Selepas serangan itu, pegawai berkenaan berkata, mayatnya akan diuruskan mengikut amalan dan tradisi Islam.
Katanya, amalan itu memerlukan mayat umat Islam ditanam dalam tempoh 24 jam dan usaha mencari negara yang sanggup menerima mayat Osama adalah sukar.
Berikutan itu, beliau berkata, AS membuat keputusan menyemadikannya di laut.
Bagaimanapun, pegawai yang tidak mahu mendedahkan namanya, berkata lokasi Osama disemadikan tidak didedahkan. - AP
Sementara itu TMI melaporkan
Osama, anak bangsawan temui ajal ‘dalam buangan’
Serangan yang paling segar dalam ingatan ialah peristiwa 11 September 2001.
Amerika Syarikat (AS) menembak mati Osama ketika Washington sedang membuat persiapan menyambut ulang tahun peringatan ke-10 11 September ini.
Osama, 54, lahir dalam keluarga yang berada, salah seorang daripada lebih 50 anak bagi magnet pembinaan Saudi dan Allahyarham menghabiskan usia mudanya di rumah agam yang dihiasi dengan pelbagai kemudahan mewah dan serba senang.
Pada awal 1980-an, Osama menjadi personaliti antarabangsa berpengaruh yang menyokong pejuang-pejuang kebebasan Muslim di Afghanistan. Kemudian, dia menjadi penganjur dan pembiaya kepada rangkaian pengganas yang melindungi tempat tinggalnya, tinggal di rumah-rumah yang selamat, khemah di kawasan terperinci dan malah di gua-gua di Sudan, Afghanistan dan Pakistan.
Lelaki paling dikehendaki di dunia ini ini terbunuh dalam serangan tentera AS di Abbottabad, kira-kira 50 kilometer (30 batu) di sebelah timur laut ibu negara Pakistan awal hari ini bersama isteri mudanya.
AS menyediakan ganjaran AS$25 (sekitar RM75 juta) ke atas kepala Osama sejak perang ke atas kumpulan pengganas disytiharkan satu dekad yang lalu.
Laporan Los Angeles Times memetik Yossef Bodansky, pakar mengenai aktiviti pengganas yang menulis biografi Osama, menyifatkannya sebagai “orang yang mengisytiharkan perang ke atas Amerika.”
Bagi bekas presiden AS George W. Bush dan sebahagian rakyat Amerika, Osama sebenarnya seorang “syaitan.”
Pada 1994, kerajaan Arab Saudi menggugurkan taraf kewarganegaraannya. Kebanyakan anggota keluarganya pula, yang rapat dengan kerabat diraja, memutuskan hubungan dengan beliau.
Senarai serangan yang dipertanggungjawabkan ke atas Osama bukan satu dua. Osama pernah dianggap sebagai hero bagi ramai umat Islam di seluruh dunia dan dilabel sebagai Saladin, sultan yang menghalau penceroboh Kristian dari Baitulmaqdis lapan abad yang lalu.
“Kami percaya bahawa pencuri terbesar di dunia dan pengganas ialah orang Amerika,” kata Osama dalam satu temu bual dengan majalah pada Februari 1999.
Barat mengaitkan Osama dengan serangan peristiwa 11 September 2001, kedutaan AS di Kenya dan Tanzania, kapal pemusnah USS Cole di Yemen.
Hari ini, Perdana Menteri Britain David Cameron menyifatkan kematian Osama akan membawa “kelegaan besar” di seluruh dunia.
“Osama bin Laden bertanggungjawab ke atas kekejaman pengganas di seluruh dunia... 11 September dan banyak lagi, yang meragut banyak nyawa, kebanyakan rakyat Britian.
“Penemuan dia satu kejayaan besar dan kita tidak perlu membawa kempen menentang pengganas lagi,” kata beliau dalam satu kenyataan di London.
Analisis Reuters pula menyebut pembunuhan Osama merupakan satu tamparan psikologi yang besar bagi rangkaian Al-Qaeda.
Bagaimanapun kata laporan itu, ia kemungkinan hanya akan membawa impak praktikal yang kecil ke atas kumpulan pengganas itu, yang semakin tidak berpusat dan secara taktik telah beroperasi tanpa Osama sejak beberapa tahun lalu.
Al-Qaeda dikatakan berhadapan dengan kesan ideologi selepas kebangkitan rakyat biasa di beberapa negara Arab sejak akhir tahun lalu.
Sayap Al-Qaeda yang kini menjadi ancaman besar kepada AS ialah gabungannya di Yemen iaitu AQAP, demikian menurut pegawai-pegawai AS. Beberapa kumpulan mirip Al-Qaeda juga mula mengalami pertumbuhan.
“Dari segi kepimpinan operasi pengganas, Osama tidak menjadi bahan cerita utama sejak beberapa lama,” kata Paul Pillar, bekas pegawai risikan AS.
“Desakan kebanyakan operasi adalah bersifat pinggiran, bukannya berpusat... saya menyenaraikan kumpulan-kumpulan seperti AQAP, dan juga entiti-entiti kecil yang lain,” kata beliau.
Jadi, timbul persoalan sama ada kematian Osama benar-benar akan mengakhiri rangkaian Al-Qaeda buat selama-lamanya.
Gambar kematian Osama disebelah ini juga adalah gambar palsu. Gambar asal di sebelah kanan dan gambar kiri yang telah diedit.
Apakah ini satu strategi Obama untuk mengembalikan keyakinan rakyat Amerika bilamana Parti Demokrat kalah teruk tahun lalu (2 Novenber 2010) kepada Parti Republikan dalam Pilihanraya Pertengahan Penggal Amerika Syarikat?
Mungkinkah dengan berita kematian Osama ini akan menjadikan Obama dijulang sebagai hero Amerika kerana berjaya membunuh Osama dan beliau akan terus kekal berkuasa dalam Pilihanraya Presiden pada tahun 2012?
Lebih menyedihkan Najib dan Hishammuddin menyokong Amerika membunuh Osama kerana dianggap pengganas. Benarkah Osama adalah pengganas? Bolehkah Obama dianggap sebagai hero?
Apakah Israel dan Amerika yang telah membunuh jutaan orang awam dan umat Islam atas nama memburu pengganas dan pengaman tidak dianggap sebagai pengganas? Bukankah dunia menyaksikan pembunuhan demi pembunuhan kejam dan tidak berperikemanusiaan oleh tentera Israel dan Amerika?
Mengapa Najib dan Hishammuddin sanggup melutut menyembah Amerika? Tangkapan ISA juga sebenarnya adalah untuk memenuhi tuntutan Amerika. Inilah akibatnya apabila penasihat Najib umno dan b-end adalah APCO.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/