(DARI
KIRI): Mohamad Jamaluddin, Afif Bahardin, Abdul Malik Abul Kassim,
Mohd. Rodzi Abu Bakar, Mohd. Salleh Man dan Faizal Ibrahim dalam majlis
penyampaian Sijil Halal di sini baru-baru ini. | Foo: Buletin Mutiara
KERAJAAN Negeri melalui Penang International Halal Hub (Halal Penang) baru-baru ini menyerah Sijil Halal kepada pengusaha Restoran De'Pauh dekat Seberang Jaya baru-baru ini.
Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna,
Datuk Abdul Malik Abul Kassim berkata, Kerajaan Negeri senantiasa
membantu semua pihak yang terpanggil untuk memohon Sijil Halal demi
memajukan perniagaan mereka masing-masing.
"Tahniah kerana ini antara restoran pengusaha Melayu yang berjaya
memenuhi piawaian halal yang ditetapkan dan hari ini pengusahanya
mendapat Sijil (Halal).
"Kita sentiasa membantu semua pihak kerana kita sendiri menyedari bahawa
pengusah-pengusaha premis komersial yang datang kepada kita menganggap
Sijil Halal ini adalah (mendekati) tuntutan agama serta mempunyai
prospek untuk memajukan perniagaan mereka," ujar beliau.
Beliau bersama-sama Yang di-Pertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau
Pinang (MAINPP), Datuk Mohd. Salleh Man kemudiannya menyerah Sijil Halal
kepada Pengarah Urusan Restoran De'Pauh, Mohd. Rodzi Abu Bakar.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya merangkap Exco Pertanian
& Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan, Dr. Afif
Bahardin, Mohd. Jamaluddin (Pegawai Tadbir Agama Daerah Seberang Perai
Tengah, SPT) dan Faizal Ibrahim (Ketua Penolong Pengarah Halal Penang turut hadir pada majlis ringkas tersebut.
"Bukan mudah untuk mendapatkan Sijil Halal ini kerana pembekal makanan
ke restoran ini pun disemak kedudukannya sama ada betul-betul
membekalkan bahan mentah bersih (serta) halal atau sebaliknya.
"Pelanggan, khususnya orang Islam sendiri tentu lebih yakin dengan
kita...ini mungkin boleh jadi motivasi bagi Melayu lain yang memajukan
restoran mereka secara komersial (dengan mendapatkan Sijil Halal)," ujar
beliau.
Mohd. Rodzi yang ditemui kemudian berkata, beliau berharap inisiatif
mendapatkan Sijil Halal itu dapat memberi motivasi tidak langsung kepada
pengusaha Melayu lain di negeri berkenaan.
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Hidalgo Teruja Selepas Jaringan Hatrik, Puas Bantu Sri Pahang FC Ke Separuh
Akhir Piala Malaysia
-
*KUANTAN: *Penyerang Sri Pahang FC, Manuel Hidalgo teruja selepas jaringan
hatrik membantu skuad itu layak ke separuh akhir Piala Malaysia.
Pemain kelahi...
3 hours ago