SharpShooter Followers


Friday, May 31, 2013

Malapetaka besar buat Sabah halang Izzah - Bung Mokhtar


Tindakan pejabat Ketua Menteri Sabah menghalang Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar untuk memasuki Sabah semalam turut diselar oleh ahli parlimen BN.

Ahli parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin menyelar tendakan itu dengan mendakwa satu kesilapan besar dan malapetaka oleh kerajaan negeri Sabah.

“Saya tak faham mengapa Nurul tak dibenarkan memasuki Sabah. Kalau ini benar, satu kesilapan dan malapetaka.

“Saya rasa ini adalah kesilapan yang besar dan perlu diperbetulkan,” kata Bung Mokhtar dalam twitternya.

Semalam Nurul Izzah ditahan oleh imigresen Sabah ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu kira-kira jam 7.30 petang.

Beliau kemudian diarah pulang dan tidak dibenarkan memasuki Sabah.

Sementara itu Pemuda PAS Pusat mengecam tindakan kerajaan Sabah menafikan hak ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar memasuki negeri itu, sedangkan pengganas Sulu berjaya menjejak ke Lahad Datu selama beberapa minggu sehingga mengorbankan anggota keselamatan.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Riduan Mohd Nor mendakwa insiden terhadap Nurul Izzah itu menunjukkan ada dendam yang tersimpan dalam lubuk hati pemimpin negeri itu sehingga pemimpin Pakatan Rakyat yang disenaraihitamkan tidak dibenarkan datang.

riduan mohd nor"Tatkala pengganas Sulu berjaya menjejak dan mendarat di daerah Lahad Datu, bertapak beberapa minggu sehingga akhirnya mengorbankan beberapa anggota keselamatan negara, Nurul Izzah pula yang baru sahaja dinobatkan sebagai ahli parlimen yang sah dinafikan hak untuk sampai ke Sabah," kata Riduan dalam satu kenyataannya hari ini.

"Nurul Izzah dianggap seperti insan yang paling berdosa dan penjenayah paling kejam bagi rakyat Sabah. Mungkin beliau adalah pengganas Sulu yang paling dikehendaki atau individu yang memiliki senjata api dan boleh membunuh rakyat di sana. Kerana itu beliau diharamkan dari menjejak kaki ke negeri tersebut," kata Riduan lagi.

Beliau mengulas insiden di mana pihak imigresen tidak membenarkan Nurul Izzah yang juga naib presiden PKR memasuki negeri itu dan mengatur penghantaran pulang malam tadi.
Pemimpin PKR itu berkata beliau tidak dibenarkan berjumpa MP Penampang, Darell Leiking yang bertindak sebagai peguamnya.

Mengulas lanjut, Riduan berkata sebagai warganegara, rakyat bebas untuk melancong, merantau dan pergi ke mana-mana sahaja negeri di Malaysia dan tidak terbatas pada sesetengah negeri sahaja.

Menurutnya lagi, Sabah bukannya sebuah republik atau negara lain yang boleh menentukan siapa yang boleh atau tidak datang ke negaranya.

"Seorang ahli parlimen yang mempunyai kuasa menentukan arah tuju dan dasar negara serta boleh meminda perlembagaan melalui sidang parlimen tidak dibenarkan masuk ke salah sebuah negeri dalam negara ini!

"Selagi warganegara tersebut memiliki kad pengenalan yang sah, tidak mempunyai rekod jenayah serta tidak mempunyai masalah apa-apa dengan kerajaan Malaysia, apa hak Sabah untuk menghalang seseorang warganya untuk datang ke negeri tersebut?" kata Riduan.


Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Larang rakyat Malaysia pulang tak masuk akal

Sharpshooter - Tegur pemimpin negara bukan bermakna hina Malaysia, adakah ketika Mahathir ke luar negara mengkritik Perdana Menteri pertama iaitu Tuanku Abdul Rahman bermakna Mahathir juga hina Malaysia? Rakyat bukan bodoh sekarang...

Jika diikuti kenyataan sombong, bongkak dan biadap Zahid Hamidi..."tak suka undang-undang Politik Malaysia..sila keluar..!!! Amboi sombongnya pak menteri nie...JIKA TAK SUKA UNDANG-UNDANG ALLAH...SILA KELUAR DARI BUMI ALLAH...HANG NAK DOK TANG MANA WAHAI PAK MENTERI JIKA ALLAH BERFIRMAN BEGITU...?

Kenyataan Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Alias Ahmad mahu melarang rakyat Malaysia di luar negara pulang ke tanahair tidak mempunyai asas moral, undang-undang dan pentadbiran.

“KEADILAN mengutuk kenyataan Alias yang melanggar salah satu hak paling asas sebagai seorang warganegara,” kata Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam kenyataan.

Tegasnya, Jabatan Imigresen tidak mempunyai hak untuk mengulas apa yang rakyat Malaysia lakukan di luar negara dengan menggunakan kuasa pentadbiran.

“Kritikan terhadap kerajaan tidak sama dengan kritikan terhadap negara. Di seluruh pelusuk dunia, rakyat Malaysia mahu perubahan terhadap sistem demokrasi dan pilihan raya yang bersih.

“Suara mereka perlu dirai, bukan dijauhi,” tegas Adun Seri Setia itu lagi.

Pada 27 Mei lalu, Alias berkata pihaknya tidak teragak-agak melarang mereka memasuki negara bagi tempoh tiga hingga lima tahun mengikut Seksyen 8 Akta Imigresen 1959/1963 dengan menyenarai hitam dan membatalkan pasport mereka.

Kenyataannya sebagai ketua jabatan di bawah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi bercanggah dengan konsep perdamaian (reconciliation) Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Sudah tibanya Najib dan Zahid berhenti mendera dan menyalahguna institusi kerajaan untuk kepentingan politik sempit mereka,” bidas Nik Nazmi.



Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Thursday, May 30, 2013

Saya mahu jadi pemimpin Melayu no 1 di P.Pinang - Hj Rashid Hasnon TKM 1 P.Pinang

Apabila bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman mengambil pendirian untuk bertanding di Parlimen Nibong Tebal sahaja pada musim Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), nama Hj Rashid Hasnon mula meniti di bibir rakyat Pulau Pinang.


Beliau pernah menjadi Ahli Majlis bagi Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dari tahun 2011 hingga tahun 2013.
Beliau dikenali sebagai profesional Islamis dalam kalangan rakan-rakan karib.

15 tahun sebagai Pengurus Kanan di sektor korporat ASE serta lima tahu berkhidmat sebagai Jurutera di PERNAS NEC menyerlahkan bahawa beliau seorang yang berpengalaman dalam dunia perindustrian.

Tidak cukup dengan itu, beliau pernah diberi tanggungjawab menguruskan seksyen pengurusan bagi Kilang Motorola Electronic selama lima tahun.

Malah, beliau pernah diberi kepercayaan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di syarikat korporat Data Ulung Sdn Bhd.

Selain itu, kewibawaannya turut dilihat dalam dunia gerakan badan bukan kerajaan (NGO) yang berlatarbelakangkan Islam.

Selama lapan tahun bermula pada tahun 2000, beliau pernah menjadi Yang Dipertua Jamaah Islah Malaysia (JIM) Pulau Pinang (kini dikenali sebagai IKRAM Malaysia).

Dalam tempoh yang sama, iaitu dari tahun 2008 hingga sekarang, aktivis berkenaan masih diberi taklifan sebagai Ahli Jawatankuasa JIM Pusat.

Paling menarik, sepanjang berkecimpung dalam pergerakan dakwah, beliau pernah menyertai misi kemanusiaan sedunia ke wilayah bergolak Gaza, Palestin.

Dalam pilihan raya umum lepas, beliau diberi tanggungjawab untuk mempertahan kemenangan bagi kawasan DUN Pantai Jerejak yang pernah disandang oleh Sim Tze Tzin (kini bergelar Ahli Parlimen Bayan Baru).

Apabila mendapat tahu bahawa beliau menang dengan 5,354 undi majoriti, tidak salah lagi Mohd. Rashid Hasnon, 53, dipinang menjadi Timbalan Ketua Menteri yang baru.

Mohd Rashid mendapat 11,805 undi denganmenewaskan pencabarnya dari parti pembangkang, Wong Mun Hoe yang mendapat 6,451 undi sahaja.

Dalam wawancara eksklusif bersama-sama wartawan, ZAINULFAQAR YAACOB, Mohd. Rashid berkongsi wawasan 100 hari menjadi orang nombor dua dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang sejak mengangkat sumpah pada 9 Mei lepas.

Dalam 100 hari ini, beliau bercadang untuk turun dan dengar perkongsian akar umbi rakyat, khususnya yang berkaitan dengan port-folio Exco yang ditaklifkan kepadanya.

Mohd. Rashid diberi amanah sebagai Pengerusi Tetap Jawatankuasa Pembangunan Industri Perdagangan Antarabangsa, Koperasi & Perhubungan dan Pembangunan Keusahawanan.

"Ada beberapa isu berbangkit yang perlu diselesaikan dalam 100 hari ini dan saya cuba untuk turun dan dengar semua hal berwajib itu.

"Jika Y.A.B Tuan Lim Guan Eng diharap menjadi Ketua Menteri untuk seluruh rakyat Pulau Pinang, sebagai Timbalan Ketua Menteri I kepada beliau, tentulah saya juga diharap menjadi pemimpin Melayu nombor satu yang boleh mengukuhkan kepemimpinan Kerajaan Negeri ini," ujar beliau di Komtar, George Town baru-baru ini.

Justeru, katanya, segala permasalahan rakyat, khususnya mengenai kepentingan Melayu wajar mendapat perhatian daripadanya.

