SharpShooter Followers

Thursday, July 30, 2015

Najib harus ditangkap .....

Penangkapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menghadapkan beliau ke mahkamah adalah hanya cara yang mampu menyelamatkan negara ini, kata sekretariat #KitaLawan.

Anggota #KitaLawan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Jingga 13, Fariz Musa berkata, integriti dan kredibiliti Najib kini memberi kesan kepada rakyat.

"Untuk selamatkan negara ini, tiada cara lain, Najib harus ditangkap dan diserahkan kepada undang-undang," kata koordinator Jingga 13 itu pada sidang media Sekretariat #Kita Lawan di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur (KLSCAH) di Kuala Lumpur, hari ini.

Sehubungan itu, #KitaLawan turut menggerakkan kempen "Kita Lawan Najib" ke seluruh negara bermula 2 Ogos depan, bagi mengumpulkan sokongan menjelang Himpunan Bersih 4.0 yang dijadualkan berlangsung di ibu negara pada 29 Ogos.

Pada sidang media itu, #KitaLawan turut memberikan komitmen untuk bersama-sama Bersih dalam penganjuran demonstrasi tersebut.

"Kini semangat Kita Lawan kembali dihidupkan, satu-satunya ruang demokrasi yang tinggal perlu dipertahankan iaitu hak berhimpun secara aman demi menyatakan suara keramat suara rakyat," kata Pengarah Strategi Pemuda PKR Akmal Nasir.

Monday, July 27, 2015

Anwar protes layanan penjara


ANWAR PROTES LAYANAN PENJARA

Hari ini DS Anwar Ibrahim, Ketua Umum KEADILAN telah hadir ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur untuk pendengaran kes qazaf terhadap DS Jamil Khir. Ahli-ahli keluarga, pimpinan KEADILAN dan para penyokong telah hadir ke mahkamah untuk memberi sokongan serta bersalaman dengan beliau. Namun tidak seperti sebelum ini, hadirin dihalang dari bertemu dengan DS Anwar malah dihalang dari berada di aras di mana pendengaran kes qazaf tersebut diadakan. Ahli-ahli keluarga terdekat beliau juga dihalang dari bertemu DS Anwar.

Namun setelah hampir sejam menunggu tanpa sebarang maklumat dari pihak mahkamah, dan hanya setelah hal ini dibangkitkan dengan pihak keselamatan Penjara Sg Buloh, barulah ahli-ahli keluarga terdekat dibenarkan bertemu DS Anwar untuk seketika.

Sebagai tanda protes layanan pihak berkuasa khususnya pihak penjara termasuk layanan yang diterima sewaktu lawatan ahli-ahli keluarga terdekat beliau sempena Hari Raya Aidilfitri yang lalu, DS Anwar telah menyampaikan pesanan berikut:

"Saya datang ke mahkamah untuk perbincangan kes hari ini dengan baju serba putih penjara sebagai tanda protes dengan layanan pihak penjara."

Sebagai seorang ahli politik kanan yang telah banyak menyumbang kepada negara, DS Anwar tidak patut diberi layanan sebegini. KEADILAN menggesa agar pihak Penjara Sg Buloh dan Menteri Dalam Negeri, DS Zahid Hamidi agar lebih prihatin tentang hal ini. Jangan lah terus menzalimi DS Anwar.

Sunday, July 26, 2015

Lucut dan turunkan pangkat Ketua Polis Negara

Lucut Dan Turunkan Pangkat Ketua Polis Negara.

1. Saya terkejut dengan tindak tanduk Tan Sri Khalid, Ketua Polis Negara yang tidak memperlihatkan profesionalisma beliau sebagai seorang Ketua Polis Negara.

Tindakan beliau yang membawa bersamanya empat Pegawai Penyiasat dari Bukit Aman ke Thailand untuk menemui Xavier Andre Justo bagi menyoal siasat kes yang dikatakan pemalsuan dokumen berkaitan 1MDB sesungguhnya suatu yang sangat memalukan.

2. Apa lah malang nasib Malaysia mempunyai Ketua Polis Negara seperti beliau yang hanya selayaknya menjadi Ketua Balai Polis Keroh Perak sahaja.

Persoalannya, Khalid  telah menghabiskan Wang Negara sedangkan hakikatnya mereka tidak pun berjaya untuk berjumpa dengan Justo. Sepatutnya Tan Sri Khalid  boleh berhubung melalui telefon terlebih dahulu dengan pihak Polis Thailand untuk mendapatkan kepastian apakah Pihak Thailand bersedia memberi laluan kepada Polis Malaysia untuk berjumpa dan menyoal siasat Xavier Andre Justo.

Amat malang Ketua Polis Negara ini telah melakukan kebodohan dan membawa kerugian pada negara setelah  negara mengalami masalah kewangan yang kronik akibat Skandal 1MDB. Kini, Tan Sri Khalid pula bertindak membazir dan menghabiskan kantong negara yang sudah sememangnya kempis.

3. Saya  meminta pihak yang bertanggungjawab dalam perlantikan beliau sebagai Ketua Polis Negara agar segera melucutkan jawatan beliau dan diturunkan pangkat ke jawatan Ketua Balai sahaja.

Malaysia memerlukan Ketua Polis Negara yang lebih cekap, berwibawa dan berkemampuan serta telus dalam melaksanakan tugas.

Selamatkan Malaysia!

DATO' MAHFUZ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
26 Julai 2015/ 10 Syawal 1436H

Wednesday, July 22, 2015

Rafizi Ramli tidak dibenar keluar negara....

22 JULAI 2015

SEKATAN KELUAR NEGARA EKORAN SKANDAL 1MDB

Saya baru dimaklumkan bahawa Saudara Tony Pua telah dihalang dari meninggalkan negara atas penglibatan beliau mendedahkan kes 1MDB. Ekoran itu, saya telah menyemak status saya di laman web Jabatan Imigresen Malaysia dan mendapati status senarai hitam saya adalah sama seperti status Saudara Tony Pua seperti berikut:

Oleh yang demikian, saya mengesyaki saya juga telah disenarai hitamkan dan tidak dibenarkan keluar dari Malaysia.

Mengikuti perkembangan sejak beberapa minggu lepas, saya juga mengesyaki bahawa saya dan Saudara Tony Pua akan dipanggil oleh pihak polis dalam masa terdekat dan berkemungkinan akan ditahan berdasarkan fitnah yang disebarkan melalui video oleh seorang yang bernama Lester Melanyi.

Daripada hari pertama perkara ini disebarkan, saya telah menyatakan bahawa tuduhan itu adalah sebahagian dari konspirasi jahat untuk menutup mulut kami (saya, Saudara Tony Pua, Sarawak Report dan The Edge) oleh kerana kelantangan kami membawa isu 1MDB sejak beberapa tahun yang lepas.

YB RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN,

Monday, July 20, 2015

Akhirnya Najib "angkat bendera putih" kepada Sarawak Report

Kerajaan BN pimpinan DS Najib akhirnya "angkat bendera putih" kepada Sarawak Report

Kegagalan DS Najib menjawab/menafikan secara berfakta laporan Sarawak Report menyaksikan pahlawan Bugis terpaksa menggunakan kuasanya untuk menghalang laluan rakyat Malaysia kepada laporan Sarawak Report berkait 1MDB.

Sungguh aib team konsultan media dan Kerajaan sendiri terpaksa berlindung di bawah tempurung undang-undang.

Saya yakin dengan kecanggihan dunia maya kini, langit terbuka yang cuba ditutup oleh Najib dengan tempurung kecilnya itu tidak akan berkesan. Maklumat baru tentang skandal 1MDB akan terus mengalir menghantui pendosa-pendosa.

Jika DS Najib takut info skandal 1MDB diketahui rakyat, pasukan pendesak dan penggerak perubahan wajar melipatgandakan penyampaian maklumat ini kepada semua lapisan rakyat. Sebilangan rakyat yang belum terdedah kepada dunia internet memerlukan bahan "hand copy" untuk pengetahuan dan renungan mereka.

Usaha mencetak dan mengedar sebanyak mungkin semua info skandal 1MDB hendaklah dimulakan.

Ini memerlukan perbelanjaan yang tidak kecil tetapi peralatan info adalah kunci untuk kebangkitan rakyat yang menyuruh.

Saya mencadangkan satu tabung khas cetakan bahan 1MDB ditubuhkan dan sumbangan semua pihak yang prihatin untuk perubahan boleh dilakukan.

Mungkin Gerakan Harapan Baru boleh memulakan inisiatif ini.

Jika tabung ini dilancarkan saya mahu menjadi penyumbang yang pertama.

Sarawak Report dihalang, kita gantikan dengan Kampung Report untuk seluruh rakyat yang cintakan Negara.

Husam Musa
20 Julai 2015
4 Syawal 1436 H 

CUBAAN MENUTUP SKANDAL 1MDB AKAN MEMBENAMKAN UMNO DALAM PRU14

CUBAAN MENUTUP SKANDAL 1MDB AKAN MEMBENAMKAN UMNO DALAM PRU14

Kebelakangan ini ada satu rancangan tersusun di pihak Umno untuk cuba menutup skandal 1MDB dengan taktik berikut:

1.    Mengalih perhatian rakyat kepada kononnya bukti-bukti yang ditunjukkan terutamanya melalui media seperti Sarawak Report dan The Edge mengenai skandal 1MDB setakat ini adalah palsu dengan menyabitkannya dengan Xavier Justo, bekas eksekutif 1MDB

2.    Memfitnah pimpinan pembangkang termasuk Dato' Seri Anwar Ibrahim, Saudara Tony Pua dan saya kononnya kami menjadi dalang yang mereka-reka skandal ini untuk menjatuhkan Dato' Seri Najib Tun Razak

Kedua-dua taktik ini dimainkan saban hari di media utama untuk meyakinkan anggota Umno sebenarnya skandal 1MDB ini tidak wujud dan hanya rekaan semata-mata.

