SharpShooter Followers

Thursday, July 09, 2015

JINGGA 13 DESAK POLIS SIASAT PENDEDAHAN WSJ BUKAN AMBIL TINDAKAN TERHADAP PEMBERI MAKLUMAT

JINGGA 13 DESAK POLIS SIASAT PENDEDAHAN WSJ BUKAN AMBIL TINDAKAN TERHADAP PEMBERI MAKLUMAT

Jingga 13 mempersoal kenyataan Ketua Polis Negara (IGP) Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini bahawa polis akan menyiasat WSJ di bawah Seksyen 4 Akta Jenayah Komputer 1997 kerana mendedahkan maklumat adalah satu tindakan double standard yang bertujuan mengenakan tindakan terhadap pemberi maklumat tetapi tidak serius dalam menyiasat dan mengambil tindakan terhadap skandal yang didedahkan oleh WSJ yang melibatkan 1MDB dan DS Najib Razak.

Pendedahan yang dibuat oleh WSJ adalah sangat serius dan perlu kepada satu tindakan secara telus dan profesional oleh pihak polis bukannya mengambil tindakan terhadap WSJ atau pemberi maklumat .

Jingga13 percaya adakah tindakan tersebut adalah satu usaha bertujuan 'menyelamatkan' DS Najib Razak dengan skandal rm2.67 Billion yang telah dipindahkan ke akaun peribadi beliau? Tindakan mengalihkan perhatian rakyat dengan meletakkan kesalahan pada WSJ kerana mendedahkan skandal 1MDB dan DS Najib Razak adalah meletakkan betapa rendah integriti dan kredebiliti Ketua Polis Negara dan Polis Di Raja Malaysia sedangkan sehingga kini tidak ada satu tindakan yang serius diambil.

Jingga13 mendesak agar tindakan menyiasat WSJ di bawah Akta Jenayah Komputer 1997 dihentikan dengan segera dan sekali lagi meminta agar satu Suruhanjaya DiRaja dibentuk secara telus dan profesional dengan segera bagi tujuan menyiasat secara terperinci kes tersebut.

Jingga13 merasa 'sangsi' terhadap tindakan atau siasatan yang dilakukan oleh Peguam Negara, Bank Negara , SPRM dan PDRM dalam skandal 1MDB dan DS Najib Razak.

Muafakat*Prihatin*Berani

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
Jingga13 Malaysia

Comments (3)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
Dr Abd Rahman's avatar

Dr Abd Rahman · 507 weeks ago

Ada satu cerita: A amat mengenali B. A adalah penjual dadah. B adalah bekas rakannya. Suatu hari si B report polis tentang urusniaga dadah si A. Polis datang. BETUL ada urusan jualbeli dadah. Polis merampas dadah dan menangkap si B. Itulah cerita TOP bulan ini. Tengkiu.
Cadangan yang mungkin sesuai. Dicadangkan PDRM (Polis Di Raja Malaysia) tukar nama ke PKBN (Polis Kerajaan Barisan Nasional). Buat masa sekarang perkataan Di Raja amat tak sesuai kerana banyak perkara termasuk siasatan dibuat secara "berat sebelah". 1Malaysia pun tahu.
Aku sokong cadangan Jingga 13 ni, tapi dunia kita dekat malaysia ni lain daripada yang lain. Penyangak jd pemerintah jd tonggang-terbaliklah undang2 yg boleh jd tak boleh dan sebaliknya. Mana2 Undang2 pun dh termaktub pemberi maklumat adalah pihak yg ingin membenteras jenayah yg berlaku tapi kat m'sia disebaliknya dia pula jd mangsa kepada pihak penguasa dgn diburu spt penjenayah, penjenayah sebenar terus bermaharajalela, bebas dan terus menganas. Hu...hu...hu.....

Post a new comment

Comments by