Itu, katanya lagi, termasuk projek pelabuhan antarabangsa tuna di Batu Maung dekat Parlimen Bayan baru yang dilaporkan terbengkalai serta dianggap merugikan nelayan pantai, termasuk Melayu.

"Sepatutnya warga Batu Maung paling banyak mendapat manfaat daripada projek asal Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) yang bernilai RM243.38 juta di bawah kerajaan pusat, tetapi, terbengkalai sehingga kini," ujar beliau.

Difahamkan, projek tersebut diserahkan kepada syarikat konsesi Malaysia International Tuna Port Sdn. Bhd. (MITP) semasa Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin masih menjadi berjawat jawatan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Perjanjian konsesi sejak 32 tahun di atas sebidang tanah seluas 20 hektar itu sehingga hari ini dianggap terbengkalai.

"Kalau nak selesaikan projek ini, inilah masanya (selepas PRU13). Saya akan menjadi jalan untuk berbincang dengan Kerajaan Pusat supaya projek ini boleh diteruskan," ujar beliau.

Beliau berkata, kolaborasi dengan beberapa Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) seperti Dr Afif Bahardin (Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan) dan Datuk Abdul Malik Abul Kassim (Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna) boleh mengukuhkan insiatif Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat bagi menyelesaikan beberapa projek terbengkalai di negeri berkenaan.

PACU FDI

Mohd. Rashid mengakui bahawa rekod pelaburan asing langsung (FDI) selama lima tahun lepas yang berjumlah kira-kira RM38 juta ternyata memberi saingan terhadap dirinya untuk lima tahun mendatang.

Pulau Pinang pernah mencatatkan FDI tertinggi pada tahun 2010, iaitu sebanyak RM12.2 bilion. Manakala, pada tahun berikutnya berjumlah RM9.1 bilion.

Maka, beliau secara peribadi berharap pengalamannya dalam industri boleh membantu kepemimpin Guan Eng untuk terus meletakkan Pulau Pinang sebagai destinasi pelaburan terbaik di rantau ini.

"Selama 30 tahun ini, memang saya menceburi bidang perindustrian. Ia tentunya berkait rapat dengan FDI.

"Saya tahu dua tahun belakangan ini, walaupun ada telahan mengatakan bahawa FDI kita (Pulau Pinang) akan merudum, tetapi, keseluruhan FDI selama lima tahun lepas menunjukkan kita (Kerajaan Negeri) adalah terbaik di Malaysia.

"Saya sedang tekun memikir bagaimana ia boleh menghubung (menjadi kesinambungan) serta memberi manfaat kepada rakyat di negeri ini," ujar beliau.


PENGANGGURAN DAN KESTABILAN

Mohd Rashid berkata, rekod FDI yang baik seharusnya memberi manfaat kepada Kerajaan Negeri dan rakyat terbanyak di Pulau Pinang.

Justeru, beliau cuba mendekati masalah pengangguran khususnya membabitkan anak muda lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Menurut beliau, guna tenaga kumpulan berkenaan perlu ditingkatkan dengan kemahiran lanjutan supaya tidak berlaku penguncupan sumber manusia dalam sektor industri apabila diperlukan kelak.

"Benda (peluang pekerjaaan) itu merupakan satu kestabilan. Kalau kadar pengangguran tinggi, ertinya kurang stabil. Jadi, kita nak pastikan bahawa kadar pengangguran di bawah 1 peratus daripada rakyat (1.611 juta).

"Fokus saya secara umum pada kestabilan industri. Selain itu, saya memikir untuk menangani kebanjiran guna tenaga warga asing di negeri ini kerana ia memberi impak berantai pada pengaliran keluar wang negara, umpamanya.

"Ini tidak baik bagi sebuah negara dan negeri juga. Mungkin perlu direalisasikan polisi gaji minima yang lebih menguntungkan pekerja tempatan.

"Di MPSP, kita memulakan pengambilan semula pekerja tempatan selepas menanggguhkan penswastaan beberapa sektor berkaitan MPSP.

"Kita lihat pengambilan warga asing sebagai buruh rendah walaupun baik untuk majikan kerana upah yang rendah, susah untuk sebuah Kerajaan mengawal sosialisasi mereka di negeri ini.

"(Ekoran itu,) dalam peringkat operator umpamanya, mungkin perlu meningkatkan pengambilan pekerja tempatan lebih 50 peratus (bagi menggantikan pekerja asing kelak)

"Kita tak boleh mendapat tenaga separa mahir sebagaimana guna tenaga dari negara-negara jiran seperti dari Indonesia (jika diperlukan nanti).

"Untuk memenuhi keperluan 50 peratus tenaga separa mahir tempatan ini, sudah tentulah memerlukan guna tenaga baru (termasuk) lepasan SPM yang dididik dengan kemahiran (lanjutan) sesudah meninggalkan dunia persekolahan. Di sinilah kepentingannya," ujar beliau.



 ABDUL RAHMAN MENTOR SAYA


Di sisi Mohd Rashid, Saidina Abdul Rahman bin Auf cukup istimewa.

Abdul Rahman di sini Mohd. Rashid umpama mentor dalam mengerakkan pelan keusahawanan negeri ini.

"(Dalam) 100 tahun ini, saya ada koperasi dan keusahawanan masyarakat...ini berkaitan JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti) dan di peringkat masjid-masjid.

"Sebenarnya prospeknya sangat baik tetapi tiada aspek material untuk menggerakkannya.

"Kalau kita mahu menggerakkan gerakan keusahawanan serta koperasi ini, prasaranan ke arah itu perlu disediakan terleih dahulu untuk menyakinkan pihak berwaib bahawa di negeri ini mempunyai prospek tersebut.

"Abdul Rahman bin AUf, dia adalah salah seorang dari 10 sahabat yang dijamin masuk Syurga. Dia, saya anggap macam mentor saya.

"Semasa Yahudi monopoli industri asasi air, Abdul Rahman tengok dan akui yang Yahudi menguasai ekonomi kerana menguasai air yang menjadi keperluan semua orang.

"Abdul Rahman akhirnya negosiasi untuk membayar sejumlah tertetu wang pajakan dan mengumpulkan wang secara koperatif di Makkah.

"Walaupun duit (pajakan) tidak cukup, Yahudi itu setuju dengan tawaran Abdul Rahman, iaitu beliau menguruskan air pada hari genap dan Yahudi itu pada hari yang ganjil.

"Apabila timbul hari ganjil, orang tidak beli. Apabila timbul hari genap, orang beli kerana air murah dan akhirnya dirakyatkan.  

"Jadi, koperasi ini penting dalam menghubungkan masyarakat. Dan di sinilah peranan koperasi penting dan perlu digerakkan dengan anak muda melalui pinjaman mikro kredit Islam," ujar beliau.







MELAYU DI PULAU PINANG


Sebagai pemimpin Melayu nombor satu di Pulau Pinang, Mohd. Rashid mengakui bahawa keputusan PRU13 sedikit banyaknya memberi kesan pada dirinya.

"Tsunami Cina" yang digembar-gemburkan oleh pembangang Pulau Pinang wajar didepani secara rasional, kata beliau.

"Kerajaan Negeri ditubuhkan selepas mendapat 68 peratus, ertinya kita (Pakatan Rakyat) menang dari segi elektoral (30 kerusi ADUN) dan undi popular.

"Melayu masih majoriti di Semenanjung dan kita (Pakatan Rakyat) mendapat 53 peratus undi popular. Inilah 'Tsunami Malaysia' yang menyaksikan Melayu dan bangsa-bangsa lain melakukan perubahan.

"Sungguh pun begitu, saya bersama-sama rakan-rakan akan terus mencari jalan supaya tapak sokongan Melayu terhadap Kerajaan Negeri semakin kuat bermula sekarang melalui program-program pendidikan serta ekonomi yang dekat dengan (jalur) Melayu di negeri ini," ujar beliau.

Beliau berkata, kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti, Dr. Norlela Ariffin yang dikenali pakar dalam bidang penyelidikan ekonomi diharap mampu membantunya memahami cabaran sebenar Melayu di negeri berkenaan.

"Rakyat sama ada Melayu atau bukan Melayu terus kekal hidup harmoni di Pulau Pinang selepas PRU13, tidak sesiapa pun diusir kerana 'Tsunami Malaysia' yang berlaku di negeri ini dan di Malaysia akan terus membela hak semua kaum.

Inilah perkara sebenar yang perlu difahami semua, inilah cabaran sebenar bagi saya (realisasikan)," tegas beliau sambil menolak dakyah perkauman yang diada-adakan pembangkang Pulau Pinang belakangan ini.

HARAPAN

Mohd Rashid berharap beliau boleh menjadi ahli pasukan yang kuat untuk Kerajaan Negeri.

"Saya boleh jadi ahli pasukan yang kuat berbekal pengalaman dalam dunia industri perkilangan.

"Dengan kolaborasi Exco-Exco berwajib serta kakitagan kerajaan negeri yang juga mempunyai kekuatan dan pengalaman yang luas, kita boleh melakukan yang terbaik.

"Secara peribadi, saya berharap saya juga boleh menjadi seorang pemimpin yang berusaha melakukan keadilan untuk semua pihak sebagaimana yang diajar dalam agama saya (iaitu Islam).

"Tuntutan-tuntutan Islam seperti melakukan keadilan, kejujuran, intergriti, kemajuan, kesejahteraan dan keharmonian rakyat boleh terus disemarakkan di Pulau Pinang kerana Kerajaan Negeri sejak lima tahun lepas pun telah melakukan sesuatu yang selari dengan Islam, iaitu kempen Cekap, Akauntabel, Telus (CAT)," ujar beliau




Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Tuesday, May 28, 2013

1,900 unit rumah mampu milik akan dibina di Penang

SYARiKAT Zubicon Sdn. Bhd. dipilih untuk memajukan 1,900 unit rumah mampu milik dekat Jalan SP Chelliah yang akan dikenali sebagai Chelliah Park City.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng berkata, pemaju itu dipilih kerana menawarkan jaminan sumbangan kewangan (GMC) tertinggi, iaitu RM60 juta, selain, menambah 580 unit lagi rumah kos sederhana rendah yang berharga di bawah RM200,000 seunit.

"Kerajaan Negeri menyedari bahawa keperlun perumahan berharga RM200,000 adalah tinggi, maka, penambahan sebanyak 580 unit dalam kelas ini ke dalam projek ini adalah sesuatu yang akan memberi faedah kepada rakyat kelak.

"Dengan pertambahan itu, (bermakna) peningkatan 91.4 peratus (rumah kos sederhana rendah) daripada jumlah asal 303 unit yang disyaratkan," ujar beliau di Komtar, di sini baru-baru ini.

Pengurus Besar Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) Datuk Rosli Jaafar turut hadir pada sidang media tersebut.

Dari jumlah keseluruhan 883 unit rumah kos rendah dalam kelas yang sama, Guan Eng berkata, 332 unit akan dijual secara khusus untuk Bumiputera.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih itu berkata, dalam syarat terbaru yang dipersetujui pemaju, sebanyak 770 unit rumah kos rendah dengan keluasan lantai 700 kaki persegi akan dibina dan dijual dengan berharga RM72,500 seunit.

883 unit rumah kos sederhana rendah dengan keluasan lantai 800 kaki persegi akan dibina dan dijual dengan harga RM200,000 seunit.

165 unit lain dalam kelas yang sama dengan keluasan lantai 900 kaki persegi akan dibina dan dijual dengan harga RM300,000 seunit.

Manakala 82 unit lagi dalam kelas yang sama dengan keluasan lantai 1,000 kaki persegi akan dijual di bawah harga RM400,000.

Guan Eng berkata, hanya empat unit sahaja dijual dengan harga RM400,000, bukan kesemua rumah mampu milik dijual semahal itu sebagaimana yang digambarkan oleh pembangkang Pulau Pinang sebelum ini.

Justeru, katanya lagi, kos keseluruhan projek tersebut berjumlah RM85 juta, iaitu GMC berjumlah RM60 juta dan RM25 juta baki adalah tambahan tawaran bagi kemudahan awam.

Dalam cadangan Zubicon, difahamkan, Chelliah Park City akan dilengkapkan dengan 'linear park', kawasan hijau, terminal bas awam, laluan basikal dan pejalan kaki serta rekaan bentuk fizikal kediaman memenuhi spesifikasi Green Building Index (GBI) berkelas "Gold" seperti penyediaan pusat kitar semula.

Itu, tidak termasuk bangunan tunggal yang akan dijadikan surau untuk umat Islam setempat.

Terdahulu, Kerajaan Negeri bercadang untuk menjual 1.2 ekar tanah dekat Taman Manggis dakat Jalan Zainal Abidin, di sini kepada pihak swasta untuk pembinaan bangunan 30 tingkat yang terdiri oleh 19 tingkat hotel, enam tingkat hospital swasta dan lima tingkat parkir.

Projek komersial itu menerima tentangan kuat daripada pembangkang Pulau Pinang atas dalih kerajaan Negeri wajar membina rumah kos sederhana rendah terlebih dahulu untuk keperluan rakyat di negeri berkenaan.

Oleh kerana tanah tersebut tidak muat untuk pemajuan flat rumah kos rendah, Kerajaan Negeri mencadangkan sebidang tanah lain yang berdekat Taman Manggis, iaitu di Jalan SP Chelliah.

Wong Hon Wai semasa masih menjadi Exco Perancangan Bandar & Desa, Perumahan dan Kesenian pada 7 Ogos tahun lepas telah menulis surat kepada Datuk Chor Chee Heung (kini bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan) bagi menuntut peruntukan Kerajaan Pusat berjumlah kira-kira RM52.5 juta bagi membina 27 tingkat rumah kos rendah dengan keluasan setiap unit adalah 750 kaki persegi, namun, langsung tidak dilayan.

Serentak itu, Guan Eng berkata, Kerajaan Negeri tidak boleh menunggu lebih lama serta akan tetap meneruskan projek perumahan mampu milik rakyat di 11.04 ekar tanah milik Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) di Jalan SP Chelliah.

Pada 17 Januari lepas, Kerajaan Negeri melalui PDC mengiklan surat penyataan hasrat (RFP) bagi projek tersebut.

Dalam RFP itu, antara lain mensyaratkan pembinaan 1320 unit rumah mampu milik sahaja, termasuk 303 rumah kos sederhana rendah dengan keluasan lantai 800 kaki persegi dan dijual dengan harga RM200,000 seunit.

Sebanyak lapan syarikat pemaju mengambil bahagian sebelum Zubicon dipilih melalui proses tender terbuka.

Perkembangan terbaru ini sekaligus menyerlahkan komitmen pentadbiran Guan Eng dalam menyediakan rumah mampu milik, termasuk di kawasan pulau demi kepentingan rakyat terbanyak.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Monday, May 27, 2013

#Blackout505 - Sah menipu cakap bohong wajib letak jawatan

Sah menipu..bercakap bohong..Memang sepatutnya pengerusi dan timbalan SPR letak jawatan...kami 51% rakyat Malaysia yang mengundi Pakatan Rakyat memang tak halalkan duit gaji kamu kerana menipu kami..bukan minta maaf tetapi letak jawatan..

Mk - ADUN Seri Serdang Noor Hanim Ismail menuntut timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Wan Ahmad Wan Omar memohon maaf kerana mendakwa gambar mengenai kejadian lampu padam di satu pusat pengiraan undi yang tersebar di Internet merupakan satu lakonan.

Wakil rakyat PAS itu mendakwa, kejadian tersebut sememangnya sememangnya berlaku pada 5 Mei lalu di Sekolah Kebangsaan Serdang, dan dirakam oleh ejen penjumlahan undi dari parti tersebut.

"Gambar tersebut dengan jelas menampakkan logo SPR di tepi kotak kiraan undi yang digunakan.

"Sewaktu kejadian itu berlaku, wakil calon kami juga telah berusaha membekalkan lampu suluh ke bilik kiraan undi tersebut bagi memastikan proses kiraan undi berjalan dengan lancar.

"Saya menafikan bahawa terdapat wartawan di lokasi kejadian kerana yang ada hanya ketua tempat mengundi, petugas SPR, wakil calon dan anggota polis yang bertugas," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Wan Ahmad, seperti dilaporkan The Star Online semalam, yang mendakwa gambar berkenaan merupakan satu lakonan yang dibuat sebelum pilihan raya.

Wan Ahmad dalam laporan tersebut mendakwa, gambar tersebut disebarkan di Internet untuk menunjukkan bahawa kejadian lampu padam di pusat pengiraan undi itu benar-benar berlaku.

Menurut Wan Ahmad, gambar tersebut, menunjukkan kakitangan SPR mengira kertas undi dengan menggunakan lampu suluh, namun tidak kakitangan berkenaan tidak memakai pakaian seragam SPR

Noor Hanim bagaimanapun bertegas bahawa kejadian tersebut benar-benar berlaku.

"Bagaimana beliau sendiri tidak tahu pakaian rasmi petugas-petugas SPR berwarna kelabu pada hari tersebut.

"Saya juga berasa hairan kerana beliau juga tidak kenal kotak bekas kiraan undi yang digunakan oleh pihak SPR sendiri," katanya.

Jelasnya, gambar berkenaan juga menunjukkan logo SPR di bekas yang digunakan untuk mengira undi.

"Oleh itu, saya menyarankan agar pihak SPR khususnya Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana telah melakukan kesilapan dalam mengeluarkan kenyataan tanpa membuat kajian yang mendalam dan mengambil ringan isu yang dibangkitkan oleh rakyat.

"SPR sebagai badan rasmi yang menguruskan pilihanraya ini mesti dilihat profesional, adil dan telus serta tidak berpihak kepada mana-mana parti," katanya.

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Sunday, May 26, 2013

Jom buat laporan polis tentang dakwat SPR "TIDAK KEKAL"

Sharpshooter menyeru kepada semua pengundi yang tertipu dengan SPR tentang dakwat kekal supaya segera membuat laporan polis..contoh laporan polis seperti di bawah

Saya ____________________________, kad pengenalan bernombor _____________________________ ingin membuat laporan polis berkenaan insiden yang berlaku di pusat pengundian semasa saya keluar mengundi.
Pada 05/05/2013, jam lebih kurang pukul _________, saya telah keluar mengundi di ____________________.

Setelah pegawai SPR menyemak dah mengesahkan identiti saya, mereka telah menyapu dakwat kekal pada jari telunjuk kiri saya. Setelah habis mengundi, saya pergi ke bilik air untuk membasuh tangan.

Saya difahamkan bahawa dakwat kekal itu sepatutnya tidak luntur untuk jangka masa 5 hari.

Walau bagaimanapun, saya terkejut apabila mendapati dakwat yang didakwa kekal luntur sepenuhnya. Saya percaya dengan pengunaan dakwat yang boleh luntur ini, akan mengakibatkan pihak-pihak yang tidak bertangungjawab akan mengambil kesempatan ini untuk melakukan penipuan dalam proses undian.

Saya juga percaya bahawa kejadian ini melanggar peraturan-peraturan dan peruntukan-peruntukan undang-undang pilihanraya.

Perkara ini adalah amat serius dan harus disiasat dengan serta merta. Sekian laporan saya.

Selepas membuat laporan polis sila serahkan salinan kepada mana-mana pejabat Parti Pakatan Rakyat yang berhampiran samada Parti Keadilan Rakyat, PAS atau DAP...sasaran kita 100,000 laporan polis..lawan tetap lawan


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Thursday, May 23, 2013

Video YB @Tianchua ditangkap diusung oleh Polis APCO



Selepas Adam Adli, kini YB Tian Chua, Tamrin Ghaffar dan Haris Ibrahim pula ditangkap... Siapa pulak selepas ni..?

