SharpShooter Followers

Wednesday, May 04, 2011

Eskay dah kantoi

Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah hari ini menafikan beliau menuduh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat dalam video seks yang didedahkannya.

Pengakuan itu bercanggah sama sekali dengan dakwaan beliau sebelum ini.

"Saya tidak pernah menuduh Anwar berzina. Bila saya tuduh dia berzina? Soal dia zina atau tidak berzina tidak ada kena mengena dengan saya," kata Eskay selepas memberi kenyataan di Balai Polis Kepong petang tadi, lapor Malaysiakini.com.

Eskay juga dilapor cuba meletakkan beban dakwaan kononnya Anwar adalah pelaku dalam video itu kepada wartawan.

Menurutnya,  beliau menjemput wartawan terpilih untuk menonton video itu di Hotel Carcosa pada 21 Mac lalu kerana mahukan mereka membuat penilaian sama ada pelaku dalam rakaman itu adalah Anwar.

"Saya menghubungi wartawan untuk tanya sama ada orang dalam rakaman itu adalah Anwar, itu sahaja. Anda yang paling rapat dengan dia, selalu mewawancara dia," kata Eskay kepada pemberita yang kelihatan tercegang dengan kenyataan beliau.

Anwar sebelum ini membuat laporan polis terhadap Eskay, bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Perkasa Shuib Lazim kerana menfitnah beliau bersabit rakaman 21 minit itu.

Mereka turut mengugut untuk menyebarkan video itu kepada rakyat jika Anwar dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak berundur dari politik dalam tempoh seminggu.

Video fitnah berkenaan kemudian disebar secara meluas di internet oleh blogger Umno- Barisan Nasional.

Sharpshooter - Allah itu Maha Kuasa.. Anda nilailah sendiri insan yang bernama eskay ini dari awal kenyataannya hingga hari ini..siap bersumpah laknat..

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone