SharpShooter Followers


Tuesday, July 20, 2010

Hasmuzair dalam kenangan....bersama doa anaknya...

Pemergian Hasmuzair buat selamanya sudah pasti mengejutkan semua pihak. Sharpshooter menerima panggilan telefon dari Rizal Huzairi jam 4.30 petang pada Hari Sabtu 17 Julai 2010.

Beliau bertanyakan
no hp isteri Hasmuzair sebab gagal untuk dihubungi. Mereka tahu isteri Hasmuzair memang rapat dengan isteri sharpshooter.

Lantas isteri sharpshooter (Kak Miza) menelefon isteri Hasmuzair (Lynda) tetapi bila Lynda jawab telefon, Kak Miza tak sampai hati nak bagitahu Lynda hal sebenar.

Kak Miza " Lynda ada mana..."
Lynda "ada sini la..."
Kak Miza " sini tu kat mana.."
Lynda " (ketawa) penang la.."
Kak Miza " Jack (Hasmuzair) pi mana..."
Lynda " Jack pi kerja...ada apa Kak Miza..."
Kak Ija " saja nak tanya..Abang Din call Jack tak dapat...tak pa lah nanti suruh Abang Din call lagi sekali lah..."


Kemudian Lynda sms " Kak Miza call Jack nombor mana ".
Kak Miza telefon Lynda sekali lagi.

Kak Miza " Lynda kak nak bagi tahu ni..Lynda jangan terkejut la.."
Lynda " pasai apa kak.. "
Kak Miza " Lynda kena kuat semangat...dan sabar banyak-banyak...macam mana nak mula cakap ni...Lynda...Lynda sabar..kuatkan semangat..ingat anak-anak...Jack eksiden...
Lynda " ya ka....kat mana.."
Kak Miza " kak pun tak tau...abang Rizal yang telefon bagitau abang Din sebab tak dapat hubungi Lynda...keadaan Jack ni kritikal...untuk pengetahuan Lynda lebih lanjut...Lynda telefon nombor ini...013-241 6686 Radin nama dia..dia ada dengan Jack di Hospital Sg Buluh..."
Lynda " ok kak.."
Kemudian Lynda sms pada Kak Miza " No y lynda tel td xdpt la kak"
Kak Miza jawab sms " Lynda free kan hp, Radin telefon Lynda jawab"
Akhirnya Lynda tahu berita pemergian suami tersayang dari Radin.


Selepas 15 minit, Kak Miza telefon sekali lagi pada Lynda.
Kak Miza " Assalammualaikum Lynda...."
Lynda " Kak Miza.....(menangis bersama anak-anak)..."
Kak Miza " Lynda...ingat pada Allah...kuatkan semangat...ingat anak-anak...dan jangan risau...semua ni dah ditakdirkan..tak siapa pun menduga..Kak Miza dan abang Din pun memang tak percaya..tapi bila dapat sms dan telefon dari kawan-kawan...baru kami dapat terima pemergian Jack...nanti ada orang ambil Lynda pergi ke hospital...Kak, abang Din dan kawan-kawan dari Penang akan tunggu
......kak akan call nurul suruh teman Lynda pi hospital nanti.....
Lynda "ok kak Lynda tungu depa kat rumah...(menangis).."

Sharpshooter hubungi Shamsul Iskandar...katanya beliau berada di Surabaya bersama Anwar. Beliau suruh sharpshooter uruskan mana yang patut dalam keadaan sebak..beliau akan cuba pulang untuk ziarahi jenazah Jack.

Anwar Ibrahim bercakap dengan Lynda melalui hp Shamsul Iskandar, Anwar beri kata-kata semangat pada Lynda dan beri jaminan pada Lynda sekiranya Lynda mahu terus menetap di Damansara, Lynda akan diberi kerja di pejabat HQ Keadilan. Tetapi kalau Lynda mahu pindah ke rumah ibunya di Kuala Kedah, Anwar akan minta MB Kedah beri kerja pada Lynda...insyaAllah....

Sekitar jam 8.20 Kak Miza telefon...Lynda tak jawab....terus hubungi Nurul dan bertanya macan mana dengan Lynda... Nurul kata dia dah ok dalam keadaan terkawal....ok lah kalau macam tu.....