Rejim zalim semakin menggila...Pak Menteri "perlembukan" polis APCO untuk kepentingan mereka.

Akhbar Utusan Meloya tak laku hingga kerugian...akhbar raja fitnah no 1 Malaysia paling banyak kena saman dan kalah di Mahkamah sebab memang terbukti raja fitnah 1 Malaysia...kini akhbar Harakah dan Keadilan pula dirampas...

Syabas dan tahniah pak menteri baru kementrian dalam negeri...kerana tindakan anda..rakyat bertambah benci dan meluat kepada umno/bn...lawan tetap lawan...

 

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Penangkapan Pimpinan Politik Dan NGO: Zahid Perlu Segera Hentikan Kegilaan Ini - @Azmizam 

AMK Selangor menyelar tindakan rakus Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang sejak memegang jawatan, berterusan menggunakan kuasa sewenangnya bagi menutup mulut rakyat dan menghentikan penentangan terhadap penipuan pilihanraya yang lalu. Pembebasan Adam Adli melalui ikat jamin, tidak mencerminkan apa-apa apabila Yb Tian Chua, Sdr Haris Ibrahim dan Dato' Thamrin Ghafar ditahan beberapa jam yang lalu.
 
Tindakan Zahid ini dilihat sebagai penuh kegilaan, mengancam dan menyekat kebebasan majoriti rakyat yang mula bangkit untuk mempersoalkan kerajaan Barisan Nasional serta SPR diatas beberapa penipuan jelas bagi rejim pemerintah mengekalkan kuasa dalam pilihanraya paling kotor dalam sejarah.
 
AMK Selangor bertegas sebarang bentuk penentangan, dan kebangkitan yang berlaku sejak 5 Mei 2013, bukanlah berpaksi kepada kekecewaan dan tidak menerima kekalahan tetapi adalah satu manifestasi persoalan tentang beberapa bentuk salahlaku serta penipuan pilihanraya. Rakyat sebagai penentu masa depan negara, berhak mengetahui keadaan sebenar beserta punca serta menggesa tindakan pantas kerajaan untuk menjelaskan perkara ini.
 
Sebaliknya, Barisan Nasional tergesa-gesa menubuhkan kerajaan sebelum sebarang penjelasan diberikan dan inilah tindakan yang mendatangkan keraguan dan kekecewaan besar kepada rakyat terbanyak.
 
AMK Selangor menyeru pembebasan segera mereka ini yang lebih bersifat tahanan politik, dan sewajarnya Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri menjamin hak tahanan dan tidak memperlakukan mereka seperti pesalah, selagi mereka tidak dibuktikan bersalah oleh mahkamah.
 
Justeru, AMK Selangor menyeru rakyat tidak tunduk dan takut untuk mempersoalkan apa juga keraguan berkaitan dengan proses tatakelola negara, dan sebarang usaha keras oleh Zahid Hamidi dan Kementerian Dalam Negeri serta PDRM hanyalah satu usaha terdesak dan terakhir untuk mengekang kebangkitan rakyat ini.Semangat perjuangan rakyat, baru sahaja dinyalakan.
 
AZMIZAM ZAMAN HURI
Ketua AMK Selangor
Naib Ketua AMK Malaysia

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

PRU 13 - 16,530 kertas undi hilang/rosak di kedah


Cuba kita lihat keputusan PRU 13 di Kedah seperti di atas...ada apa yang tak kena ke?

Jika kita melihat keputusan ini sepintas lalu mungkin kita tak perasan sangat apa yg tak kena...sebenarnya pada PRU 13 di Negeri Kedah, kertas undi hilang atau rosak adalah 16,530 keping. Adakah angka ini masuk akal?  Sudah pasti angka itu tak masuk akal tetapi lebih tak masuk akal ada pula pimpinan PAS yang berpuas hati dengan keputusan itu...sampai sanggup boikot program #BLACKOUT505...

Jom kita tengok tulisan Mat Saman Kati pada tahun 2011....tetapi apa beliau dapat dan terima respon dari pimpinan PAS? Mat Saman Kati berkata "Tahun 2011 aku dah tulis, apa tindakan PAS? Depa tanya balik kat aku.."Berapa Umno bayaq kat hang?"

Tuesday, May 24, 2011


PRU 13: PR KEDAH AKAN TUMBANG

PRU 13: Kedah (1)
-MSK

Aku nak stop dulu tentang politik baru sebab ada beberapa isu menarik yang aku rasa kena bagi perhatian dulu. Dua artikel menarik dalam Malaysian Insider tentang Kedah memerlukan pemerhatian dan analisis yang lebih mendalam.

Hangpa nak bercakap tentang hakikat, tentang realiti…jangan berfikir dalam kotak pemikiran Pakatan Rakyat. Aku bukan suruh hangpa keluar parti!! Cuma keluar sekejap dari pemikiran partisan dan ketaksuban dan hadapi realiti.

Banyak kali aku tulis, kumpulan tengah sudah membesar dan mereka-mereka ini menganggap bahawa kedua-dua Pakatan dan BN sama saja. Sekarang, perkataan yang sama diluahkan dalam posting Malaysian Insider.

“The reason why many Umno people I know voted for PR in the last election was because they were tired with BN. We felt the BN wasn’t really doing anything so why not try giving it to PR?” said a businessman in Merbok, who requested anonymity so as not to offend his Umno friends.

“PAS hasn’t really done anything but (Kedah) BN is filled with the same people who wanted out in the first place.

“Jadi sama ja depa dua ni (So in the end, it does not really matter who we vote because PR and BN are the same).”

Apakah ini realiti atau propaganda Malaysian Insider?

Malaysian Insider juga membuat survey..walaupun samplenya kecil, tapi memberikan gambaran tentang apa yang berlaku dibawah.

Kajian terhadap 70 rakyat Kedah yang berumur dari 21-70 tahun menunjukkan 50% daripada mereka mahukan perubahan kerajaan negeri. Sentiment tersebut lebih menonjol dikalangan orang Melayu (60%) diikuti dengan India (50%).

Sebanyak 36% daripada orang Cina mahukan perubahan manakala hanya 28% yang mahukan pemerintah kerajaan negeri dikekalkan. Yang lebih menarik, 36% masih tak tau siapa yang nak diundi.

Walaubagaimanapun, terdapat percanggahan kerana 44% berpuashati dengan kerajaan negeri sekarang berbanding 40% yang tidak berpuashati, manakala 16% tidak pasti.

Rakyat Kedah kompius!!

Bila tanya sama ada depa sokong BN…depa kata BN teruk!! bila tanya tentang Pakatan…depa kata tak boleh harap. Do you smell what I’m cooking?

Jangan percaya tentang kajian Malaysian Insider. Kalau kajian Malaysian Insider ini benar-benar menunjukkan sikap pengundi di Kedah, tak payah kempen…Pakatan dah gerenti kalah. Bukan sebab depa sokong BN…tapi kerana sistem pilihanraya yang akan memihak kepada BN. SPR sudah memastikan, kalau BN mampu mendapat 48% undi, depa akan menang. Depa tau, untuk turn over penyokong Pakatan untuk menyokong Umno memang susah. Tapi kalau dapat membuatkan mereka yang mengundi Pakatan itu tidak keluar mengundi pun dah cukup untuk memenangkan BN.

Kalau ada calon bebas yang bertanding, BN lagi seronok. Maka apa yang berlaku di Sarawak akan berlaku di Kedah. Ceramah puluh ribu orang yang datang. Tapi bila kira undi…lingkup. Hangpa mau jadi macam tu?

Cuba kita tengok keputusan DUN untuk Pakatan dan BN masa PRU 2008 dulu.

BN:14

Pas: 16

DAP: 1

PKR: 4

Bebas:1

Tetapi selepas PRU 2008, PKR mendapat satu tambahan kerusi di Bukit Selambau, tetapi hilang dua kerusi di Lunas dan Bakar Arang. Kedudukan sekarang, BN 14. PR: 20. Bebas pro-BN:2. Atau dimudahkan….PR 20. BN 16.

Adakah kedudukan ini selamat? Bagaimana kalau kajian Malaysian Insider di padankan dengan kedudukan kerusi? aku tak mau kata BN akan menang, tetapi PR juga dalam keadaan tenat. Yang akan menentukan siapa yang akan memerintah adalah orang-orang tengah yang sekarang ini masih belum membuat keputusan. Mereka yang dah fed-up dengan BN, tapi dalam masa yang sama kecewa dengan PR.

Apakah hangpa nak kata " mampuih pi la….kalau berjuang mahu pembalasan..pi masuk Umno!"

atau hangpa nak kata.." Kalau orang macam Matsamankati keluar..lagi bagus. Tidak menjejaskan Pakatan!!"

Fikir dulu sebelum nak kata apa-apa…tengok dulu pencapaian Pakatan dan BN dalam PRU yang lalu.
Terdapat 13 kerusi DUN yang bermajoriti kurang dari 5%.

Bila Malaysian Insider kata 60% orang Melayu mahukan perubahan kerajaan. Maknanya hanya 40% yang masih menyokong PR.

Bila Malaysian Insider kata 50% orang India mahukan perubahan. Maknanya 50% masih sokong PR.

Bila Malaysian Insider kata 36% orang Cina mahukan perubahan. Maknanya 65% masih sokong PR.

Apa yang akan berlaku?

Pas tinggal 11.

PKR tinggal 4. (Diandaikan akan memenangi balik Lunas dan Bakar Arang)

DAP 0.

BN: 21.

Hangpa buat la ceramah perdana. Buat la sembahyang hajat.

