SharpShooter Followers


Monday, April 29, 2013

Jom bersama Sivaji The Bos round Penang hari ini

Jelajah Pakatan Harapan Rakyat DS Anwar Ibrahim Ke Penang 29 April 2013 (Isnin)
To:


Jelajah Pakatan Harapan Rakyat Dato' Seri Anwar Ibrahim

Ke Pulau Pinang

29 April 2013 (Isnin)

1)    5.00 ptg – Sepetang Bersama Anwar Ibrahim

        Lokasi: Bangsal Rawai, Teluk Bahang, Balik Pulau

2)    7.15 mlm – Solat & Tazkirah Maghrib

        Lokasi: Masjid Teluk Bahang, Balik Pulau

3)    8.30 mlm – Ceramah Pakatan Harapan Rakyat

        Lokasi: Dewan Tinggi Sek Han Chiang, Georgetown

4)    10.00 mlm– Ceramah Perdana Pakatan Harapan Rakyat

        Lokasi: Tapak Pasar Malam Ampang Jajar, Permatang Pauh

5)    11.15 mlm – Ceramah Perdana Pakatan Harapan Rakyat

       Lokasi: Batu 4, Sungai Bakau, Sungai Aceh, Nibong Tebal


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Sunday, April 28, 2013

Umno Perlis bakal tersungkur..

Selama ni kita tak dengar langsung berita PRU 13 dari Perlis seolah2 Perlis telah hilang dari peta negara Malaysia.. Tetapi kebangkitan Rakyat menolak UMNO juga berlaku di negeri paling utara semenanjung Malaysia.

Lihatlah bertapa dinginnya sambutan rakyat terhadap UMNO BN menandakan rakyat perlis juga membenci UMNO BN dan akan bersama2 anak2 lain bagi menumbangkan UMNO BN di negeri mereka Perlis Indra Kayangan.

Mampos umno..


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Saturday, April 27, 2013

Gambar-gambar debat @anwaribrahim vs @najibrazak di Pekan, malangnya Najib tak ada "telur"


Debat Anwar vs Najib , malangnya Najib hanya gah berani di TV dan media arus perdana, tetapi bila diajak berdebat menikus...
Pengundi Pekan kecewa Najib rupa-rupanya memang tak ada "telur" untuk berdebat dengan Anwar
Calon Pekan Cikgu Fariz Musa berjaya memukau pengundi Pekan dengan hujah dan gaya tersendiri
Anwar mohon sokongan rakyat Pekan berani buat perubahan
Pasukan Gagak Gempur Pekan siap siaga tumbangkan Najib
Rakyat perlu menilai kepimpinan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak yang takut berdepan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam program debat manifesto yang menjurus kepada kepentingan rakyat.
Fariz lagiCalon KEADILAN Parlimen Pekan, Fariz Musa berkata, lebih memalukan, Najib juga gagal menunjukkan ‘kejantanan’ di hadapan lebih 5,000 penduduk di tapak pasar sehari dekat Felda Chini 1, walaupun jemputan debat itu sudah dihantar ke Pejabat Umno Bahagian Pekan 23 April lalu.

“Jemputan itu dibuat sempena kehadiran Anwar ke Felda Chini 1 semalam. Saya juga difahamkan, Najib juga turut berkempen di situ pada hari yang sama.

“Apabila dia (Najib) tidak menyahut jemputan itu, sudah pasti penduduk setempat kecewa kerana Najib gentar di kubu kuatnya sendiri.

“Ini juga membuktikan beliau hanya berani menyerang Pakatan Rakyat dan manifestonya dengan menggunakan media Umno BN seperti TV3, Utusan Malaysia, Berita Harian dan New Straits Times, tetapi apabila diminta ke pentas debat dalam kawasan sendiri, beliau terus berdalih.

“Berbeza dengan Anwar yang bukan sahaja sanggup berdebat, malah berani datang ke kubu kuat Umno BN itu untuk berdepan dengan Najib,” katanya pada kenyataan.

Fariz menambah, sepanjang berkempen di Parlimen itu, apa yang dilihat adalah penderitaan rakyat Pekan yang benar-benar menyayat hati kerana ia hanya ‘indah khabar dari rupa’.



Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Friday, April 26, 2013

Nik Aziz lancar surat Tokoh Ma'al Hijrah Dr Yusof Al-Qaradawi sokong Anwar jadi PM





Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat hari ini melancarkan kempen risalah yang mengandungi surat surat terbuka dari Ulamak Sunni terkemuka di peringkat antarabangsa, Yusuf Qaradawi, menyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri.

NONENik Aziz (berjubah putih) melancarkan risalah bertajuk Surat terbuka Dr Yusuf Al Qaradawi untuk rakyat Malaysia, di projek perumahan rakyat Pantai Permai rakyat di Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Mengiringi beliau ialah calon PKR kerusi Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, yang berdepan dengan saingan sengit untuk mempertahankan kerusinya. Nurul dicabar oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin.

Pelancaran risalah tersebut oleh Nik Aziz di tengah-tengah kawasan Melayu yang berpendapatan rendah itu, dilihat sebagai usaha meningkatkan sokongan Melayu-Islam kepada Nurul, yang telah merampas kerusi tersebut dari bekas Menteri, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dalam penampilan sulungnya pada pilihan raya umum 2008.


NONESebelum ini, Anwar dan juga Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail turut berceramah dan mengadakan tinjauan mesra di Lembah Pantai untuk meningkatkan sokongan kepada anak perempuan mereka itu (tengah dalam gambar).

Surat bertarikh 2 Mac itu ditujukan kepada rakyat Malaysia.

Qaradawi mengetuai Ittihad Ulama Dunia, badan tertinggi yang mewakili ulama Islam di seluruh dunia.

NONE"Sesungguhnya saya sendiri berpandangan bahawa Anwar Ibrahim, 

“berdasarkan sejarah dan pengalaman, kebijaksanaan dan perjuangannya, kesabaran dan kecekalannya, sejak usia mudanya yang awal hingga ke hari ini, juga kecintaan yang diperolehinya daripada orang yang baik-baik dari kalangan rakyat Malaysia, dari kalangan orang Melayu dan Cina, maka dia selayaknya berada pada pilihan yang paling atas untuk memegang jawatan Ketua Kerajaan dan Perdana Menteri bagi memimpin Malaysia," tulis ulama Islam.




Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

kereta anak calon Sri Andalas, Dr Xavier dibakar

Dua buah kereta dibakar di dalam kawasan Parlimen Kota Raja dan salah seorang mangsanya adalah anak calon PKR di Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar.

Sehubungan itu, calon PAS Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud mendesak siasatan segera perlu dibuat dan dihentikan politik ganas.

Sebelum ini, satu letupan bom berlaku di dalam satu majlis anjuran BN di Nibong Tebal, Pulau Pinang.

Namun, hanya seorang sahaja yang mendapat cedera ringan di kakinya.

Polis yakin ia dibuat bukan untuk mencederakan sesiapa tetapi ada tujuan lain.



Sokongan India



(Dr Mariah bersama penyokongnya di kalangan masyarakat India)


Sementara itu, Dr Mariah terus mendapat sokongan dari pelbagai peringkat masyarakat khasnya di kalangan masyarakat India.

Beliau terus menerima sokongan tidak berbelah bahagi sebagaimana yang beliau dapat dalam pilihan raya 2008 lalu.

Dalam PRU 2008, Dr Mariah mendapat majoriti undi paling besar di kalangan calon PAS.

Beliau mengalahkan S. Vigneswaran calon BN dari MIC dengan majoriti 20,751 undi.



Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Sunday, April 21, 2013

Jom bersama Sivaji jelajah Perak hari ini..

