SharpShooter Followers

Friday, July 03, 2015

Mat Sabu respon suara anak muda....

KENYATAAN MEDIA‎

RESPON KE ATAS KENYATAAN MEDIA ANAK MUDA

BismillahiRahmanirRahim

Salam Ramadhan kepada semua anak-anak muda. Mereka yang menandatangani satu deklarasi kehendak anak-anak muda supaya kerajaan Barisan Nasional dapat ditukar pada masa yang akan datang, adalah suatu harapan yang begitu murni dan ikhlas dalam perjuangan mereka.

Negara Malaysia sekarang sememangnya dilanda dengan pelbagai krisis ekonomi, krisis kepimpinan, rasuah yang menjadi-jadi, penyelewengan kewangan dalam 1MDB, perlaksanaan GST, wang tabung haji yang disalahguna, MARA dan pelbagai skandal lagi, termasuklah skandal perundangan. Kes Altantuya yang belum lagi selesai, orang yang membunuhnya berada di Luar Negara, motif pembunuhan yang tidak diketahui.

Semuanya itu, garis penyelesaiannya ialah berlaku pertukaran pemerintah dalam pilihanraya yang akan datang dan pemerintah baru akan dapat menyesuaikan dan membaikpulih apa yang berlaku terutama keburukan dan tekanan ekonomi kepada rakyat.

Hasrat anak-anak muda itu perlu disambut dengan keadaan yang positif melihat ke dalam terutama sekali Pakatan politik mesti diusahakan dengan sebaik mungkin supaya rakyat akan memberikan keyakinan kepada suatu Pakatan politik yang baru untuk menukar pemerintah Barisan Nasional yang begitu uzur dan korup sekarang.  

Justeru itu, seruan anak-anak muda ini perlu diambil perhatian khusus kerana mereka lah yang akan mewarisi pemerintahan dan mengepalai ketamadunan rakyat pada masa yang akan datang. Janji untuk melaksanakan good governance, pemerintah yang anti rasuah dan berintegriti tinggi perlu diberi keyakinan kepada anak-anak muda terutama mereka yang menandatangani deklarasi yang dari pelbagai kaum dan pelbagai latar pengajian dan berbagai agama itu. Hasrat mereka adalah satu, untuk melihat Malaysia yang lebih Adil, Makmur dan Sejahtera.

Kita menyahut seruan mereka itu, dan kita ambil perhatian kritik dan pandangan mereka sepenuhnya.

Hj Mohamad Sabu
03 Julai 2015‎
16 Ramadan1436H‎

Comment (1)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
Hamba Allah's avatar

Hamba Allah · 508 weeks ago

Salam. Kita (rakyat) hidup tertindas dengan banyak dasar kerajaan termasuk GST adalah takdir. Kita kena menerimanya. Suratan hidup. Kita kena bagi peluang lagi kat BN sampai dia lelong negara ni. Mudah2an selepas dia lelong, Israel akan beli untuk dijadikan kem strategik untuk bunuh kita semua (orang Islam). Ini takdir. Yang penting macam Tuang Presideng parti hamba kata, "KITA KENA MENCARI KEREDHAAN ILAHI." Jangan takut, kita ada juga ULAMA-ULAMA BOGEL (berjubah tetapi kelakuan macam setan) yang boleh keluar fatwa macam, "KELUAR PAS JADI KAFIR!". Last-last kita semua dok Hoispital Mental. PADAN MUKA AKU....

Post a new comment

Comments by