SharpShooter Followers


Sunday, September 22, 2013

Jingga 13 kesal pihak polis membisu setahun kes Tan May Teng

Lim Chee Leong dan Peter Lim dari Pasukan Keadilan Pulau Pinang turut hadir


Kenyataan Media
22 September 2013

JINGGA 13 Malaysia

KESAL TERHADAP TIADA SIASATAN POLIS SELAMA 1 TAHUN KES KEMATIAN LANGGAR LARI TAN MAY TENG

Jingga13 bersama-sama ahli keluarga Mendiang Tan May Teng di Balai Polis Trafik Daerah Klang pada jam 2.30 petang pada hari ini 22 September 2013.

Pada 19 September 2013, Jingga 13 Malaysia bersama Keluarga Mendiang Tan May Teng yang turut dihadiri oleh YB Tian Chua,Ahli Parlimen Batu merangkap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat menghantar memorandum "Keadilan Untuk Tan May Teng : Dimanakah hasil siasatan?"

Sepertimana makluman,Tan May Teng telah meninggal dunia ekoran berlaku kemalangan langgar lari pada 3 September 2012 di Jalan Persiaran Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

Selama 1 tahun pihak keluarga menunggu hasil siasatan termasuk pihak peguam yang dilantik oleh keluarga mengantar surat bertanyakan status siasatan dan tindakan kepada kes tersebut pada pihak polis.

Malangnya pihak polis gagal memberikan sebarang hasil siasatan kes kematian langgar lari tersebut.
Jingga13 Malaysia merakamkan penghargaan terhadap Tan Sri Ketua Polis Negara,Tan Sri Abdul Khaid Abu Bakar yang telah bertindak segera sepertimana tuntutan kami dalam memorandum tersebut.

Namun Jingga13 Malaysia AMAT KESAL apabila baru hari ini ( 22 September 2013) pihak polis baru memulakan siasatan dengan membawa suami dan ibu Mendiang Tan May Teng ke tempat kejadian , mengambil gambar, mengukur dan mengambil kenyataan daripada suami Mendiang Tan May Teng selepas 1 tahun kes tersebut berlaku.

Bermakna sepanjang 1 tahun tersebut tidak ada sebarang tindakan dan siasatan yang diambil oleh pihak polis trafik Klang walaupuan terdapat 3 laporan polis dan 1 laporan polis oleh individu selepas 17jam membuat laporan polis melanggar sesuatu objek hingga berlaku kerosakkan pada kenderaan 4x4 yang dipandunya.

Kes yang sepatutnya di siasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan dan mendakwa serta membawa ke muka pengadilan bagi tujuan keadilan untuk Tan May Teng ternyata tidak dilaksanakan secara profesional,berintegriti dan ini membuktikan sikap sambil lewa serta menjejaskan kredibiliti Polis DiRaja Malaysia di mata rakyat.

Jingga13 akan terus bersama keluarga untuk memantau kes tersebut sehingga satu tindakan profesional diambil oleh pihak polis dalam menjalankan tanggungjawab dan keadilan untuk Mendiang Tan May Teng.
Jingga13 Malaysia juga meminta agar pihak polis bertindak positif dan profesional di masa-masa akan datang dan tidak bertindak wewenang dan sambil lewa terhadap kes-kes sebegini agar rakyat tidak dinafikan hak dan keadilan.

Muafakat*Prihatin*Berani

Keadilan Untuk Tan May Teng

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
Jingga13 Malaysia

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone














Friday, September 20, 2013


Tanggal 20 September 1998 mencatatkan detik hitam dalam sejarah Malaysia apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).


Rakyat bangkit menentang kezaliman yang dilakukan terhadap Anwar.

Bermula tarikh itu juga, kesedaran dan minat rakyat terhadap politik tanah air meningkat, demi mempertahan pemimpin yang menentang korupsi dan kronisme di saat rakyat menderita akibat krisis kewangan.

Misi Anwar jelas, untuk menyelamatkan Malaysia dari kerakusan pemimpin korup Umno yang berterusan menggunakan wang rakyat secara boros, di samping hanya mengaut keuntungan dari projek mega.

Sebelum penangkapan berlaku, Anwar telah membuat jelajah ke serata Semenanjung diselangi solat hajat di seluruh negara.

Kemuncak adalah pada 20 September, hampir 100,000 rakyat Malaysia yang tidak percaya dengan fitnah serta konspirasi Tun Dr Mahathir Mohamad membanjiri Masjid Negara dan Dataran Merdeka.
Akibat takut melihat kebangkitan rakyat, malam itu juga Anwar ditangkap skuad Unit Tindakan Khas (UTK) polis, di rumahnya, lalu bermula episod penahanan di Bukit Aman seterusnya diheret ke penjara.

Di luar penjara, ratusan ribu rakyat bangkit membantah Mahathir – pendokong reformasi, seniman, pemandu teksi, peniaga kecil, pekerja kilang turun ke jalan dengan teriakan reformasi sehingga bergema sepanjang 14 tahun kemudian.

“Jelas, perjuangan Anwar itu di landasan yang benar, sekaligus menolak sangkaan Mahathir yang kononnya semangat reformasi hanya akan bertahan enam bulan. Selepas 14 tahun, laungan itu masih berkumandang, malah makin mendapat sokongan rakyat serta anak muda,” kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Datuk Johari Abdul.

Menurut Johari, Anwar sememangnya seorang pemimpin berjiwa kental, walau dilempar pelbagai fitnah, perjuangan demi rakyat tetap dipertahan sehingga hari ini.

“Rakyat tahu menilai siapa benar siapa salah. Buktinya, kita dapat menawan lima buah negeri pada pilihan raya lalu. Sebab itu tidak mustahil kita akan tawan seluruh Malaysia dalam pilihan raya akan datang,” kata Ahli Parlimen Sungai Petani itu penuh yakin.

“Sama-sama kita berdoa agar Allah SWT memberkati perjuangan ini sehingga berjaya menumpaskan regim sekaligus mengembalikan hak rakyat seperti yang diperjuangkan Anwar selama ini,” kata Johari.

Enam tahun kemudian, pada 2 September 2004, Anwar dibebaskan selepas pertuduhan fitnah terhadapnya digugurkan, lantas beliau bangkit semula ke persada politik tanah air.

Tahun 2008, Pakatan Rakyat yang diterajui Anwar berjaya merampas lima negeri dari Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke-12.

Kelibat pemimpin berjiwa rakyat ini sentiasa menjadi ketakutan kepada pemimpin Umno, tidak cukup dengan Mahathir, kini Datuk Seri Najib Razak juga sering mengatur ancaman dan provokasi terhadap Anwar.

Namun pada Julai 2008, selepas beberapa bulan Pakatan Rakyat yang diterajui memenangi lima negeri dari Barisan Nasional – Anwar dituduh lagi dengan fitnah jahat.

Skrip yang sama pada 1998 diputar kembali oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengulangi apa yang pernah dilakukan Mahathir.

Perbicaraan di mahkamah menjadi jenaka di peringkat antarabangsa dengan pelbagai kepincangan terbongkar satu demi satu, dan akhirnya mahkamah melepaskan Anwar dari tuduhan itu.
Semuanya kerana agenda reformasi yang dibawa Anwar sejak 14 tahun lalu, dengan dokongan dan doa jutaan rakyat Malaysia yang berada di belakangnya, teriakan reformasi, sejak 14 tahun lalu, sebenarnya tidak pernah mati.

Reformasi! Reformasi! Reformasi!

Kalau Takut Dipukul Badai... Usah Berumah Di Tepi Pantai... Din Sharpshooter http://sharpshooterblogger.blogspot.com/