Perubahan masa Prog b'sama

Anwar Ibrahin hari ini :-

12.30 tgh - Pekan kuala Kurau

01.30 ptg - Pekan Bgn Serai

03.00 ptg - Kg Anak Kurau, Ba Kurau

04.30 ptg - Jln Trong, Changkat Jering

05.30 ptg - Kg Sauk Baru, Pdg Rengas

06.30 ptg - Tmn Chandan Puteri, Kuala Kangsar

7.00- Rehat di KKgsar

09.00 mlm - Kg Teluk Sena, Lambor Kanan,

11.00 mlm - Bt 9, Lekir, Sitiawan

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Saturday, April 20, 2013

Pecat Kamelia bukti umno anggap wanita umno umpama lembu

Hasrat Datuk Kamalia Ibrahim untuk membawa agenda wanita Barisan Nasional dengan bertanding bebas tidak kesampaian lagi kerana Naib Ketua Wanita itu dipecat oleh parti.

Kamalia bertanding Bebas di Parlimen Kuala Kangar menentang calon Umno, Datuk Wan Mohammad Khairil dan Khalil Idham Lim daripada Pas.

Pemangku timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan media menerusi sesawang Agendadaily tengah hari tadi berkata, beliau sangat kecewa dengan pemimpin nombor dua sayap wanita Umno itu.

Tindakan Kamalia dijangka akan memecah undi sokongan rakyat terhadap Umno, sekaligus memberi laluan mudah kepada pembangkang.

Tiba-tiba teringat lagu kumpulan rock Sweet Charity...Kamalia.. :-)

Mampos umno..#inikalilah..

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

SPR sahkan Pekan Fariz Musa lawan Najib Altantoyaaa..

SPR baru umumkan parlimen Pekan pertandingan satu lawan satu , Fariz Musa lawan Najib altantoyaaa...

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Sekitar gambar penamaan calon Parlimen Pekan, bekas tentera nekad tolak najib

Hari ini sharpshooter bersama komrad Jingga 13 hadir di hari penamaan parlimen Pekan untuk memberi sokongan kepada calon Parti Keadilan Rakyat Cikgu Fariz Musa.

Puak-puak umporno berpecah teruk di Pekan, semalam di Dun Bebar, puak yang tidak berpuas hati dengan calon pilihan najib telah membuat demo besar-besaran dan keadaan menjadi kecoh hingga FRU terpaksa leraikan puak-puak umporno yang memberontak kerana calon mereka tidak dicalonkan.

Manakala di Batu 10, tentera pula kali ini diberi pilihan untuk mengundi sendiri dan mereka bebas mengundi calon pilihan mereka. Isu skandal penyelewengan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang dibawa oleh Cikgu Fariz Musa terlalu dekat dihati mereka.

Bekas tentera yang sempat sharpshooter temui semasa penamaan calon di Pekan berkata "Mengapa tabung pencen bekas anggota tentera ini digunakan sewenang-wenangnya, "pemimpin Umno yang korup kaya-raya, rakyat yang mempertahankan negara melopong. Itu duit kami bukan duit mak bapak umno"

Beliau berkata kali ini kami bekas tentera dan tentera bertekad akan ajar najib cukup-cukup sebagai pengajaran.



Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tuesday, April 16, 2013

Kenali calon P085 PEKAN Fariz Musa bakal cipta sejarah di Pekan


Nama : Fariz Musa
Umur : 43 tahun

Nama isteri:
Rohaida Mansor ( anak peneroka Felda Chini Timur 1)

Jawatan Politik:
Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat

Pengalaman Politik:
1. Bekas Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia ( 2007-2010)

2. Bekas Calon Parti Keadilan Rakyat di P40 Kemaman (PRU 12-2008)

Jawatan NGO:
Ketua Koordinator Jingga 13 Malaysia

Pendidikan :
1.Bachelor Pendidikan (Bimbingan & Kaunseling) Universiti Putra Malaysia
2.Diploma Perguruan Malaysia - Maktab Perguruan Kuala Terengganu Batu Rakit

Pengalaman Pekerjaan :
1.Timbalan Pengarah Jabatan Latihan & Komunikasi Selangor (2011-skrg)
2.Guru (1992 - 2008)
3.Bekas Pensyarah Sambilan di Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA- Skrg UNIZA)

Pencapaian dan anugerah:
1.Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Pelajaran Malaysia (2005)
2.Anugerah Kecemerlangan Sempena Hari Guru Peringkat Daerah Marang (1996)

Pengalaman Kepimpinan :
1.Bekas Exco GPMS Pusat (1993-1996)
2.Bekas Timbalan Setiausaha Agong  Program Sihat Tanpa Aids Untuk Remaja (PROSTAR) Pusat (1996-2000)

Penyertaan Luar Negara:
1.Mewakili Malaysia di Forum Belia Antarabangsa di Korea Selatan (1993)
2.Mewakili Parti Keadilan Malaysia ke Kongres Ke 2 Parti Keadilan dan Pembangunan Turkey di Ankara,Turkey (2009)




Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Kenali calon berwibawa Parlimen Sembrong @onnabubakar

Saudara Onn Abu Bakar bukanlah orang baru dalam Parti Keadilan Rakyat, beliau merupakan aktivis reformasi sejak 98. Sepanjang Sharpshooter mengenali beliau sejak era reformasi 98, beliau memang merupakan seorang yang mudah mesra, bersahaja, tidak sombong, berilmu, berakhlak, merendah diri malah beliau suka membuat amal jariah dan membantu aktivis parti.

Beliau akan bertanding menentang Menteri Dalam Negeri Hishamudin awwww di Parlimen Sembrong.

Selamat menonton dan semoga saudara Onn Abu Bakar bakal cipta sejarah menumbangkan pak menteri dalam negeri...InsyaAllah...




Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Video @RafiziRamli saman @papagomo pencacai angkat najis umporno




Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Sunday, April 14, 2013

Kenapa pencacai umporno tetak petugas Pakatan Rakyat?

Penyokong Umno tetak petugas Pakatan, letak parang di kepala, kenapa sampai tergamak buat macam tu? Matanglah sikit dalam berpolitik..

TERENGGANU 15 APRIL: Seorang petugas Pakatan Rakyat parah selepas ditetak sekumpulan penyokong Umno bersenjata pedang dan parang di Felda Neran 1 pada 11 April lalu.

Asri Hassan, 40, diserang lebih 15 penyokong Umno BN yang datang menaiki empat kereta, di hadapan Markas Pakatan Rakyat di situ, kira-kira jam 11 malam.

"Saya seorang terpaksa berlawan 15 atau 16 orang. Saya terpaksa mengelak dan bertahan menggunakan tangan," katanya kepada Keadilan Daily.

Ia menyebabkan Asri menerima lebih 30 jahitan, 20 di lutut kaki kanan, pergelangan kaki kiri (10 jahitan), selain lebam di belakang badan dan luka di kepala dan dahi.

Mangsa turut lebam dari bahagan pergelangan tangan kiri hingga ke bahu selain pecah bahagian bibir bawah akibat ditumbuk.

Beberapa lelaki yang cuba membantu Asri pula ditampar, malah diugut dengan mengacu dan meletakkan parang di kepala seorang daripada mereka.

Asri dikejarkan ke hospital Kemaman tetapi terpaksa dirujuk ke Hospital Kuantan berikutan kecederaan serius sebelum dibenarkan pulang 13 April lalu.

Satu laporan polis dibuat di Hospital Kemaman pada hari sama tetapi Asri sehingga kini, belum dipanggil memberi keterangan.

Serangan itu dikatakan berpunca dari pertelingkahan berkaitan pemasangan bendera parti berdasarkan tuduhan liar tanpa bukti.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Saturday, April 13, 2013

Bendera Keadilan hilang di Pekan, tanda Najib bakal tersungkur di Pekan

Laporan Polis Terhadap Datuk Seri Najib Razak dan UMNO Bahagian Pekan di atas tindakan tindakan mencabut dan menghilangkan bendera Parti Keadilan Rakyat

Parti Keadilan Rakyat tampil membuat laporan polis terhadap tindakan tidak demokratik dan profesional para pendokong UMNO di Parlimen Pekan yang bertindak membuang , mencabut dan menghilangkan bendera Parti Keadilan Rakyat di beberapa tempat termasuk di Simpang Paloh Hinai dan di sekitar Felda Chini dan Felda Chini Timur.

Selaku Ketua UMNO Bahagian Pekan Datuk Seri Najib dan UMNO Bahagian Pekan wajib bertanggungjawab terhadap tindakan tidak berakhlak dan bermoral ahli-ahli dan pendokong mereka yang mengambil tindakan tersebut.

Sebagai parti yang bertanding di P 85 Pekan, adalah menjadi kewajaran kepada jentera kami menjalankan kempen dengan memasang bendera di lokasi yang strategi. Tetapi malangnya tindakan tidak demokratik pendokong UMNO telah menimbulkan kerugian kerana bendera-bendera tersebut adalah dibeli dan hilang begitu sahaja.

Pihak kami memohon agar tindakan diambil oleh pihak polis kepada Datuk seri Najib Razak, selaku Ketua UMNO Bahagian Pekan dan UMNO Bahagian Pekan terhadap tindakan tidak bermoral tersebut dan meminta pihak polis tidak bertindak dwi-standard.

Sekiranya Datuk Seri Najib Razak selaku Ketua UMNO Bahagian Pekan gagal mengawal ahli-ahli dan pendokong UMNO Pekan daripada tindakan tersebut maka adalah membukti kegagalan beliau dan kewajaran kepada beliau menarik diri daripada menjadi calon P85 Pekan.

Kami juga memohon agar pihak polis mengambil inisiatif lebih tinggi agar tindakan 'sebodoh' itu dapat dihentikan oleh para pendokong dan penyokong UMNO yang dilihat semakin tertekan terhadap kekuatan Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat dalam PRU 13 ini.

Pakatan Harapan Rakyat!

FARIZ MUSA
Penyelaras P 85 Pekan
Parti Keadilan Rakyat

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday, April 12, 2013

Jom ke PEKAN - Malam anak muda tolak umporno

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

wajib tonton dan sebarkan....turunkan harga kereta




 

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Wajib tonton video ini dan sebarkan...





Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Video wajib tonton dan sebar...hapuskan tol





Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Tuuuuu diaaaa penceramah umporno/b-end....kaki botol ke?

Allah bagi akal fikiran yang waras...boleh beza yang mana baik yang mana buruk...sudah tidak ada penceramah lagi ke umporno/b-end?

MasyaAllah....







Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Wednesday, April 10, 2013

200413 - 050513

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 20 April sebagai tarikh penamaan calon manakala hari mengundi pada 5 Mei bagi Pilihan Raya Umum Ke-13.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof dalam sidang akhbar di sini hari ini turut mengumumkan 30 April sebagai tarikh mengundi awal.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Monday, April 08, 2013

Nurin Aina @Nurin_MS calon Wanita Muda Keadilan di Merbok

Nurin Aina merupakan aktivis reformasi sejak 1998, ketika itu beliau masih merupakan seorang pelajar Universiti,.

SUNGAI PETANI – Teka-teki siapa bakal calon PKR bagi kerusi Parlimen Merbok setelah penyandangnya, Datuk Rashid Din mengundur diri terjawab apabila Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat pengumuman itu semalam.

Dalam pengumuman dibuat oleh Anwar di hadapan kira-kira 10,000 penyokong pada satu ceramah di Bandar Laguna Merbok, beliau berkata, Ketua Wanita PKR Cabang Sungai Petani, Nor Azrina@Nurin Aina Abdullah Surip telah dipilih sebagai calon kawasan itu.

