SharpShooter Followers

Friday, December 25, 2009

Dua AMK ditangkap lagi...

Dua pemimpin kanan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Sembilan pula ditahan hari ini kerana mengedarkan risalah tanpa permit meminta Mahkamah Syariah mempercepatkan kes liwat yang didakwa oleh Mohd. Saiful Bukhari Azlan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kedua-dua mereka ditahan di pekarangan Masjid Ampangan Seremban, Negeri Sembilan selepas solat Jumaat tadi.

Jumaat lalu, dua pemimpin kanan AMK ditahan polis atas kesalaham yang sama di pekarangan Masjid Negeri di Shah Alam.

Daripada dua pemimpin AMK yang ditahan hari ini, seorang merupakan Ketua AMK Negeri Sembilan iaitu Ariffin Berham (berdiri dalam gambar)

“Mereka ditahan ketika mengedarkan risalah berkaitan dengan kes Datuk Seri Anwar dan mereka sedang diambil keterangan, kami dimaklumkan polis bahawa kemungkinan mereka akan dibebaskan hari ini,” kata ahli Majlis Tertinggi Kepimpinan PKR, Badrul Hisham Shaharin, dari Negeri Sembilan ketika dihubungi.

Anwar, 62, yang juga penasihat PKR membuat laporan di bawah kesalahan qazaf terhadap Saiful, 23, yang mendakwa bekas majikan itu telah meliwatnya Jun 2008.

Beliau dituduh meliwat bekas pembantunya itu di Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. Kesnya kini didengar di mahkamah sivil.

AMK kini sedang mengadakan siri ceramah 40 hari di seluruh negara berhubung isu semasa termasuk kes liwat Anwar.

Ia mendesak kerajaan pusat membenarkan Mahkamah Syariah turut mendengar kes liwat terhadap Anwar, serentak dengan kes di mahkamah sivil.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/