SharpShooter Followers

Monday, July 20, 2015

Akhirnya Najib "angkat bendera putih" kepada Sarawak Report

Kerajaan BN pimpinan DS Najib akhirnya "angkat bendera putih" kepada Sarawak Report

Kegagalan DS Najib menjawab/menafikan secara berfakta laporan Sarawak Report menyaksikan pahlawan Bugis terpaksa menggunakan kuasanya untuk menghalang laluan rakyat Malaysia kepada laporan Sarawak Report berkait 1MDB.

Sungguh aib team konsultan media dan Kerajaan sendiri terpaksa berlindung di bawah tempurung undang-undang.

Saya yakin dengan kecanggihan dunia maya kini, langit terbuka yang cuba ditutup oleh Najib dengan tempurung kecilnya itu tidak akan berkesan. Maklumat baru tentang skandal 1MDB akan terus mengalir menghantui pendosa-pendosa.

Jika DS Najib takut info skandal 1MDB diketahui rakyat, pasukan pendesak dan penggerak perubahan wajar melipatgandakan penyampaian maklumat ini kepada semua lapisan rakyat. Sebilangan rakyat yang belum terdedah kepada dunia internet memerlukan bahan "hand copy" untuk pengetahuan dan renungan mereka.

Usaha mencetak dan mengedar sebanyak mungkin semua info skandal 1MDB hendaklah dimulakan.

Ini memerlukan perbelanjaan yang tidak kecil tetapi peralatan info adalah kunci untuk kebangkitan rakyat yang menyuruh.

Saya mencadangkan satu tabung khas cetakan bahan 1MDB ditubuhkan dan sumbangan semua pihak yang prihatin untuk perubahan boleh dilakukan.

Mungkin Gerakan Harapan Baru boleh memulakan inisiatif ini.

Jika tabung ini dilancarkan saya mahu menjadi penyumbang yang pertama.

Sarawak Report dihalang, kita gantikan dengan Kampung Report untuk seluruh rakyat yang cintakan Negara.

Husam Musa
20 Julai 2015
4 Syawal 1436 H