Saya sedikit pun tidak rasa tergugat. Kalau pun ada lagi rakyat Malaysia yang percaya dengan dongeng bahawa skandal 1MDB ini rekaan pembangkang, ini hanyalah saki baki anggota Umno yang tidak akan bangun tersedar hatta sekiranya negara ini jatuh muflis sekali pun.

Sehingga sekarang, Dato' Seri Najib dan konco-konconya masih belum dapat menjelaskan beberapa isu besar:

1.    Ke mana dana RM42 bilion yang diambil oleh 1MDB sehinggakan 1MDB tidak mampu membayar faedah ke atas hutang-hutangnya?

2.    Kenapa wang 1MDB sebanyak USD1.83 bilion dipindahkan ke individu-individu tertentu berkaitan dengan PetroSaudi dan Jho Low seperti yang didedahkan oleh akhbar The Edge pada hari ini?

3.    Kenapa dan bagaimana dana sebanyak yang dipercayai berasal dari 1MDB sebanyak RM2.6 bilion dipindahkan ke akaun peribadi Dato' Seri Najib Tun Razak?

Soalan-soalan mudah sebegini jika tidak dijawab akan menguatkan kepercayaan rakyat bahawa ada tangan yang menggunakan 1MDB untuk kesenangan peribadi.

Sebab itu taktik-taktik menghalang capaian ke laman web Sarawak Report, mengkambing hitamkan saya dan Tony Pua serta taktik-taktik lapuk sebenarnya akan membantu membenamkan Umno/Barisan Nasional dalam PRU14.

Saya sebenarnya berasa gembira dengan reaksi dan tingkah laku pimpinan Umno/Barisan Nasional yang masih cuba menutup skandal 1MDB dengan memfitnah saya, Dato' Seri Anwar Ibrahim, Tony Pua, Sarawak Repor, The Edge dan lain-lain.

Reaksi sebeginilah yang menimbulkan kebencian rakyat terhadap Umno/Barisan Nasional yang akan membolehkan pembangkang menang dalam PRU14 kelak.

Jadi saya galakkan Dato' Seri Najib untuk terus menggunakan taktik ini kerana saban hari ia melunturkan keyakinan rakyat terhadap Umno/Barisan Nasional.

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN

Tuesday, July 14, 2015

Luahan hati ANAK.....

YB DATUK SERI DR.WAN AZIZAH BINTI WAN ISMAIL
AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI KAJANG
No.17, Tingkat 1
Jalan Metro Avenue 1
Metro Avenue
43000 Kajang
Selangor Darul Ehsan

YB Datuk Seri,
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

SOLIDARITI BUAT DATUK SERI ANWAR IBRAHIM (DSAI) 

Perkara di atas adalah dirujuk.

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa dan Salam Eidulfitri 1436 kepada YB Datuk Seri.

ANAK ingin merakamkan ucapan takziah ke atas apa yang menimpa DSAI ketika ini. DSAI yang telah dipenjarakan dan diaibkan melalui konspirasi terancang ketika ini melalui keadaan getir 'bertarung' menjalani kehidupan dibalik 'tabir besi'.

ANAK tidak pernah lupa bagaimana kebangkitan rakyat yang diketuai oleh DSAI ketika zaman reformasi 1998 berjaya 'menyedarkan' hampir 80 peratus rakyat terutamanya dikalangan orang melayu betapa UMNO/BN sebenarnya zalim & menindas rakyat. Penyelewengan & pecah amanah begitu berleluasa.

Dan tidak salah kalau dikatakan, ANAK juga mendapat 'benefit' daripada 'tempias' era reformasi. Kerja buat ANAK menjadi lebih mudah untuk 'menyelusup' masuk dikalangan peneroka Felda & generasi kedua Felda. Oleh itu, adalah tidak wajar kalau jasa DSAI dilupakan begitu sahaja.

DSAI juga merupakan tokoh penting dalam 'pembinaan' Pakatan Rakyat (PR). Mengambil kira sokongan rakyat ketika itu, DSAI bijak mengambil langkah yang sewajarnya untuk menyusun strategi & kerjasama untuk menjatuhkan UMNO/BN.

ANAK berharap agar YB Datuk Seri tabah dalam menghadapi ujian ini. Bukan calang-calang manusia yang bergelar isteri yang mampu menempuh dugaan sehebat ini. Begitu juga dengan anak-anak YB Datuk Seri yang cekal menghadapi kehidupan terpisah dengan ayah tercinta dan diaibkan dengan sebegitu rupa. Tambahan pula eidulfitri yang akan menjelang tiba.

ANAK juga berdoa agar DSAI segera sembuh dan diberikan kesihatan yang terbaik. Semoga Allah swt makbulkan doa kami seperti mana hadits dari Jabir bin 'Abdillah radhiyallahu 'anhu, Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,

إِنَّ لِلّهِ فِى كُلِّ يَوْمٍ عِتْقَاءَ مِنَ النَّارِ فِى شَهْرِ رَمَضَانَ ,وَإِنَّ لِكُلِّ مُسْلِمٍ دَعْوَةً يَدْعُوْ بِهَا فَيَسْتَجِيْبُ لَهُ

"Sesungguhnya Allah membebaskan beberapa orang dari api neraka pada setiap hari di bulan Ramadhan, dan setiap muslim apabila dia memanjatkan do'a, akan dikabulkan." (HR. Al Bazaar)

Sekian,

'MENERAJUI PERUBAHAN'

Yang benar;

               
...................................
MAZLAN BIN ALIMAN
Presiden

Perutusan terkini Anwar disebalik tirai besi....

Perutusan Datuk Seri Anwar Ibrahim

Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyampaikan perutusan berikut melalui peguam beliau:

"Buat pertama kali dalam sejarah kita, seorang Perdana Menteri disiasat atas dakwaan penyelewengan wang.

Siasatan ini berlaku pada ketika rakyat menghadapi kenaikan harga barang, GST yang teramat membebankan dan ketidakpastian halatuju ekonomi negara yang paling teruk sejak krisis kewangan Asia tahun 1997.

Pada masa yang sama, Akta Hasutan dan pelbagai jenis undang-undang lain yang bersifat kuku besi masih digunakan untuk menutup mulut rakyat.

Dari sebalik tembok besi ini, saya berasa amat bimbang dan risau buat tanah air kita.

BN mesti mengambil tanggungjawab sepenuhnya di atas keadaan yang kita hadapi sekarang ini. Amalan rasuah, salahguna kuasa, keangkuhan dan tatakelola yang teramat teruk telah menyebabkan Malaysia jadi begini. Keruntuhan ekonomi Greece sepatutnya menjadi amaran apa yang mungkin berlaku kepada negara yang kita cintai ini.

Menukar Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri tidak cukup buat Rakyat.

Kita pernah lalui proses yang sia-sia di mana pimpinan ditukar, tetapi sistem yang korup dan usang masih tidak berubah. Kita tidak perlukan penyelesaian sedikit demi sedikit, tetapi komitment serius kepada reformasi dan penghapusan rasuah.

Usaha menukar Datuk Seri Najib yang dikepalai Tun Mahathir, tanpa reformasi sebenar, hanya akan memuaskan kelompok-kelompok kroni mereka; ia tidak akan membawa perubahan sebenar buat rakyat.

Perubahan yang menyeluruh dalam kerajaan dan pentadbiran negara amat diperlukan.

Di bandar-bandar, pekan-pekan dan kampung-kampung, Rakyat mahukan Perubahan dan Reformasi!

Bagi pihak rakyat Malaysia, saya menggesa agar langkah-langkah berikut dilaksanakan:

1) Reformasi institusi utama seperti SPRM, Jabatan Peguam Negara dan Polis Di-Raja Malaysia yang telah gagal membendung kegiatan rasuah dan salah guna kuasa;

2) Reformasi sistem pilihanraya seperti yang digesa Bersih 2.0;

3) Pemansuhan Akta Hasutan dan undang-undang lain yang merosakkan demokrasi dan munutup mulut Rakyat;

Inilah masanya untuk Rakyat bangkit dan menuntut perubahan dan tanggungjawab dari Barisan Nasional!"

Anwar Ibrahim

14 Julai 2015

---

PRESS RELEASE

Message from Datuk Seri Anwar Ibrahim

Datuk Seri Anwar Ibrahim conveyed the following through his lawyers:

"For the first time in our history, a sitting Prime Minister is under investigation for misappropriation of funds.

This is happening at the same time as the people face rising prices, the burdensome GST and the worst economic uncertainty since the 1997 Asian financial crisis.

At the same time, the Sedition Act and a range of other repressive laws remain in place in order to silence the people.

From behind these prison walls, I feel a great concern and worry for my country.

The BN must take full responsibility for the current state of affairs. Their corruption, abuse of power, arrogance and appallingly poor governance has brought Malaysia to this state. The utter collapse of the Greek economy is a warning of what can yet happen to our beloved country.

Removing Datuk Seri Najib as prime minister is not enough for the Rakyat.

