
Bagaimanapun, sumber turut mendakwa Mohamad tidak mendapat sebarang pencalonan di Terengganu.
PAS mempunyai 179 kawasan di seluruh negara.

Sebelum ini Malaysiakini melaporkan Mat Sabu memperolehi 60 pencalonan sehingga minggu lalu.
Sumber itu juga berkata penyandang jawatan berkenaan Nasharudin Mat Isa memperolehi 39 pencalonan- bertambah enam pencalonan berbanding 33 pencalonan sehingga minggu lalu.
Di tempat ketiga ialah naib presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang menambah empat pencalonanan, menjadi 17 setakat ini.
Sementara Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak pula mendapat lima pencalonan, bertambah dua pencalonan.
Salahudin, Nizar belum layak
Seorang lagi naib presiden Salahudin Ayub masih kekal dengan satu pencalonan manakala bekas menteri Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin turut mendapat satu pencalonan.
Setakat ini, hanya Mohamad dan Nasharuddin menawarkan diri untuk merebut jawatan timbalan presiden.

Exco kanan kerajaan Negeri Kelantan Datuk Husam Musa mendapat 281 undi, manakala Mohamad meraih 261 undi.
Ibu pejabat parti menetapkan pemilihan dan muktamar PAS akan berlangsung selama tiga hari bermula 3 Jun ini di Markaz Tarbiyyah PAS di Taman Melewar, Gombak.
Muktamar bagi sayap-sayap parti - Dewan Pemuda, Dewan Muslimat dan Dewan Ulama - akan mengadakan pemilihan pucuk pimpinan masing-masing dua hari sebelum itu.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/