SharpShooter Followers

Tuesday, May 10, 2011

Berdoalah untuk sahabat kita...Hijat....

Ini gambar Hijat sebelum sakit

Ini gambar profile Hijat dalam FB memang ceria..

Inilah gambar kali pertama sharpshooter ziarah Hijat semasa di wad CCU Hospital Pantai. Di sini hanya seorang sahaja dibenarkan melawatnya pada suatu masa. Ketika itu Hijat sedang tidur...

Melihat kepada keadaannya sahaja sudah tidak dapat digambarkan bagaimana sakitnya derita Hijat...Tiba-tiba Hijat terjaga... "Hijat..Hijat..tak apalah...tidurlah..berehatlah..." namun Hijat tak mahu endahkan...dengan suara perlahan dia dan terketar-ketar dia berkata..."Din dah mai lama dah ka..."

"tak..baru saja..tak apalah Hijat..tidurlah..berehatlah..." tiba-tiba air mata Hijat berlenang...memang sebak bila melihat Hijat dalam keadaan seperti ini..Sukar digambarkan dengan kata-kata bila melihat keadaan Hijat...kepada yang belum ziarah...ziarahlah Hijat..

Beliau dahulunya adalah Exco AMK P.Pinang semasa sharpshooter menjadi Ketua AMK P.Pinang tahun 2004..Hijat adalah di antara AMK Bayan Baru yang cukup aktif bersama Zul Mamak dan Azrizal pada tahun selepas PKR hampir terkubur selepas pilihanraya 2004, hanya kerusi Permatang Pauh sahaja berjaya dipertahankan...


Ini pula adalah gambar kali kedua semasa sharpshooter bersama isteri dan Zulkifli Ibrahim menziarahinya..terpaksa tunggu giliran..hanya seorang saja dibenarkan...

Zul masuk dulu..lama juga kami tunggu di luar....akhirnya Zul keluar dengan linangan air mata....sambil mengusap air mata zul berkata..."...sian Hijat..saya sedih sangat tengok Hijat....tak sangka sampai begitu keadaan Hijat...." Begitulah kasihnya seorang sahabat seperjuangan...tercubit paha kiri paha kanan terasa sakitnya....

Siapa pun tidak mahu sakit seperti ini...deritanya hanya Hijat yang tahu...


Chegubard juga sempat meluangkan masa untuk menziarahi Hijat ketika Hijat dipindahkan dari Hospital Pantai Bayan Baru ke Hospital Island kerana di sini ada Pakar sakit kulit...


Chegubard juga sebak bila pertama kali melihat keadaan Hijat..

Lihatlah dibelakang Hijat..yang merah itu isinya..kulitnya sudah tiada...menunggu kulitnya untuk sembuh dan menutupi semula isinya memang memakan masa yang agak lama...

Doktor mengesahkan Hijat terkena sejenis penyakit kulit yang dipanggil Pemphigus Vulgaris. Penyakit ini memang jarang ditemui...Hijat adalah pesakit keempat yang pernah doktor temui di hospital ini...jika anda ingin tahu butiran lanjut tentang penyakit ini...anda boleh layari di sini.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya..

Kepada sesiapa yang ingin membantunya bolehlah menghulurkan bantuan di akaun Maybank Noor Izzar bin Jamaludin 157296024802.

"Ya Allah..Engkau sembuhkanlah segera penyakit yang dihidapi oleh sahabatku ini...aku tak sanggup lagi melihat penderitaannya...pulihkan ia seperti sediakala.....amin..."

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/