We have gone through the futile process of changing leaders, but leaving the corrupt and obsolete system intact. We do not want piecemeal solutions but a serious commitment to reform and the end of corruption. 

A Mahathir-led removal of Najib, without real reform, will only satisfy some cronies; it will do nothing to bring about real change for the people.

There must be comprehensive change in the governance and administration of the country.

In the cities, towns and kampungs, the Rakyat want Change and Reform!

On behalf of my fellow Malaysians, I call for these immediate steps:

1) Reform of key institutions such as the MACC, the Attorney General's office, the Judiciary and the Police force which have failed to stem the tide of corruption and abuse of power;

2) Reform of the electoral system as called for by Bersih 2.0;

3) The repeal of the Sedition Act and all repressive laws which pervert democracy and stifle the voice of the Rakyat;

Now is the moment for the Rakyat, united and strong, to rise up to demand change and accountability from the Barisan Nasional!"

Anwar Ibrahim

Monday, July 13, 2015

Isu Plaza Low Yat - JINGGA13 SELAR SENTIMEN PERKAUMAN SEMPIT APIKAN PERPECAHAN

JINGGA13 SELAR SENTIMEN PERKAUMAN SEMPIT APIKAN  PERPECAHAN

JINGGA13 merujuk kepada kekecohan yang berlaku di Plaza Low Yat semalam, semestinya perkara sedemikian haruslah dielakkan daripada berlaku hal sedemikian rupa kerana ia akan mengakibatkan keutuhan, kehormanian dan kerjasama antara kaum yang kembali terjalin selepas berlakunya kejadian 5 mei lalu iaitu "rusuhan kaum" boleh berulang semula.

Sebagai manusia  yang dilahirkan berlainan bangsa,agama dan kaum adalah amat penting untuk bersatu dan hidup dalam penuh keharmonian . Bukan untuk berkelahi sesama kita, adu domba dan saling fitnah memfitnah.

Tidak perlu menunding jari ke bangsa lain malah, bersifat seolah tidak di didik dengan ilmu kenegaraan yang menyeru supaya bersatu tidak kira bangsa dan agama.
Harus faham kita hidup di negara yang berbilang kaum,bangsa dan agama maka menerima keunikan kepelbagaian tersebut untuk turut hidup aman damai.

Dengan itu "Golongan Muda" dari perbagai kaum,bangsa dan agama khususnya, harus SEDAR bahawa perkara sekecil ini tidak patut di besar-besarkan sebaliknya menyerahkan perkara ini kepada pihak  yang berkuasa untuk menyelesaikannya dan segala propaganda murahan mengapi-apikan sentimen perkauman dihentikan oleh mana pihak yang tidak "menangguk di air keruh ".

JINGGA 13 menyeru kepada seluruh anak muda Malaysia ialah "mencari titik persamaan untuk diraihkan bersama" serta " menghargai titik perbezaan agar saling hormat-menghormati" akan membentuk sebuah negara bangsa yang bermaruah dan rukun damai.

Muafakat*Prihatin*Berani

Heikarl Edzha Zaini
Naib Ketua
Panatia Anak Muda
Jingga13 Malaysia

CCTV Merakamkan kesemua kejadian.. Jgn buat malu bangsa sendiri..

[12/07 22:31] Sazali 150: Percubaan segolongan kumpulan masuk kacau dlm plaza namun dihalang olh ketua kumpulan.

[12/07 22:31] Sazali 150: LAPORAN POLIS BERHUBUNG PERGADUHAN DI LOW YAT PLAZA DIJADIKAN THSL RPT:-23377/15 DAN DIKAITKAN DENGAN THSL RPT:-23347/15
---------------------------------------

Pada 11 JUL 2015 jam 2231, satu laporan polis telah dibuat oleh seorang lelaki cina berkaitan pergaduhan di Upper Ground, Low Yat Plaza. Laporan polis ini dibuat di Balai Polis TUN H.S.LEE dan dijadikan Thsl Rpt:-23377/15. Laporan polis ini berkait ekoran kes curi yg dijadikn Thsl Rpt:-23347/15.

Butir-butir Pengadu
------------------------

2.(a) Butir-butir pengadu Thsl Rpt:- 23377/15 adalah seperti berikut :-

Nama : NG Han Sang
No KP : 800411145489
Umur : 35 Tahun 3 Bulan
Pekerjaan : Peniaga
Alamat : Blok 69-04-11 Bandar Baru Sentul,51000,KUALA LUMPUR.

(b) Butir-butir pengadu Thsl Rpt:- 23347/15 adalah seperti berikut :-

Nama :SEE Ming Ho
No KP : 871102236019
Umur : 27 Tahun 8 Bulan
Pekerjaan : Pekerja kedai telefon
Alamat : 4Q,blok 4,Perumahan Awam Sri Pulau Pinang,Jalan Ikan Emas,KUALA LUMPUR.

Ringkasan Laporan Polis
----------------------------
3. Ringkasan laporan polis adalah seperti berikut :-

(a) Thsl Rpt:-23377/15

Pada 11 JUL 2015 jam 2000 pengadu telah menerima panggilan daripada supervisor kedai telefon milik pengadu di lot G 31 Low Yat menyatakan ada kes gaduh telah berlaku.

Setelah bertanya dengan pekerja yang lain pengadu mendapat tahu petang tadi terdapat kes curi di upper ground dan tempat yang berlakunya pergaduhan ini adalah kedai yang menangkap lelaki melayu yang telah curi telefon bimbit petang tadi.

Pekerja pengadu menyatakan kekecohan itu dilakukan oleh 7 lelaki melayu. Mereka telah pecahkan kedai dan juga telefon bimbit serta telah memukul 2 pekerja pengadu dan mengalami kecederaan.

Pengawal keselamatan dah cuba untuk meleraikan kekecohan tersebut tetapi tidak diendahkan. Lelaki melayu tersebut menyatakan bahawa bapanya polis dan tak takut pun masuk dalam lokap.

Apabila ramai pekerja di dalam Low Yat berada di kawasan tersebut, kesemua mereka melarikan diri. Pekerja saya dapat menangkap gambar dan video semasa kekecohan berlaku.

(b) Thsl Rpt:-23347/15.

Pada 11 JUL 2015 jam 1647 semasa pengadu sedang menjaga kedai telefon bimbit di alamat Techasia Boutique lot UG k021, Plaza Low Yat, Jalan Bukit Bintang KUALA LUMPUR telah datang 1 lelaki Melayu melihat dan meminati satu telefon jenis lenovo jenis s860.

Lelaki tersebut telah meminta kurangkan harga dan pengadu bersetuju untuk mengurangkan harga, Lelaki melayu tersebut telah bersetuju untuk membeli telefon tersebut. Apabila pengadu leka untuk mengambil free gift untuk diberikan kepada lelaki tersebut pengadu dapati lelaki tersebut telah hilang.

Pengadu menjerit menyatakan pencuri apabila nampak lelaki melayu tersebut sedang turun dari tangga bergerak dan pada masa yang sama orang ramai berjaya menangkap lelaki berkenaan di tingkat bawah.

Pengadu mendapati telefon itu telah tiada pada lelaki tersebut telah menyerahkan lelaki tersebut kepada pengawal keselamatan dan semasa di dalam bilik pengawal keselamatan lelaki melayu itu menyatakan yang beliau orang kuat Bukit Bintang. Pengadu telah hubungi pihak polis dan mereka telah dibawa ke balai polis untuk membuat laporan.

Tindakan Polis
-----------------
4.Kedua-dua kes ini telah dirujuk kepada INSP. SHAHRIR bin MOHAMAD - Pegawai Penyiasat  IPD DANG WANGI untuk siasatan lanjut. Thsl/23377/15 disiasat di bawah sek 147kk & 427kk manakala Thsl/23347/15 disiasat di bawah sek 379kk.

5. Tangkapan Thsl/23377/15 ialah MOHAMAD KHAIRUL AZMI bin MAZLAN No KPT: 930122-14-5947. Tangkapan Thsl/23347/15 ialah SHAHRUL ANUAR bin ABDUL AZIZ No KPT 930515-08-6247. Kedua-dua saspek direman 3 hari mulai 12/7/2015.

Siasatan Awal SB DW
-------------------------
6. Kedua-dua saspek tlh pergi ke Low Yat Plaza utk beli HP, SHAHRUL tlh melarikn HP namun orang awam tlh melakukn tangkapan & menyerahkn kedua-dua saspek kpd pengawal keselamatan. Anggota MPV tlh membuat tangkapan semula utk dibawa balik ke balai THSL. Walau bagaimanapun, KHAIRUL tlh dibebaskn.

7. KHAIRUL tlh panggil geng2nya utk pergi ke kedai OPPO Plaza Low Yat utk balas dendam.

8. Hasil siasatan & soal siasat SB DW adalah spt berikut:-

i) SHAHRUL mengaku mencuri telefon bimbit namun tlh jatuh ketika melarikn diri.

ii) CCTV tlh merakamkan perbuatan SHAHRUL melarikn telefon bimbit.

iii) Mengaku mereka telah ambil dadah sebelum pergi ke Plaza Low Yat.

iv) KHAIRUL telah mengaku panggil geng utk membalas dendam di Plaza Low Yat. Antara geng2 yg dikenalpasti adalah Ayie, Mat, Tiger (Anggota Polis KS Ampang Jaya), Wan, Ali & Baby.