Dalam PRU 2008, Pakatan Rakyat memperolehi sejumlah 353,831 undi (50.7%) manakala BN mendapat 322358 (46.2%). Perbezaan hanya 4.5%. Kalau 5% daripada yang menyokong Pakatan dulu berubah angin, kerajaan negeri juga akan berubah.

Dari sejumlah 353, 831 undi yang diperolehi oleh Pakatan, berapa ahli-ahli PKR, Pas dan DAP? Ahli PKR pada tahun lepas berjumlah 23,479. Tapi dari jumlah itu, 7830 tidak mendaftar sebagai pengundi!! Ahli Pas aku tak tau, tapi atas sikap pemurah…aku katakan sejumlah 100,000 orang. Sebab mungkin Pas Kedah lagi terror dari Pas Perak yang berjumlah 80,000 orang. Ahli DAP boleh bilang dengan tangan.

Kalau dijumlahkan, jumlah ahli Pakatan Rakyat tak sampai 130,000 orang. Siapakah yang mengundi Pakatan berjumlah 223,000 orang itu? Apakah Pakatan Rakyat menang kerana kekuatan parti..atau kekuatan penyokong?

ahli-ahli parti hanya berjumlah 18% daripada keseluruhan pengundi yang menyokong Pakatan Rakyat. Manakala penyokong yang tidak berparti yang membantu kemenangan Pakatan berjumlah 32%.

Tapi bila menang, penyokong tak ada hak untuk menegur parti, tak ada hak untuk bersama membuat keputusan, tak ada hak untuk bersuara.

What are you going to do?


Wednesday, May 4, 2011

Kami di KEDAHLANIE dah lama dah nak cakap macam nie.. apadia.. LUNCAI.!!

PR PERLEKEH..KUASA BLOGGER

PRU 13: Media

Oleh: MSK

Dari dulu sampai sekarang, pemimpin Pakatan masih lagi buat bising tentang Utusan dan TV3.
Utusan pembohong. Utusan putarbelit. Utusan berat sebelah. blah..blah…blah.
TV3 penipu. TV3 tak bagi ruang kepada Pakatan. TV3 tak ada etika. blah…blah…blah.

Sapa yang percaya Utusan akan bersikap adil kepada Pakatan adalah bodoh.
Sapa yang percaya TV3 akan bersikap adil kepada Pakatan adalah bangang.
Sama juga sapa yang berharap Harakah akan kata Umno bagus adalah bodoh.
Sama juga sapa yang berharap Keadilandaily menulis yang baik tentang BN adalah bangang.

Utusan, TV3, Harakah dan Keadilandaily adalah akhbar parti. Sudah semestinya depa tulis yang baik tentang parti depa, dan yang buruk tentang musuh depa.

Utusan dan TV3 dok kutuk kita sudah sekian lama. Depa dok menipu tentang kita sudah lama. Tapi pasai apa tahun 2008 kita boleh menang 5 negeri? Pasai apa di Parlimen kita boleh dapat 81 kerusi sehingga menafikan 2/3?

Orang Pakatan sudah lupa pasai blog dan blogger. Maklumlah sekarang sudah pandai berfesbuk dan twitter.

Dalam PRU 13 akan datang, ada dua kelompok pengundi yang menjadi majoriti. Gen X dan Gen Y. Gen Boomers mungkin ada nama saja dalam daftar pemilih. Yang akan datang kepusat pengundian pun, mungkin kena naik kerusi roda.

Gen Boomers adalah generasi kertas. Gen inilah yang masih dok baca Utusan dan tengok TV3 untuk mendapat berita. Kalau dapat masukSinar Harian, heboh keliling kampung. Tak kira orang BN atau orang Pakatan, tak ramai Gen Boomers yang baca berita melalui internet. Gen X dan Y tengok TV3 untuk hiburan. Masa Buletin Utama depa tukar channel.

Gen Boomers jugak yang dok heboh jangan baca Utusan atau tengok TV3. Geng Boomers jugak yang kata jangan percaya Utusan dan TV3. Tapi bila TV3 dan Utusan tulis pasai Raja Petra, geng ni jugak la yang percaya. Tak percaya? Pi tanya Chua Jui Meng.

Yang menyebabkan Pakatan menang besar dalam PRU 2008 adalah dari Gen X dan sedikit dari Gen Y. Gen X adalah Gen blog dan website. Manakala Gen Y adalah Gen Facebook dan Twitter. Gen X adalah Gen laptop, manakala Gen Y adalah Gen-mobile.

Pencapaian terbaik Pakatan pada tahun 2008 adalah disebabkan oleh laman-laman web dan blog. Web dan blog berjaya menangkis serangan Utusan dan TV3. Tapi aku tau, ada orang akan kata…”Eleh…Matsamankati syok sendiri.”

Sebaik saja PRU 2008, blog-blog tumbuh seperti cendawan. Prestasi Pakatan semakin meningkat. Dalam setiap PRK, Pakatan menang. Dalam krisis Perak, blog memainkan peranan utama menyampaikan maklumat kepada rakyat. Dan blog-blog pro-Pakatan dikunjungi oleh majoriti pembaca internet. Manakala blog-blog pro-Umno tak ada sapa yang nak baca. Kalau nak baca pun, mungkin depa baca blog Parpukari.

Pada November 2009, aku buat perbandingan diantara blog pro-Pakatan dengan blog pro-BN.

http://2.bp.blogspot.com/-U_-fRwd5ZUU/TcEmdQCpU2I/AAAAAAAAA44/limBxeTx6FA/s1600/alexa-20112009.png
Ranking Alexa 20 November 2009

Blog-blog pro-Pr bewarna biru dan blog pro-BN bewarna oren. Dalam Top10… PR menang 9-1. Dalam Top20… PR menang 16-4. Dalam Top50…PR menang 37-13.

Berapa ramai diantara blogger-blogger Pro Pakatan yang dibayar? Berapa banyak duit Pakatan habis untuk menaja blogger-blogger ini? Setakat blogger-blogger yang aku kenai, semua sengkek. Tu pasai ramai yang tak tahan dan berundur atau perlahan.

Dari mula Pakatan menang aku cuba menyatukan blogger-blogger pro-Pakatan untuk memastikan sekurang-kurangnya depa boleh bayar duit broadband pun jadi la. bukan senang nak jadi blogger. Takat blogger copy-paste boleh la. Tapi kalau nak berjalan cari maklumat, buat research…banyak modai. Sapa nak bagi? Sampai la….habuk pun tarak.

Aku pernah bagi tau kat seorang EXCO Perak yang bertanggungjawab tentang Penerangan untuk mengoptimumkan penggunaan internet kepada rakyat. Malah Pengarah Penerangan pun orang PKR. Apa jawapan mereka? “How many people read internet?”

Kalau depa tanya lagi macam tu, suruh depa pi blog Tukar Tiub. Dan suruh depa kira jumlah pengunjung yang mengunjungi blog Tukar Tiub. Aku ambik blog Tukar Tiub sebab dia maintain sejak dari dulu.14,348,309 pengunjung bahagi dengan 32 bulan. Sama juga dengan 448,384 pengunjung sebulan. Bayangkan…berapa ramai manusia yang tengok video porno dalam blog-blog Umno yang menduduki Top10? Tok Imam dan Tok Siak pun tengok!!!

Nak kata kerajaan Pakatan Rakyat tak dak duit pun tak boleh. Berapa juta dihabiskan untuk TV Antara, yang kemudian bertukar jadi Tv selangor, sekarang jadi TVSNews pulak? Gaji CEO saja dah dekat 20ribu sebulan…tapi apa pencapaiannya?

Bukan aku nak berlagak la. Tapi kalau bajet puluh ribu sebulan untuk nak maintain TVSNews…dan dengan ranking Alexa 832, bagi kat Anak Sungai Derhaka buat lagi bagus. Dengan gaji CEO TVSNews tu, aku rasa blogger-blogger boleh buat 10kali ganda lebih baik.
Berapa banyak bajet yang diperuntukkan untuk Selangorkini.com? Bukan aku nak riak. Tapi dengan hasil menebas rumput tepi highway, aku buat Malaysiatimes, dalam sebulan dah boleh potong ranking Selangorkini.com yang bajet depa saja ratus ribu setahun.

Ini masalah Pakatan terutama PKR yang sibuk menyalak tentang Utusan. Tak ada orang nak baca Selangorkini.com…manakala versi cetak pulak berlonggok kat Pusat Khidmat. Kat Kedah aku tak tau apa. Harap baca Kedah Lanie saja. Kat Penang nasib baik ada Din Binjai dan Zul Mamak. Tu pun dok harap FB. Blog depa pun makin lama makin gersang.

Bila kita bagi tau, macam-macam alasan. Yang tu tak boleh, yang ni tak boleh.

Pirrrah!! Iban kat Sarawak pun boleh buat Radio Free Sarawak, tapi empat negeri Pakatan nak buat suratkhabar pun tak boleh.

Dalam PRU 13 akan datang, nak harap sapa? Nak harap Utusan dan TV3 buat laporan seimbang? Mampuih pi la kat hangpa.

Dalam PRU 13 akan datang, blog masih memainkan peranan. Tetapi oleh kerana Pakatan buat tak tau kat blogger..blogger nak buat apa? Anak bini kena tanggung jugak. Dan apa akibatnya?
http://2.bp.blogspot.com/-CLTBIUgrSqw/TcEos4nDf0I/AAAAAAAAA5A/apsfOj5HCW8/s1600/Alexa-03052011.png

Blog-blog pro-BN sudah mengambil alih ruang siber. Kalau dulu Top10, PR menang 9-1, sekarang sudah tewas 3-7. Dalam top 20, dulu menang 16-4, sekarang sudah tewas 8-12. Dalam Top50, dulu menang 37-13, sekarang sudah tewas 22-28.

Kalau dulu blog-blog pro-Pakatan Rakyat menguasai hampir 80% pelayar-pelayar blog-blog politik, sekarang sudah tinggal hanya 35%.

Tapi jangan risau. Blog Matsamankati hanya tau mengkritik. Bukan tau macam mana nak bagi teguran membina.

Dan jangan risau. Bila kalah nanti sudah ada alasan yang disediakan.
Pakatan tewas kerana maklumat tak sampai kepada pengundi.
Pakatan tewas kerana Utusan berbohong. Pakatan tewas kerana konspirasi TV3.

Kepala bapak hangpa.
Sharpshooter - Inilah masalah pemimpin PR..bila ditegur dituduhnya pula kita agen umno...trojen horse dan sebagainya... Sharpshooter bercakap atas pengalaman sendiri....penyakit yang paling bahaya yang berjangkit kepada pimpinan PR adalah mereka merasa diri dalam "ZON SELESA"...itulah penyakit pimpinan umno dulu...kenapa sekarang ia berjangkit pula kepada pimpinan PR...lu fikir la sendiri...




Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

video samseng umno ganggu himpunan aman bebaskan Adam Adli di Penang semalam





Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

umno tak ada...hancur negara...




Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Wednesday, May 22, 2013

Biak oh biak...memang cepat membiak...




Antara kesan buruk penyalahgunaan melampau daun ketum ialah
  1.     Susut berat badan
  2.     Insomnia
  3.     Anoreksia
  4.     Bibir menjadi kering
  5.     Sembelit atau kesukaran membuang air besar.
  6.     Kesan lebam dan terbakar di muka terutamanya di bahagian pipi dan sebagainya
Kesan-kesan penyingkiran (withdrawal)
  1.     Simptom-simptom tarikan seperti mata dan hidung berair
  2.     Sengal-sengal sendi
  3.     Mudah marah
Kesan Mengikut Tahap Dos
• Alkaloid aktif memberi kedua-dua kesan stimulan dan sedatif• Dos rendah (1-5 gram daun kering) sehingga dos sederhana (dua kali ganda dos rendah) memberi kesan stimulan pada reseptor delta opiod• Dos tinggi (10-30 helai daun atau lebih sehari) memberi kesan sedatif pada reseptor mu
Kesan Sampingan MitragynineKesan Dos Rendah
• Menghalang motivasi• Ketiadaan minat• Bosan• Malas

Kesan Pada Tahap Stimulan (Dos Sederhana)
• Ransangan• Peningkatan tenaga fizikal dan batin• Mungkin meningkatkan keupayaan melakukan kerja-kerja berat atau• Kerja yang membosankan• Suka bercakap, ramah, suka bergaul• Mudah runsing

Kesan Pada Tahap Sedatif-Euforik-Analgesik (Dos Tinggi)
• Kurang sensitif terhadap kesakitan fizikal dan emosi• Berasa tenang• Hilang dalam alam mimpi• Merasa gatal atau berpeluh• Anak mata menjadi sempit• Merasa loya

Kesan Sampingan Akut (Penggunaan Singkat)
• Mulut menjadi kering• Kerap kencing• Kehilangan selera makan (anoreksia)• Sembelit

Kesan Sampingan Kronik (Penggunaan Lama)
• Anoreksia dan seterusnya kehilangan berat badan• Jaundis (penyakit hati)• Insomnia (payah tidur)• Psikosis (gila)• Kulit menjadi gelap terutamanya di bahagian pipi

Kesan Penggunaan Banyak (10-30 Helai Daun Atau Lebih Dalam Sehari)
• Banyak tidur• Hilang keupayaan untuk bekerja• Takikardia (denyutan jantung menjadi cepat)• Delusi paranoid (khayalan buruk-sangka)

Gejala Tarikan• Hidung dan mata berair• Cirit birit• Sakit pada otot dan tulang• Masalah pergerakan anggota kaki dan tangan• Sintakan otot (muscle jerking)• Tingkahlaku agresif dan hostil (sikap bermusuhan)• Mudah meradang• Hilang keupayaan bekerja

Risiko• Tertidur semasa melakukan kerja berbahaya sebab pengguna akan• Mengantuk dengan tiba-tiba tanpa amaran• Ketagih jika menggunakan setiap hari atau untuk jangka masa yang panjang jika diambil bersama lain-lain drug seperti yohimbin, kokain, amfetamin,• Dos besar kafein – kesan perangsang berlebihan atau peningkatan tekanan darah• Jika diambil bersama alkohol, benzodiazepin, opiat – kesan sedatif berlebihan atau menindas pernafasan dan boleh menyebabkan kematian

Dari Aspek Perundangan• Dikawal di Australia, Malaysia, Myanmar dan Thailand• Thailand mengharamkan penggunaannya semenjak tahun 1943• Memandangkan kesan bahaya akibat penyalahgunaan daun ketum. Disama kelaskan dengan kokain dan heroin. Kajian Dr. Sangun Suwanlert pada tahun 1975 mendapati bahawa daun ketum mempunyai ciri-ciri ketagihan• Di Malaysia sejak 1 Jan 2003, Mitragynine adalah bahan psikotropik yang• Disenaraikan dalam Jadual Ketiga (Section 30) Psychotropic Substances Akta Racun 1952. Sesiapa yang mengimport, mengeksport, mengilang, membekal, menjual dan memiliki atau menggunakan Bahan Psikotropik secara haram (tanpa dibenarkan mengikut undang-undang) adalah menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952. (disemak 1989)

Hukuman
.
• Jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 30(3) boleh dikenakan denda di bawah Seksyen 30(5) Akta Racun 1952 iaitu denda sehingga RM10,000 atau penjara sehingga 4 tahun atau kedua-duanya sekali.




Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

jom tengok video terbaik sepanjang kempen PRU 13...



Alahai...saja nak peringat balik video nie sebab Melayu mudah lupa..terutamanya orang Shah Alam...bertuah hangpa dapat wakil rakyat macam ni ..kih3....





Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Thursday, May 16, 2013

Jangan ku dipandang hina....


Jangan ku dipandang hina
Hanya kerna aku penganggur
Jangan pula ku dilupa
Hanya kerna aku penganggur

Aku hanya insan biasa
Ingin juga hidup bahgia
Ohoo... nasibku
Aku penganggur
Ohoo... nasibku
Aku penganggur....



Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Monday, May 13, 2013

#505BLACKOUT KEADILAN terima 237 laporan penipuan p’raya libat 27 Parlimen


237 laporan penipuan Pilihan Raya Umum ke-13 diterima pasukan #SiasatPRU13 sepanjang minggu ini, dedah Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.

Katanya, melalui analisa awal #SiasatPRU13, empat kriteria dikenal pasti dalam siasatan, iaitu margin kemenangan tipis di bawah lima peratus dan margin kemenangan tipis yang tidak sepadan dengan undi rosak yang lebih besar dari majoriti kemenangan.

Rafizi“Dua lagi kriteria ialah peratusan undi pos dan undi awal yang mengatasi margin kemenangan dari undi biasa sehingga keputusan pengundi biasa bertukar akibat pola undi pos dan undi awal diragukan.

“Dan keempat ialah kerusi yang dilaporkan wujudnya penipuan yang ada bukti kukuh beserta laporan polis,” kata Rafizi pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, hari ini.

Menurutnya, 27 kerusi Parlimen disenarai pendek untuk siasatan lebih mendalam iaitu Bentong, Kuala Selangor, Baram, Sungai Besar, Pasir Gudang, Labis, Machang, Ketereh, Titiwangsa, Tebrau, Bagan Serai, Kota Marudu dan Beaufort.

Selain itu ialah kerusi Parlimen Setiawangsa, Segamat, Ledang, Balik Pulau, Kulim Bandar Baharu, Pulai, Kuala Kangsar, Muar, Pendang, Hulu Selangor, Sabak Bernam, Merbok, Pensiangan dan Saratok.

Tambah Rafizi, setakat ini beliau turut menerima aduan salah laku pilihan raya di lapan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN), kebanyakannya dari Pulau Pinang, Perak dan Kedah.

Enam jenis kesalahan pilihan raya dikenal pasti dan proses mengumpul bukti sedang dilakukan minggu ini. Kesalahan pilihan raya tersebut ialah:

1. Pengundi tidak dibenarkan mengundi kerana undi sudah dibuang orang lain, membuktikan wujudnya pengundi hantu dalam daftar pengundi.

2. BN membeli undi dengan menawar dan membayar wang atau baucer yanng boleh ditukarkan tunai kepada pengundi.

3. Wujud pengundi-pengundi tidak dikenali didaftarkan di alamat pemilik rumah, berdasarkan laporan polis dibuat pemilik rumah asal.

4. Dakwat kekal yang hilang dan tidak menepati syarat pengurusan pilihan raya.

5. Kesalahan SPR seperti menandatangani Borang 14 sebelum pengiraan bermula, atau tidak memberi salinan Borang 14 seperti diperuntukkan Undang-undang.

6. Pengundi disyaki warganegara asing yang diberikan kad pengenalan dan dibenarkan mengundi.
Justeru, Rafizi menggalakkan saksi atau mereka yang mempunyai bukti kesalahan pilihan raya untuk tampil membantu pasukan #SiasatPRU13 yang memulakan siasatan minggu ini.

“Kita perlu seminggu lagi untuk membina kes. Minggu ini, kami dibantu 67 sukarelawan yang terdiri dari peguam dan akauntan.

“Selain analisa kualitatif dibuat #SiasatPRU13, pasukan ini juga menjalankan analisa kuantitatif untuk mengenal pasti pelbagai perkara.

“Ini menguatkan lagi sentimen rakyat bahawa PRU ke-13 dimenangi Barisan Nasional melalui penipuan,” kata Rafizi.



Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

10 calon PR buat laporan ke SPRM

10 calon Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) lepas rendah hari tadi membuat aduan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di George Town.

Sim Tze Tzin mengadakan siang media di ibu pejabat SPRM Pulau Pinang dekat George Town tengah hari tadi senegara menunggu calon PR lain membuat aduan penyelewengan pilihan raya
Mereka, Mohd Bakhtiar Wan Chik (Parlimen Balik Pulau), Datuk Abdul Halim Hussain (Dun Teluk Bahang), Asnah Hashim (Dun Bayan Lepas), Mohd.Tuah Ismail (Dun Pulau Betong), Rosidi Hussain (Dun Penaga), Ahmad Zakiyuddin Abd.Rahman (Dun Pinang Tunggal), Norhayati Jaafar (Dun Teluk Air Tawar) dan Arshad Md.Salleh (Dun Permatang Berangan) membuat aduan penyelewengan pilihan raya di ibu pejabat SPRM Pulau Pinang dekat George Town.

"che'GuBard" atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin yang bertanding di Sungai Acheh dan Syed Mikael Rizal Aidid (Dun Bertam) dilaporkan membuat laporan berasingan di pejabat SPRM Pulau Pinang dekat Seberang Perai.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin selaku jurucakap mereka berkenaan berkata, kesemua aduan sama itu dibuat berdasarkan Seksyen 10A Akta Kesalahan Pilihan Raya (Rasuah).

"Aduan ini berkenaan rasuah (iaitu berupa) sogokan duit sama ada sogokan atau 'aku janji' secara bersyarat atau tanpa bersyarat semasa pilihan raya, sebelum pilihan raya dan selepas pilihan raya," kata Tze Tzim di sini.

Hadir bersama Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Abdul Rashid Hasnon


Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Perlantikan @MahfuzOmar pilihan yang tepat

PAS melantik Naib Presidennya, YB Dato' Mahfuz Omar sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah yang baru bagi menggantikan Datuk Seri Azizan Razak.

Keputusan ini dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang bersidang hari ini di Pejabat Agung PAS.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali memaklumkan, mesyuarat hari ini juga memutuskan untuk membuat post mortem terhadap keputusan pilihan raya umum ke 13.

"Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub telah dilantik mengetuai jawatankuasa post mortem ini dengan timbalannya adalah Dr Dzulkefly Ahmad manakala Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS (PPP), Dr Zuhdi Marzuki sebagai setiausahanya," umum Mustafa kepada Harakahdaily.

Mesyuarat Jawatankuasa Pusat hari ini adalah yang pertama diadakan selepas pilihanraya umum ke 13, 5 Mei lalu.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bermula jam 10.30 pagi tadi yang berakhir jam 2.30 petang tadi.

Dalam PRU 13, PAS menang 21 kerusi Parlimen dan berjaya mempertahankan Kelantan namun kalah di negeri Kedah.

Mahfuz menggantikan Ustaz Azizan yang sehingga kini masih belum sihat selepas pembedahan kedua-dua belah kakinya akibat diebetis.

Mahfuz dalam PRU 13 menang kerusi Parlimen Pokok Sena manakala Ustaz Azizan kekal di Dun Sungai Limau.

Namun begitu, PAS hilang lima Parlimen di Kedah iaitu Jerai, Pendang, Sik, Baling dan Padang Terap di samping kehilangan negeri Kedah.

Post morterm dipercayai dibuat bagi mengenalpasti punca sebenar kekalahan PAS di Kedah dan beberapa negeri lain ekoran dakwaan pelbagai penyelewengan yang berlaku.
PAS melantik Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar



Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com

Jika anda ada maklumat untuk dikongsi bersama sila emel ke dijaabadi@gmail.com

Sunday, May 12, 2013

Himpunan video 505 Batu Kawan

Sejarah baru tercipta di P.Pinang semalam di mana ribuan rakyat yang berjalan kaki sejauh 10 km tetapi akhirnya terpaksa berpatah balik kerana penuh sesak ribuan manusia.... Mat Sabu dan Guan Eng juga terpaksa berjalan kaki bersama rakyat...





Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Saturday, May 11, 2013

Najib akan lepas jawatannya...

Berita Reuters yang disiarkan di luar negara menyatakan, Perdana Menteri Malaysia Najib Razak berkemungkinan perlu melepaskan jawatannya di penghujung tahun ini, memetik sumber dalaman partinya apabila Barisan Nasional menang tetapi dengan prestasi paling buruk di dalam sejarah pilihanraya di Malaysia.

Najib, 59, telah cuba memperkuatkan masa depan politiknya dengan harapan memperkukuhkan majoriti BN di parlimen melalui pemberian BR1M kepada rakyat Malaysia sebelum berlansungnya pilihanraya kali ke 13 pada 1 Mei yang lalu.Tetapi usaha Najib dilihat gagal setelah BN cuma memenangi 133 kerusi daripada 222 kerusi parlimen, kurang 7 kerusi daripada pencapaian BN pada tahun 2008 dan gagal memperolehi majoriti 2/3 yang diharapkannya.

Untuk kali pertama di dalam tempoh 44 tahun, BN juga gagal untuk meraih undi popular.Tertekan dengan keputusan itu, Najib kini berdepan dengan tugas sukarnya selepas ini.“Kita akan dapat menyaksikan Najib akan turun di penghujung tahun ini,” kata seorang pemimpin kanan UMNO, parti yang mendominasi BN.

"Beliau mungkin enggan (letak jawatan), kita tak pasti tentang itu, namun beliau telah menunjukkan prestasi paling buruk. Beliau kini tidak mempunyai banyak kuasa tawar-menawar lagi,” katanya, yang lebih suka untuk tidak mendedahkan identitinya.Mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad, yang masih mempunyai pengaruh di dalam UMNO, memberitahu Reuters tahun lalu bahawa Najib perlu memperbaiki kedudukan 140 kerusi yang dimenangi di dalam tahun 2008 atau berrisiko kedudukannya tergugat.

Kaum Cina, yang membentuk seperempat penduduk Malaysia, memilih untuk menolak Barisan Nasional, satu penerusan terhadap tren 2008. Mereka telah menolak dengan jelas parti MCA, parti kaum Cina di dalam BN.Najib, yang tersentak dengan keputusan pilihanraya tersebut telah menyalahkan “Tsunami Cina” sebagai faktor kekalahan BN.

Namun yang nyata juga, sokongan dari masyarakat Melayu terhadap BN, terutama di kawasan bandar, juga merudum, satu petanda kelas menengah Melayu kini mengharapkan satu perubahan.Najib, akan terpaksa berdepan dengan cabaran dari dalam UMNO sendiri seawal Oktober atau November, apabila parti itu mengadakan perhimpunan dan pemilihan terhadap kepimpinan parti.

"Di dalam pemilihan kali ini, kita akan dapat menyaksikan mereka yang tak berpuas hati bangun dan meminta Najib untuk meletakkan jawatannya", kata sumber berkenaan yang juga pernah menduduki kerusi kabinet sebelum ini. Barisan Nasional juga gagal untuk merampas Selangor, yang diwar-warkan sebelum ini oleh Najib, negeri yang amat perlu ditawan kembali oleh UMNO.

"Najib kini mengepalai sebuah parti yang kehilangan undi popular, sebuah parti gabungan yang terpaksa berhempas-pulas untuk membuktikan legitimasi pemerintahannya,” kata Wan Saiful Wan Jan, Ketua Institut Untuk Democradi Dan Hal-Ehwal Ekonomi di Kuala Lumpur.“Pada pendapat saya ia bukan perkara mudah untuk Najib”, tambahnya.



Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Pak Leh pergi buat selamanya....

Al Fatihah...

Telah kembali nya ke rahmatullah Ayahnda Ustaz Hj.Idris Bin Hj.Abd.Rahman@Pak Leh pada lebih kurang pukul 1-00 AM 11-May-13,di Pantai Hospital,Penang,

InsyaALLAH jenazah akan dikebumikan pada 11-May-13 selepas solat zohor,Masjid Sungai Nibong,Pulau Pinang,

Semoga segala amalannya diterima,segala dosa nya diampunkan dan sentiasa lah ia didalam rahmat ALLAH.. 

Bersama Ust.Hj.Idris Bin Hj.Abd.Rahman@Pak Leh,Imam Masjid Sg.Nibong,Bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS P.Pinang,seorang pejuang dan pemimpin PAS paling lama, sejak PAS ditubuhkan,beliau sangat rapat dengan Almarhum Tuan Guru Hj.Yusuf Rawa,suka duka bersama sampai lah ke saat akhir Almarhum menghembuskan nafas terakhir dihadapan nya,beliau juga yang 'menyeludup' saya masuk ke bilik khas memandikan jenazah Almarhum,
InsyaALLAH akan saya ceritakan sedikit pengalaman disebalik kehidupan akhir bekas Yang Dipertua Agong PAS dan Mursyidul Am PAS pertama dengan kebersamaan Ayahnda Pak Leh..



Dari Facebook Syed Mohd Nazli (Bekas calon PKR Dun Pantai Jerejak tahun 2004)



Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Jangan call balik panggilan no misteri +375 atau +371 atau 081



Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mengesahkan bahawa hebahan mengenai kod panggilan telefon antarabangsa tertentu, yang berupaya menyalin maklumat dan mengenakan caj yang tinggi kepada pemanggil adalah sahih. 

Orang ramai diingatkan agar tidak membuat panggilan kembali terhadap nombor luar negara +375602605281, 37127913091 atau mana-mana nombor yang bermula dari +375, +371 atau 081 (missed call/panggilan yang tidak dikenali). 

