SharpShooter Followers


Sunday, June 28, 2015

SEMAKIN HARI SEMAKIN TERSINGKAP AGENDA MEREKA....

Kenyataan TS Khalid Ibrahim Adalah Isyarat Kerjasama PAS Dan Umno Telah Diushakan Itulah Hakikat yang sedang berlaku diantara PAS dan UMNO bila Bekas Menteri Besar (MB) Negeri Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menyatakan bahawa beliau bersedia untuk kembali Menerajui Kerajaan Negeri Selangor sebagai MB jika mendapat Sokongan Majoriti Mudah dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, sedangkan beliau hanyalah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BEBAS yang tidak Berparti Politik akibat Dipecat dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana Berlagak seperti seorang Ketua didalam PKR.

Jika bukan ADUN dari PAS dan UMNO yang akan Menyokong beliau sebagai MB, siapa yang beliau maksudkan untuk beliau mendapatkan Sokongan Majoriti Mudah didalam DUN Selangor. Tak mungkin ADUN dari PKR atau pun ADUN dari DAP yang akan Menyokong beliau jika tidak ADUN dari PAS dan UMNO.

Maka tak secara langsung Tan Khalid Ibrahim telah memberi Isyarat yang Kerjasama antara PAS dan UMNO telah diushakan oleh kedua-dua Pihak Pucuk Pimpinan Parti bagi menjadikan beliau menjawat Jawatan MB Selangor semula.

Namum untuk beliau mendapat Sokongan Majoriti Mudah didalam DUN bukan lah sesuatu yang Mudah walaupun Kerjasama diantara PAS dan Umno mungkin telah pun mencapai Persetujuan, ini kerana PAS hanya mempunyai 13 Kerusi DUN walaupun diatas Kertas PAS mempunyai 15 Kerusi DUN. Dimana seperti yang diketahui 2 lagi Kerusi DUN hanyalah nama sahaja PAS namun Hakikat nya adalah bukan Kepunyaan PAS lagi. Manakala 13 Kerusi DUN lagi rasanya pun bukan semua nya bersetuju dengan Kebodohan Pemimpin PAS.

Kegagalan PAS Menghakmilikan DUN Hulu Kelang dan DUN Morib bukan nya kerana Kedua-dua ADUN tersebut keluar dari PAS tetapi kerana Kedua-dua ADUN tersebut Enggan Mengikuti Arahan Ketua yang BODOH BERPOLITIK semasa tercetusnya Krisis MB Selangor terdahulu. Dimana dalam Krisis MB terdahulu sebenarnya bukan lah sebagai Krisis jika tidak adanya Pemimpin yang Bodoh Berpolitik, hanya kerana untuk Mempertahanka Jawatan dan Pangkat yang Dikhuatiri akan Terlepas dari Gengaman dengan bertukarnya MB Selangor.

Di dalam 13 Kerusi DUN yang PAS ada Diatas Kertas juga pun Paling-Paling yang mungkin akan Akur kepada Ketua yang Bodoh Berpolitik hanya sekitar 11 ADUN sahaja, itu pun rasa sudah dikira Cukup Banyak. Manakala dipihak UMNO pula hanya mempunyai 12 Kerusi DUN. Jika dicampurkan kedua-dua Kerusi DUN yang dimiliki PAS dan UMNO hanya berjumlah 23 Kerusi DUN dan dicampurkan pula dengan Kerusi DUN Tan Sri Khalid ianya hanya berjumlah 24 Kerusi berbanding Majoriti Mudah yang diperlukan sebanyak 29 Kerusi DUN.

Mungkin pada waktu ini segala Broker, Barua PAS dan UMNO sedang giat menjalankan Kerja-Kerja Melobi ADUN-ADUN PAS dan PKR bagi menjayakan Matlamat tersebut, apakah Broker, Barua PAS dan UMNO berjaya belum dapat dipastikan, namun andaikata ianya Berjaya dilakukan oleh Broker, Barua PAS dan UMNO bermakna satu lagi Kejayaan Manis buat UMNO kerana kali ini bukan nya ADUN PKR ataupun ADUN DAP saja yang menjadi PENGKHIANAT tetapi juga ADUN-ADUN PAS yang Direstui oleh Pemimipin PAS berstatus Ulama'.

Sebab itu sekarang ni jika lu orang nampak bahawa Tan Sri Khalid Ibrahim sedang membuat Latihan untuk Jawatan MB Selangor dengan menjadi seperti HANTU RAYA TAK BERTUAN di Majlis-Majlis Rasmi yang melibatkan Baginda Sultan Selangor. Mana mungkin seorang ADUN Bebas sewenang-wenang nya boleh berada dan Menyibuk dalam Majlis-Majlis Rasmi yang Baginda Sultan Selangor terlibat jika tidak untuk membuat Latihan bagi menjadi MB Selangor semula. Maka Penchacai Khalid Ibrahim sekarang ni sedang Bermimpi yang Indah-Indah...kah kah kah..

Dicatat oleh Mat Indera Sipejuang di 1:53:00 PG

Note :

Langkah Kajang utk sekat agenda UG utk rampas Selangor tapi selepas Muktamar agenda UG kembali lagi. UMNO dan UG takkan berdiam diri selagi Selangor tak jatuh ke tangan mereka... Justeru Haji Hadi meroyan bila dapat tahu perancangan awal UG telah cuba digagalkan oleh Rafizi Ramli.. dan PAS mulai mencemuh serta mencerca  Rafizi..

Bermakna Misi " Plan Senario Pertama "  Dr. Zuhdi, Jika PAS keluar PR dan bergabung dgn UMNO + TSKI pasti akan terus mereka usahakan di Selangor.

Teuku Zacharyah Iskandar
Admin FB : Anak Muda Bangkit Hancurkan UMNO

Kerjasama Pakatan Rakyat masih berjalan di Selangor

SHAH ALAM – Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Selangor masih berfungsi seperti biasa kerana kerajaan yang mentadbir negeri masih tetap memegang teguh semangat PR dan dasar bersama yang diasaskan oleh ketiga-tiga parti komponen.

Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Haji Shafiei berkata, kerjasama dalam PR masih kekal wujud di peringkat negeri, cuma Majlis Presiden di peringkat nasional sahaja tidak lagi berfungsi seperti biasa yang membawa maksud tiada lagi mesyuarat rasmi melibatkan ketiga tiga pimpinan utama gabungan komponen pakatan itu.

"Semangat kerjasama PR masih wujud di peringkat kerajaan negeri, hanya di peringkat Majlis Presiden sahaja ia tidak dapat berfungsi seperti sebelumnya. Namun dalam berdepan situasi ini, tidak ada mana-mana pihak daripada PKR, PAS dan DAP yang berhak untuk mengumumkan PR sudah mati atau tidak lagi wujud. Pada saya, pembubaran PR hanya boleh dilakukan dengan persetujuan mejoriti gabungan"

"Di Selangor contohnya PKR, PAS dan DAP masih menjalankan tugas bersama dalam hal ehwal pentadbiran negeri dan juga dalam menyelesaikan isu rakyat. Sebab itu saya tegaskan semangat kerjasama PR masih wujud," katanya kepada pemberita disini.

Sementara itu, Shuhaimi yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali memaklumkan pada Ahad ini akan berlangsungnya majlis berbuka puasa anjuran Pejabat Menteri Besar di kediaman rasminya.

"Majlis berbuka puasa ini adalah rutin tahunan dalam kalendar Pejabat Dato' Menteri Besar yang akan dihadiri Ahli Parlimen, Adun, Ahli Majlis, Penyelaras Dun, Penghulu, Ketua Kampung dan juga nazir masjid. Ia bukanlah pertemuan  bagi membincangkan masa depan PR seperti dilaporkan beberapa portal berita.

"Saya tidak pernah sama sekali berkata seperti itu" tegasnya.

"Memang kita menjemput semua pimpinan negeri yang juga adalah terdiri dari kalangan orang politik, namun ia bukanlah bagi membincangkan isu dalaman PR sebaliknya sekadar majlis berbuka puasa biasa," katanya.

Beliau berkata demikian ketika di minta mengulas kekeliruan laporan beberapa portal berita online yang telah membuat tafsiran sendiri berhubung majlis berbuka puasa ahad ini di kediaman rasmi menteri besar

Saturday, June 27, 2015

Bantulah ....

Assalamualaikum.
Salam Ramadhan

Para dermawan yang budiman, saya Muhammad Faizal Bin Abdul Rahim ingin memohon sedikit sumbangan pihak tuan untuk membina Kompleks Pendidikan Islam Ibnu Nafis. Kompleks ini yang akan dibina ini akan menempatkan , Maahad Tahfiz Ibnu Nafis, SMI Ibnu Nafis, SRIIbnu Nafis (sudah beroperasi) dan Pra Pendidikan Islam.
Fasa 1 kami telah berjaya membeli tanah seluas 7.3 ekar hasil sumbangan orang ramai.

Fasa yang kedua ialah fasa kumpul dana bagi membina bangunan. Kos anggaran pembinaan ialah RM20 juta. Untuk itu, kami membuka saham wakaf bernilai RM20 sekaki persegi bersamaan 1 sijil. Jika ingin wakaf satu buku, nilainya ialah RM500 (25 kaki persegi) .

Cara berwakaf
=============

1. Bank in ke salah satu akaun di bawah:
Sekolah Rendah Islam Ibnu Nafis
CIMB Bank - 8601486179
Maybank - 551100301405

2. Hantar maklumat transaksi kepada kami (masa, tarikh, bank, jumlah, nama pewakaf dan alamat). Maklumat boleh di sms/wassap ke nombor 019-7619639 atau email : faizalpemutuskata@gmail.com

Boleh juga difax ke nombor 07-6623509 (p.i.c. faizal rahim)

3. Sebaik sahaja maklumat diterima, kami akan poskan sijil wakaf ke alamat yang disertakan.
Maklumat lanjut :
=================
Laman web sekolah : www.ibnunafis.edu.my
Maklumat wakaf : http:// /index.php?option=com_content&view=article&id=123:sumbangan-kompleks-pendidikan -islam-ibnu-nafis
Facebook : https://www.facebook.com/DanaWakafPembangunanSekolahRendahIslamIbnuNafis

Semoga sumbangan tuan dapat ganjaran yang berterusan dari Allah Taala.
Sila sebarkan kepada rakan yang lain.
Wassalam.

Muhammad Faizal Rahim
GPK 3
Sekolah Rendah Islam Ibnu Nafis
500A, Jalan Kenanga 29/15,
Indahpura,
81000 Kulaijaya,
Johor.
(tel/fax) 07-6623509 / (h/p) 019-7619639

Selamat Datang Ke Website SRI Ibnu Nafis!
www.ibnunafis.edu.my

Pakat bantu Sebarkan...

Friday, June 26, 2015

QAZAF: PIHAK BERKUASA DIGESA AMBIL TINDAKAN

QAZAF: PIHAK BERKUASA DIGESA AMBIL TINDAKAN

26 JUN 2015 / 9 RAMADHAN 1436 HIJRAH

Kenyataan ini merujuk kepada laporan yang telah dibuat oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim mengenai satu kejadian Jenayah Syariah Qazaf di bawah Seksyen 36 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 di mana Tan Sri Shafee Abdullah telah menuduh Dato' Seri Anwar Ibrahim melakukan liwat (zina) dengan Saiful Bukhari Azlan tanpa mengemukakan empat orang saksi lelaki atau ikrar orang yang dituduh (Dato' Seri Anwar Ibrahim) sepertimana yang diwajibkan oleh undang-undang.

Laporan yang dibuat ini adalah demi menegakkan keadilan dan hak Dato' Seri Anwar yang telah dijadikan mangsa dengan niat jahat untuk menjatuhkan maruah dan peribadi Dato' Seri Anwar. Keadilan dan hak yang dituntut ini sejajar firman Allah dalam surah An-Nur ayat 4 dan ayat 13.

Firman Allah:

"Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik" (An-Nur: 4)

"Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. Oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang yang dusta" (An-Nur: 13

Tan Sri Shafee Abdullah dalam satu program dialog terbuka anjuran Akademi Kepimpinan Kapten Hussein (AKHI), Kelana Jaya pada 17 Februari 2015 lebih kurang jam 9.30 malam memfitnah secara terbuka bahawa Dato' Seri Anwar telah melakukan liwat ke atas Saiful Bukhari Azlan secara terbuka tanpa menampilkan mana-mana empat orang saksi.

Kami ingin menegaskan bahawa jumhur Ulama' termasuk dari Mazhab Imam Syafie berpandangan bahawa kesalahan Liwat adalah diqiyaskan termasuk di bawah kategori zina di mana tuduhan terhadap kesalahan liwat tanpa empat orang saksi merupakan satu Jenayah Qazaf.

Justeru, demi menegakkan hak dan keadilan serta memartabatkan perundangan syariah di negeri Selangor, kami menggesa agar kenyataan terbuka Tan Sri Shafee Abdullah di atas disiasat di bawah Seksyen 36 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995.

Pihak kami akan memberi kerjasama sekiranya pihak Penguatkuasaan JAIS memerlukan maklumat lebih lanjut.

Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

1.5 JUTA PEKERJA ASING BAHARU DARI BANGLADESH KETERLALUAN DAN TIDAK TERPERINCI

1.5 JUTA PEKERJA ASING BAHARU DARI BANGLADESH KETERLALUAN DAN TIDAK TERPERINCI

Kenyataan media DS Zahid Hamidi hari ini bahawa seramai 1.5 juta pekerja asing baharu dari Bangladesh akan dibawa masuk dalam jangkamasa tiga tahun amat merisaukan dan tidak masuk akal.

Pertamanya, jumlah 1.5 juta ini cukup keterlaluan. Satu Malaysia tahu, jumlah pekerja asing berdaftar pada 2014 mencecah 2.1 juta. Jumlah pekerja asing yang tidak berdaftar pula dianggarkan lebih dari 4 juta. Malah mengikut satu kenyataan Kementerian Tenaga Manusia sendiri menyatakan bahawa pekerja asing di Malaysia dianggarkan berjumlah lebih 6.7 juta dan laporan tersebut turut berkata hal ini sangat membimbangkan(1). Ini bermakna jika dasar ini dilaksana jumlah pekerja asing di Malaysia akan mencecah 8.2 juta, atau 26% penduduk di Malaysia!

Keduanya, ke mana hendak diletak tenaga kerja ini? Bidang apa, sektor mana? Perkara ini perlu diperjelas terlebih dahulu, dan saya gesa menteri untuk membawa perkara ini ke Parlimen untuk dibahas dengan teliti. Rakyat Malaysia tidak mahu dan tidak mampu menanggung beban begitu ramai tenaga kerja asing yang sudah pasti akan mengambil pekerjaan separuh mahir.

Sepatutnya Kerajaan menggariskan dasar-dasar untuk membantu industri dan sektor-sektor yang memerlukan tenaga kerja dengan memberi insentif menaiktaraf peralatan dan pendidikan semula pekerja. Bukannya dengan penyelesaian jangkamasa pendek seperti membawa masuk lebih ramai pekerja asing!

YB Abdullah Sani Abd Hamid
Ahli Parlimen Kuala Langat
Pengerusi Biro Pekerja KEADILAN

26 Jun 2015

Nota:

1. http://www.mohr.gov.my/index.php/ms/news-cutting/1053-kebanjiran-pekerja-asing-di-malaysia-sangat-serius

Masalah......

Saya mengikuti perkembangan laporan Kementerian Kesihatan mengenai epidemik denggi yang semakin teruk hari ini.

Memang benar masalah denggi ini amat merisaukan dan kita mungkin berhadapan satu bentuk demam denggi yang lebih berbahaya, lebih ramai yang dijangkiti dan lebih berupaya membawa maut berbanding dahulu. Ada kemungkinan virus tersebut telah mengalami mutasi.

Oleh itu, saya percaya kebanyakan daripada langkah-langkah pencegahan dan rawatan lama mungkin tidak lagi efektif.

Saya menggesa Kementerian Kesihatan untuk memanggil satu perjumpaan atau konferens antarabangsa pakar-pakar wabak denggi dari seluruh dunia, meliputi bidang kepakaran berkaitan pencegahan dan rawatan denggi, termasuk epidemiologist, virologist, entomologist, internist, pakar rawatan kritikal, immunologist dan banyak lagi.

Konferens ini patut menyemak semula segala yang kita fahami dan ketahui dan kesemua langkah-langkah yang telah diambil untuk mengatasi wabak denggi ini. Matlamatnya adalah untuk mencari jalan terbaik untuk pencegahan dan rawatan.

Kerajaan kemudiannya boleh memilih cadangan-cadangan terbaik untuk langkah berikut demi membasmi wabak dan mengatasi tragedi ini yang telah membawa kesengsaraan dan kematian kepada ramai rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi kerana denggi ini satu penyakit yang sepatutnya boleh dicegah.

Kesemua perbincangan ini serta penetapan langkah dan rawatan-rawatan baharu perlu dilakukan pada kadar segera untuk mencegah wabak ini dari terus membawa sengsara kepada rakyat Malaysia.

YB Dr Azman Ismail
Ahli Parlimen Kuala Kedah
Pengerusi Biro Sains & Kesihatan KEADILAN

26 Jun 2015

-

PRESS RELEASE

I read with much interest recent reports by the Ministry of Health regarding the worsening dengue epidemic afflicting our nation.

It is true that the dengue problem is very worrying and we are probably looking at a new type of dengue fever that is more dangerous, more widespread and more fatal than before. Most probably the virus has undergone some mutation.

As such, I believe that many of the old measures in prevention and treatment may no longer be effective.

I call upon the Ministry of Health to immedialy call for an urgent international conference of dengue experts from all over the world, covering all the specialties related to the prevention and treatment of dengue, including epidemiologists, virologists, entomologists, internists, critical care specialists, immunologists and more.

The conference should very closely review everything that we know and everything that Malaysia has been doing in tackling the dengue problem. The aim is to find the best approach in prevention and treatment.

The Government could then adopt the best recommendations in moving forward tackling this very enormous tragedy of so many of our people debilitated and dying from a largely preventable illness.

All these discussions, formulating new measures and adopting new treatments have to be done urgently in order to prevent more needless deaths.

YB Dr Azman Ismail
MP Kuala Kedah
KEADILAN Science & Health Bureau Chairman

26 June 2015

Thursday, June 11, 2015

Perlukah PasMa menjadi parti politik

Saya mohon maaf kerana sudah lama menyepi menulis dalam blog shsrpshooter. Sebenarnya tidak ada sebab lain melainkan sibuk dgn urusan kehidupan mencari sesuap nasi rezeki yg halal.

Namun mutakhir ini perkembangan poltik Malaysia baik BN atau PR semakin panas dan amat meruncing. Bab Che Det serang Najib tu lantaklah...biarkan mereka terjun bak siluncai terjun dgn labu labunya...maknanya perpecahan dlm umno semakin parah...dalam erti kata lain, pemimpin umno buang tebiat nak mampus...

Fakta yg kita tidak boleh nafikan adalah politik Malaysia menuju kepada sistem dua parti iaitu BN atau pun PR. Maknanya jika kita lihat fenomena pilihanraya calon yg bertanding bukan atas tiket BN atau PR majoritinya calon hilang deposit. Sekalipun calon bebas bertanding itu adalah bekas YB. Mereka juga kalah dan hilang wang pertaruhan bila bertanding tiket bebas. Di sini jelas rakyat Malaysia dewasa ini akan memilih samada BN atau PR.

Pemaduan 3 parti Parti Keadilan Rakyat , Pas dan Dap membentuk Pakatan Rakyat biarpun tidak diluluskan namun rakyat menaruh harapan yg tinggi sebagai kerajaan baru yg akan mengambil alih tampuk sang penguasa rejim zalim yg sudah terlalu lama bermaharajalela.

Anwar Ibrahim popularkan istilah LAWAN TETAP LAWAN.... Sebenarnya apa yg tersirat Dato Seri Anwar Ibrahim nak sampaikan adalah ISTIQAMAH dalam perjuangan ....tegakkan keadilan menentang kezaliman dan beliau telah buktikan bukan sekadar kata kata.....

LAWAN TETAP LAWAN juga bermakna wajib ISTIQAMAH soal maruah dan prinsip perjuangan...apa ertinya nilai diri seseorang jika tidak ada maruah dan prinsip....

Politik dan Islam mmg tidak boleh dipisahkan...di Malaysia semua parti politik amalkan sistem demokrasi... Semua tahu sistem demokrasi bukanlah datangnya dari idealogi Islam tetapi dari barat.

Namun ini bukan bererti ideologi-ideologi tersebut sudah di halalkan. Ianya tetap haram Tetapi ulama ulama fiqh zaman ini terutama ulama yang terlibat dengan politik ideologi , telah mengharuskan nya melalui kaedah usul Fiqh."Hukum harus" di putuskan atas dasar "dharurah".

Kerana mereka berpendapat fahaman sistem demokrasi pilihanraya taghut sudah menguasai dunia hari ini dan melanda seperti tsunami yang tidak dapat di bendung. Kalau umat Islam tidak terlibat maka Islam akan hancur di telan tsunami. Bagi saya mereka buat keputusan " if you cannot fight them, you join them" tetapi berpandukan fiqh al Aulawiyyat.

Ulama tauhid, ulama tasauf,ulama pondok di Malaysia dan ulama pesantren di Indonesia rata rata berpendapat umat Islam yang terlibat dalam apa jua ideologi (fahaman) bikinan manusia terdedah kepada bahaya akhirat. Mereka ibarat sedang bermain main di pinggir neraka.Terlalu bahaya.Silap sikit tentu akan jatuh dan terjerumus ke dalam api neraka.

Ini jelas terbukti apabila kita lihat ramai orang politik beragama Islam,bahkan ulama yang berpolitik sendiri terlibat dengan politik kotor seperti memfitnah, mengaibkan lawan,mengumpat, memaki hamun,konspirasi,memperalatkan agama dan politik menghalalkan cara dan macam macam lagi politik kotor .Ini semua akan menjerumus kepada pelakunya ke dalam api neraka jahanam.

Demokrasi mmg boleh memecahkan umat Islam bila kebanyakkannya tewas bila diuji dgn pangkat dan harta....lagi tinggi jawatan lagi kuat diuji dan jgn lupa syaitan tak pernah jemu dan alpa menghasut umat Islam agar terpesong dari landasan Islam.

Mutakhir ini amat sedih apa yg berlaku dlm muktamar PAS ... Lebih parah bila ada yg mula keluar PAS bila tewas atau pimpinan pilihan mereka tewas...saya langung TIDAK bersetuju dgn tindakan mereka keluar parti ...saya amat memahami perasaan mereka yg tewas dan mereka benar benar kecewa dgn apa yg berlaku dlm muktamar 2015 di Kuala Selangor.

Begitu juga ada yg mahu jadikan PasMa sebagai parti politik. Biarlah PasMa kekal sebagai NGO. Itu pendapat dan pandangan peribadi saya. Kita raikan pelbagai pendapat dan perbezaan dgn berlapang dada asalkan yg penting tumbangkan rejim zalim umno.

Memang bukan mudah bila semasa kempen kita terlalu lanyak dan hentam sesama jamaah sendiri dan bila selesai muktamar kita nak rapatkan saf semula mmg mengambil masa. Sepatutnya kita kempen secara sihat...segar dan suburkan sesubur mungkin cara politik Islam ...politik nilai dan idea..tunjuk contoh cara Islam berpolitik sebab umat Islam dan bukan Islam di luar parti mengikuti apa yg berlaku. Secara tak langsung ia manjadi dakwah kepada semua rakyat Malaysia.

Maaflah bila ada yg kata...jgn campur urusan parti lain...parti PKR lagi teruk hingga baling kerusi...jwbnya YA saya setuju..itu fakta...namun jgn lupa Islam itu bersaudara...

Sebagai ahli mana mana parti maka menjadi kewajipan kita untuk terus kekal dlm parti dan menegur serta menentang kepincangan yg berlaku. Dlm sistem demokrasi , ingatlah " politic is number "

Semoga Allah beri kekuatan kepada kita semua untuk bersatu semula menentang rejim zalim umno. Usah hampakan harapan 52% rakyat Malaysia yg mengundi Pakatan Rakyat demi untuk benamkan rejim zalim yg bermaharajalela.

Semoga " biduk berlalu kiambang bertaut semula  "

Ketepikan ego masing masing... Usah terjebak dgn bisikan syaitan ....Jom ISTIQAMAH lawan rejim zalim...LAWAN TETAP LAWAN.. LAWAN SAMPAI MENANG...TAKBIR...