Mesyuarat Perancangan T/KPD DW
------------------------------------
9. Mesy tlh dipengerusikn olh T/KPD DW pd 12/7/2015 jam 1430-1520 di IPD DW bersama BSJ DW, SB DW & D7 Bkt Aman. T/KPD DW tlh mengarahkn tindakan berikut:-

i) Usaha mengesan geng2 yg masih bebas.
ii) Buat urine test
iii) Menangkap lelaki Cina yg terlibat dlm pergaduhan sebagai tindakan neutralise.
iv) Kawat cam kedua-dua pihak.
v) sediakn fakta kes untuk KP & KJSJ membuat sidang media pd isnin.
vi) statik anggota mpv & urb di Plaza Low Yat utk mengelakkan sebarang tindakan mana2 pihak menjurus ketegangan perkauman.

Reaksi2 Blogger
------------------
10. Reaksi2 yg terdapat di laman blogger adalah seperti berikut:-

a) Reaksi blog Cina
- Dunia dah berubah, tak sangka pencuri berani balas dendam.
- pengawal keselamatan tidak berguna, hanya menyaksi sahaja.
- mengkritik kaum melayu menberi alasan mereka terbeli hp klon, namun persoalannya ia adalah kedai oppo berlesen maka tak mungkin jual hp klon.
- pengawal keselamatan semua warga asing, tidak profesional.
- pengawal hanya buli orang awam sahaja.
- melayu tak guna.
- malaysia tak ada undang2.

b) reaksi blog Melayu
- Jgn satu hari nanti Cina di Tanah Melayu ni jd mcm Cina di Indonesia. Baru makan xhabis.
- penjual hp cina penipu, kaki kencing
- Mana melayu2 kita ni tak duduk diam. Skrg cina sudah pijak atas kepala melayu.. takkan nak kasi muka lagi.. jangan sampai 13may berulang kembali.

Ulasan
-------
11. Dilihat punca utama kekecohan ini adalah rasa tidak puas hati oleh sekumpulan remaja melayu ekoran seorang kawan mereka telah ditangkap dan dituduh mencuri telefon di salah sebuah kedai di Plaza Low Yat.

12. Insiden ini menjadi viral ekoran orang ramai telah upload video2 & gambar2 kejadian ke dlm blogger & seterusnya mengeluarkn komen2 berunsur perkauman tanpa mengetahui keadaan sebenar insiden pergaduhan tersebut.

13. SB DW tlh mencadangkn supaya tangkapan dibuat ke atas beberapa lelaki Cina yg terlibat dlm pergaduhan tersebut sebagai langkah neutralise isu sensitif perkauman. Selain itu, sidang media pihak polis perlu menerangkan fakta kes secara betul supaya perkara ini tidak berpanjangan.

14. Anggota sektor SB juga tlh diarahkn utk menjumpai tokoh2 masyarakat supaya tidak mengambil tindakan sendiri & serah kpd pihak polis utk siasatan. Tq.

[12/07 22:31] Sazali 150: Lk 300 orang. Perancangan wakil berjumpa dgn pihak keselamatan. Namun tidak jadi. Perhimpunan sedang di adakan di depan pintu masuk.

[12/07 22:31] Sazali 150: Ydh Dato/tn.

Utk makluman situasa semasa di Plza Low Yat berakhir jam 2045..

1. Lokasi kumpulan Ali Tinju sedang berada di hadapan Restoran Nasi Kandar Arraaziq Jalan Bulan;

2. Lokasi kenderaan dari Keramat berada di belakang Plaza Low Yat dan sesetengah berada di hadapan Plaza Low Yat.

3. Jumlah keseluruhan kaum Melayu yg hadir seramai lk 60 orang.

Butir2 kenderaan & perkembangan lanjut menyusul. Tq

Saturday, July 11, 2015

Siapa individu-individu di belakang urusniaga MARA yang merugikan rakyat sebanyak RM129 juta?

Saya telah dedahkan identiti mereka, dokumen penuh dan bukti boleh didapati di http://rafiziramli.com/2015/07/individu-terbabit-di-dalam-urusniaga-mara-perlu-tampil-memberi-penjelasan/

INDIVIDU TERBABIT DI DALAM URUSNIAGA MARA PERLU TAMPIL MEMBERI PENJELASAN

Pembelian empat hartanah oleh MARA Inc di Melbourne, Australia telah menimbulkan kontroversi apabila harga yang dibayar adalah lebih mahal dari harga pasaran yang dilaporkan.

Kesemua urusniaga itu juga menunjukkan bagaimana syarikat yang membeli hartanah-hartanah ini dari pasaran hanya memegangnya buat beberapa bulan sebelum MARA Inc membelinya pada harga yang memberi keuntungan lumayan.

Individu yang terbabit di dalam 3 pembelian yang belum lagi didedahkan dan kaedah pembelian adalah seperti berikut:

746 SWANSTON STREET

Pembelian hartanah ini diluluskan oleh Majlis MARA pada 9 Ogos 2012 dan urusniaga disempurnakan pada 28 Ogos 2012. Pembelian ini dibuat oleh sebuah syarikat milik penuh MARA Inc bernama Thrushcross Land Holdings Limited yang didaftarkan di pusat kewangan pesisir luar pantai British Virgin Island (BVI).

Carian syarikat ini menunjukkan maklumat berikut (rujuk kepada carian syarikat yang disertakan bersama):

• Hanya didaftarkan pada 18 Januari 2013 iaitu selepas MARA membeli hartanah 746 Swanston Street. Ini bermakna urusniaga yang disempurnakan pada 28 Ogos 2012 itu tidak menggunakan syarikat milik MARA

• NOW mengesyaki bahawa semasa hartanah ini dibeli seperti yang dilaporkan kepada pengurusan MARA, semua dokumen ditandatangani oleh individu-individu yang tiada kaitan dengan MARA bagi pihak MARA

• Pengarah-pengarah Thrushcross Land Holdings Limited adalah Datuk Mohamad Lan Allani (Pengerusi MARA Inc), Datuk Abdul Halim Abdul Rahim (CEO MARA Inc), Erwan Azizi (tiada kena mengena dengan MARA) dan Izmir Abdul Hamid (tiada kena mengena dengan MARA)

• Mengikut maklumat dari rakan penyiasat di Australia, pembelian hartanah ini dari pemilik sebelumnya ditandatangani oleh Erwan Azizi dan Izmir Abdul Hamid iaitu individu yang tidak ada kena mengena dengan MARA

• Erwan Azizi dan Izmir Abdul Hamid adalah rakan kongsi yang mempunyai banyak kepentingan perniagaan dengan pimpinan Pemuda Umno

• Erwan Azizi adalah Pengarah Eksekutif Optimus Capital Sdn Bhd (sila rujuk laporan The Edge mengenai pemilikan saham beliau). Selain beliau, pengarah dan pemegang saham Optimus Capital Sdn Bhd yang lain adalah seorang yang bernama Mazrul Haizad Maarof (rujuk carian SSM yang disertakan bersama). Individu ini (Mazrul Haizad Maarof) adalah abang ipar kepada Dazma Shah Daud, EXCO Pemuda Umno

• Erwan Azizi juga adalah pengarah bukan eksekutif Biosis Group Berhad yang dipengerusikan oleh Khairul Azwan Harun, Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia

Seperti yang telah dilaporkan minggu lepas, hartanah ini dijual pada harga AUD$23.5 juta seperti rekod di Australia tetapi jumlah yang diluluskan oleh MARA adalah AUD$41.8 juta (bersamaan RM138.6 juta).

Ada ketirisan sebanyak RM63 juta yang perlu dijawab oleh individu-individu yang saya namakan pada hari ini iaitu Erwan Azizi, Izmir Abdul Hamid dan Mazrul Haizad Maarof yang merupakan individu yang rapat dengan pemegang jawatan Pemuda Umno iaitu Dazma Shah Daud dan Khairul Azwan Haron.

333 EXHIBITION STREET

Hartanah ini dibeli oleh seorang ahli perniagaan iaitu Dato' Ding Pei Chai, Pengarah Eksekutif sebuah syarikat yang disenaraikan di Bursa Kuala Lumpur iaitu DKLS Industries Berhad. Beliau menubuhkan dan memiliki syarikat Carlton Garden Pte Ltd yang berdaftar di Singapura; yang kemudiannya memiliki saham di dalam Peters Equity Pty Ltd yang ditubuhkan di Australia bagi tujuan membeli hartanah ini.

Carlton Garden ditubuhkan pada 23 November 2012 dan Peters Equity ditubuhkan pada 18 Disember 2012. Syarikat-syarikat ini ditubuhkan sekitar pembelian hartanah 333 Exhibition Street yang dilaporkan dalam Oktober 2012 dan disempurnakan dalam Februari 2013 pada harga AUS$22 juta, seperti laporan Quintessential Equity sebelum ini.

MARA Inc kemudiannya membeli Carlton Garden Pte Ltd di Singapura pada harga AUS$31 juta yang secara langsung membolehkan MARA Inc memiliki Peters Equity Pty Ltd yang memiliki hartanah 333 Exhibition Street. Harga yang dibayar oleh MARA Inc untuk memperolehi hartanah ini adalah RM33 juta lebih mahal dari harga yang dibayar oleh Dato' Ding Pei Chai beberapa bulan sebelum itu.

51 QUEEN STREET

Hartanah ini juga dibeli oleh Dato' Ding Pei Chai dan kaedah jual beli dengan MARA Inc adalah sama seperti yang berlaku dengan hartanah 333 Exhibition Street melalui dua syarikat iaitu Marinn Property Pte Ltd yang ditubuhkan di Singapura yang kemudiannya memiliki sepenuhnya saham di dalam Queville Pty Ltd yang ditubuhkan di Australia.

Marinn Property Pte Ltd ditubuhkan pada 14 November 2012 dan Queville Pty Ltd ditubuhkan pada 17 Disember 2012 iaitu sekitar pembelian hartanah 51 Queen Street seperti yang dilaporkan sebelum ini.

MARA Inc kemudiannya membeli saham Marinn Property Pte Ltd dalam bulan Mac 2013 yang membolehkan MARA memiliki Queville Pty Ltd yang memiliki hartanah 51 Queen Street pada harga yang dianggarkan RM18 juta lebih mahal dari harga yang dibayar oleh Dato' Ding Pei Chai beberapa bulan sebelum itu.

Saya telah duduk sendiri mendengar penjelasan yang diberikan oleh Dato' Ding Pei Chai yang menyatakan beliau menjual pada harga yang dipersetujui oleh MARA. Beliau juga mengakui bahawa harga yang dibeli oleh MARA itu memberi keuntungan kepada beliau dan beranggapan urusniaga itu baik bagi beliau.

Siasatan dan tindakan yang diambil ke atas individu-individu yang terbabit di dalam skandal MARA ini mestilah juga membabitkan mereka yang berada di belakang tabir yang bertindak sebagai pengatur atau broker kepada urusniaga yang merugikan MARA ini.

Saudara Khairy Jamaluddin perlu tampil ke hadapan memberi penjelasan bagaimana individu-individu yang berkaitan dengan pimpinan Pemuda Umno telah terlibat dan berkait dengan skandal ini.

Maklumat yang diberikan kepada saya menyatakan bahawa mereka ini terlibat sebagai pengatur kepada urusniaga-urusniaga ini dan berkemungkinan mendapat keuntungan dari urusniaga ini – maka wajarlah Saudara Khairy Jamaluddin memberi penjelasan yang sebaiknya.

RAFIZI RAMLI
AKMAL NASIR
Pengarah Eksekutif NOW

Thursday, July 09, 2015

JINGGA 13 DESAK POLIS SIASAT PENDEDAHAN WSJ BUKAN AMBIL TINDAKAN TERHADAP PEMBERI MAKLUMAT

JINGGA 13 DESAK POLIS SIASAT PENDEDAHAN WSJ BUKAN AMBIL TINDAKAN TERHADAP PEMBERI MAKLUMAT

Jingga 13 mempersoal kenyataan Ketua Polis Negara (IGP) Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini bahawa polis akan menyiasat WSJ di bawah Seksyen 4 Akta Jenayah Komputer 1997 kerana mendedahkan maklumat adalah satu tindakan double standard yang bertujuan mengenakan tindakan terhadap pemberi maklumat tetapi tidak serius dalam menyiasat dan mengambil tindakan terhadap skandal yang didedahkan oleh WSJ yang melibatkan 1MDB dan DS Najib Razak.

Pendedahan yang dibuat oleh WSJ adalah sangat serius dan perlu kepada satu tindakan secara telus dan profesional oleh pihak polis bukannya mengambil tindakan terhadap WSJ atau pemberi maklumat .

Jingga13 percaya adakah tindakan tersebut adalah satu usaha bertujuan 'menyelamatkan' DS Najib Razak dengan skandal rm2.67 Billion yang telah dipindahkan ke akaun peribadi beliau? Tindakan mengalihkan perhatian rakyat dengan meletakkan kesalahan pada WSJ kerana mendedahkan skandal 1MDB dan DS Najib Razak adalah meletakkan betapa rendah integriti dan kredebiliti Ketua Polis Negara dan Polis Di Raja Malaysia sedangkan sehingga kini tidak ada satu tindakan yang serius diambil.

Jingga13 mendesak agar tindakan menyiasat WSJ di bawah Akta Jenayah Komputer 1997 dihentikan dengan segera dan sekali lagi meminta agar satu Suruhanjaya DiRaja dibentuk secara telus dan profesional dengan segera bagi tujuan menyiasat secara terperinci kes tersebut.

Jingga13 merasa 'sangsi' terhadap tindakan atau siasatan yang dilakukan oleh Peguam Negara, Bank Negara , SPRM dan PDRM dalam skandal 1MDB dan DS Najib Razak.

Muafakat*Prihatin*Berani

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
Jingga13 Malaysia

Wednesday, July 08, 2015

Keadilan - AKTIVIS MUDA DAN PROFESSIONAL DIBERI TUGASAN KHUSUS DALAM KEADILAN

AKTIVIS MUDA DAN PROFESSIONAL DIBERI TUGASAN KHUSUS DALAM KEADILAN

Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) akan menyaksikan undi orang muda di bawah 30 tahun menjadi undi paling penting memandangkan kumpulan ini adalah kumpulan pengundi terbesar. Pelbagai kontroversi dan skandal yang membabitkan pentadbiran Umno/Barisan Nasional kebelakangan ini membuatkan pengundi muda mencari alternative dan lebih cenderong kepada perubahan.

KEADILAN adalah sebuah parti yang mempunyai rekod terbaik memberi ruang dan amanah kepimpinan kepada pemimpin muda. Dua dari 4 Naib Presiden yang dipilih berumur di bawah 40 tahun. KEADILAN terus mendapat penyertaan pimpinan muda dari golongan mahasiswa, aktivis dan professional yang diberikan amanah kepimpinan dan tugasan khusus.

Bagi pihak KEADILAN, saya berbesar hati mengumumkan penyertaan atau tugasan khusus kepada pimpinan dan aktivis muda seperti berikut:

YB Senator Saudari Siti Aishah Sheikh Ismail
YB Saudari Siti Aishah adalah ahli Dewan Negara termuda yang pernah dilantik di dalam sejarah Malaysia. Beliau adalah seorang aktivis dan penceramah yang ternama sebelum ini. Beliau akan bertanggungjawab khusus untuk membawa isu wanita muda dan menambahkan penyertaan wanita muda di dalam kepimpinan KEADILAN.

Dr Fahmi Ngah
Dr Fahmi Ngah adalah pemegang ijazah kelas pertama dari University of London dalam bidang kejuruteraan. Beliau juga mendapat PhD dari universiti yang sama dan penerima anugerah-anugerah berikut:

1994: Cookson Prize for Best First Year Graduate from Cookson PLC

1995: Smith and Nephew Prize for Best Second Year Graduate from Smith and Nephew PLC

1996: Tun Ismail Ali Award for Best UK graduate from the British/Malaysian Society

1997: Draper Prize for Best MSc Dissertation from Queen Mary College

1997: Anugerah Belia Negara (Kategori Graduan Terbaik Luar Negara) from Kementerian Belia dan Sukan Malaysia

1998: CEO Excellence Award for Intelligent Production Solutions from BP Malaysia

1999: Perdana Scholarship Award from Tun Dr Mahathir Mohamad

2005: Best Young Scientist Award from UK Defense Research Agency

Beliau pernah bertugas di UK Defense Research Agency (Agensi Penyelidikan Pertahanan UK) sebagai saintis kanan sebelum menyertai sektor korporat di UK di beberapa syarikat seperti British Energy dan EDF Energy. Jawatan terakhir beliau di dalam sektor korporat adalah Head of Commodity Trading di CIMB. Beliau kini adalah Ketua Pegawai Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor.

Beliau adalah Pengarah Strategi bagi KEADILAN Wilayah Persekutuan dan bertanggungjawab khusus bagi program "Professional in Politics" (PIP) yang akan dilancarkan KEADILAN dengan sasaran mendapatkan penyertaan lebih ramai pimpinan dari kalangan professional.

Saudara Wan Ji Wan Wan Hussin
Beliau adalah seorang pendakwah bebas yang berasal dari Kelantan. Mendapat pendidikan Islam awal dari Karachi, Pakistan dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah dalam bidang Islam di Universiti Al-Azhar dengan pengkhususan di dalam maqassid syariah.

Saudara Wan Ji Wan Hussin kini telah dilantik sebagai EXCO Angkatan Muda KEADILAN dengan tanggungjawab khusus menarik lebih ramai golongan berpendidikan Islam ke dalam KEADILAN.

AHMAD SYUKRI RAZAB
Saudara Syukri Razab adalah pimpinan mahasiswa yang tidak asing lagi dan merupakan generasi pertama pimpinan mahasiswa selepas gelombang 2008 yang paling lantang memperjuangkan kebebasan akademik. Berumur 30 tahun dan berasal dari Sabah, Saudara Syukri adalah mantan Pengerusi Majlis Politik Nasional, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), mantan Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan pengasas kumpulan anak muda LENSA. Beliau juga adalah aktivis hak asasi manusia yang berkhidmat dengan Suaram.

Saudara Syukri Razab kini dilantik sebagai Setiausaha Pengelola Angkatan Muda KEADILAN yang bertanggungjawab menambah keahlian AMK dan memperkuatkan organisasinya.

MOHAMMAD ZAKI ABDUL SHUKOR
Saudara Zaki Abdul Shukor adalah mahasiswa jurusan undang-undang dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan merupakan Speaker Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Persatuan Mahasiswa UKM bagi sessi 2014 – 2015. Beliau merupakan calon Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM) yang pertama yang memenangi kerusi pilihanraya kampus.

Saudara Zaki adalah seorang pendebat yang telah memenangi pertandingan debat undang-undang (moot competition) di peringkat antarabangsa seperti berikut:

Juara Dunia, IASLA Space Law Moot Court Competition, International Finals,
Paris, France, 2014.

Juara Asia Pasifik, IASLA Space Law Moot Court Competition, Asia Pacific Regional
Level, Sydney, Australia, 2014.
Peringkat Akhir, Malaysia Public Policy Competition, 2012.

Saudara Zaki telah dipilih oleh perwakilan Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM) sebagai presiden MKM bagi penggal 2015 – 2016 dalam mesyuarat agung MKM yang lalu. Beliau dan EXCOnya bertanggungjawab menggandakan keahlian MKM di kampus-kampus universiti seluruh Malaysia dan menambah bilangan kerusi dalam Pilihanraya Kampus yang akan diadakan.

MUHAMMAD AFFENDY HASNI
Saudara Affendy adalah mahasiswa jurusan undang-undang Universiti Kebangsaan Malaysia dan merupakan mantan Presiden Persatuan Mahasiswa Undang-undang UKM. Beliau merupakan pendebat yang pernah memenangi pertandingan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa seperti berikut:

Pemenang Pertandingan Debat Integriti peringkat kebangsaan
Naib Johan Kebangsaan, Pertandingan Debat Piala Perdana Menteri di antara universiti-universiti seluruh Malaysia
Pemenang Best Memorial Award, Phillip C. Jessup International Law Moot Court Competition peringkat kebangsaan
Pemenang dan pembahas terbaik Pertandingan Debat Antara Sekolah-sekolah Malaysia anjuran UIA

Beliau pernah mengambil gap year untuk berkhidmat dengan firma guaman di Brisbane, Australia selama hampir setahun.

Saudara Affendy adalah Timbalan Presiden Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM) yang bertanggungjawab menambah keanggotaan KEADILAN dari kalangan mahasiswa.


KEADILAN akan terus memberi ruang kepada golongan muda dari kalangan mahasiswa, aktivis dan professional supaya roh parti ini yang digerakkan oleh golongan muda akan terus dikekalkan, selaras dengan amanat Dato' Seri Anwar Ibrahim bahawa perubahan hanya boleh berlaku dengan penyertaan orang muda.

Saya menjemput lebih ramai pimpinan muda dan aktivis untuk menyertai KEADILAN dengan berhubung secara terus dengan saya atau Saudara Nik Nazmi Nik Ahmad, Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia.


RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN

Tuesday, July 07, 2015

Anwar kini dirawat lagi di HKL

DS ANWAR KINI DIRAWAT DI HKL

Keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dimaklumkan bahawa beliau telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur petang tadi untuk menerima rawatan lebih lanjut.

Difahamkan bahawa beliau telah ditempatkan di wad berasingan dan akan berada di HKL untuk beberapa hari. Beliau akan diberi rawatan fisioterapi intensif untuk kesakitan di bahagian bahu, tekanan darah beliau akan dipantau, dan CT Scan akan dibuat ke atas buah pinggang beliau.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail juga telah dibenarkan bertemu dengan Datuk Seri Anwar petang tadi

7 Julai 2015

Muhyiddin digesa jumpa Agong pohon lucut jawatan Najib

Muhyiddin digesa jumpa Agong pohon lucut jawatan Najib

Bekas naib presiden PAS, Datuk Husam Musa menggesa timbalan perdana menteri agar bertemu Yang Di Pertuan Agong bagi memohon pelucutan jawatan perdana menteri. Bekas Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa menggesa Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin agar bertemu Yang di-Pertuan Agong bagi memohon pelucutan jawatan Datuk Seri Najib Razak sekurang-kurangnya buat sementara waktu dan seterusnya memangku jawatan perdana menteri.

Husam menggesa agar Muhyiddin bersama Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail memohon mengadap ke bawah duli bagi membuat permohonan itu demi "membolehkan siasatan dan tindakan yang bebas dapat diambil" terhadap dakwaan aliran wang lebih RM2.3 bilion ke dalam akaun Najib.

"Ketika peguam negara membuat kenyataan melihat sendiri dokumen-dokumen berkaitan dan mengarahkan serbuan dibuat ke atas syarikat berkaitan, negara kita sepatutnya diambil alih seorang PM yang baharu atau paling kurang pemangku PM.

"Sesuatu mesti dilakukan semua pihak dalam negara kita untuk memaksa PM melepaskan tanggungjawab dan kuasanya setidak-tidaknya untuk sementara waktu bagi membolehkan siasatan dan tindakan yang bebas dapat diambil," kata ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor itu.

Husam turut menggesa ahli-ahli Parlimen sedia ada tanpa mengira fahaman politik memberikan sokongan mereka kepada Muhyiddin bagi mengambil alih jawatan itu daripada Najib.

Pada masa sama katanya, Muhyiddin perlu menjamin satu tindakan undang-undang akan dilaksanakan tanpa pilih kasih, apabila memangku jawatan itu.

"Ahli Parlimen seluruhnya perlu menunjukkan sikap patriotik mereka termasuk memberikan sokongan kepada TPM untuk mengambil alih negara daripada Najib sekalipun mereka adalah daripada parti-parti di luar kerajaan.

"Tan Sri Muhyiddin juga perlu menjamin suatu tindakan undang-undang diambil tanpa mengira kedudukan dan pangkat.

"Lebih banyak malapetaka akan berlaku jika tindakan segera tidak diambil," katanya.

Sementara itu, bekas Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar mempersoalkan sebab Najib tidak membuat sebarang laporan polis bagi membersihkan namanya ekoran dakwaan The Wall Street Journal (WSJ) dan Sarawak Report yang mendakwa beliau menerima wang itu di dalam akaun peribadinya di AmBank.

"Najib hanya menyatakan peguam-peguamnya akan memberikan nasihat kepadanya tentang tindakan yang sepatutnya diambil beliau.

"Kenapa begitu lambat peguam-peguamnya memberikan nasihat dan cadangan tindakan yang perlu dilakukan beliau.

"Najib perlu melakukan pembelaan dirinya dari pada semua tuduhan tuduhan yang dilakukan The Wall Street Journal dan Sarawak Report.

"Langkah yang pertama yang sepatutnya dilakukan Najib ialah membuat laporan polis ke atas WSJ dan SR," katanya dalam kenyataan hari ini.

Monday, July 06, 2015

PKR JOHOR MENOLAK BUDAYA POLITIK SAMSENG DI JOHOR


PKR JOHOR MENOLAK BUDAYA POLITIK SAMSENG DI JOHOR

1. Merujuk kepada insiden kekecohan oleh samseng di Taman Megah Ria semalam, PKR Johor melahirkan perasaan kesal dan sekaligus menolak kelakuan dan kehadiran budaya samseng di Taman Megah Ria, Pasir Gudang dan Johor.

2. Sebagai sebuah Negara demokrasi yang kini berumur 58 tahun dan telah melalui 13 pilihanraya, adalah amat kesal budaya samseng dan politik tidak matang sebegini masih wujud di Malaysia khususnya di Johor.

3. Ini juga bukan insiden pertama dimana pernah ada gangguan sebegini, tetapi PKR Johor harap ini adalah insiden terakhir.

4. Kelakuan orang dalam video yang disebarkan dalam laman web media jelas menunjukkan sekumpulan lelaki dan perempuan sengaja menganggu satu sesi dialog aman di sebuah kedai swasta.

5. Jelas ini adalah satu tindakan yang mencabar undang-undang dan PKR Johor mengesa pihak Polis memulakan siasatan dan mengambil tindakan undang-undang dengan segera kepada mereka yang bersalah atas prinsip – 'Rule of Law and not Rule of Mobs must prevail'.

6. Sebarang kelewatan PDRM mengambil tindakan hanya akan melemahkan keyakinan orang awam terhadap efisiensi dan kebebasan pihak Polis.

7. Juga telah dicamkan dan dinyatakan di media bahawa samseng yang melakukan kecohan semalam terdiri daripada ahli-ahli UMNO Pasir Gudang. Memandangkan keseriusan insiden ini, kami harap Menteri Besar Dato' Seri Khaled Nordin sebagai ADUN kawasan Permas dan juga Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang boleh memberi pendirian dan pandangan beliau berkenaan dengan isu ini.

8. Akhirnya, PKR Johor berpendapat kekecohan dan tindakan samseng semalam hanya membuktikan bahawa pihak lawan politik kami tidak lagi yakin untuk mempertahankan DUN Permas dan Parlimen Pasir Gudang pada pilihanraya yang akan datang dan sebaliknya PKR Johor akan memberi tumpuan sepenuh untuk menawan kerusi-kerusi di Pasir Gudang yang hanya kalah nipis pada pilihanraya yang lepas.

Hassan Abdul Karim
Pengerusi MPN Keadilan Johor

Jimmy Puah
Timbalan Pengerusi MPN Johor merangkap ADUN Bukit Batu

Sunday, July 05, 2015

Hei ....Najib...mana mau lari haaaa....

KENYATAAN MEDIA

PERTEMUAN TERGEMPAR AHLI-AHLI PARLIMEN BERKENAAN PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI

Perkembangan politik terkini tanah air meletakkan kita di beberapa senario yang baru, yang mungkin belum pernah kita alami dalam sejarah negara setakat ini. Dakwaan cukup berat yang dibuat akhbar Wall Street Journal tentang sejumlah wang yang dimasukkan ke akaun peribadi Dato' Sri Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia, kini kelihatan berasas apabila Tan Sri Gani Patail, Peguam Negara, mengesahkan beliau telah melihat dokumen sama yang dipetik akhbar tersebut dan serbuan terhadap premis ketiga-tiga syarikat yang didakwa terlibat telah berlaku semalam.

Kegusaran di kalangan rakyat Malaysia akibat perkembangan terkini ini tidak memungkinkan KEADILAN dan parti-parti Pembangkang malah di kalangan UMNO-Barisan Nasional sendiri untuk terus berdiam diri. Walaupun kita menanti laporan penuh mengenai kes ini dari semua agensi kerajaan yang bertanggungjawab, namun kita perlu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan demi memastikan kepentingan rakyat dan negara terjamin.

Oleh itu, saya akan memanggil satu pertemuan Ahli-Ahli Parlimen dari semua parti-parti Pembangkang malah juga dari UMNO-Barisan Nasional untuk membincangkan keadaan politik terkini dan halatuju negara. Pertemuan ini akan diadakan pada hari Selasa, 7 Julai, jam 12 tengah hari di Parlimen. Maklumat lanjut mengenai tempat pertemuan akan diberi kemudian.

Saya juga memanjangkan jemputan terpilih kepada pimpinan-pimpinan badan bukan kerajaan (Non-Governmental Organizations, NGOs) untuk bersama-sama di dalam pertemuan tergempar ini.

Saya berharap melalui pertemuan ini, Ahli-Ahli Parlimen dari semua parti serta NGO dapat menzahirkan satu keputusan yang melambangkan keprihatinan rakyat seluruh negara kepada kebolehpercayaan rakyat terhadap kepimpinan Dato' Sri Najib Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Satu sidang media akan diadakan di Parlimen pada jam 2.30 petang, selepas pertemuan ini.

Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden KEADILAN
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia

5 Julai 2015

Friday, July 03, 2015

Mat Sabu respon suara anak muda....

KENYATAAN MEDIA‎

RESPON KE ATAS KENYATAAN MEDIA ANAK MUDA

BismillahiRahmanirRahim

Salam Ramadhan kepada semua anak-anak muda. Mereka yang menandatangani satu deklarasi kehendak anak-anak muda supaya kerajaan Barisan Nasional dapat ditukar pada masa yang akan datang, adalah suatu harapan yang begitu murni dan ikhlas dalam perjuangan mereka.

Negara Malaysia sekarang sememangnya dilanda dengan pelbagai krisis ekonomi, krisis kepimpinan, rasuah yang menjadi-jadi, penyelewengan kewangan dalam 1MDB, perlaksanaan GST, wang tabung haji yang disalahguna, MARA dan pelbagai skandal lagi, termasuklah skandal perundangan. Kes Altantuya yang belum lagi selesai, orang yang membunuhnya berada di Luar Negara, motif pembunuhan yang tidak diketahui.

Semuanya itu, garis penyelesaiannya ialah berlaku pertukaran pemerintah dalam pilihanraya yang akan datang dan pemerintah baru akan dapat menyesuaikan dan membaikpulih apa yang berlaku terutama keburukan dan tekanan ekonomi kepada rakyat.

Hasrat anak-anak muda itu perlu disambut dengan keadaan yang positif melihat ke dalam terutama sekali Pakatan politik mesti diusahakan dengan sebaik mungkin supaya rakyat akan memberikan keyakinan kepada suatu Pakatan politik yang baru untuk menukar pemerintah Barisan Nasional yang begitu uzur dan korup sekarang.  

Justeru itu, seruan anak-anak muda ini perlu diambil perhatian khusus kerana mereka lah yang akan mewarisi pemerintahan dan mengepalai ketamadunan rakyat pada masa yang akan datang. Janji untuk melaksanakan good governance, pemerintah yang anti rasuah dan berintegriti tinggi perlu diberi keyakinan kepada anak-anak muda terutama mereka yang menandatangani deklarasi yang dari pelbagai kaum dan pelbagai latar pengajian dan berbagai agama itu. Hasrat mereka adalah satu, untuk melihat Malaysia yang lebih Adil, Makmur dan Sejahtera.

Kita menyahut seruan mereka itu, dan kita ambil perhatian kritik dan pandangan mereka sepenuhnya.

Hj Mohamad Sabu
03 Julai 2015‎
16 Ramadan1436H‎

NAJIB PERLU JAWAB DAKWAAN DAN ISYTIHAR HARTA

KENYATAAN MEDIA

NAJIB PERLU JAWAB DAKWAAN DAN ISYTIHAR HARTA

Satu Malaysia hari ini telah digegarkan laporan berita Wall Street Journal dan Sarawak Report yang mendakwa sejumlah wang yang cukup besar telah dimasukkan ke akaun yang didakwa milik Dato' Sri Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia.

Perdana Menteri tidak punyai pilihan dan tidak boleh berdolak-dalik. Beliau wajib mengeluarkan satu respon serta-merta yang khusus dan boleh dipercayai mengenai dakwaan yang teramat serius ini.

Perdana Menteri juga wajib membuat satu kenyataan bersumpah untuk mengisytiharkan harta dan aset-aset yang beliau miliki.

KEADILAN menggesa agar satu badan siasatan bebas ditubuh secepat mungkin untuk menyiasat dakwaan-dakwaan ini, dan jika perlu akan berusaha untuk mengadap DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong untuk mengenalpasti mekanisme untuk membolehkan badan siasatan bebas ini diwujudkan.

Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden KEADILAN
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia

3 Julai 2015

===

PRESS STATEMENT

NAJIB MUST ANSWER ALLEGATIONS AND DECLARE ASSETS

Malaysians today were shocked with the reports by the Wall Street Journal and Sarawak Report that alleged a huge sum of money had been transferred into bank accounts allegedly belonging to Dato' Sri Najib Razak, Prime Minister of Malaysia.

The Prime Minister has no other option and must wait no longer. He must immediately issue an immediate, specific and credible response to these very serious allegations.

The Prime Minister must also declare his assets publicly in a sworn statement.

KEADILAN will press for an independent inquiry into these allegations, and if necessary will seek an audience with HRH Seri Paduka Bagina Yang Di-Pertuan Agong to discuss the mechanism to enable this inquiry to take place.

Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
KEADILAN President
Opposition Leader of the Malaysian Parliment

3 July 2015

Thursday, July 02, 2015

Percaya pada umno...inilah akibatnya...

Peneroka FELDA Menangis Hutang Beratus Ribu

KENYATAAN MEDIA: SEMAK SEMULA HUTANG PENEROKA.

Persatuan ANAK Peneroka Felda Kebangsaan( ANAK) amat bersimpati dengan apa yang diluahkan oleh seorang pengguna laman sosial facebook yang bernama Zurina Amnan mengenai Penyata Hutang yang disediakan Techno Plant berjumlah RM146,502.32 dan tidak termasuk pinjaman baiki rumah sebanyak RM40 ribu.

Hakikatnya, inilah antara isu besar yang saya dan peneroka bangkitkan sekian lama. Saya masih menyimpan begitu banyak resit penyata Tanam Semula Peneroka yang menyatakan kedudukan hutang mereka. Setakat ini mengikut rekod saya, ada peneroka menanggung hutang tanam berjumlah RM157 ribu. Waktu itu Datuk Ahmad Maslan menjadi Timbalan Menteri di JPM yang menyelenggara felda, dimana saya telah bangkitkan betapa tidak 'masuk akal' hutang yang begitu tinggi.

Banyak aduan mengenai hutang peneroka telah saya kemukakan kepada Felda. Dalam kes Gugusan Trolak di Perak umpamanya, ia sampai ke peringkat Laporan Polis apabila peneroka hilang sabar mengenai jumlah hutang yang 'mengarut'. Akhirnya, ia dapat diselesaikan dan penyata baru dikeluarkan.

Bahkan, isu hutang peneroka saya muatkan secara berfakta dalam buku saya, Felda...Dulu Tolong Sekarang Along, namun saya di saman kononnya membuat fitnah terhadap Felda.

Ada beberapa point penting jika kita meneliti Kos Tanam Semula peneroka. Sebahagian besarnya terkandung dalam Perjanjian Tanam Semula dan Pengurusan Kebun antara Felda dengan Peneroka. Antaranya pinjaman sara hidup atau pendahuluan pendapatan, penyelenggaraan kebun, kos baja yang mahal dan pulangan pendapatan yang sepatutnya di nikmati peneroka.

ANAK telah menubuhkan Jawatankuasa Menangani hutang peneroka yang di pengerusikan oleh Sdr Abd Rahman Ramli, Pengerusi Badan Kebangkitan Peneroka Kebangsaan(BANGKIT). Aduan, memorandum hingga kepada SUHAKAM dan YAB Perdana Menteri telah dilakukan.
Kepedihan dan sakit hati peneroka lebih terasa apabila hutang bertimbun, manakala kebun tidak diselenggara dengan sempurna. Ada kes yang saya lawati sendiri, kebun belum di tanam sawit tapi hutangnya sudah puluhan ribu!

Saya merayu kepada Pengarah Besar yang baru, Dato' Hanapi Suhada, agar isu hutang peneroka dijadikan fokus utama. Terdapat 95 ribu peneroka yang menyerahkan urusan tanam semula samada melalui Felda dan Techno Plant. Tubuhkan suatu jawatankuasa khas yang membabitkan berbagai pihak agar mekanisma tertentu dapat di lakukan bagi mengurangkan hutang peneroka. Buat semakan semula secara detail dan mansuhkan kos2 yang tidak wajar.

Berkali kali saya telah buat kenyataan agar Kerajaan campur tangan dan mengumumkan pemotongan dengan kadar tertentu atas hutang peneroka. Atas faktor usia peneroka yang telah lanjut, kemudiannya di bebankan dengan hutang yang tinggi, ia bebanan yang menjadi derita peneroka hingga ke akhir hayat. Untuk mansuhkan hutang tersebut, implikasi kewangan amat tinggi dan Felda tidak mampu menyerapnya.

Namun, jika YAB Perdana Menteri prihatin dan menghargai jasa dan pengorbanan para peneroka, beliau boleh umumkan 'bahawa hutang peneroka dikaji semula. Sebagai permulaan sebagai insentif hariraya, pemotongan hutang sebanyak 25% di lakukan berkuatkuasa 1 Ogos ini'

Ianya akan menjadi hadiah istimewa peneroka menjelang Hari Raya!

MENERAJUI PERUBAHAN
Mazlan bin Aliman
Presiden ANAK

Pertandingan Cipta Logo #BantahGST

Kenyataan Media: KEADILAN Melancarkan Pertandingan Cipta Logo #BantahGST

29 Jun 2015

Parti KEADILAN merasai kehempitan kos sara hidup rakyat akibat cukai GST. Terutamanya pada bulan Ramadan apabila semua kos makanan dan keperluan asas naik mendadak. Pada bulan April, Bank Negara Malaysia telah merekodkan kadar inflasi naik 0.9% akibat GST. Ini menunjukkan bahawa GST memang menaikkan harga barang bukan seperti yang dijanjikan oleh Timbalan Menteri Datuk Ahmad Maslan bahawa harga barangan akan turun selepas GST. Oleh sebab itu, Parti KEADILAN akan terus berjuang untuk membantah GST walaupun pada bulan Ramadan.

Berlainan dengan cara demo jalanan, sempena bulan Ramadan ini, kami ingin membantah GST dengan cara kreatif. Maka, parti KEADILAN ingin melancarkan satu kempen mencipta logo #BantahGST pada hari ini.

Melalui pertandingan ini, kami ingin memberi isyarat kepada kerajaan bahawa perjuangan Rakyat #BantahGST belum selesai. Kempen #BantahGST akan terus bersemarak selagi cukai ini masih berkuatkuasa.

Pertandingan mencipta logo #BantahGST ini bertujuan melibatkan golongan anak muda untuk meluahkan pendapat #BantahGST melalui kreativiti dan seni lukis. Kami berpendapat perjuangan demi rakyat melingkupi semua sektor masyarakat bukan setakat membuat demo jalanan sahaja. Maka, kami ingin menjemput semua anak muda menggunakan kreativiti masing-masing untuk mencipta logo #BantahGST

Pertandingan ini juga amat unik kerana pemilihan logo terbaik adalah daripada pengundian rakyat sendiri. Para peserta harus kempen masing-masing untuk mendapat seberapa "like" yang mungkin daripada para penyokong mereka. Logo yang mempunyai "like" yang terbanyak akan mendapat hadiah pertama. Semua peserta harus menghantar karya mereka mulai hari ini sehingga 12 Julai 2015. Selepas ini, logo-logo akan dipamerkan di laman facebook.com/demirakyat13 untuk pengundian oleh rakyat mulai Julai 13 hingga Ogos 4.

Logo yang terbaik akan mendapat hadiah setinggi RM1000. Hadiah kedua dan ketiga adalah RM500 dan RM200. Logo yang terbaik mungkin akan digunakan untuk kempen #BantahGST pada masa hadapan. Sila layar facebook.com/demirakyat13 untuk mendapat syarat-syarat pertandingan.

Kami menyeru semua anak muda yang berbakat menyertai pertandingan ini dan Bantah GST bersama-sama.

Sim Tze Tzin
Pengarah Strategi, Parti KEADILAN

JINGGA 13 KECAM KENAIKAN HARGA MINYAK, DESAK KERAJAAN BERI PENJELASAN

Kenyataan Media
JINGGA13 Malaysia

2 Julai 2015

JINGGA 13 KECAM KENAIKAN HARGA MINYAK, DESAK KERAJAAN BERI PENJELASAN

JINGGA 13 mengecam tindakan kerajaan  menaikkan harga minyak 10 sen bg RON95 dan 20 sen bg RON 97 setelah memberikan bonus sebanyak RM500 kepada kakitangan awam. Tindakan menaikkan harga minyak ini seolah-olah merupakan galang ganti sebagai menampung kembali pemberian bonus tersebut yang akhirnya memberikan kesan sepenuhnya kepada rakyat sedangkan harga minyak mentah dunia adalah menurun  dan turut dirasai dari kejatuhan mata wang Ringgit.

Malah rakyat sudah pun terbeban dengan kenaikan harga barang dan GST.  Rakyat terpaksa membayar harga yang mahal akibat urus tadbir kerajaan yang lemah dan kegagalan DS Najib Razak sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

JINGGA 13 juga mempersoalkan kenyataan yang dibuat oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek yang mengumumkan bahawa kerajaan tidak akan lagi mengumumkan harga baru petrol pada hari terakhir setiap bulan, sebaliknya pengguna hanya akan mengetahui harga baru sama ada berubah atau kekal pada tengah malam.

Jika sebelum ini kerajaan akan memaklumkan terlebih dahulu melalui media beberapa hari sebelum kenaikan minyak dibuat, mengapakah sekarang ini pihak kerajaan cuba untuk berbuat sebaliknya? Adakah ianya polisi baru yang diamalkan oleh kerajaan sebagai cara untuk melepaskan diri daripada berhadapan dengan bantahan rakyat?

Rakyat juga perlukan penjelasan berhubung dengan perkara-perkara ini memandangkan tindakan-tindakan kerajaan ini dilihat semakin merugikan rakyat dari sehari ke sehari dan memberikan tekanan serta kesan negatif khususnya golongan berpendapatan rendah dan miskin berikutan kenaikan tersebut , lebih-lebih lagi dalam suasana umat Islam berdepan dengan Ramadhan dan persiapan menyambut Idul Fitri.

JINGGA 13 juga menyokong penuh pemfailan rang undang-undang persendirian untuk mewujudkan Tabung Penstabilan Harga Minyak di Parlimen dalam sesi akan datang. Ini kerana kewujudan Tabung Penstabilan Harga Minyak tersebut adalah berkaitan dengan kebajikan rakyat.

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
JINGGA13 Malaysia

Wednesday, July 01, 2015

BILA TABUNG HAJI AKAN NAMAKAN PEMBELI TANAH TRX?

Hampir dua bulan sudah berlalu sejak kenyataan Pengerusi Lembaga Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim pada 9 Mei 2015 bahawa tanah seluas 0.66 hektar di Tun Razak Exchange (TRX) yang telah dibeli daripada 1MDB telah menerima tiga tawaran pembeli yang berminat. Pada waktu itu, Abdul Azeez telah berkata bahawa:

"Salah satu pihak telah menawarkan RM188.5 juta, harga yang dibayar Tabung Haji untuk membeli tanah daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB), but with an additional profit of RM5 million."

("One potential buyer has offered RM188.5 million, the price Tabung Haji paid to purchase the land from 1Malaysia Development Bhd (1MDB), but with an additional profit of RM5 million.")

Abdul Azeez juga berkata bahawa satu keputusan akan dibuat dalam masa dua minggu, sekitar 23 Mei.

Namun sehingga hari ini, rakyat Malaysia belum lagi diberi gambaran jelas apa sebenarnya yang akan berlaku kepada pelaburan ini.

Atau apakah sudah berlaku U-turn dalam keputusan lembaga? Jika ya, rakyat Malaysia wajib diberi penjelasan kenapa Abdul Azeez boleh berkata satu keputusan tentang pembeli akan dibuat sekitar hujung bulan Mei.

Lembaga Tabung Haji wajib perjelas isu ini; Rakyat, terutama mereka yang menabung dengan Tabung Haji untuk menunaikan ibadah haji, mahukan penjelasan.

Jangan kamu berani permainkan Rakyat.

Fahmi Fadzil
Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN

1 Julai 2015

-

PRESS STATEMENT

WHEN WILL TABUNG HAJI NAME BUYER FOR TRX LAND?

It has been almost two months since the 9 May 2015 statement made by Lembaga Tabung Haji Chairman Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, that the 0.66 hectare piece of land in the Tun Razak Exchange (TRX) which it had purchased from 1MDB has received three offers from interested buyers. At that time, Abdul Azeez had claimed that:

"One potential buyer has offered RM188.5 million, the price Tabung Haji paid to purchase the land from 1Malaysia Development Bhd (1MDB), but with an additional profit of RM5 million."

Abdul Azeez also claimed that a decision would be made within two weeks, which is around 23 May.

Yet until today, the Malaysian public has yet to be given a clearer picture as to what will happen to this piece of investment.

Or has there been a U-turn in the board's decision? If so, the public demands a clarification as to why Abdul Azeez was so bold as to announce that a decision on the buyer would be made by end-May.

Lembaga Tabung Haji must come clean on this issue; the Rakyat, especially those who have saved their hard-earned money with the pilgrimage fund to go for the hajj, demands it.

Don't you dare make a fool of the Rakyat.

Fahmi Fadzil
KEADILAN Vice Youth Chief

1 July 2015