SharpShooter Followers

Wednesday, April 22, 2015

PKR tidak tolak hudud, Ahli PAS perlu undi calon PKR di P.Pauh - Tuan Ibrahim Tuan Man


Ahli PAS perlu mengundi calon PKR di Permatang Pauh.

Pimpinan parti di semua peringkat diminta tidak mengeluarkan kenyataan kontroversi samada melibatkan hubungan dengan Pakatan Rakyat atau melibatkan hukum.

PAS mempunyai organisasi lengkap bagi membuat keputusan melibatkan dasar dan perjalanan parti. Kenyataan kontroversi ini hanya akan menguntungkan musuh dan ia hanya menambahkan derita rakyat dalam situasi yang ada kini.

Isu hubungan dan kerjasama dalam Pakatan Rakyat, sekali lagi ditegaskan kita masih bersama dengan PR dan ini telah ditegaskan oleh Tuan Guru Presiden berulang kali.

Musuh cuba memecah-belah PR sejak hari pertama kita wujudkan sehingga kini. Pendirian parti mesti didokongi oleh ahli sehinggalah ada keputusan baru. 

Sehingga kini, kita tegaskan PAS adalah sebahagian dari komponen PR.
Isu sokongan kepada Enakmen Kanun Jenayah Shariah Kelantan sebagaimana yang disebut oleh Presiden PAS, PAS akan membawanya ke Parlimen dan kita menyeru agar Ahli Parlimen Muslim menyokongnya. Akan tetapi, kita tidak boleh memaksa mereka untuk menyokongnya.

PAS menerima penjelasan dari PKR berhubung EKJS Kelantan dan memahami pendirian mereka yang tidak menolak syariat Allah yang menjadi kewajipan bagi umat Islam. Perbezaannya ialah soal pendekatan dalam membawa usul dan pelaksanaannya. Maka perbezaan ini akan membuka dialog dan perbincangan ilmiah secara berterusan pada masa kini dan akan datang.

Isu kontroversi yang melibatkan hukum mesti dirujuk kepada pendirian rasmi Majlis Syura Ulamak dan Pendirian Rasmi Dewan Ulamak kerana ia mempunyai implikasi besar.Ia boleh mendedahkan mudarat yang lebih besar kepada rakyat sekiranya Umno-BN terus berkuasa.

Maka sebagai Ahli Majlis Syura, saya menyeru agar semua ahli PAS yang berdaftar sebagai pengundi di Permatang Pauh untuk keluar mengundi dan memberi undi kepada calon dari PKR. Kerana keputusan memberi kerjasama dalam PRK Permatang Pauh adalah keputusan yang turut melibatkan hukum syarak.

Adapun beberapa isu yang melibatkan salah faham kerana berita yang diseleweng oleh media arus perdana sehingga menimbulkan salah tanggapan, ketegangan, Insha-Allah ia akan diselesaikan melalui perundingan dan pertemuan mahabbah antara para pimpinan dan petugas yang akan diadakan dari masa ke semasa.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Naib Presiden merangkap Ahli Majlis Syura PAS

22 April 2015‎

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Jom sertai Aksi Anak Muda #kitalawan di Pahang dan Pulau Pinang

‎KENYATAAN MEDIA:
AKSI ANAK MUDA #KITALAWAN SABTU INI DI PAHANG DAN PULAU PINANG

Anak muda #KitaLawan akan meneruskan jelajah ke Pahang dan Pulau Pinang pada Sabtu ini 25 April 2015 bagi membangkitkan semangat rakyat di kawasan utara dan pantai timur tanahair untuk melawan pelaksanaan GST dan seterusnya untuk turun beramai-ramai ke Kuala Lumpur pada Himpunan 1 Mei 2015.

HIMPUNAN #KITALAWANGST VERSI PAHANG

Selepas kejayaan Himpunan #KitaLawanGST di Johor Bahru pada 11 April 2015, Himpunan #KitaLawan di Pahang akan memberi tekanan dan peringatan secara langsung kepada Najib Razak bahawa kesabaran anak muda ada batasnya. Anak muda tidak gentar untuk berhadapan dengan beliau dan beraksi di negeri kelahiran beliau bagi menghentikan kerosakan dan kehilangan harta negara.

Ketika kewangan negara dalam keadaan tenat, dasar-dasar yang menindas dan menzalimi rakyat yang diperkenalkan oleh pentadbiran Najib Razak seperti pelaksanaan GST adalah amat menjengkelkan sedangkan beliau dan kroni terus hidup bermewahan.

Anak muda menyeru khususnya rakyat Pahang dan pantai timur yang ditekan dan diperdayakan oleh kepimpinan Najib Razak untuk bersama-sama menyuarakan kemarahan mereka pada Himpunan #KitaLawanGST #UndurNajib versi Pahang di hadapan Pasarayaku, Temerloh pada 25 April 2015.

KAYUH BANTAH #KITALAWANGST VERSI PULAU PINANG

Manakala anak muda #KitaLawan di Pulau Pinang akan meneruskan aksi Kayuh Bantah #KitaLawanGST #BebasAnwar pada Sabtu ini dengan mengelilingi Parlimen Permatang Pauh. Kami mengajak semua untuk bersama-sama kayuh atau bermotosikal sebagai tanda bantahan terbuka terhadap pelaksanaan GST.

Aktiviti berbasikal ini akan bermula dari Jalan Sama Gagah, DUN Permatang Pasir pada jam 4.00 petang dan seterusnya akan melewati DUN Seberang Jaya dan DUN Penanti bagi perjalanan sejauh kira-kira 20 kilometer.

Aksi kayuhan anak muda ini juga akan memperingatkan rakyat Permatang Pauh bahawa selepas 17 tahun sejak tercetusnya kebangkitan Reformasi, mereka kini sekali lagi dihukum kerana memilih jalan untuk menentang kerakusan UMNO.

Rakyat Permatang Pauh menjadi harapan rakyat Malaysia bagi mengangkat suara rakyat dan anak muda bersedia untuk bersama-sama dengan mereka bagi meneruskan perjuangan melawan penindasan dan kezaliman pemerintah terhadap rakyat Malaysia.

Lagi ditekan, lagi #KitaLawan!!

#1Mei1Juta #KitaLawanGST

22 APRIL 2015

SEKRETARIAT KITA LAWAN
www.facebook.com/KitaLawanOfficial

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Monday, April 20, 2015

Kenyataan palsu @rafiziramli tersebar


Salam Sdr/i

Kenyataan yang berlegar di whatsapp kononnya dari saya mengenai PRK Permatang Pauh seperti di bawah adalah PALSU dan permainan jahat musuh KEADILAN.

Lain kali nak meniru pun perlu semak kenyataan saya yang tidak pernah bernombor. 

Kenyataan ini adalah palsu:

KENYATAAN MEDIA 
PARTI KEADILAN RAKYAT BERHUBUNG KENYATAAN MEDIA OLEH YDP PAS KAWASAN PERMATANG PAUH

Berhubung kenyataan media yang telah dikeluarkan oleh YDP PAS Kawasan Permatang Pauh berkenaan hubungan kerjasama PAS - PKR dalam PRK P.Pauh, PKR ingin menegaskan perkara berikut :-

1. Menuntut PAS menarik balik kenyataan mengeluarkan kenyataan media secara terbuka tidak akan membantu PKR dalam PRK Permatang Pauh.

2. Kerusi Parlimen Permatang Pauh adalah milik tradisi PKR. PAS tidak berhak  untuk mencampuri dan mempersoalkan calon yang akan dipilih kepimpinan PKR. PAS juga tidak perlu ada niat untuk meletakkan calon di kawasan tersebut. 

3. PKR ingin memperjelaskan sekali lagi bahawa PKR tetap sependapat dengan DAP dan tidak akan menyokong Rang Undang-Undang Persendirian tentang hudud oleh Kerajaan PAS Kelantan.

4. PKR dan DAP tidak akan teragak-agak untuk memutuskan segala hubungan dengan PAS sepertimana yang telah dilakukan di Sabah sekiranya kepimpinan PAS masih lagi bersikap mementingkan diri dan tidak mengikuti keputusan bersama dalam Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat.

5. Kepimpinan PAS harus menerima hakikat bahawa kemenangan kerusi milik PAS dalam siri pilihanraya lepas disebabkan kerjasama dengan PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat. 

6. PAS dibawah kepimpinan Tuan Guru Haji Hadi Awang sebagai Presiden PAS dilihat gagal mewujudkan pentadbiran dan pengurusan negeri secara bijaksana sehingga mengakibatkan kekalahan Pakatan Rakyat di Kedah dan Perak. Sebagai bukti, Selangor di bawah PKR dan Pulau Pinang di bawah DAP tetap teguh dan memenangi lebih banyak kerusi berbanding PAS. Bukankah ini penanda aras bahawa kekuatan sebenar dalam Pakatan Rakyat ialah PKR dan DAP? 

7. Kepimpinan PAS harus menerima kenyataan ini secara terbuka bagi memastikan bahawa Pakatan Rakyat dibawah PKR dan DAP adalah jauh lebih baik berbanding PAS. 

8. PKR juga menyeru kepada semua ahli PAS agar berani membuat perubahan dalam kepimpinan PAS supaya rakyat akan kembali memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat. Kepimpinan PAS yang ada sekarang sudah terlalu lama memegang jawatan dan dilihat gagal menentukan halatuju PAS dalam Pakatan Rakyat. Berilah peluang kepada Dato Paduka Husam Musa sebagai Presiden PAS yang baru.

9. PKR sekali lagi menyeru kepada PAS Permatang Pauh supaya menarik balik segala kenyataan media dan membantu PKR di Permatang Pauh. Sekiranya PAS tidak mahu terlibat membantu PKR di Permatang Pauh maka PKR juga tidak akan teragak-agak untuk tidak membantu PAS di Rompin.

Sekian, terima kasih.

YB RAFIZI RAMLI
Setiausaha Agung
Parti Keadilan Rakyat

20 April 2015

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Saturday, April 18, 2015

KHAIRY JAMALUDDIN - HANYA SEKADAR TINGGAL HARAPAN


KENYATAAN MEDIA:
KHAIRY JAMALUDDIN - HANYA SEKADAR TINGGAL HARAPAN

Beberapa pemuda UMNO telah tampil mempertahankan Khairy Jamaluddin apabila saya bersama-sama anak muda #KitaLawan mempersoalkan kegagalan beliau dalam membela nasib golongan muda menghadapi GST.

Mereka mengatakan Khairy telah menunjukkan kebolehan memimpin melalui penganjuran program Fit Malaysia dan mengatakan #KitaLawan sekadar melakukan himpunan di jalan raya.

Kenyataan balas saya adalah seperti berikut:-

1. Hak berhimpun secara aman adalah termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.#KitaLawan telah berhimpun dengan aman secara konsisten dan setiap himpunan direncanakan dengan mesej dan tuntutan anak muda yang jelas.

Anak muda memilih jalan raya kerana ruang media massa terus disekat sebagai alat propaganda pemerintah.

Khairy sendiri pada tahun 2008 telah mendesak kerajaan UMNO Barisan Nasional untuk memansuhkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan bagi usaha baik pulih kebebasan bersuara. Malangnya,  tahun 2015 beliau merupakan sebahagian daripada pemerintah yang meluluskan pindaan Akta Hasutan yang akan lagi mengcekam kebebasan rakyat untuk bersuara dan juga POTA yang terdedah kepada salah guna oleh pemerintah.

Beliau sebagai Menteri muda yang kononnya mampu membawa perubahan adalah sekadar mengecewakan.

2. Jika penganjuran kempen hidup sihat 'Fit Malaysia' yang menelan kos yang tinggi dianggap sebagai pencapaian terbesar Khairy sebagai seorang Menteri, ini adalah amat memalukan. Adakah ini sahaja kemampuan beliau?

Selepas hampir dua tahun menjadi Menteri, beliau telah gagal sebagai seorang pemimpin muda untuk memberi halatuju, dasar atau mahupun menumpukan kepada pembangunan belia dan sukan. Prestasi sukan negara masih tidak menentu dan malah ada yang merudum jatuh.

Khairy sebelum menjadi Menteri sekurang-kurangnya berani menyuarakan pendapat yang berbeza dan kritis. Beliau seolah-olah kini hanya selesa mengikut kehendak Najib Razak bila mana krisis kepimpinan UMNO sedang menunggu retak menjadi belah.

Adakah beliau menunggu saat yang sesuai dan mengintai peluang untuk meneruskan cita-cita politik beliau?

3. Khairy mempunyai peluang untuk menyahut cabaran anak muda #KitaLawan yang mendesak agar GST terhadap segala jenis barang dan perkhidmatan yang berkaitan dengan sukan, rekreasi dan riadah dihapuskan. Apa gunanya beliau sebagai Menteri Belia dan Sukan tetapi tidak merasai kesusahan yang dihadapi golongan muda.

Kalau beliau benar-benar jujur mahu memperjuangkan golongan muda, beliau seharusnya berani membawa desakan anak muda ini kepada Menteri Kewangan Najib Razak dan timbalannya Ahmad Maslan.

Jika tuntutan mudah seperti ini pun tidak mampu diperjuangkan, benarlah Khairy Jamaluddin hanya sekadar tinggal harapan.

AKMAL NASIR
Pengarah Strategi AMK Pusat
& Sekretariat Kita Lawan

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Thursday, April 16, 2015

Ibu Hj Ismail (OKZ12) telah kembali ke Rahmatullah...


Salam Takziah... ibu kepada Hj Ismail (OKZ12) telah kembali ke Rahmatullah jam 4.45 petang tadi...

Hj Ismail akan dibawa dari Penjara Tapah ke. Kuala Kangsar utk memberi penghormatan dan pengorbanan terakhir buat ibu tersayang...

Solat Jenazah Allahyarhamah Bonda Hj Ismail SM Kadir pada :-

17 April 2015/JUMAAT
Jam: 11 Pagi
Tempat: Surau Tmn Chandan Putri, Kuala Kangsar, Perak

Semoga beliau tabah.....dan roh ibunya dicucuri rahmat ... diampunkan serta ditempatkan bsama org2 beriman....

Utk. Makluman semua...lagi seminggu ketika saya akan dibebaskan...saya sempat bertemu mereka 11 org di Penjara Kajang ketika mereka dipindahkan ke RPD Penjara Kajang... semangat mereka kental dan mereka begitu tabah harungi dugaan yg melanda...

Semua mereka dipindahkan ke Penjara Tapah sehari selepas sy dibebaskan kecuali Hj Nazeer kerana keluarganya berada di sekitar Penjara Kajang.

Saya akan ke sana esok jika tidak ada aral melintang...Insya Allah... 

Al-Fatihah...
 
Nantikan kisah bersiri saya di Penjara Kajang selama 3 bulan...



Sent from my BlackBerry 10 smartphone.