PENGAKUAN DAN PENDEDAHAN DEEPAK JAIKISHAN : JINGGA 13 BUAT
LAPORAN POLIS TERHADAP DATUK SERI NAJIB RAZAK , DATIN SERI ROSMAH MANSOR ,
DATUK MOHAMAD NAZIM RAZAK DAN SPRM
JINGGA 13 tampil ke Balai Polis bagi tujuan membuat laporan
rasmi tehadap pengakuan dan pendedahan Ahli Perniagaan Deepak Jaikishan iaitu
penglibatan beliau untuk membuat akuan bersumpah kedua (SD 2) P Balasubramaniam
, bukan untuk menyelesaikan isu Akuan Bersumpah Pertama itu saja tetapi
menyekat pendedahan yang lebih besar.
Pendedahan dan pengakuan Deepak Jaikishan
ternyata relevan dan tidak bercanggah dengan pendedahan yang pernah dibuat oleh
P. Balasubramaniam sebelum ini , malah lebih sempurna, lengkap serta melibatkan
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak , Datin Seri Rosmah Mansor dan Datuk
Mohamad Nazim Razak dalam usaha menukar Akuan Bersumpah Pertama kepada Akuan
Bersumpah Kedua .
Deepak juga turut membuat pendedahan bahawa menamakan seorang adik Perdana Menteri Datuk Nazim Razak sebagai individu yang didakwanya bertanggungjawab membayar penyiasat persendirian P Balasubramaniam untuk menandatangani akuan berkanun (SD) kedua.
Bukan sahaja Deepak dan Datuk Mohamad Nazim Razak terlibat
dalam usaha menukar Akuan Sumpah serta merasuah P.Balasubramniam tetapi turut
melibatkan ramai individu. Malah penglibatan Datuk Seri Najib Razak dan Datin
Rosmah Mansor dalam kes tersebut perlu diambil tindakan dengan serius oleh
pihak polis. Satu tindakan salahguna kuasa dan rasuah bagi tujuan perbuatan
menutup jenayah yang dilakukan oleh mereka.
Pendedahan dan pengakuan yang di buat oleh Deepak ternyata
serius dan turut melibatkan kredibiliti dan integriti yang ternyata jijik dan
kotor dalam usaha SPRM untuk bertindak menutup kes tersebut .
Justeru satu
siasatan terhadap pasukan penyiasat SPRM yang menangani kes tersebut wajar
dilakukan tanpa prejudis oleh pihak polis yang ternyata bertindak menutup
jenayah yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib Razak , Datin Seri Rosmah Mansor
dan semua yang terlibat .
Pendedahan Deepak juga turut menyatakan bahawa objektif bukan
sahaja bertujuan untuk menutup Akuan Sumpah yang di buat oleh P.Balasubramaniam
tetapi bahawa bertujuan menyekat pendedahan yang lebih besar .
Siasatan wajar di buat berkaitan kenyataan dan pendedahan
Deepak bahawa
“Banyak orang melihat
Akuan Bersumpah (SD) 1 dan SD 2 . Sebenarnya tidak ada kena mengena SD 1 atau
SD 2 atau 3 . Yang utama adalah kebenaran yang akan keluar , seorang yang
terlibat secara langsung , direct involve
, dia nak datang nak buat SD menyatakan siapakah yang arahkan dia dan orang itu
diarahkan oleh siapa. Ini yang utama dan sesuatu sangat serius “.
Siapakah
orang tersebut yang terlibat secara langsung ( direct involve ) dalam kes
jenayah yang turut melibatkan pembunuhan Alyantuya Sharibuu ?
MENDESAK agar Peguam Negara membuka kembali perbicaraan kes pembunuhan Altantuya
yang ternyata wujud elemen baru yang berkaitk dengan pengakuan dan pendedahan
Deepak bahawa wujud saksi yang terlibat secara langsung ( direct involve )
dalam kes pembunuhan Altantuya .
JINGGA 13
MENDESAK
agar siasatan SPRM yang telah ditutup sebelum ini dibuka semula dan diberikan
tanggungjawab kepada pegawai-pegawai SPRM yang benar-benar telus, berani dan
professional menjalankan siasatan kes tersebut .
JINGGA 13 meminta agar pihak polis menjalankan tugas dengan penuh amanah dan bertanggungjawab dalam melakukan siasatan mengikut prosedur sepertimana diambil oleh orang awam dan tidak bertindak dwi-standard apabila
melibatkan seorang VVIP sedangkan kes ini adalah berprofil tinggi dan perlu
ditangani dengan profesional tanpa mengira siapa.
MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI
FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
JINGGA 13 Malaysia
Email : jingga13malaysia@gmail.com
LAP0RAN POLIS JINGGA 13
Saya FARIZ MUSA No. Kad Pengenalan XXXXXX-XX-XXXX dengan ini membuat
laporan polis sepertimana berikut :
Saya pada 13 Disember 2012
telah membaca dua artikel dalam
http://bm.harakahdaily.netberjudul
“Bom dari Deepak : SD 2 bala sekat hal
lebih besar “ bertarikh 12 Disember 2012 dan
http://www.keadilandaily.com bertarikh 12 Disdember 2012 berjudul
“Deepak: SD 2 Bala untuk sekat siapa bunuh
Altantuya terbongkar” serta membaca laporan berjudul
“ Deepak dakwa adik PM bayar PI Bala” oleh
http://www.malaysiakini.com/news/216566
.
Dalam kedua-dua artikel tersebut disiarkan secara terperinci kenyataan dan pendedahan
seorang Ahli Perniagaan bernama Deepak Jaikishan iaitu penglibatan beliau untuk membuat akuan bersumpah kedua(SD 2) P Balasubramaniam , bukan untuk menyelesaikan isu Akuan Bersumpah Pertama itu sahaja tetapi menyekat pendedahan yang lebih besar.
Di dalam artikel tersebut juga Deeapak Jaikishan telah mengaku bahawa beliau telah dihubungi oleh Datin Seri Rosmah Mansor ( isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ) melalui telefon dan meminta agar Deepak mencari jalan menyelesaikan masalah beliau serta telah meminta agar Deepak datang ke rumah beliau sekarang dan berjumpa dengan suami beliau ( Datuk Seri Najib Razak ) serta biar Datuk Seri Najib Razak membuat keputusan .
Deepak telah mengaku bercakap dan bertemu dengan Datuk Seri (
Najib Razak ) di Sri Satria ( kediaman Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri
Rosmah Mansor ) . Deepak mengaku bahawa beliau telah memaklumkan kepada Datuk
Seri ( Najib Razak ) bahawa orang ini ( P.Balasubramaniam ) tidak mahu berjumpa
dan berkata beliau sudah buat SD yang benar dan tidak mahu berjumpa dengan
Deepak .
Datuk Seri ( Najib Razak ) setelah membincang dengan seorang
lawyer dan adik beliau ( juga seorang lawyer ) melalui telefon telah
mengarahkan Deepak supaya mencari jalan untuk berjumpa dengan P.Balasubramaniam
dan mencari jalan supaya P.Balasubaramaniam besetuju batalkan SD beliau .
Datuk Seri Najib Razak juga telah mencadangkan agar adik
beliau iaitu Datuk Nazim Razak untuk berjumpa dengan P.Balasubramaniam . Dan
pertemuan berlaku antara Deepak dengan P.Balasubaramaniam di sebuah Restoran
Cina yang juga dihadiri oleh sepupu Deepak dan seorang pegawai polis bekas D9
bernama Suresh .
Deepak juga mendedahkan bagaimana perbincangan berkaitan SD 2
dan cadangan keluarkan P.Balasubramaniam daripada Malaysia dan sekiranya mahu
kekal di Malaysia , tidak ada isu kerana kerajaan bersama beliau .
Dalam artikel tersebut juga , Deepak mengaku telah bertemu
Datuk Nazim Razak bersama Isteri beliau ( Nor Juma ) di The Curve , Mutiara
Damansara . P.Balasubramaniam tidak mahu berjumpa Deepak kerana Deeapak tidak
akan mampu menyelesaikan segala kuasa untuk melindungi beliau dan memenuhi
keperluan kewangan yang beliau minta .
P.Balasubramaniam telah berbincang dengan Datuk Nazim Razak
di mana permintaan P.Balasubramaniam untuk mendapatkan sedikit wang ,
dilindungi dan mahu meninggalkan Negara . Dalam perbincangan tersebut , Datuk
Mohamad Nazim Razak telah bersetuju dan berjanji dengan P.Balasubramaniam
dengan syarat beliau menukar SD .
Dalam laporan Malaysiakini berjudul “ Deepak dakwa adik PM
bayar PI Bala” juga turut menyatakan bahawa Datuk Nazim Razak iaitu adik kepada
Perdana Menteri datuk Seri Najib Razak telah bertanggungjawab membayar penyiasat persendirian P Balasubramaniam untuk menandatangani akuan berkanun (SD) kedua.
Deepak memaklumkan bahawa Datuk Seri Najib Razak telah
memilih seorang peguam dan anak beliau untuk menyiapkan segala dokumen iaitu SD
2. Sehingga sekarang masih beluam dikenalpasti siapakah peguam tersebut dan
anak beliau yang manakah terlibat . Malah peguam tersebut telah datang ke KL
Hilton iaitu tempat di mana P.Balasubramaniam ditempatkan untuk membuat SD dan P.Balasubramaniam menandatangani SD 2 tersebut .
Deepak dalam kenyataan beliau memaklumkan bahawa peguam yang
mereka SD 2 tidak mahu bersama P.Balasubramaniam dan tidak mahu dikaitkan nama
beliau. Maka Deepak telah menghubungi peguam bernama Arulapalam yang tidak
terlibat membuat SD 2 tersebut untuk hanya hadir berada di sebelah
P.Balasubramaniam sewaktu Sidang Media di buat di Prince Hotel .
Dalam pengakuan Deepak bahawa wujud seorang yang terlibat
dalam kes pembunuhuan Altantuya di mana beliau sudah bersetuju untuk
memberitahu cerita sebenar .
Deepak mendedahkan bahawa wujud satu ‘faction’ UMNO
yang tidak mahu Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri di mana seorang
daripada ahli kumpulan tersebut akan keluar dan berikan SD dan menceritakan
siapa yang arahkan beliau melakukan perbuatan kejam ini dan siapa yang
mengarahkan orang tersebut .
Ternyata sepertimana pendedahan Deepak bahawa objektif
menukar SD 1 oleh P.Balasubramaniam ialah bertujuan menyekat dan menghentikan
langkah seterusnya yang akan mendedahkan perkara yang lebih besar . Iaitu
kebenaran yang akan keluar di mana seorang yang terlibat secara langsung (
direct involve ) yang bersedia untuk membuat SD dan dedahkan siapakah yang
arahkan beliau dan beliau telah diarahkan oleh siapa .
Deepak telah memaklumkan bahawa SPRM telah memanggil beliau
untuk disiasat , tetapi beliau menyatakan SPRM lebih berminat untuk menutup kes
tersebut , dan tiada tindakan diambil. Siasatan harus dibuat oleh pihak polis
terhadap pasukan penyiasat SPRM kes tersebut .
Justeru , saya memohon agar satu siasatan secara menyeluruh ,
telus dan profesional terhadap kes tersebut oleh pihak polis dengan segera dan
mengikut prosedur sepertimana dilakukan oleh orang awam dan bukannya bertindak
dwi-standard. Untuk rakyat biasa prosedurnya lain , dengan VVIP caranya lain.
Ternyata Datuk Seri Najib Razak , Datin Seri Rosmah Mansor ,
Datuk Mohamad Nazim Razak dan ramai lagi terlibat dalam kes tersebut yang perlu
diambil tindakan dan pendakwaan berdasarkan peruntukan undang-undang serta
dihadapkan ke muka pengadilan .
Saya yang benar ,
FARIZ MUSA
XXXXXX-XX-XXXX
Tarikh : 14 Disember 2012
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/