Nor Azrina atau lebih mesra dengan panggilan Nurin Aina yang juga merupakan seorang Ahli Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah kini berusia 38 tahun.

Sebelum ini, kerusi itu dimenangi Datuk Rashid Din yang memperoleh 25,541 undi, menewaskan Datuk Tajul Urus Mat Zain dari Umno BN (22,443 undi).

Tahniah Nurin...teruskan perjuangan..lawan tetap lawan...

Anda boleh ikuti perkembangan aktivitinya melalui tweeter @Nurin_MS atau facebook Nurin Aina https://www.facebook.com/nurin.aina.1612

Nurin Aina pernah menjadi Exco AMK Malaysia, beliau juga pernah memegang jawatan Ketua AMK Johor, beliau juga merupakan Ketua Srikandi Malaysia sebelum jawatan itu disandang oleh Siti Aishah.




Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Thursday, April 04, 2013

SPR wajib umum segera daftar pemilih terkini - @fuziah99

Sehubungan dengan pengumuman pembubaran Parlimen semalam 3hb april 2013, maka di jangka SPR akan umumkan tarikh penamaan calon dan hari mengundi dalam tempoh terdekat. Sehubungan dengan itu saya menggesa agar daftar pemilih yang akan di gunapakai untuk PRU13  perlu di umumkan juga.

Oleh kerana daftar pemilih induk (DPI) yang terakhir di gazetkan ialah untuk Suku keempat 2012, maka saya ingin menarik perhatian SPR kepada daftar pemilih pilihanraya yang akan di gunakan untuk PRU13 ialah seharusnya merupakan DPI SK4 2012.

Sekiranya ada berlaku pembersihan ke atas DPI tersebut, hanyalah pemotongan disebabkan kematian dan SPR mesti bersifat telus dengan menyenaraikan senarai pemilih yang sudah meninggal dunia yang nama mereka akan dipotong akibat pembersihan ini.

SPR juga perlu mengeluarkan daftar pemilih pilihanraya ini (DPPR) bersekali dengan pegumuman tarikh penamaan calon dan bukannya pada hari penamaan calon seperti yang berlaku sebelum-sebelum ini.

Pihak Pakatan Rakyat juga ingin memberi isyarat supaya SPR tidak sewenang-wenangnya mengalihkan tempat mengundi buat pemilih seperti yang sudah-sudah.

Daftar pemilih yang akan digunapakai PRU13 ini merupakan antara faktor yang akan menjadi kayu ukur ketulusan dan juga integriti SPR. Rakyat sedang memerhati.
------------------
Fuziah Salleh
MP Kuantan, Malaysia.
PKR National Vice President

Twitter @fuziah99
www.fuziahsalleh.my

A137 Jalan Beserah
Kuantan, Pahang.
09-5138300


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Jadual Jelajah Anwar ke Perak hari ini selepas bubar parlimen

Siri Jelajah Merdeka Rakyat Dato' Seri Anwar Ibrahim Ke Perak

4 April 2013 (Khamis)

1)  8.30- 12.00 mlm – Ceramah Perdana  Pakatan Harapan Rakyat         
        
Lokasi: Bilik Gerakan PKR DUN Kota Tampan, Dataran 88, Jalan Baru Lenggong
 
2)   9.00-12.00 mlm – Ceramah Perdana Merdeka Rakyat
         
Lokasi: Bilik Gerakan Utama DUN Temenggor, Taman Semarak, Batu 2, Gerik

3)    Barisan Penceramah:

i.                     YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

ii.                   Dr Mohumad Nur Manuty

iii.                  YB Dato' Seri Nizar Jamaluddin

iv.                 YB Sivakumar

v.                   Lt. Jen (B) Datuk Ghafir Abd Hamid

vi.                 Brig. Jen (B) Datuk Abd Hadi Abd Khatab

vii.                Brig. Jen (B) Datuk Najmi Ahmad

viii.              Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid

ix.                 YB Dr Lee Boon Chye

x.                   Ustaz Termizi Abd Hamid

xi.                 Haji Sufian Mohd Nordin


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Jadual Anwar akan calon di seluruh negara

Calon2 Parti Keadilan Rakyat Akan Diumumkan Oleh Ketua Umum DS Anwar Ibrahim Seperti Berikut:

4 April (Khamis) - Perak di Gerik (11 malam)

5 April (Jumaat)- Penang di Batu Maung (11 Malam)

6 April (Sabtu) - Kelantan di Tanah Merah (9.30 malam)

7 April (Ahad) - Perlis di Kuala Perlis (8.30 malam) Dan Kedah di Merbok (11 malam)

8 April (Isnin) - Negeri 9 (tempat akan Dimaklumkan (8.30 malam), Melaka di Ibu Pejabat PKR - Melaka (10 malam) dan Johor di Muar (11mlm)

9 April (Selasa) - Pahang di Kuantan (9 malam) dan Terengganu di Kemaman (11 Malam)

10 April (Rabu) - Selangor dan Wilayah Persekutuan (Tempat dan Waktu akan dimaklumkan)

11 April (Khamis) - Sarawak di Petra Jaya, Kucing

12 April (Jumaat) - Sabah di Sandakan


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, April 03, 2013

Program Anwar selepas bubar Parlimen

PROG DSAI PENANG 5/4/13 (jumaat)

12.00 TGH TAZKIRAH DAN SOLAT JUMAAT LOKASI MASJID SAMA GAGAH

5.30 PTG MINUM PETANG BERSAMA DSAI LOKASI MARKAS BESAR PR P PAUH (berhadapan Masjid K Semang )

7.00 MLM SOLAT MAGHRIB TAZKIRAH LOKASI MASJID MKG SEMARAK

9.30 MLM CRMH UMUM LOKASI AKIRA TENGGIRI (tapak bola keranjang Tenggiri)

11.00 MLM CERAMAH PAKATAN HARAPAN RAKYAT LOKASI SEPULOH
KONGSI BATU MAUNG BERSAMA DSAI /LGE/TKM I BEKAS JENERAL DAN PIMPINAN PR PG

Mai..jangan tak mai..

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Akhirnya Najib terpaksa bubar juga parlimen

Akhirnya penantian rakyat selama ini menanti tarikh bubar tertunai juga hari ini.

Dari segi riak muka Najib semasa umum pembubaran Parlimen memang langsung tidak ceria, bayangkan muka Rosmah? Dah tentu masam kah kah kah

Muhyidin pula tersenyum dalam hati apakah aku pula akan jadi PM selepas ini? Atau aku akan mati berangan?

Ayoh rakyat yang cintakan perubahan yang terbaik, jangan percaya ugutan Najib bahawa negara akan jadi lebih teruk sekiranya Pakatan Rakyat tawan Putrajaya.

Masa sudah sampai untuk tukar Kerajaan Pusat..anda mampu lakukan..


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Najib akan umum bubar atau tangguh lagi 2 tahun?

AGONG menurunkan tanda tangan atas surat hasrat Najib.

TINGGAL kurang 30 minit lagi, Datuk Seri Najib Tun Razak akan membuat pengumuman penting dalam satu sidang khas melibatkan semua media arus perdana di Putrajaya.

Bekas perdana menteri itu dijadual ke udara selepas mengadap YDP Agong 9.30 pagi tadi.

Adakah Najib akan mengumumkan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan pada berlangsungnya proses Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) hari ini?

Atau, Najib akan mengumumkan kerajaan Barisan Nasional Pusat tanpa pilihan raya selama dua tahun berdalih situasi tidak menentu di Lahad Datu dan Semporna, Sabah baru-baru ini?

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone