KUCHING 1 Mei – Pakatan Rakyat hari ini mengumumkan pembentukan Kabinet bayangan sebagai persiapan untuk menghadapi sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dijangka diadakan bulan depan.
Pembentukan Kabinet bayangan yang mengandungi 15 portfolio itu menyaksikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP mendominasi 12 daripadanya dengan Pengerusi DAP negeri, Wong Ho Leng dilantik menjadi Ketua Pembangkang.
Sementara itu, Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Sarawak, Baru Bian memegang portfolio Hal Ehwal Tanah Adat.
Wong Ho Leng ketika mengumumkan perkara tersebut berkata, penubuhan Kabinet bayangan yang berkuat kuasa hari ini disertai 16 anggota iaitu 15 ADUN pembangkang yang menang pada pilihan raya negeri lalu serta seorang wakil Pas.
"Beberapa portfolio baru turut ditambah pada portfolio sedia ada iaitu Tadbir Urus Yang Baik, Hubungan Agama dan Perpaduan Nasional, Wanita dan Pengguna," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Berbeza dengan Pas yang diberi peranan berkongsi portfolio dengan wakil PKR walaupun tidak memenangi sebarang kerusi pada pilihan raya negeri, wakil Parti Kebangsaan Sarawak (Snap) langsung tidak disenaraikan.
Ditanya mengenai perkara itu, Ho Leng yang enggan mengulas lanjut sekadar memberitahu, senarai nama pemegang portfolio yang dikeluarkan secara jelas tidak mengandungi mana-mana wakil daripada Snap.
"Senarai anggota Kabinet bayangan ini telah diputuskan dan dipersetujui bersama oleh parti pembangkang.
"Selepas ini DAP, PKR dan Pas diminta mengemukakan tiga lagi wakil bagi membantu setiap anggota Kabinet yang kita umumkan hari ini," katanya
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Tidur di masjid, Istimewa PAS, menjelas kehidupan.. & saranan..
-
*1. Tidur di masjid, Istimewa PAS, menjelas kehidupan.. *
*Soalan:*
Pada setengah masjid ramai orang tidur di dalamnya sama ada kerana berehat
atau ...
9 hours ago