Tanggal 20 September 1998 mencatatkan detik hitam dalam sejarah
Malaysia apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim ditangkap di bawah Akta
Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Rakyat bangkit menentang kezaliman yang dilakukan terhadap Anwar.
Bermula tarikh itu juga, kesedaran dan minat rakyat terhadap politik
tanah air meningkat, demi mempertahan pemimpin yang menentang korupsi
dan kronisme di saat rakyat menderita akibat krisis kewangan.
Misi Anwar jelas, untuk menyelamatkan Malaysia dari kerakusan
pemimpin korup Umno yang berterusan menggunakan wang rakyat secara
boros, di samping hanya mengaut keuntungan dari projek mega.
Sebelum penangkapan berlaku, Anwar telah membuat jelajah ke serata Semenanjung diselangi solat hajat di seluruh negara.
Kemuncak adalah pada 20 September, hampir 100,000 rakyat Malaysia
yang tidak percaya dengan fitnah serta konspirasi Tun Dr Mahathir
Mohamad membanjiri Masjid Negara dan Dataran Merdeka.
Akibat takut melihat kebangkitan rakyat, malam itu juga Anwar
ditangkap skuad Unit Tindakan Khas (UTK) polis, di rumahnya, lalu
bermula episod penahanan di Bukit Aman seterusnya diheret ke penjara.
Di
luar penjara, ratusan ribu rakyat bangkit membantah Mahathir –
pendokong reformasi, seniman, pemandu teksi, peniaga kecil, pekerja
kilang turun ke jalan dengan teriakan reformasi sehingga bergema
sepanjang 14 tahun kemudian.
“Jelas, perjuangan Anwar itu di landasan yang benar, sekaligus
menolak sangkaan Mahathir yang kononnya semangat reformasi hanya akan
bertahan enam bulan. Selepas 14 tahun, laungan itu masih berkumandang,
malah makin mendapat sokongan rakyat serta anak muda,” kata Ahli Majlis
Pimpinan Pusat KEADILAN, Datuk Johari Abdul.
Menurut Johari, Anwar sememangnya seorang pemimpin berjiwa kental,
walau dilempar pelbagai fitnah, perjuangan demi rakyat tetap dipertahan
sehingga hari ini.
“Rakyat tahu menilai siapa benar siapa salah. Buktinya, kita dapat
menawan lima buah negeri pada pilihan raya lalu. Sebab itu tidak
mustahil kita akan tawan seluruh Malaysia dalam pilihan raya akan
datang,” kata Ahli Parlimen Sungai Petani itu penuh yakin.
“Sama-sama kita berdoa agar Allah SWT memberkati perjuangan ini
sehingga berjaya menumpaskan regim sekaligus mengembalikan hak rakyat
seperti yang diperjuangkan Anwar selama ini,” kata Johari.
Enam tahun kemudian, pada 2 September 2004, Anwar dibebaskan selepas
pertuduhan fitnah terhadapnya digugurkan, lantas beliau bangkit semula
ke persada politik tanah air.
Tahun 2008, Pakatan Rakyat yang diterajui Anwar berjaya merampas lima negeri dari Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke-12.
Kelibat pemimpin berjiwa rakyat ini sentiasa menjadi ketakutan kepada
pemimpin Umno, tidak cukup dengan Mahathir, kini Datuk Seri Najib Razak
juga sering mengatur ancaman dan provokasi terhadap Anwar.
Namun pada Julai 2008, selepas beberapa bulan Pakatan Rakyat yang
diterajui memenangi lima negeri dari Barisan Nasional – Anwar dituduh
lagi dengan fitnah jahat.
Skrip yang sama pada 1998 diputar kembali oleh Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Razak, mengulangi apa yang pernah dilakukan Mahathir.
Perbicaraan di mahkamah menjadi jenaka di peringkat antarabangsa
dengan pelbagai kepincangan terbongkar satu demi satu, dan akhirnya
mahkamah melepaskan Anwar dari tuduhan itu.
Semuanya kerana agenda reformasi yang dibawa Anwar sejak 14 tahun
lalu, dengan dokongan dan doa jutaan rakyat Malaysia yang berada di
belakangnya, teriakan reformasi, sejak 14 tahun lalu, sebenarnya tidak
pernah mati.
Reformasi! Reformasi! Reformasi!
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/