Dari Malaysiakini - Anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Datuk Zaid Ibrahim menggesa pihak berkuasa supaya menyiasat dakwaan bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dia dipaksa menandatangani dua akuan bersumpah.
"Ia mungkin benar, mungkin tak," kata Zaid dalam sidang akhbar di rumahnya di Petaling Jaya hari ini, ketika merujuk kepada sidang akhbar Rahimi Osman mengenainya semalam.
Tidak seperti banyak pemimpin Keadilan yang lain, Zaid memilih untuk tidak mempertikai dakwaan Rahimi yang dia dipaksa menandatangani akuan bersumpah yang melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.
Membandingkan Rahimi dengan penyiasat persendirian P Balasubramaniam, yang mengubah akuan bersumpahnya pada 2008 sebelum melarikan diri ke luar negara, Zaid berkata, kedua-dua kes tersebut ada persamaannya. "Kesnya sama seperti PI Bala. Jika anda mahu menyiasat dakwaan Bala, anda juga perlu menyiasat Rahimi... Anda tidak boleh ada double standard untuk Bala dan Rahimi," kata Zaid.
Sharpshooter - Anda nilai sendirilah orang yang bernama Zaid Ibrahim, perlukah beliau membuat kenyataan seperti ini?
Tahukan anda siapa pemuda berambut panjang berbaju putih duduk disebelah Rahimi? Beliau adalah Faizal Rezza. Siapa Faizal Rezza? Mengapa beliau bersama Rahimi? Untuk apa?
Beliau dikatakan mempunyai kaitan dengan ahli Parlimen yang melompat. MP yang mana?
Bagaimanapun kita masih menunggu reaksi Rahimi yang diberi tempoh 24 jam untuk tarik balik kenyataan. harap semua dapat bersabar.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Tidur di masjid, Istimewa PAS, menjelas kehidupan.. & saranan..
-
*1. Tidur di masjid, Istimewa PAS, menjelas kehidupan.. *
*Soalan:*
Pada setengah masjid ramai orang tidur di dalamnya sama ada kerana berehat
atau ...
15 minutes ago