SharpShooter Followers

Monday, November 30, 2009

Keputusan Saman Anwar lwn NSTP : Hentikan Fitnah Agen Yahudi

Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyambut baik keputusan hakim mahkamah pada 25 November lalu, mengarahkan NSTP membayar 100 ribu gantirugi dan 20 ribu kos kepada Dato` Seri Anwar Ibrahim atas artikel mereka yang menuduh Anwar ada hubungan dengan agen dan pelobi Yahudi di Amerika.

Keputusan ini membuktikan dakwaan dan tohmahan yang kerap kali digunakan oleh pimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) adalah fitnah dan tidak mempunyai asas yang kukuh.

Setiap kali pilihanraya kecil ataupun pilihanraya umum bahan kempen gelap dan propaganda dipercayai milik Umno-BN sering menggunakan elemen kononnya Anwar dan Parti Keadilan Rakyat mempunyai hubungan rapat dengan agen Yahudi dan Amerika ditaburkan dikhalayak umum.

Adalah juga dimaklumkan bahan propaganda ini digunakan oleh Biro Tata Negara (BTN) untuk meracuni pemikiran peserta kursus mereka.

Oleh itu kami menggesa setiap pihak menghormati keputusan mahkamah dengan menghentikan fitnah dan tohmahan palsu tersebut termasuk tuduhan Anwar menyimpan 3 billion yang mana dapat dibersihkan melalui kenyataan saksi bekas pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR sekarang SPRM) dalam prosiding kes terbabit yang menyebutkan siasatan BPR menunjukkan tuduhan tersebut tidak betul.

Justeru kami menggesa pihak yang lantang menuduh Anwar khususnya Khairi Jamaludin, Ketua Pemuda Umno meminta maaf secara terbuka atas kenyataannya sebelum ini.

Kami juga ingin mencabar Tun Dr Mahahthir agar membersihkan dakwaan terhadap dirinya yang menggunakan jutaan ringgit Malaysia menggunakan Jack Abrahamov seorang pelobi Yahudi Amerika sewaktu ingin bertemu Presiden Bush dengan menafikan dan menyaman pihak media luar yang mengetengahkan hal terbabit.

Amirudin Shari
Naib Ketua Amk


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Pemuda BN demo, foto Guan Eng dibakar

Sekumpulan kira-kira 100 penyokong Pemuda BN berkumpul di depan bangunan DUN Pulau Pinang dan seorang dalam kumpulan itu membakar foto Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Ia dianjurkan sebagai membantah pentadbiran kerajaan negeri yang didakwa "tidak cekap dan teragak-agak" membuat keputusan bagi menyelesaikan masalah rakyat dan juga gagal menunaikan janji pilihan raya umum 2008.

Dikepalai oleh ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Norman Zahalan, tunjuk perasaan itu bermula kira-kira 12.15 tengah hari dan berakhir hampir sejam kemudian ketika sidang DUN Pulau Pinang sedang berlangsung hari ini.

Penunjuk perasaan menaikkan sepanduk anti-kerajaan dengan dakwaan ia tidak cekap mengendalikan beberapa masalah seperti Kampung Buah Pala, Rumah Hijau Mak Mandin dan juga projek kontroversi menebus guna tanah.

Ketua Pemuda Gerakan negeri Oh Tong Keong kemudian menjelaskan insiden membakar poster Lim bukan tindakan Pemuda BN tetapi seorang penduduk Kampung Buah Pala yang turut hadir di situ.

Beliau memberitahu Malaysiakini petang ini bahawa mereka merancang agar perhimpunan itu berlangsung secara tertib dengan hanya membawa sepanduk dan poster.

Bagaimanapun seorang lelaki pertengahan umur tiba-tiba menyertai tunjuk perasaan itu dan kemudian mengambil sekeping poster lalu memijak dan membakarnya.

"Saya telah cuba menghalangnya (berbuat demikian) tetapi keadaan menjadi tidak terkawal," kata Oh.

Tambahnya, polis kemudian membawa lelaki tersebut dan seorang pegawai polis Cawangan Khas memberitahunya bahawa lelaki itu seorang penduduk kampung itu yang kini telah diranapkan untuk projek pembangunan.

Menurut Oh lagi, sekumpulan penduduk Kampung Buah Pala sebelumnya berkunjung ke bangunan DUN untuk menyerahkan memorandum kepada ketua menteri dan meninggalkannya ketika kumpulan Pemuda BN itu sedang berdemonstrasi.

Katanya, semua penyokong Pemuda BN memakai baju putih dan berseluar hitam, manakala lelaki yang membakar itu berpakaian warna.

"Kami mengutuk tindakan membakar poster. Jika anda ada rungutan, anda harus menyatakan secara aman," katanya, yang juga timbalan ketua Pemuda Gerakan Malaysia.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

TG Nik Aziz dikecam Mufti Perak

Tuan Guru Nik Aziz terus dikecam hebat melalui media arus perdana TV3 semalam. Ini seolah-olah memberi petanda bahawa bahang pilihanraya kecil Dun Kota Siputeh semakin hampir.

Biarpun isu prk Dun Kota Siputeh masih belum selesai namun ia tetap menjadi sejarah di mana rakyat menyaksikan SPR bertindak lebih UMNO dari UMNO. Ternyata SPR memang manjadi barua UMNO dulu, kini tetapi tidak mungkin buat selamanya...

Beliau turut dikecam oleh Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria
.







* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Pulau Pinang akan haramkan kursus BTN kepada kakitangannya.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan menimbangkan secara serius untuk mengikuti jejak langkah kerajaan negeri Selangor mengharamkan kursus Biro Tata Negara (BTN) kepada kakitangannya.

Timbalan Ketua Menteri I, Mansor Othman berkata kerajaan negeri memandang serius cadangan anggota Parlimen Balik Pulau Yusmadi Yussof bagi kerajaan negeri mengikuti langkah Selangor.

Usul cadangan itu dijangka dikemukakan pada persidangan Dewan Undangan Negeri esok untuk kelulusan, kata Mansor yang juga Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan perdana Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang di Yayasan Aman, di sini hari ini.

Beberapa hari lalu, Yusmadi mencadangkan supaya kerajaan negeri mencontohi Selangor berhubung isu BTN dan mengulangi cadangan itu pada perhimpunan hari ini.

Sementara itu, Ketua AMK Pusat Shamsul Iskandar Mat Akin berkata, sebuah sekretariat yang diketuai oleh Yusmadi akan ditubuhkan untuk mengumpulkan pandangan rakyat mengenai BTN, yang didakwa mengindoktrinasikan ideologi Barisan Nasional (BN).

Katanya, orang ramai yang mempunyai pengalaman dan pandangan mengenai BTN boleh mengemukakannya kepada sekretariat itu.



"Kita akan buat referendum mengenai perkara ini," katanya.

Terdahulu, Shamsul mengumumkan pelantikan barisan baru kepimpinan AMK Pulau Pinang.

Ketua AMK Permatang Pauh Amir Ghazali dilantik sebagai ketua AMK negeri yang baru menggantikan Yusmadi manakala Anggota Dewan Undangan Negeri Pulau Jerejak, Sim Tze Tzin sebagai timbalannya.

Ahmad Azrizal Tahir, YB Ong Chin Wen dan M.Muneswaran pula masing-masing dilantik sebagai Naib Ketua 1, 2 dan 3 manakala Syed Mikael Rizal Aidid sebagai Setiausaha dan Philip Thor sebagai Bendahari.

Manakala Rizal Hamid selaku Ketua Penerangan dan Zulkifli Ibrahim selaku Biro Pengarah Pilihanraya.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *


Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Nik Aziz lebih layak ketuai Pakatan Rakyat Malaysia

Tinjauan undian 418 pengunjung blog SharpShooter mahukan Tuan Guru Nik Aziz menerajui Pakatan Rakyat Malaysia.

Undian menunjukkan Tuan Guru Nik Aziz mendapat 206 undi ( 49%) diikuti rapat oleh Anwar Ibrahim yang memperoleh undian sebanyak 186 (44%) sahaja.

Manakala Ustaz Hadi hanya mendapat 16 undi (3%) diikuti Karpal Singh 7 undi (1%) dan Lim Kit Siang 3 undi sahaja.

Terimakasih kepada semua yang mengundi dengan bijak. Ini undian pengunjung blog kerdil Sharpshooter sahaja bukan suara keseluruhan rakyat.

Maknanya susunan ramalan saya tu tepat untuk 5 orang pemimpin ini. Tuan Guru Nik Aziz dilihat lebih layak menerajuinya.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Ezam serang PAS pula

AKHBAR Sinar Harian melaporkan kenyataan raja sesumpah Ezam yang sebelum ini begitu lama menyepikan diri.

Kali ini raja sesumpah seperti sudah bosan untuk menghentam bekas sifunya DS Anwar setelah kali terakhir beliau menghentam seorang wanita iaitu DS Wan Azizah. Apabila DS Anwar dan DS Wan Azizah tidak berselera untuk menyahut cabaran bodoh dari Ezam, maka Ezam kini beralih pula kepada parti PAS sebuah parti yang dahulunya Ezam sanjung sebagai parti yang layak memerintah Selangor.

Akhbar Sinar mengeluarkan kenyataan raja sesumpah bahawa parti PAS bukan sempurna. Islam itu sempurna sedangkan Parti Islam adalah satu perkara yang lain dan tentunya tidak sempurna.

Saya sendiri tidak tahu semenjak bila kita mengatakan PAS itu sempurna dan bila pula kita menganggap bahawa PAS itu agama? Presiden PAS dan Mursyidul Am PAS juga bukan maksum dan sudah tentu parti yang diterajuinya tidak sempurna. PAS adalah wadah untuk memperjuangkan Islam, manakala Umno pula wadah untuk memperjuangkan semangat kebangsaan. Jauh bezanya perjuangan kedua-dua parti ini dan raja sesumpah sanggup menyembah parti yang bersifat kebangsaan dan menentang parti yang memperjuangkan agama.

Oleh yang demikian, tidak hairan apabila Ezam sentiasa mencari kelemahan PAS untuk menghalalkan tindakannya menjilat ludah beliau untuk kembali bersekongkol dengan Umno yang suatu ketika beliau menganggap sesiapa yang menyertai Umno hanyalah untuk kebendaan.

Ezam kini tiada arah di dalam perjuangannya setelah terperangkap dengan kebijaksanaan Umno memerangkap beliau dengan umpan keduniaan. Beliau kini terpaksa mencari salah dan silap PAS setelah beliau gagal untuk meruntuhkan kepercayaan rakyat terhadap PKR.

Memang benar PAS tidak sempurna tetapi sehingga kini tidak seorang pun pemimpin PAS yang didapati terlibat dengan rasuah atau penyelewengan jauh sekali melakukan kezaliman terhadap rakyat. Bagaimana dengan parti yang dijunjung oleh Ezam? Kredibiliti Presiden Umno sendiri pun dipertikaikan dengan berbagai salah laku.

Rakyat sudah dapat menilai apa yang berlaku terhadap PAS cuma isu kepimpinan di peringkat dalaman dan bukan isu yang melibatkan kepentingan rakyat. Itu pun isu yang terlalu mudah akan dapat diselesaikan kerana kepimpinan PAS bukan seperti Umno. Umno berebut jawatan kerana inginkan kebendaan dan kepentingan sendiri, sedangkan PAS mahukan perubahan hanyalah untuk memperkuatkan perjuangan membela Islam dan rakyat. Sebagai contoh, apa yang berlaku di Kelantan amat menakjubkan kita. YB Husam Musa berkeras tidak mahu dicalonkan sebagai MB Kelantan, begitu juga dengan YB Nik Amar. Pernahkah ini berlaku dalam Umno?

Sekali lagi ingin kita nasihatkan Ezam agar berfikirlah dengan hati dan iman jika beliau masih beriman. Tanyalah pada diri Ezam sendiri, antara Umno dan PAS, manakah yang lebih baik dan telus? Jawablah dengan jujur dan jangan menipu diri sendiri. Jika beliau rasa malu dan segan untuk kembali bersama dengan rakyat untuk memperjuangkan kebenaran dan keadilan, sewajarnya beliau diam sahaja kerana apabila beliau bersuara menunjukkan bukti betapa kata-katanya dahulu memang benar bahawa `hanya mereka yang mahu kebendaan sahaja yang sanggup duduk dalam Umno'.

Sumber : WFAUZDIN NS
http://wfauzdin.blogspot.com

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *


Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Thursday, November 26, 2009

Majlis Jamuan Korban kepada Najib yang akan terkorban...


Anda dijemput hadir beramai-ramai ke Majlis Jamuan Korban di rumah Najib, Water Fall...Datanglah beramai-ramai untuk memberi sokongn moral kepada beliau yang akan terkorban dan diusir....tolong sebarkan....

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Wednesday, November 25, 2009

SPR lebih umno dari umno


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Anwar bersama Ku Li...


Pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah akan mengetuai kakus parlimen yang akan membincangkan isu royalti petroleum dan gas, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bercakap kepada pemberita di lobi parlimen hari ini, Anwar berkata, Tengku Razaleigh yang juga ahli parlimen Gua Musang, telah menyatakan persetujuannya pagi ini.

Pakatan Rakyat mencadangkan penubuhan kakus itu minggu lepas, ekoran pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa mulai tahun depan, kerajaan pusat akan membayar 'wang ehsan' kepada Kelantan dari hasil carigali minyak luar pantai di negeri itu.

Pengumuman itu mendapat tentangan wakil rakyat Pakatan, terutama dari Kelantan, yang berpendapat kerajaan pusat sepatutnya membayar royalti minyak dan bukannya wan ehsan.

Tengku Razaleigh tidak menghadiri sidang akhbar hari ini, tetapi telah meminta Anwar mengumumkannya.

"Ia merupakan isu panas sekarang dan saya fikir Tengku Razaleigh, yang pengalaman luasnya, akan dapat membantu kita," kata Anwar.

Kakus itu juga akan menyediakan draf pindaan terhadap Akta Pembangunan Petroleum 1974.

"Kita baru sahaja mengedarkan draf tersebut. (Walaupun) terdapat peruntukan yang jelas (dalam akta asal)... terdapat kekaburan (di mana ia) tidak menyatakan secara khusus isu wilayah dan (sempadan) luar pantai," kata Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh.

"Kita mahu membuatnya menjadi lebih jelas dalam undang-undang supaya tidak ada interpretasi yang bercanggah dengan kepentingan negeri-negeri. Kita akan cuba menyiapkan draf itu untuk dibahaskan dalam sidang parlimen sekarang," tambahnya.

Anwar berkata, beliau juga akan memaklumkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz mengenai penubuhan kakus tersebut.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Tuesday, November 24, 2009

Saiful atau SialFool

Tiada bukti perubatan yang pasti bagi mencadangkan berlakunya penetrasi ke dalam dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan, inilah yang diberitahu di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Pelik bin Ajaib. Bukti perubatan tiada. Habis tu yang si SialFool tu cakap dan hebahkan 1 Malaysia bahawa dubur dia kena saprah, siapa yang balun dubur busuk dia tu? siap dengan sumpah lagi...Pelik Pelik!! tapi benar...

Tiada penetrasi, dakwaan liwat terhadap Anwar perlu dibatalkan

KUALA LUMPUR: Dakwaan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim berniat jahat dan tidak boleh diterima memandangkan ketiadaan penemuan perubatan berhubung penetrasi, Mahkamah Tinggi di sini diberitahu hari ini.

Peguam R Sivarasa, yang mewakili Anwar berkata bukanlah satu perkara baru bahawa untuk melakukan dakwaan liwat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, penetrasi merupakan perkara utama dan teras.

Beliau berkata dalam kes ini, tiada bukti perubatan yang pasti bagi mencadangkan berlaku penetrasi ke dalam dubur pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan. - Berita lanjut di Berita Harian

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Kejohanan Bola Jaring Unit Ehsan P.Pinang



Team Unit Ehsan P.Pinang


Unit Ehsan P.Pinang buat julung kalinya menganjurkan Kejohanan Bola Jaring Terbuka pada 22 Nov 2009 bertempat di Kompleks Sony Seberang Jaya.

Sebanyak 10 pasukan telah menyertainya manakala 5 pasukan terpaksa batalkan hasrat mereka kerana terkandas di feri disebabkan jambatan P.Pinang ditutup sempena acara
Penang Bridge International Marathon 2009.

Puan Hamizah Bt Che Amat selaku pengerusi program berkata acara Kejohanan Bola Jaring akan dijadikan acara tahunan Unit Ehsan P.Pinang. Tahun depan kejohanan ini akan dibuat awal sedikit dari tahun ini. Beliau ucapkan terimakasih kepada semua yang menjayakan kejohanan ini. Berita lanjut di sini. dan di sini

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Monday, November 23, 2009

Tuan Guru Nik Aziz nafi Husam letak jawatan

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menafikan Exco kanan Kerajaan Negeri Datuk Husam Musa akan melepaskan jawatan dalam parti dan kerajaan negeri itu.

Mursyidul Am PAS itu juga menolak dakwaan perkembangan terbaru itu sebagai berlaku episod terbaru perpecahan dan kekusutan dalam parti itu.

Beliau menyifatkan tindakan sebuah akhbar harian yang menyiarkan laporan itu hari ini sebagai usaha untuk memecahbelahkan PAS dan melariskan jualan akhbar berkenaan.

"Saya baru baca sebuah akhbar rasa terlalu amat terkejut dengan siaran tajuk Husam letak jawatan, walaupun ada tanda soal," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di Kota Darulnaim di Kota Bharu hari ini.

Laporan itu memetik beberapa sumber sebagai berkata hasrat Husam itu bagaimanapun tidak dipersetujui oleh Nik Abdul Aziz yang sekali gus memberikan Husan cuti lima hari bermula hari ini untuk berehat dan menenangkan fikirannya.

Nik Abdul Aziz berkata Husam sememangnya ada menemuinya di pejabat dua hari lepas dan hanya memaklumkan bahawa beliau dinasihati oleh doktor agar mendapat rawatan di hospital kerana mengalami masalah sakit tulang belakang.

"Masalah nak berundur tak berundur, langsung tidak timbul baik dalam kepala dia atau saya," katanya.

Beliau berkata tindakan akhbar menyiarkan laporan itu sebenarnya mengguriskan hati orang yang dalam keadaan sakit. - Bernama


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Saturday, November 21, 2009

Mukhriz terhegeh-hegeh nak jadi calon Kota Siputeh

Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Tun Mahathir sedia bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh sekiranya itu yang dimahukan penduduk Jerlun dan Kota Siputeh.

Katanya, beliau hanya akan menerima pencalonan itu sekiranya mendapat persetujuan penduduk di situ dan bukannya menawarkan diri sebagai calon sekiranya pilihan raya kecil diadakan kelak.

“Kalau nama saya dicalonkan, saya terima. Itu pun sekiranya mendapat persetujuan dari semua penduduk di situ,” katanya.

Mukhriz yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, buat masa ini, tumpuannya ialah kepada tanggungjawab peringkat nasional, selain peranannya sebagai Ahli Parlimen Jerlun dan tidak terfikir untuk memikul tugas baru.

Mukhriz antara calon yang disebut-sebut layak bertanding di kawasan tersebut.

Pelik tapi benar...ada umno yang merayu di mahkamah supaya tiada prk tapi ada umno yang sibuk dok melobi untuk nak jadi calon pula....


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Anwar beri amaran

MARANG - Kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Terengganu dan beberapa negeri lain akan berdepan rombakan sekiranya tiada perubahan dalam masa terdekat bagi menguatkan parti.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perubahan itu perlu dibuat dalam tempoh maksimum tiga bulan, sebelum tindakan selanjutnya diambil.

Menurutnya, dalam tempoh itu, PKR negeri perlu lebih bersedia meningkatkan aktiviti dan menambahkan keahlian serta prestasi pemimpin akan dinilai.

“Kita akan lihat, jika prestasi terlalu lemah, kita terpaksa membuat rombakan. Sekarang ini nampak ada yang (pimpinan negeri) bermasalah dan kita akan buat penilaian di semua negeri.

“Untuk PKR Terengganu, kita nampak perlu ada suntikan tambahan dan kita harap pimpinan PKR Terengganu boleh buat perubahan itu seperti mana permulaan dahulu,” katanya.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Tiada yang kekal...




Ayah dimasukkan ke bilik pembedahan jam 7.40 malam.....Penantian satu penyeksaan dan bukan mudah untuk dilalui.... Ayah dibius sepenuhnya semasa pembedahan...

Akhirnya selepas 4 jam menunggu... ayah dikeluarkan sekitar jam 11.30 malam...Alhamdulillah...pembedahan selamat...

Agak memeranjatkan selepas pembedahan... ayah kehilangan 'bebola' buat selamanya....

Saya fikir dr hanya akan buang nanah pada 'bebolanya' tetapi apa yang berlaku dr membuang permata berharga 'bebolanya'...

Tiada yang kekal di dunia ini....dunia ini hanya pinjaman...seluruh anggota kita adalah pinjaman...sampai masanya... ianya akan dikembalikan...

Semalaman ayah tidur...sebelum pembedahan ayah sukar lelapkan mata...kalau tidur pun 'tidur-tidur ayam' saja bak kata pepatah Melayu...

Mukanya masih bengkak...tangan dan kakinya juga bengkak... ayah memang tidak boleh berkata-kata...tanyalah apa pun..ayah akan diam membisu...kadang-kadang saja baru terdengar suaranya..ayah seolah-olah tidak kenal langsung siapa yang menyapanya...

Pagi ini ketika saya menyuapkan roti...

Ayah seperti biasa..diam membisu seribu bahasa...

Sekeping roti pun ayah makan tak habis makan walaupun sejam berlalu...entah kenapa pagi ini tiba-tiba air mata ayah berlinang...3 kali saya mengusap air matanya di pipi....Kasih ayah sukar dicari ganti...air mata menjadi saksi... jernihnya air mata sejernih kasih ayah....

Sudah 12 tahun ayah memang tidak boleh berjalan akibat ditimpa 'cool room' di Kg Binjai, Bayan Lepas, P.Pinang pada tahun 1997.

Semoga Ayah cepat sembuh...terimakasih kepada semua dr yang merawat ayah dengan baik dan tinggi budi pekertinya...

Begitu juga kepada teman-teman dan sahabat-sahabat yang berdoa kepadanya...termasuk YB Law Choo Kiang dan YB Ong Chin Wen yang sms mendoakannya....


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Husam Musa akan digugurkan....

Exco Kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa mendakwa sudah wujud konspirasi untuk menggulingkan beliau daripada pentadbiran kerajaan negeri itu.

“Terdapat usaha untuk mencetuskan perbalahan antara saya dan Tok Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan),” pengakuan Husam

“Saya sedar tentang kewujudan konspirasi (pihak tertentu) terhadap saya,” kata beliau lagi.

Pada Jun lalu, Husam yang dilihat sebagai ‘anak emas’ Nik Aziz, tewas dalam pertandingan merebut kerusi Timbalan Presiden PAS.

Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS disebut sedang timbang untuk menggugurkan Husam daripada Kabinet pentadbiran negeri ekoran isu Syed Azidi Syed Abdul Aziz yang dipecat sebagai Pengarah Perhubungan Korporat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) minggu lalu.

Syed Azidi, blogger Kickdefella, pula dilihat sebagai antara orang kanan Husam.

PMBK kini diterajui oleh menantu Nik Aziz, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman.

Semalam Syed Azidi mendakwa Nik Aziz telah meminta Ariffahmi yang kini disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif PMBK.

Bagaimanapun ia dinafikan oleh Ariffahmi yang turut mendakwa Syed Azidi cuba untuk memberi tekanan ke atas Nik Aziz.

Khabar angin mengenai langkah menggugurkan Husam sebagai Exco mula timbul ekoran dakwaan Syed Azidi bahawa Nik Aziz akan mengumumkan keputusan letak jawatan Ariffahmi, semalam.

“Saya tahu bahawa Tok Guru tidak akan berbuat demikian kerana beliau seorang pemimpin yang waras,” tambah Husam yang merupakan Exco Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kerajaan Negeri.

Bagaimanapun Husam juga enggan mengesahkan sama ada Ariffahmi merupakan individu di belakang dalam usahanya untuk menggulingkan beliau daripada kerajaan negeri.

“Mereka adalah pihak luar, berusaha untuk menyerang, tetapi sasaran mereka ialah Tok Guru dan kemudian mereka akan bergerak untuk menggulingkan kerajaan PAS,” kata Husam lagi.

Pemilihan PAS pusat Jun lalu juga memperlihatkan kewujudan kumpulan yang ‘memihak’ Nik Aziz dan juga puak menyokong Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Badan perhubungan PAS Kelantan dijadual mengadakan mesyuarat khas pagi esok dan dijangka membincangkan krisis terbaru di negeri itu.

Kebanyakan ahli jawatankuasa perhubungan PAS Kelantan mahu Ariffahmi digugurkan dari sayap pelaburan negeri itu.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Anak exco bawa dadah

Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan Negeri Terengganu

19 November 2009

Angkatan Muda Keadilan ( AMK ) Negeri Terengganu mendesak Ketua Polis Negeri Terengganu menjelaskan isu yang heboh diperkatakan bahawa seorang anak kepada seorang EXCO Kerajaan Negeri Terengganu ditahan baru-baru ini oleh pihak polis di dalam satu sekatan jalanraya.

Dalam sekatan tersebut anak Exco itu dikatakan memandu kereta rasmi Exco milik kerajaan negeri dan pihak polis telah menjumpai dadah yang disembunyikan di bonet kereta tersebut. Jumlah dadah tersebut dikatakan jika disabitkan kesalahan boleh membuat hukuman mati mandatori.

Berdasarkan laporan banyak blog-blog menyatakan Exco Kerajaan Negeri tersebut yang juga salah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri di kawasan Parlimen Besut kini berada di Tanah Suci Mekah untuk menunaikan ibadah haji.

Namun begitu pihak tertentu UMNO Negeri dikatakan sedaya upaya ingin menyembunyikan serta menutup kes tersebut agar tidak dihidu oleh rakyat bagi menjaga nama baik UMNO.

AMK mengganggap sekiranya perkara tersebut benar-benar berlaku dan membabitkan penggunaan kereta rasmi EXCO Kerajaan Negeri Terengganu dalam tangkapan tersebut maka maka adalah wajar Ketua Polis Negeri Terengganu menjelaskan kepada umum kes tersebut kerana melibatkan penyalahgunaan harta rakyat .

AMK memohon agar Ketua Polis Negeri Terengganu bertindak secara telus dan profesional tanpa mengambil sikap mendiamkan diri serta tidak bertindak menyembunyikan perkara tersebut dengan bersekongkol dengan UMNO bagi menutup kesalahan tersebut .

Selamatkan harta rakyat Terengganu ( SEMARAK TERENGGANU )

Fariz Musa
Ketua AMK Negeri Terengganu

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *


Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Adik Najib terlibat - Balasubramaniam

Penyiasat persendirian P Balasubramaniam menyebut nama adik perdana menteri dengan tindakannya menarik balik akuan bersumpah mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dengan kes Altantuya Shaariibuu.

Pendedahan nama Datuk Mohamed Nazim Razak dibuat dalam bahagian akhir wawancara bekas anggota polis Cawangan Khas itu - yang pernah bertugas dengan Abdul Razak Abdullah Baginda, kenalan rapat Najib - dalam laman web Malaysia Today hari ini.

Sebelumnya, dalam empat bahagian awal tembual tersebut, Balasubramaniam hanya menyebut adik perdana menteri dengan gelaran "seorang Datuk VIP" yang ditemui di The Curve, Damansara pada malam selepas membuat pendedahan menggemparkan itu.

"Beliau di sana bersama isterinya yang sedang sarat mengandung. Walaupun saya tidak bercakap dengannya (wanita itu), saya mengenalinya sebagai seorang personaliti TV.

"Saya rasa beliau (isteri) pernah menjadi pengacara rancangan Nona (di TV3)," Balasubramaniam dipetik berkata.

Penyiasat persendrian itu menggemparkan negara pada 3 Julai tahun lalu apabila muncul di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya dan mengumumkan akuan bersumpahnya yang mengaitkan Najib, waktu itu timbalan perdana menteri, dengan wanita Mongolia itu yang mati dalam pembunuhan luar biasa.

Keesokannya, 4 Julai tahun lalu, beliau menarik balik kenyataan dalam akuan sumpah awal melalui akuan kedua di sidang media yang diadakan secara tergesa-gesa dan kelam-kabut sebelum menghilangkan diri secara misteri di luar negara.

Dalam bahagian kelima wawancara ini, beliau turut mendakwa ahli perniagaan permaidani yang dikenali Deepak, orang tengah yang terlibat dalam perancangan membawanya ke luar negara, memberitahunya isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor gembira dengan tindakannya membuat penafian pembabitan Najib-Altantuya dan "ingin bersarapan dengannya".

Najib menafikan pembabitannya dengan wanita tersebut, sementara Abdul Razak pula dibebaskan daripada pertuduhan bersubahat membunuhnya.

Sedutan wawancara tersebut:

Anda pernah berkata anda bertemu seorang Datuk VIP Melayu di luar bilik pameran Volkswagen di (pusat beli-belah) The Curve pada malam 3 Julai 2008. Siapa lelaki itu?

Beliau Datuk Nazim Razak, adik (Datuk Seri) Najib (Razak).

Beliau di sana bersama isterinya yang sedang sarat mengandung. Walaupun saya tidak bercakap dengannya (wanita itu), saya mengenalinya sebagai seorang personaliti TV.

"Saya rasa beliau (isteri) pernah menjadi pengacara rancangan Nona (di TV3)

Deepak (Jaikishan) yang membawa mereka berdua ke sana untuk berjumpa dengan saya.

Sebab itulah ASP Suresh (Kumar) tidak mahu kami bertemu di tempat yang mempunyai rakaman kamera CCTV.

Sewaktu anda berada di Hotel Hilton di KL Sentral dengan Deepak, (adiknya) Dinesh dan ASP, dan selepas anda menandatangani akuan bersumpah kedua, apakah mereka menyatakan apa-apa lagi yang anda fikir penting?

Ya, ada dua perkara yang Deepak beritahu saya. Katanya, (isteri perdana menteri) Rosmah (Mansor) sangat gembira apabila saya menarik balik akuan bersumpah pertama saya dan ingin bersarapan dengan saya.

Apabila saya bertanya Deepak selama mana saya seharusnya meninggalkan negara ini, dia berkata sehingga Najib menjadi perdana menteri baru dan kemudian barulah saya boleh pulang.

Bala mendakwa pertemuan itu diaturkan oleh saudagar permaidani Deepak Jaikishan, yang disebut sebagai rakan kepada isteri Najib Abdul Razak.

Dalam temubual sebelum ini, Nazim dikatakan meminta Bala supaya akur kepada arahan Deepak sekiranya Bala sayangkan keluarganya.

Bala mendedahan bahawa Deepak telah membayar sejumlah RM750,000 bagi menampung perbelanjaan meninggalkan Malaysia.

Bala berkata pendedahan ini dibuat supaya ancaman terhadapnya tamat sama-sekali.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Friday, November 20, 2009

Duri dalam daging dalam PAS

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata kini sudah terdapat unsur-unsur pihak luar "menyelinap masuk" ke dalam parti itu untuk mencetuskan isu-isu dalaman, yang dipercayai berjaya mengalihkan persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Oleh itu, kata beliau, ahli parti itu di semua peringkat hanya "bergelut" sis-sia untuk menyelesaikan isu-isu tidak berbaloi yang dicetuskan oleh musuh-musuh PAS.

Bagaimanapun beliau tidak menamakan siapa musuh yang dimaksudkan itu.

"Jadi itu yang saya timbulkan ada usaha untuk musuh menyelinap masuk di kalangan kita dan mencampakkan idea dan kita pun penat bergelut sesama kita.

"Dalam PAS ada dan dalam DAP pun ada," kata beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Disiplin PAS sambil menambah, kepimpinan parti itu menghabiskan masa dengan cuba menyelesaikan isu-isu yang sengaja dicetuskan.

Awal bulan ini PAS telah mengadakan seminar politik sebagai ganti kepada Muktamar Agung Luar Biasa yang disyorkan oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi membersihkan beberapa pemimpin kanan parti itu.

Nik Aziz pula kini berhadapan dengan isu pengurusan Perbadanan Menteri Besar Kelantan dan tajaan buat beliau mengerjakan haji.

"Saya fikir begini, kita habis masa, tenaga dan wang ringgit kita habiskan kepada isu-isu yang berlaku ini meletihkan kita dalam perjuangan," kata Tuan Ibrahim.

Justeru Tuan Ibrahim berkata, mulai sekarang pemimpin-pemimpin PAS perlu memberi perhatian terhadap agenda perubahan iaitu masa depan menghadapi pilihan raya umum ke-13.

"Apa persiapan kita? Saya bimbang kadang-kadang kerana kita berbincang dan kritik sama-sama kita, kita gagal memberi tumpuan kepada soal-soal asas pilihan raya ini.

"Sebagai contoh daftar pemilih, soal pengundi, jentera dan sebagainya. Ini benda-benda asas, kalau kita gagal beri perhatian nanti dia akan merosakkan tumpuan kita," kata beliau dalam temu bual dengan Sidangonline.

Tuan Ibrahim kini berada di Mekah untuk menunaikan haji.

"Sebenarnya isu ini isu mereka, perpecahan dalam Umno, MIC, MCA, PPP tapi isunya ... sepatutnya kita tidak habiskan masa yang panjang dalam isu ini.

"Mudah-mudahan tidak ada lagi selepas ini kenyataan-kenyataan yang membuatkan ahli kita rasa letih dan kepimpinan kita habis tenaga kepada perkara-perkara yang tidak sepatutnya. Jadi sebab itu kita tidak punya masa yang panjang," katanya lagi.

Dalam temu bual itu, Tuan Ibrahim juga berkata, beliau "cukup bimbang dalam konteks parti" ekoran wujudnya elemen-elemen berpuak di kalangan ahli dan pemimpin.

"Saya harapkan supaya ahli-ahli parti tidak cuba mewujudkan kelompok atau kumpulan dalam parti. Kita boleh berbeza pendapat tetapi kita kena menghargai nilai-nilai akhlak jamaah kita kena utamakan nilai-nilai akhlak berjamaah.

"Kita tegur, kita kritik sahabat kadang-kadang 'over' sangat, lebih daripada kita kritik musuh kita.

"Apa pun kita kita kena muliakan sahabat mungkin kerana usianya, kedudukannya... jadi perkara-perkara itu perlu kita hargai," kata Tuan Ibrahim.

Mengambil kira pendekatan Islam, tegas beliau, ada etika dan adab yang mesti dipatuhi oleh semua ahli parti.

"Jadi jangan kerana kita tidak bersetuju dengan sekumpulan lalu kita membelakangi akhlak-akhlak berjamaah," kata Tuan Ibrahim lagi sambil menambah, "jadi saya fikir mungkin parti juga kena lihat supaya banyakkan majlis-majlis yang bersifat lebih merapatkan ukhuwah."

Mengenai Jawatankuasa Disiplin, Tuan Ibrahim menjelaskan ia perlu diperkasakan sehingga menjadi satu badan dalam parti yang dihormati oleh ahli-ahli.

"Hingga setakat ini Alhamdulillah, beberapa kes kita buat kenyataan baru-baru ini boleh reda. Sikap hormat ahli itu ada.

"Sebagai contoh bila kes kerajaan perpaduan... bila saya arahkan supaya semua diam dan minta jangan dibangkitkan sebarang kenyataan kontroversi, semua diam," katanya.

Bagaimanapun jelas beliau, pihaknya sedang memantau beberapa orang yang dikaitkan dengan kes ini kerana dianggap boleh mengganggu siasatan

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *


Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Thursday, November 19, 2009

Sudah 3 hari berpuasa tapi...


Berat mata memandang..berat lagi bahu memikulnya...

Sudah tiga hari ayah saya disuruh berpuasa untuk jalani pembedahan namun hingga sekarang masih belum boleh dibedah...

Menurut Dr...darahnya tidak stabil dan garam tidak cukup dalam badannya...

'Bebolanya' kian bernanah dan setiap jam dibasuh dirawat disapu dibuang nanahnya...

Mukanya semakin bengkak...
Kakinya juga membengkak....

Akhirnya Ayah dimasukkan ke wad pembedahan jam 7.40 malam ini (19 Nov 2009)

Kasihnya ayah...
Sanggupkah berpisah...
Dan kasih anakmu...
Berkorban nyawa...

Biar pun jiwa...
Akan tersiksa...
Ikhlas dan rela....
Asal kau bahagia...

Ayah
Kau ampunilah dosa-dosaku...
Andainya pernah menghiris hatimu...
Restumu yang amat aku harapkan...
Kerana di situ letaknya syurgaku...
Kau banyak melayani kenakalanku...

Ayah Mengajarku erti kesabaran...
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan...
Menyuluh jalan kehidupan...

Kasih sayangmu sungguh bernilai...
itulah harta yang kau berikan...

Terima kasih duhai ayah...
Diatas setiap segalanya...

Halalkan segalanya....

Semoga Allah selamatkan dan sembuhkannya....Amin...




* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

APAKAH YANG ANDA FIKIRKAN?

GAMBAR INI SEBENARNYA MENJADI BUALAN HANGAT DI KALANGAN POLITIKUS TANAH AIR MALAYSIA.

SERIBU MAKNA YANG TERSURAT DAN TERSIRAT.

PELBAGAI ANDAIAN SERTA SPEKULASI DAN TAKSIRAN AHLI NUJUM POLITIK MALAYSIA SAMADA BN MAHU PUN PAKATAN RAKYAT.

ADAKAH MEREKA INI SEDANG BUAT IKLAN TEH SUSU CAP A&N (ANWAR & NAJIB)?
SAINGAN TERBARU SUSU CAP F&N? HE..HE..

ADAKAH MEREKA PENAT BERPERANG ATAU ADAKAH MEREKA SUDAH BERDAMAI?...



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Wednesday, November 18, 2009

Anwar vs Anuar

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan bekas setiusaha sulitnya Anuar Shaari bahawa beliau memiliki saham jutaan ringgit ketika menjadi Menteri Kewangan.

Sehubungan itu, Anwar meminta bekas setiusaha sulitnya itu mendedahkan dokumen pem
ilikan saham bernilai RM2 juta yang kononnya dimilikinya seperti yang didakwa.

“ Saya kata, saya minta kalau betul, saya pun hendak saham itu. Saya kata kalau betul ada, kenapa dia simpan? Kalau saham saya, bagi kepada saya lah. Kalau tidak kita ambil tindakan undang-undang".

Beliau berkata demikian ket
ika mengulas mengenai tindakan bekas setiausahanya membuat laporan polis di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman pagi tadi.

Memetik laporan Berita Harian Online, Anuar membuat laporan polis tersebut berhubung pemilikan saham berjuta ringgit membabitkan bekas ketuanya itu.

Laporan berkenaan menyebut, Anuar mempunyai dokumen pemilikan saham bernilai RM2juta membabitkan Anwar; isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; dan Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali sewaktu Anwar menjadi Menteri Kewangan dan Timbal
an Perdana Menteri.

Sehubungan itu Anwar berkata, toleransi yang diberikan oleh beliau kepada setiap pertuduhan yang dilemparkan membuatkan ramai pihak mengambil kesempatan mengada-adakan cerita terhadapnya.

“ Hendak saman pun tak sampai hati tapi kalau tidak saman terus begitu. Kalau betul ada, mengapa saham itu tidak ada di tangan saya?".

Menurutnya lagi, beliau percaya terdapat media-media tertentu di negara ini yang bekerjasama dengan UMNO-Barisan Nasional demi terus mencalarkan imejnya.

“ Sebenarnya bebera
pa orang ini memang diupah untuk Berita Harian, The Star dia memang bekerjasama dengan UMNO untuk buat kenyataan bergilir.

Oleh itu orang ini
yang dia yakin dia boleh boleh menang dalam mempengaruh sistem pendakwa, polis, hakim, maka dia rasa dia boleh bebas” ujarnya lagi.

Gambar Anuar Shaari bersama Ezam bersama Datuk Nalla di majlis penubuhan MIUP. Mereka dilantik menjadi pimpinan MUIP agaknya..he..he..

video temubual Anwar di sini.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *


Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Selepas Chegu Bard, Najib pula sertai Facebook


Selepas Chegu Bard kini Najib pula menyertai Facebook.

Laman Facebook Perdana Menteri boleh dibaca di www.facebook.com/najibrazak.

"Dalam hal blog ini dan halaman Twitter saya, saya akan gunakan Facebook untuk menyampaikan fikiran dan aktiviti saya kepada anda.

"Selain memuat kemas kini status, saya akan memperkongsikan pautan, foto Flickr, video dari YouTube dan maklumat mengenai minat saya seperti masakan kegemaran saya, kegemaran pada masa lapang," katanya dalam pos
ting terbaru di blog beliau.

Najib juga menggesa orang ramai melawati Facebooknya dan memperkongsikan pendapat mereka bagi menambahbaik halamannya.

Perdana Menteri berkata setelah mendapat galakan oleh jumlah pengikut di Twitternya, beliau akan terus mengemaskini pemikirannya menerusi Twitter.

Sementara itu, tinjauan di halaman
Facebook beliau menunjukkan beliau telah menyertai jaringan itu pada pertengahan Oktober dan sehingga ini ada 804 penyokong.

Kiriman beliau yang kebanyakannya berhubung dengan isu-isu semasa dalam negara juga mempelawa komen daripada pembaca.

Di seksyen maklumat Facebook itu, Najib juga memuat informasi peribadi dan minatnya termasuk lagu dan muzik, tayangan gambar dan petikan kata-kata favorit.

Ketika menerangkan mengenai dirinya, beliau berkata: "Kehidupan saya cukup sibuk, tetapi saya sukakannya. Pada masa lapang, saya memberi tumpuan kepada makan tengah hari Ahad bersama keluarga, menonton TV dengan anak-anak saya dan pergi bercuti".


Beliau menyebut bapanya yang juga perdana menteri kedua Malaysia Allahyarham Tun Abdul Razak mempunyai pengaruh terbesar ke atas dirinya.

"Tetapi saya mengkagumi kepetahan Sir Winston Churchill berucap dan sikapnya yang tidak sekali-kali mengalah, Nelson Mandela kerana pengorbanannya dan kerana tidak pernah mengelak dari berdepan dengan keadaan yang bertentangan dan JFK," ujar beliau.


Sementara itu Anwar Ibrahim yang baru dilantik menjadi Penasihat Ekonomi Selangor dengan bayaran RM1 dikecam hebat oleh Tun Mahathir dalam blognya.

Anwar juga baru melancarkan perang terhadap Najib...selepas tu..... kita minum dulu....

Inilah kematangan berpolitik namanya....



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Tuesday, November 17, 2009

P.Pinang - Rumah akan diroboh...Najib akan diusir...

P.Pinang - Kelmarin saya bersama Rizal Hamid begegas ke Water Fall atau Kebun Bunga untuk meninjau sendiri keadaan Najib yang akan diusir serta rumahnya yang akan dirobohkan.

Rumah ini telah didudukinya sejak tahun 1958 di mana rumah ini dibina untuk menjaga tapak kawasan Perkhemahan Pengakap.

Beliau adalah pesara bomba yang kini seorang nelayan yang tidak tentu hasil pendapatannya. Lebih memilukan apabila beliau juga mempunyai seorang anak OKU berusia 9 tahun.

“Saya dikehendaki membayar sejumlah wang yang banyak untuk menduduki rumah Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) yang ditawarkan,” katanya.

Abdul Najib berkata, dalam surat tawaran penyewaan rumah oleh MPPP bertarikh 27 Oktober 2009, keluarga Najib hanya layak menduduki rumah sewa di Jalan Kampong Kolam, Air Hitam selama tiga tahun sahaja dengan sewaan sebanyak RM240 sebulan.

“Untuk memasuki rumah itu, saya terpaksa membayar deposit sewa rumah tiga bulan berjumlah RM720, deposit air dan elektrik (RM150), deposit kunci (RM100) dan deposit penyelenggaraan (RM50). Ini amat membebankan sedangkan Kerajaan Negeri sedia maklum pendapatan isi rumah saya tidak sampai RM800 sebulan termasuk pendapatan anak saya.

“Diskaun 50 peratus pembayaran sewa rumah baru yang kononnya akan diberikan Kerajaan Negeri kepada keluarga saya juga tidak dinyatakan dalam surat tawaran itu. Bagaimana saya hendak percaya tawaran Kerajaan Negeri sekiranya hanya memberikan janji secara lisan semata-mata?,”katanya


Rumah ini bukan pampasan tetapi hanyalah sebuah rumah sewa yang perlu Najib bayar sewa bulanan dan hanya boleh tinggal di situ selama tiga tahun sahaja.

Najib bukanlah menuntut permintaan yang melampau seperti Kg Buah Pala, beliau sedia berpindah jika pampasan yang diberi munasabah.

Beliau terpaksa pindah bila projek ini telah diluluskan zaman BN lagi. Projek ini bukan projek Pakatan Rakyat tetapi kerajaan baru Pakatan Rakyat haruslah bijak menangani isu ini.

Adakah Melayu P.Pinang yang dulu di bawah kerajaan BN terpinggir dan kini akan tersingkir pula di bawah Pakatan Rakyat? Inilah persoalan serta kerisauan orang Melayu di P.Pinang.

Saya terus menelefon YB Jason Ong selaku adun PKR Kebun Bunga untuk mendapat penjelasan. Beliau berkata wang ehsan sejumlah RM 10 ribu akan diberi kepada Najib. RM10 ribu sahaja?

Saya terus ke KOMTAR untuk mendapat penjelasan YB Mansor Othman tentang isu tersebut.

YB Mansor Othman memandang serius isu ini dan beliau berjanji akan menyelesaikannya dalam tempoh sebulan.

Menurut En Anuar Hamid (Setiausaha Sulit TKM 1 P.Pinang), dalam mesyuarat bersama Pegawai Pejabat Daerah dan Tanah, YB Dr Mansor Othman mengamuk dan memarahi mereka kerana tidak peka dan beliau mahu isi ini diselesaikan segera.




Sementara itu, kira -kira 20 orang ahli Persatuan Silat Minangkabau Pak Darus akan membantah tindakan kerajaan negeri PP yang menghalau sebuah keluarga iaitu keluarga Abdul Najib Darus daripada terus menetap di tanah milik kerajaan negeri di Kebun Bunga.

Keluarga ini dan persatuan silat ini nekad akan pertahankan rumah ini dan akam membuat kubu manusia bagi melindungi rumah ini daripada dirobohkan .






Saya yakin isu ini akan dapat ditangani dengan baik oleh YB Dr Mansor Othman. YB Dr Mujahid Yusof Rawa juga telah turun padang bertemu dengan Pak Najib.

InsyaAllah saya akan siarkan video temuramah Rizal Hamid bersama Pak Najib. Saya mohon maaf kerana masih berada di Hospital Sg Petani menjaga ayah saya. Jadi video cam tak bawa untuk upload video, cuma bawa laptop sahaja.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Doakan buat ayah saya....





Ayah saya masuk wad di Hospital Sg Petani pada hari Khamis (12 nov) kemudian dibenarkan pulang pada hari Sabtu (14 Nov)

Kemudian saya bawa semula ke Hospital Sg Petani semalam (Isnin 16 Nov) sebab 'bebola'nya makin membesar dan bernanah. Semalaman saya bersamanya dan pagi ini Dr berkata ayah mungkin terpaksa menjalani pembedahan walaupun risikonya tinggi sebab ayah mengidap darah tinggi, jantung dan buah pinggang.

Sama-samalah kita berdoa semoga ayah selamat menjalani pembedahan.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Pilihanraya lagi......


Pilihan raya baru akan diadakan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Kota Siputeh di Kedah selepas kerusi berkenaan diisytihar kosong oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin memutuskan bahawa kerusi itu kosong selepas penyandangnya Datuk Abu Hassan Sarif tidak menghadiri dua persidangan DUN tahun ini.

Berikutan keputusan Mahkamah Tinggi itu, Abu Hassan akan dihalang daripada menghadiri persidangan DUN esok.

Dalam keputusannya, Hakim Alizatul menegaskan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertindak secara tidak wajar dan keputusan suruhanjaya itu bahawa Abu Hassan masih merupakan wakil rakyat bagi Kota Siputeh dan kerusi DUN itu tidak kosong, perlu dibatalkan.

"Meskipun saya bersetuju bahawa SPR mempunyai kuasa untuk menentukan kekosongan berlaku secara kebetulan, namun saya tidak berpendapat SPR dapat mengatasi kuasa Speaker mengikut Perkara 51 Undang-undang Tubuh Negeri Kedah," katanya ketika menyampaikan keputusannya pada jam 5.30 petang.

"Pada pandangan saya, Perkara 51 menjelaskan syarat yang menyebabkan kerusi menjadi kosong dan responden pertama (Abu Hassan) telah menepati syarat tersebut," kata Hakim Alizatul ketika membenarkan semakan kehakiman yang difailkan oleh Speaker DUN Kedah Datuk Dr Abdul Isa Ismail.

Abdul Isa, yang diwakili oleh peguam utama Sulaiman Abdullah, memfailkan semakan kehakiman pada 1 Oktober, selepas SPR membuat keputusan bahawa tidak berlaku kekosongan dalam kerusi DUN Kota Siputeh dan Abu Hassan masih merupakan wakil
rakyatnya.

Abdul Isa memohon mahkamah mengisytiharkan bahawa Abu Hassan bukanlah wakil rakyat berikutan kegagalannya menghadiri dua persidangan DUN berturut-turut iaitu pada 19 April dan 9 Ogos tahun ini, dan kerusi itu adalah kosong.

Dalam permohonannya, Abdul Isa turut memohon perintah bagi SPR mengadakan pilihan raya kecil.

Perkara 51 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah memperuntukkan bahawa jika mana-mana anggota DUN tidak menghadiri persidangan dewan tanpa kebenaran Speaker
selama dua persidangan berturut-turut, maka kerusi yang diwakilinya akan menjadi kosong.

Dalam keputusannya hari ini, Hakim Alizatul berkata tidak dipertikaikan bahawa Abu Hassan tidak memperoleh kebenaran daripada Speaker untuk tidak menghadiri dua persidangan DUN berturut-turut, dan hanya mengemukakan sijil cuti sakit beliau kepada Speaker pada 10 Ogos 2009.

"Speaker mempunyai kuasa mengikut Perkara 51 Undang-undang Tubuh Negeri Kedah bagi memberi kebenaran dan beliau tidak bertindak secara tidak munasabah apabila menolak sijil cuti sakit bertarikh 10 Ogos 2009 selepas mengetahui bahawa wakil rakyat itu turut menghadiri satu majlis pada hari yang sama," katanya.

Hakim Alizatul menegaskan SPR telah bertindak secara tidak sah ketika menerima sijil cuti sakit yang dikemukakan oleh Abu Hassan sebagai alasan kerana ketidakhadirannya.

SPR juga membuat keputusan tidak wajar ketika memutuskan bahawa Perkara 51 hanya boleh digunakan selepas Speaker merujuk perkara itu kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan, katanya.

"Tiada peruntukan mandatori dikenakan ke atas Speaker untuk berbuat demikian memandangkan keputusan sama ada merujuk perkara itu kepada jawatankuasa berkenaan atau tidak adalah budi bicara beliau memandangkan perkara berkaitan kebenaran bukanlah keistimewaan yang diberikan kepada seseorang wakil rakyat,"
katanya.

Hakim Alizatul berkata SPR telah tersalah tafsir maksud "dua persidangan berturut-turut" mengikut Perkara 51 sebagai dua sesi berasingan.

"Saya bersetuju dengan peguam pemohon bahawa responden pertama (Abu Hassan) telah tidak menghadiri dua persidangan berturut-turut dalam satu sesi tanpa gendala," katanya.

Mahkamah turut menetapkan Jumaat ini untuk mendengar permohonan SPR bagi penangguhan perintah pilihan raya kecil.

Di luar mahkamah, Abu Hassan memberitahu pemberita beliau menerima keputusan itu dan menyerahkan kepada peguamnya, Datuk Hafarizam Harun, untuk mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Rayuan.

SPR diwakili peguam kanan persekutuan Datuk Kamaluddin Md Said. - Bernama

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Monday, November 16, 2009

Pak Lah bertambah RAPLAH....


Oleh Mohd Sabri Said - Harakah

KEPALA BATAS, 16 Nov: Peruntukan pembangunan menerusi Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK-9) bagi Parlimen Kepala Batas, iaitu parlimen bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi di dakwa telah ditarik oleh kerajaan persekutuan.

Exco Kebajikan, Kesihatan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang, Phee Boo Poh ketika memberitahu perkara itu berkata, Abdullah kini seolah senasib dengan ahli parlimen pakatan rakyat yang lain.

Tindakan kerajaan persekutuan itu tegasnya adalah tidak wajar, seolah olah mahu 'menghukum' Abdullah dan lebih teruk lagi akan mengainaya masyarakat di parlimen tersebut.

"Sebenarnya perkara ini disembunyikan dari pengetahuan umum bimbang menjatuhkan maruah mantan Perdana Menteri yang telah berjasa pada negara walaupun perkhidmatanya singkat ekoran ketidakbijaksanaan memerintah, " tegasnya yang juga Adun Sungai Puyu.

Tegasnya lagi, kerajaan pusat sewajarnya membantu Abdullah bagi membantu masyarakat di kawasannya khususnya di Dewan Undangan negeri (Dun) Bertam dan sebagai mengenang jasa beliau terhadap pembangunan negara.

" Tidak patut buat begitu kerana Kepala Batas juga sebahagian daripada Pulau Pinang lebih-lebih kawasan Tun Abdullah yang pernah dinobatkan sebagai Perdana Menteri Ke Lima Malaysia, " katanya.

Sejak Tun Abdullah memegang tampuk pemerintahan pada penghujung 2003 boleh dikatakan Bertam muncul sebagai sebuah pusat pentadbiran baru mengantikan Butterworth yang kini lebih kepada bandar pelabuhan.

Dan sekarang ini kerancakan pembangunan di Bertam seakan terhenti apabila peruntukan tersebut ditarik.


Pak Lah oh Pak Lah.... Perdana Menteri sudah ditarik.... Pengerusi Perhubungan UMNO P.Pinang sudah ditarik... Peruntukan pun sudah ditarik.... Adakah Pak Lah wajar meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Kepala Batas????

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Guan Eng akan beri penjelasan isu kontroversi tanah 408..

Mesyuarat exco kerajaan negeri Pulau Pinang pada Jumaat ini akan membatalkan tahap kerahsiaan minit mesyuaratnya yang sebelum ini berhubung status sekeping tanah, yang kini menjadi kontroversi, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Beliau berkata, dalam satu kenyataan hari ini, pendedahan minit mesyuarat berkaitan keputusan itu mampu memberi gambaran yang jelas tentang tujuan sebenar penukaran hak milik tanah daripada pegangan pajakan kepada hak kekal yang akan dibangunkan oleh PDC Heritage Hotel Sdn Bhd.

Sebelum ini, ADUN Pulau Betong, Muhammad Farid Saad, mendakwa Lim memberi maklumat salah kepada DUN Pulau Pinang apabila memaklumkan tiada pertukaran status pegangan tanah dibuat di negeri itu dari April hingga Jun tahun ini tetapi terdapat laporan menyatakan kerajaan negeri telah meluluskan permohonan untuk menukar tempoh pegangan secara pajakan kepada kekal.

Sebelum itu Ketua Menteri, Lim Guan Eng digesa memberi penjelasan berhubung status pemilikan tanah Lot 408 bersebelahan Hotel Eastern & Oriental di Georgetown yang didakwa telah ditukar oleh kerajaan negeri.

Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim berkata, sebagai orang nombor satu di Pulau Pinang, Guan Eng perlu tampil bercakap benar dan jujur selaras dengan prinsip cekap, akauntabiliti dan telus (CAT) yang kerap dilaungkan.

Tegasnya, semua wakil rakyat UMNO dan parti komponen BarisanNasional (BN) negeri ingin mengetahui kedudukan sebenar isu tersebut.

"Ia bukan satu perkara yang sukar, kalau ya kata ya, kalau tidak katakan tidak. Bukannya buat tak faham sahaja sedangkan isu ini telah dibangkitkan sebanyak dua kali.

"Semua 11 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN bersedia untuk membahaskan perkara ini pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan bermula tidak lama lagi, kita semua nak tahu perkara sebenar.

"Isu ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja kerana rakyat telah diberi fakta yang tidak tepat pada sidang DUN lalu dan ia sepatutnya tidak berlaku di dalam dewan yang mulia itu, jangan sembunyikan apa-apa maklumat,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bagi menggesa Guan Eng menjelaskan perkara sebenar berhubung isu tanah itu di pejabat Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) di sini hari ini.

Semalam ADUN Teluk Bahang, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata, Ketua Menteri boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan DUN pada sesi dewan akan datang sekiranya didapati berbohong.

Sebuah akhbar berbahasa Inggeris tempatan pada 1 November lalu melaporkan, ADUN Pulau Betong, Muhammad Farid Saad mendakwa Guan Eng menipu apabila menyatakan tiada pertukaran syarat guna tanah berlaku di antara April tahun lalu hingga Jun tahun ini.

Bagaimanapun, difahamkan, pentadbiran beliau telah meluluskanpermohonan PDC Heritage Hotel Sdn. Bhd. untuk menukar jenis pegangan tanah di Lot 408, Georgetown daripada pegangan pajakan kepada pegangan kekal pada 3 Jun lalu.

Akhbar itu pada Khamis lalu juga melaporkan syarikat tersebut dengankerjasama YTL Corporation Bhd. akan membina kondominium mewah dan restoran makanan laut di atas tanah tersebut.

Sementara itu, Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr. Teng Hock Nan berkata, Ketua Menteri atau mana-mana wakil rakyat sekali pun perlu bertanggungjawab terhadap jawapan yang diberikan di dalam DUN.

Katanya, DUN sangat mulia dan merupakan tempat dasar-dasar kerajaan negeri digubal sekali gus maklumat yang diberi perlu tepat dan betul.

"Kalau sudah tahu ada kesilapan dibuat, maka adalah wajar bagi seseorang itu tidak kiralah siapa pun perlu bertanggungjawab, beritahu dan minta maaf.

"Kalau sengaja dilakukan dan enggan pula minta maaf ia adalah satu kesilapan, individu itu boleh dirujuk kepada jawatankuasa berkenaan dan terpulanglah tindakan selepas itu,'' ujarnya.

Terdahulu, Guan Eng juga pernah memaklumkan kepada DUN bahawa kerajaan negeri masih menunggu untuk membawa dasar baru kepada mesyuarat Majlis Tanah Negara akhir tahun ini.

Bagaimanapun, Pejabat Daerah dan Tanah, Daerah Timur Laut mendapati pihak berkuasa negeri pada mesyuarat 27 Mei lalu dan disahkan 3 Jun lalu, meluluskan permohonan penyerahan dan pemberimilikan semula tanah mengikut Seksyen 197 dan Seksyen 76 Kanun Tanah Negara 1965 daripada PPH.

Berikutan itu, pelbagai pihak membidas Guan Eng kerana didakwa berbohong kepada DUN dan rakyat serta tidak seiring dengan pentadbirannya yang mengamalkan prinsip Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) serta mahu mencontohi Khalifah Umar Abdul Aziz.

Tanah milik PPH seluas 1.4 hektar yang terletak berhampiran Hotel E&O di sini, akan dibangunkan dengan kondominium mewah. Sebelum ini, tanah itu adalah tapak kuarters jabatan kerajaan.

PHH adalah syarikat usahasama Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) dan YTL Hotels & Properties Sdn Bhd, masing-masing memiliki ekuiti 49 peratus dan 51 peratus. Kedudukan ekuiti syarikat itu kini sudah berubah.



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Friday, November 13, 2009

PAS akui memang wujud bai'ah...


Bai'ah PAS menjelang pilihan raya umum lalu tidak melibatkan lafaz menceraikan isteri, tetapi melibatkan "sumpah setia laknat" bagi mengelakkan risiko lompat parti, kata setiausaha agungnya.

Datuk Mustafa Ali berkata, bai'ah tersebut digunapakai di setiap negeri selewat-lewatnya sejak pilihan raya umum 1974 lagi apabila beliau kali pertama bertanding mewakili PAS.

Menurut Mustafa, lafaz bai'ah tersebut berbunyi:

"Wallahi, wabillahi, watallahi, bahawa saya (nama calon) yang diamanahkan oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk bertanding bagi (nama pilihan raya dan kerusi) bersumpah dengan nama Allah, sama ada saya menang atau saya kalah dalam pilihan raya ini, saya tidak akan mengkhianati parti dan perjuangan parti ini.

"Jika saya mengkhianati parti dan perjuangan parti ini, maka saya akan dilaknati Allah, para malaikat dan sekalian para pelaknat."

Mustafa mendedahkan teks bai'ah tersebut dalam sidang media di ibu pejabat PAS di ibu negara pagi ini bagi menjelaskan hasil siasatannya terhadap dakwaan berlakunya bai'ah talak tiga yang menimbulkan reaksi negatif pelbagai pihak.

Beliau juga mempamerkan kepada media beberapa salinan bai'ah pemimpin kanan PAS, termasuk Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan surat sumpah yang ditandatanganinya sendiri bagi membuktikan perkara itu.

Bekas pengarah pilihan raya pusat PAS itu juga berkata, walaupun terdapat lafaz sedemikian yang digunapakai, PAS juga mengenal pasti terdapat juga "dua kes terpencil" di Selangor yang menggunakah kandungan bai'ah yang berbeza.

Menurutnya, satu kes tersebut melibatkan ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad yang mengakui memasukkan lafaz cerai taklik dalam bai'ahnya bagi mengukuhkan pendiriannya supaya tidak mengkhianati parti.

Mustafa bagaimanapun enggan mendedahkan seorang lagi pemimpin PAS di Selangor yang terlibat menggunakan bai'ah tersebut yang didakwanya berlaku di luar pengetahuan pemimpin atasan PAS.

Ditanya sama ada PAS akan mengambil tindakan disiplin terhadap Khalid kerana mengamalkan bai'ah yang berbeza, Mustafa berkata:

"Saya sudah peringatkan. Apa yang telah berlaku itu, lain kali jangan buat lagilah."

Beliau juga berkata, bai'ah yang melibatkan lafaz cerai taklik "tidak betul dan salah daripada sudut agama" kerana boleh menyebabkan penceraian berlaku tanpa pengetahuan isteri.

"Isteri tidak tahu pun (bai'ah cerai). Jadi bagaimana hendak menghukum isteri pada sesuatu yang dia tidak buat dan dia tak tahu?" katanya.

Menjelaskan prosedur bai'ah yang digunakan PAS, Mustafa berkata, setelah mendapat watikah daripada parti untuk bertanding, kesemua calon berkumpul di satu tempat untuk berbai'ah di hadapan seorang saksi.

Prosedur ini pada kebiasannya dipantau oleh pesuruhjaya PAS di negeri masing-masing, tambahnya.

Bai'ah diamalkan oleh pelbagai kumpulan Islam di serata dunia, seperti tarikat sufi dan pergerakan dakwah, tidak tertakluk dalam parti politik semata-mata.

Sumpah setia tersebut terbahagi kepada dua: bai'ah kubra (besar), aku janji kepada khalifah dalam empayar Islam dan bai'ah sughra (kecil) untuk menguatkan kesepakatan dalam melakukan sesuatu.

Menurut ulama, bai'ah diharuskan dalam Islam selagi tidak melibatkan perkara-perkara mungkar dan haram di sisi agama

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/