SharpShooter Followers

Sunday, July 26, 2015

Lucut dan turunkan pangkat Ketua Polis Negara

Lucut Dan Turunkan Pangkat Ketua Polis Negara.

1. Saya terkejut dengan tindak tanduk Tan Sri Khalid, Ketua Polis Negara yang tidak memperlihatkan profesionalisma beliau sebagai seorang Ketua Polis Negara.

Tindakan beliau yang membawa bersamanya empat Pegawai Penyiasat dari Bukit Aman ke Thailand untuk menemui Xavier Andre Justo bagi menyoal siasat kes yang dikatakan pemalsuan dokumen berkaitan 1MDB sesungguhnya suatu yang sangat memalukan.

2. Apa lah malang nasib Malaysia mempunyai Ketua Polis Negara seperti beliau yang hanya selayaknya menjadi Ketua Balai Polis Keroh Perak sahaja.

Persoalannya, Khalid  telah menghabiskan Wang Negara sedangkan hakikatnya mereka tidak pun berjaya untuk berjumpa dengan Justo. Sepatutnya Tan Sri Khalid  boleh berhubung melalui telefon terlebih dahulu dengan pihak Polis Thailand untuk mendapatkan kepastian apakah Pihak Thailand bersedia memberi laluan kepada Polis Malaysia untuk berjumpa dan menyoal siasat Xavier Andre Justo.

Amat malang Ketua Polis Negara ini telah melakukan kebodohan dan membawa kerugian pada negara setelah  negara mengalami masalah kewangan yang kronik akibat Skandal 1MDB. Kini, Tan Sri Khalid pula bertindak membazir dan menghabiskan kantong negara yang sudah sememangnya kempis.

3. Saya  meminta pihak yang bertanggungjawab dalam perlantikan beliau sebagai Ketua Polis Negara agar segera melucutkan jawatan beliau dan diturunkan pangkat ke jawatan Ketua Balai sahaja.

Malaysia memerlukan Ketua Polis Negara yang lebih cekap, berwibawa dan berkemampuan serta telus dalam melaksanakan tugas.

Selamatkan Malaysia!

DATO' MAHFUZ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
26 Julai 2015/ 10 Syawal 1436H

Comments (7)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
Demi Keadilan's avatar

Demi Keadilan · 505 weeks ago

Pada pandangan saya, Malaysia mempunyai Akta Bantuan Bersama Dalam Perkara Jenayah, jika hendak mengambil keterangan di negara yang mempunyai perjanjian dengan Malaysia, hanya Pegawai Kehakiman di negara berkenaan sahaja boleh mengambil keterangan mereka yang sedang ditahan atau disiasat dengan negara tersebut. Permohonan ini adalah melalui Kementerian Luar Negeri dan akan dikendalikan oleh Pegawai Undang-Undang dari Jabatan Peguam Negara di Mahkamah negara berkenaan. Undang-Undang dah ada, mengapa tidak diikuti. Satu kes melibatkan Pewaja Steel di Jepun, keterangan saksi tersebut telah ditolak dari digunakan di Mahkamah Malaysia kerana pengambilan keterangan dibuat oleh Peguam Negara Malaysia dan bukan Pegawai Kehakiman di Jepun. Diputuskan keterangan tersebut ditolak kerana tidak mematuhi Akta.
Aku rasa dia patut diturunkan pangkat ke IT Admin PDRM aje sebab dia asyik main twitter. Sepatutnya sebelum ke Thailand dia kena Tweet kat Ketua Polis Thailand minta kebenaran tapi tak pula.
Macam budak-budak
alaahhh....takkan x paham......ini adalah salah satu taktik ahjibgor utk kelirukan org kg yg mana tv3,rtm dan segala media milik umno menjadi sumber berita......org kg tengok saja igp sendiri pi nak siasat justo.....percaya terus ahjibgor betul.percayalah tuan2 taktik begini byk memberi kejayaan pemimpin atasan umno.org2 yg dah cerdik tau igp punya tindakan....tindakan bodoh!!!!tapi org yg bodoh byk lagi kat malaysia nie itu pasal igp buat tindakan bodoh....duit rakyat rugi...puak2 nie peduli apa.....duit rakyat bukan duit poket dia pun
1 reply · active 504 weeks ago
setuju dgn komen anda... strategi kerajaan ialah... layan orang2 kampung lebih utama dari yg celik IT... sebab orang kampung lah pengundi tegar UMNO... padahal, segala bantuan dan duit dicurahkan kpd cina lahanat ... bukan kpd orang2 kampung... org2 kg hanya dirasuah BRIM semata2...
Pm lantik KPN yg lebih bodoh dari dia supaya mudah diarah2
bila rakyat sendiri tak datang bila kena panggil berani pulak tangkap... sekarang ni lagi gila...datang sendiri untuk buat repot pun kena tangkap. Orang yang terang-terang buat salah tak berani tangkap pulak... kegilaan jenis apakah ini... semoga Allah melaknat mereka yang melakukan kezaliman atas kuasa dan amanah yang Allah beri... AMIIN YA RABBALALAMIN.

Post a new comment

Comments by