Panggilan tersebut boleh membuatkan pemanggil dikenakan caj yang tinggi (premium rates). Selain itu, orang ramai juga diingatkan agar tidak menerima dan mengikut mana-mana arahan hyperlink yang diterima dari sumber yang tidak pasti atau diragui. Sentiasa berhati-hati bagi mengelakkan diri anda menjadi mangsa jenayah siber!



Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Friday, May 10, 2013

Mak Janda curi 2 ekor lembu kena penjara 6 bulan, Mamee curi duit lembu beli kondo apa citer?

Sharpshooter - Aduhai....Mak Janda anak 6 curi 2 ekor lembu kena penjara 6 bulan....yang curi duit lembu (duit rakyat RM250 juta) beli kondo mewah, beli kereta mewah, apa citer? masih bebas semahunya....yang curi tak salah...yang dedah pula dipersalahkan...Oh Malaysia Tanah Airku...

Jika Hukum Hudud dilaksanakan pasti mak janda anak 6 ini akan dapat hukuman yang adil.... 

Janda mengaku curi lembu betina
Che Wan Norsharinawati dibawa ke Mahkamah Majistret, semalam.

RUBIAH OMAR
10 Mei 2013
KUALA TERENGGANU - Seorang janda enam anak begitu selamba mengaku bersalah mencuri dua ekor lembu betina di Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Susulan pengakuan bersalahnya itu, Majistret Abdul Hayyi Salim menjatuhkan hukuman penjara enam bulan terhadap Che Wan Norsharinawati Che Wan Abdullah, 30, dari Kampung Paya Balai, Dungun.

Che Wan Norsharinawati mengaku bersalah bersama-sama dengan tiga lagi rakan lelakinya iaitu Saadon Atan 49; Zamri Ismail @ Yunus, 46; dan Azhari Bidin, 32, mencuri dua ekor lembu betina di kandang lembu di belakang rumah di Jalan Pusara, di sini, antara jam 6 petang pada 23 Januari sehingga jam 4 pagi pada 24 Januari lalu.

Berikutan itu, Che Wan Norsharinawati didakwa di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Miky Dunstan Muda, manakala Che Wan Norsharinawati tidak diwakili peguam.

Sebelum ini, pada 27 Januari lalu rakannya, Azhari Bidin dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, selepas turut mengaku bersalah melakukan kesalahan berkenaan, manakala dua lagi rakan mereka mengaku tidak bersalah.





Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Bersaranya Tok Guru Nik Aziz menyentap hati manusia

Oleh Dr Amirul Amin

Perjuangan mu menjadi benchmark bidang ilmu dan ketamadunan Islam. 

1. Fakta, TGNA adalah insan pertama sebagai pemimpin yang mengadakan urustadbir kewangan Islamik.

2. Fakta, pemimpin pertama bebas segala aktiviti salah laku dan urustadbir paling walaupun dana disekat.

3. Fakta, pemimpin yang pertama tidak duduk di rumah Menteri Besar sebaliknya tinggal di rumah sendiri yang tiangnya bersambung dengan Masjid Nikmatilah Pulau Melaka.

4. Sanggup tidak ambil elaun gaji untuk bayar hutang rakyat Kelantan yang dibuat oleh pemimpin parti ‘Timbang Kilo’.

5. Dialah ulama, pemimpin, murrabi, guru, pentadbir, pemikir mantik paling halus dalam dunia, sahabat dan pendoa di tengah malam di kala bumi Malaysia panas dengan maksiat dan rejaman fitnah media. Halalkan ilmu yang pernah saya dengar, terima sama ada sengaja atau tidak sengaja.

4. Sifat daya juang anak Kelantan terdidik dengan ilmu dan tawaduknya.

5. Sepanjang memimpin Kelantan kami tidak pernah kebulur tapi ilmu dan semangat beliau menyebabkan anak cukup unik dan pandai berniaga.

6. Sistem pentadbiran kerajaan Kelantan patut dicontohi.

7. Sistem wang sunnah pertama di dunia dengan Kelantan Trade Gold dengan wujudnya dinar dan dirham.

8. Wibawa yang sentiasa mendapat rating tinggi dalam urus kewangan. Boleh rujuk Audit Negara (tidak pernah disiarkan).

9. Satu-satunya pemimpin paling banyak keluarkan buku dan mutiara kata antara yang terbaik dalam dunia. Seni mantik, timbang tara lengkap semua ijtihad kesufian Islam dengan kiasan penuh moral yang bertauhid Allah Taala.

Kami merindui perjuangan ulama ini yang disayangi dan disegani semua pihak. Bintang ini tiada tolok gantinya. Semoga Allah swt merahmati beliau dan sentiasa dalam rahmat kasih sayang-Nya. Dialah Tok Guru kami....




Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Esok Himpunan "Suara Rakyat Suara Keramat" ditukar tempat ke Stadium Batu Kawan






Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Ketua AMK Selangor @azmizam jawab kritikan Pemuda Pas Selangor

Menjawab Kritikan Pemuda Pas Selangor: Usah Salah Faham Kenyataan Pimpinan Keadilan
 
Angkatan Muda Keadilan Selangor hari ini merasa terkejut dengan tindakan Saudara Mohd Sany Hamzan, Timbalan Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor yang menyelar secara terbuka kenyataan pimpinan Keadilan Selangor dalam isu perlantikan Menteri Besar Selangor, dan menganggap kenyataan tersebut sebagai satu salah faham yang akan menjejaskan pemuafakatan Pakatan Rakyat di Negeri Selangor.

AMK Selangor percaya bahawa kenyataan Saudara Mohd Sany itu, adalah bersifat individu dan tidak mencerminkan pendirian PAS secara menyeluruh di peringkat pusat mahupun di Selangor dan berharap dapat membantu beliau menjelaskan kekeliruan itu melalui kenyataan berikut.
 
Isu yang dibangkitkan jelas memperlihatkan beliau keliru dengan mendakwa YB Azmin Ali, YB Zuraida Kamarudin dan YB Shuhaimi Shafie sebagai tamak haloba dan tidak sedar kendiri, yang sebenarnya hanyalah menjawab kepada beberapa kenyataan terbuka dari parti bersekutu yang lain berkaitan isu ini.

Pimpinan telah mengambil langkah mempertahankan kehendak ahli Parti Keadilan Rakyat Selangor untuk mendapatkan satu proses yang lebih bersama dan konsensus dalam menamakan bakal Menteri Besar Selangor untuk penggal yang seterusnya.
 
AMK Selangor menghormati dan mengucapkan tahniah kepada PAS Selangor yang memperolehi pertambahan kerusi dalam DUN Selangor bagi penggal yang baru ini, tetapi bertegas bahawa kerusi Menteri Besar tidak hanya bersandar semata-mata kepada bilangan tersebut. Saudara Mohd Sany harus menyingkap semangat Pakatan Rakyat di negeri Perak pada 2008 yang lalu dimana PAS diberikan laluan untuk memegang jawatan Menteri Besar walaupun DAP dan Keadilan mempunyai bilangan kerusi yang lebih pada masa itu.
 
Lagipun, Parti Keadilan Rakyat seharusnya memenangi jumlah kerusi yang sama atau lebih, merujuk kepada Dun Kota Damansara dan Dun Semenyih, yang menunjukkan calon dibawah lambang Keadilan tewas hasil pertembungan tiga penjuru yang salah satunya ditandingi PAS iaitu di Kota Damansara.

Maka secara logik politik, hak PKR sebagai penyandang kerusi Menteri Besar Selangor tidak wajar dipertikaikan oleh PAS. Selangor. Keadilan mengambil sikap terbuka dan menghormati keputusan DAP melantik peneraju negeri di Pulau Pinang, dan juga pemilihan MB Kelantan yang baru oleh PAS dan berharap kedua parti itu memberi ruang untuk Keadilan memilih calonnya sebagai Menteri Besar Selangor.
 
Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh Presiden PAS , Tuan Guru Dato Seri Hadi Awang sendiri menyebut, beliau memberikan sokongan untuk Parti Keadilan Rakyat untuk terus diberi penghormatan untuk menyandang amanah tersebut dan kini menjadi keutamaan Keadilan untuk memilih calon Menteri Besar mengikut perbincangan dan konsensus dalaman parti ini.

AMK Selangor percaya Keadilan mempunyai senarai tokoh yang berwibawa untuk menerajui Pakatan Rakyat negeri Selangor bagi meneruskan manifesto dan visi pembangunan negeri ini.
 
Kekeliruan seperti yang ditunjukkan ini telah menjadikan YB Azmin Ali sebagai mangsa, seolah-olah beliau cuba merebut kekuasaan di negeri Selangor.

Disamping itu AMK Selangor percaya untuk menghadapi penggal kedua pentadbiran Pakatan Rakyat ini, Selangor memerlukan satu proses pemilihan pentadbiran yang lebih telus dan bersama, untuk dijadikan rujukan pada masa hadapan apabila menerajui Putrajaya. Tidak ada lagi sistem pilihan yang secara semberono tanpa melalui satu proses yang mendapatkan keputusan secara kolektif dan paling berkesan.
 
AMK Selangor tidak berniat untuk memanjangkan kekeliruan dengan Dewan Pemuda PAS Selangor, dan berharap polemik ini turut selesai dengan sidang akhbar yang dibuat oleh YB Azmin Ali berkenaan pendirian beliau terhadap parti, fitnah perebutan kerusi MB dan juga kesetiaan beliau terhadap perjuangan rakyat pagi tadi.

Keadilan sentiasa menjaga pemuafakatan bersama dalam Pakatan Rakyat dan sebarang perkara yang dibangkitan tidak lebih semata-mata untuk mencari jalan penyelesaian yang mementingkan keperluan rakyat.

 
PERTAHANKAN KECEMERLANGAN SELANGOR
 
AZMIZAM ZAMAN HURI
Ketua AMK Selangor
Naib Ketua AMK Malaysia

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone