RAKYAT MALAYSIA TOLAK BUDAYA POLITIK SAMSENG UMNO
Saya mengecam sekeras - kerasnya
tindakan provokasi dan budaya samseng yang dilakukan oleh Pemuda UMNO bagi
mengganggu Program Jelajah Merdeka Rakyat ke Parlimen Gombak. Program ini
berlangsung malam tadi, 4 Disember 2012 di Dataran Shaharudin Batu 8 1/2
Gombak.
Beberapa hari sebelum program, pimpinan
Pakatan Rakyat Gombak telah dimaklumkan bahawa terdapat pesanan ringkas (SMS)
yang berlegar untuk menggesa Pemuda UMNO Gombak turun untuk menghalang
program yang akan berlangsung berlangsung. Justeru itu, kepimpinan Pakatan
Rakyat Gombak telah membuat satu laporan polis pada 3 Disember 2012 di
Balai Polis Gombak bagi mengelakkan hal yang tidak diingini berlaku.
Malangnya lebih 100 orang Pemuda UMNO
hadir untuk melakukan provokasi bagi mengganggu ceramah yang berlangsung
sehingga keadaan tegang dan berlakunya kekecohan di hadapan tapak ceramah.
Rempuhan yang dibuat serta tindakan membaling batu yang dimulakan oleh Pemuda
UMNO ini menggambarkan sifat dan budaya samseng yang telah lama berakar dalam
UMNO. Tambah mengecewakan, seorang penyokong Pakatan Rakyat telah ditikam
dengan senjata tajam.
Saya sekali lagi mengecam sekeras -
kerasnya tindakan provokasi dan budaya politik samseng serta mahu Pemuda UMNO
Malaysia bertanggungjawab di atas kejadian yang berlaku lewat malam tadi. Kejadian
yang berlaku jelas adalah jenayah politik yang menjelikkan dan bukti
keterdesakan UMNO untuk mempertahankan kekuasaan.
Justeru saya mahu pihak Polis
Di Raja Malaysia (PDRM) segera menjalankan siasatan dan mengambil tindakan ke
atas penjenayah politik yang berkenaan.
Kami percaya rakyat Malaysia khususnya
di Gombak sudah muak dengan budaya politik samseng dan khianat yang cuba
mengganggu ketenteraman dan keharmonian masyarakat.
Berbeza dengan Pakatan
Rakyat, menganjurkan dasar - dasar yang membela rakyat dan sentiasa bersedia
untuk berhujah termasuk kesediaan Dato' Seri Anwar untuk berdebat dengan Dato'
Sri Najib demi kemaslahatan rakyat. InshaAllah, saya tetap komited dan yakin
bahawa rakyat sudah sedia melakukan perubahan dan akan menolak UMNO - BN dalam
Pilihan Raya Umum ke 13.
Timbalan Ketua Cabang
Parti Keadilan Rakyat Gombak
|
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/