SharpShooter Followers

Tuesday, November 01, 2011

laporan polis terhadap Umno-Online

Berikutan kengganan pihak Umno-Online, iaitu laman web rasmi Umno, untuk menghentikan, menarik balik dan meminta maaf atas laporan-laporan palsu dan berunsur fitnah yang terus dimainkan terhadap YAB Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan keluarganya, saya selaku Pegawai Khas kepada Ketua Menteri Pulau Pinang telah membuat laporan polis agar tindakan akan diambil ke atas pihak yang tidak bertanggungjawab itu.

Sehingga hari ini, sudah terdapat 9 laporan yang membawa tuduhan liar bahawa kononnya anak kepada Ketua Menteri terbabit dalam kejadian mencabul seorang pelajar perempuan. Di samping itu, laporan-laporan tersebut juga mendakwa bahawa Ketua Menteri telah membayar RM200,000 kepada keluarga pelajar perempuan tersebut sebagai sogokan untuk berdiam.

Laporan-laporan tersebut disenaraikan dalam jadual di bawah:

a)

Dakwaan Cabul: Tindakan Guan Eng Berdolak Dalih Timbulkan Banyak Persoalan

18 Okt 2011

http://umno-online.com/?p=47540

b)

Isu Cabul: Guan Eng Mesti Jelaskan Perkara Sebenar Atau Ambil Tindakan

18 Okt 2011

http://umno-online.com/?p=47552

c)

Guan Eng Jangan Perbodohkan Pengundi Dengan Cara Putar Alam

19 Okt 2011

http://umno-online.com/?p=47687

d)

Isu Cabul: Sejak Bila Pembangkang Pandai Bercakap Soal Moral??

19 Okt 2011

http://umno-online.com/?p=47673

e)

Dari Rambut Panjang Ke Gejala Dadah, Guan Eng Makin Berputar Belit

20 Okt 2011

http://umno-online.com/?p=47774

f)

Kalau Fitnah Guan Eng Patut Saman Bukan Beri Kenyataan Berbelit-belit

21 Okt 2011

http://umno-online.com/?p=47821

g)

Isu Cabul: Guan Eng Patut Saman Bukan Terus Politikkan Anak Untuk Cari Simpati

25 Okt 2011

http://umno-online.com/?p=48133

h)

Rasuah RM200 Ribu : Empat Laporan Polis Dibuat Terhadap Lim Guan Eng

25 Okt 2011

http://umno-online.com/?p=48128

i)

Isu Cabu : Guan Eng Umpama Penembak Buta

28 Okt 2011

http://umno-online.com/?p=48318

Jadual 1: Senarai laporan-laporan di Umno-Online

Tambahan pula, laporan-laporan Guan Eng Jangan Perbodohkan Pengundi Dengan Cara Putar AlamdanIsu Cabul: Sejak Bila Pembangkang Pandai Bercakap Soal Moral??pada 19 Oktober 2011,Dari Rambut Panjang Ke Gejala Dadah, Guan Eng Makin Berputar Belitpada 20 Oktober 2011 danKalau Fitnah Guan Eng Patut Saman Bukan Beri Kenyataan Berbelit-belit pada 21 Oktober telah memetik daripada sebuah laporan palsu yang kononnya telah disiarkan oleh suratkhabar Guang Ming Daily. Guang Ming Daily telah pun menafikan kewujudan laporan tersebut dalam akhbarnya pada 21 Oktober 2011 (halaman A2).

Tuduhan-tuduhan tersebut merupakan fitnah yang keji dan langsung tidak berasas. Yang paling teruk sekali, laporan-laporan tersebut terus disiarkan dan dimainkan dengan sembereno walaupun bukti sudah pun dikemukakan oleh pelbagai pihak untuk membidas tuduhan-tuduhan yang liar itu.

Sebagai contoh, pada 21 Oktober 2011, “pelajar perempuan” yang terbabit, Anya Corke, telah mengeluarkan kenyataan keras untuk menafikan penglibatannya. Malah beliau menegaskan tidak pernah bertemu dengan Ketua Menteri atau anaknya.

Kenyataan Anya yang merupakan seorang pemain catur antarabangsa dari Hong Kong telah disusuli dengan penafian daripada Pengarah Pelajaran Pulau Pinang En. Ahmad Tarmizi Kamaruddin yang dilaporkan dalam akhbar The Star pada 22 Oktober 2011. Beliau pun telah mengesahkan bahawa tiada sebarang bukti untuk mengaitkan anak Ketua Menteri kepada apa-apa kejadian sedemikian.

Kenyataan-kenyataan Anya dan Encik Ahmad Tarmizi pula adalah tambahan kepada kenyataan En. Goh Boon Poh, pengetua SMJK Heng Ee, iaitu sekolah lama anak Ketua Menteri, yang juga telah menafikan kejadian itu.

Walaupun macam-macam bukti telah ditampilkan, Umno-Online masih lagi meneruskan serangan mereka tanpa melaporkan perkara yang sebenar, seperti yang boleh dilihat dalam laporan-laporan Isu Cabul: Guan Eng Patut Saman Bukan Terus Politikkan Anak Untuk Cari SimpatidanRasuah RM200 Ribu : Empat Laporan Polis Dibuat Terhadap Lim Guan Eng yang bertarikh 25 Oktober 2011.

Berikutan laporan-laporan ini, Ketua Menteri telah mengadakan sidang media pada 26 Oktober 2011 disusuli dengan kenyataan akhbar pada 27 Oktober 2011 untuk menuntut supaya Umno-Online menarik balik dan meminta maaf atas laporan-laporan palsu dan berunsur fitnah tersebut.

Namun begitu, laman web Umno-Online bukan sahaja tidak menarik balik atau meminta maaf, malah masih lagi menyiarkan laporan-laporan yang sudah diketahui palsu dan berunsur fitnah. Ini boleh dilihat dalam laporan seterusnya pada 28 Oktober yang bertajuk Isu Cabul : Guan Eng Umpama Penembak Buta”.

Saya percaya bahawa penerbitan dan penyiaran kesemua 9 laporan-laporan palsu dan fitnah tersebut merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah, antara lainnya, Seksyen 499 Kanun Keseksaan, Seksyen 8A Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan Seksyen 211 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, dan berharap agar pihak polis akan mengambil tindakan siasatan yang segera serta tindakan susulan yang sewajarnya ke atas laman web Umno-Online supaya tidak berlaku sebarang kekeliruan dan kerosakan nama bagi Ketua Menteri dan keluarganya.

Zairil Khir Johari

Pegawai Khas kepada Ketua Menteri Pulau Pinang

Setiausaha Politik kepada Setiausaha Agung DAP


Lampiran

Berikut adalah petikan daripada beberapa laporan yang melibatkan laporan palsu Guang Ming Daily:

“Terbaru ialah tindakan tidak senonoh anaknya meraba pelajar perempuan di sekolah Cina dan membayar RM200 ribu sebagai tanda untuk tutup mulut pelajar terbabit. Akhbar Guan Ming Daily bertarikh 19 November 2011, pada halaman A10 melontarkan kenyataan Lim Guan Eng ekoran dakwaan anaknya meraba pelajar perempuan Sekolah Cina Heng Ee. Menurut laporan akhbar terbabit... Lim Guan Eng menjelaskan bahawa anaknya dipindahkan ke Sekolah St Xavier’s Institution kerana bimbang terjebak dengan gejala dan sindiket dadah di kalangan pelajar.”

Dipetik daripada Guan Eng Jangan Perbodohkan Pengundi Dengan Cara Putar Alam yang bertarikh 19 Oktober di http://umno-online.com/?p=47687

“Namun semalam, dalam sebuah akhbar berbahasa Cina, Guan Eng mengatakan anaknya dipindahkan dari Sekolah Cina Heng Ee ke Sekolah St. Xavier’s kerana bimbang terjebak dengan gejala negatif dan sendiket dadah di kalangan pelajar.”

Dipetik daripadaDari Rambut Panjang Ke Gejala Dadah, Guan Eng Makin Berputar Belit yang bertarikh 20 Oktober 2011 di http://umno-online.com/?p=47774

“Sebelum ini, anak lelaki Guan Eng didakwa terlibat dengan masalah moral apabila dikatakan telah mencabul seorang rakan sekolahnya. Akibat daripada kejadian tersebut, Guan Eng telah menukarkan sekolah anaknya dan menyogok keluarga mangsa dengan wang berjumlah RM200 ribu.

...Selepas itu, Guan Eng telah menukar kenyataannya yang tersiar di dalam salah sebuah akhbar berbahasa Cina kononnya pertukaran tersebut adalah kerana Guan Eng bimbang anak lelakinya akan terlibat dengan gejala dadah di kalangan pelajar.”

Dipetik daripada Kalau Fitnah Guan Eng Patut Saman Bukan Beri Kenyataan Berbelit-belit yang bertarikh 21 Oktober 2011 di http://umno-online.com/?p=47821


Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
ttp://sharpshooterblogger.blogspot.com/