Rakyat yang cintakan kebenaran dan menolak politik fitnah diminta menyertai Perhimpunan Hari Kemarahan Rakyat Amarah di sekitar Masjid Negara, Kuala Lumpur pada Jumaat hari ini 6 Mei ini.
Perhimpunan yang dijangka dihadiri ribuan rakyat Malaysia akan diadakan sekitar jam 12 tengah hari, menjadi titik tolak kebangkitan rakyat menolak politik porno/fitnah.
Program itu anjuran Saf Anti Fitnah (SAF) yang menggabungkan badan bukan kerajaan (NGO) antaranya Teras, Sekratariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura), Muafakat Perubuhan Islam Kedah (Wehdah), Jaringan Muafakat Pertubuhan Islam Perak (Jama'iy) dan Insititut Penyelidikan dan Pengembangan Syariat.
Penganjuran perhimpunan itu turut bekerjasama dengan Gabungan Pemuda Pakatan Rakyat Anti Politik Lucah/Fitnah (Maruah)
Orang ramai dipelawa hadir untuk memberi sokongan padu demi menyelamat Malaysia dari gejala politik fitnah yang dijaja pimpinan Umno Barisan Nasional (BN), khususnya kebelakangan ini.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Wan Rosdy: Kerajaan Negeri Pahang Telah Menyelesaikan 98 Peratus Urusan
Pemilikan Tanah Peneroka Felda Di Negeri Ini
-
*KUANTAN:* Kerajaan Negeri Pahang telah menyelesaikan 98 peratus urusan
pemilikan tanah peneroka di negeri ini, hasil usaha berterusan pelbagai
pihak dal...
7 hours ago