Sekitar jam 9.00 Kak Miza hubungi Lynda sekali lagi bertanyakan jenazah akan dikebumikan di mana. Jawab Lynda di Arau Perlis.

Sharpshooter hubungi YB Amirudin, beliau dalam perjalanan ke Hospital dan sharpshooter ingatkan YB tentang tabung derma kilat untuk bantu isteri Jack.

Alhamdulillah...dengan bantuan sahabat-sahabat seperjuangan, akhirnya Ustaz Badrul Amin mengimamkan solat jenazah Hasmuzair di Hospital Sg Buluh.

Sahabat-sahabat AMK Penang tunggu jenazah Hasmuzair di Tol Juru.

Sekitar jam 4 pagi, jenazah Hasmuzair tiba di tol Juru. Mat Zaman, Ketua AMK Wilayah membawa isteri Hasmuzair dan anak-anak.

Suasana bertambah pilu bila melihat anak bongsu Hasmuzair yang baru berusia 1 tahun 6 bulan demam pula...

Jam 6 pagi, jenazah Hasmuzair selamat sampai di Kg Mata Ayer, Arau, Perlis. YB Chan Ming Khai (Adun Simpang Pulai) dan YB Chang Lih Kang (Adun Teja) sudah tiba di rumah bapa Hasmuzair seawal jam 4 pagi. Inilah semangat persahabatan yang luar biasa tanpa mengira kaum dan agama dalam AMK Keadilan.

Jenazah Hasmuzair disembahyangkan sekali lagi di Masjid Kg Mata Ayer.

Jenazah dibawa ke tanah perkuburan Masjid Kg Mata Ayer.


Anak sulong Allahyarham Hasmuzair berusia 6 tahun turut melihat saat terakhir ayah tersayang dikebumikan.

Cikgu Fariz turun ke liang lahat....pengorbanan terakhir buat sahabat seperjuangan.

Lynda turut hadir di tanah perkuburan melihat suami tersayang pergi buat selama-lamanya.

Anak kedua Allahyarham turut melihat ayah tersayang buat kali terakhir.





Bacaan talkin

Salam takziah dan kata-kata semangat buat Lynda.


YB Yunus Ketua AMK Perak turut hadir.

Shamsul Iskandar tiba di rumah Bapa Hasmuzair tetapi tidak sempat melihat jenazah buat kali terakhir. Beliau amat terkilan tetapi apakan daya....


Zaid Ibrahim turut hadir bertemu bapa Hasmuzair dan memberi sedikit sumbangan.




Sahabat-sahabat dari kaum Tioghua turut hadir.


Bacaan Yasin buat Allahyarham Hasmuzair...semoga rohnya di tempatkan bersama-sama orang beriman.

Kaki anak kedua Jack dan adik Jack terkena gigitan apit-apit (lebah tanah). Mereka terus di bawa ke klinik berhampiran.

Tiba di rumah Shamsul Iskandar membaca jampi serapah di kaki anak Jack.

Hayatilah video khas Hasmuzair dalam kenangan bersama doa anaknya....






Hati kami amat sayu melihat anaknya yang sulong, bila selesai urusan kebumi jenazah ayah tersayang...beliau duduk di depan pintu...katanya nak tunggu tengok semua kawan-kawan ayah balik....hingga beliau terlena di atas riba isteri saya...

Hari ini isteri saya telefon Lynda bertanyakan khabar...katanya dia ok tetapi anak-anak lah...kata Lynda...

Anak yang sulong asyik termenung...bila ibunya bertanya kenapa...katanya rindu pada ayah...terus semuanya menangis....

Anak yang kedua pula bertanya...ayah bila nak balik ibu...hati ibu menangis lagi...

Manakala anak yg kecil pula...bila telefon berbunyi...dia nak cakap dengan ayah..sebab ayahnya setiap hari jam 10.30 akan telefon isterinya dan akan bercakap dengan anak-anaknya...hanya air mata menjadi saksi....betapa rindunya mereka pada ayah tersayang....

Anak yang sulong bertanya...ibu bulan puasa sudah dekat...tak seronoklah ayah tak dak ibu...hati ibu mana yang tidak tersentuh....

Berat mata memandang...berat lagi bahu memikulnya....semoga mereka tabah hadapi ujian ini....

Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang beriman...amin...

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/