SharpShooter Followers

Tuesday, December 04, 2012

Jingga 13 dan 13 Mei

UMNO SEMAKIN 'KELEMASAN' , GUNA 'DAHAN' 13 MEI UNTUK BERPAUT

Pehimpunan Agong UMNO 2012 (PAU 2012) sepertimana biasa menjadi medan kepada 'memuji-muji' dan 'membodek' pimpinan UMNO dengan suara-suara yang lunak dan memualkan sekian rakyat yang mendengar .

Tidak kurang juga berkumandang dendangan keras lagi kasar menyerang Pakatan Rakyat,pimpinan Pakatan Rakyat khususnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dengan pelbagai gelaran yang melampau dan biadap, menjadi hidangan kepada rakyat melalui media UMNOBN.

Kenyataan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Wanita UMNO tanpa rasa bersalah dan kesal memulakan perang pskologi bagi tujuan menghasut dan mem'bakar' sentimen rasis dengan membangkitkan isu 13 Mei yang sudah tidak relevan dan lapuk . Hasutan beliau bahawa 13 Mei akan berlaku sekiranya UMNOBN kecundang dalam PRU 13 mengambarkan betapa tertekan dan lemasnya UMNO sehingga terpaksa mengungkit tragedi 13 Mei 1969 sebagai amaran.

Agenda rasis ini terus dimain tanpa rasa segan silu agar UMNO masih lihat relevan terutama kepada ahli-ahli UMNO yang terus ditipu dengan momokan 13 Mei , sedangkan rakyat semakin matang dan bijak menyedari bahawa UMNO adalah punca dan dalang kepada berlakunya peristiwa hitam 13 Mei agar perancangan sulit dan licik mereka .

UMNO sebenarnya sekarang berada seperti perumpamaan 'kelemasan' sehingga terpaksa berpaut kepada 'dahan' rasis untuk memastikan 'talian hayat' UMNO semakin panjang agar Putrajaya akan terus dipertahankan walau apa jua cara.

Igauan UMNO sebagai parti memperjuangkan Islam adalah sangat melucukan kepada sesiapa yang mendengar,malah gelak rakyat semakin besar apabila pelbagai gelaran hebat kepada Datuk Seri Najib Razak sedangkan dalam masa yang sama terpalit dengan pendedahan Deepak Jaikishan yang melibatkan beliau dengan skandal berkaitan akuan bersumpah pertama melibatkan skandal pembunuhan Altantuya dan pendedahan Deepak mendakwa membayar keluarga Datuk Seri Najib Razak agar campurtangan bagi membolehkannya menjadi satu pihak dalam satu perjanjian projek Kementerian Pertahanan.

JINGGA 13 amat menghairankan Datuk Zahid Hamidi pula yang terkinja-kinja untuk mejawab semua dakwaan Deepak melibatkan DS Najib Razak dalam ucapan beliau . Apakah hubungan beliau dengan skandal tersebut dan hubungan beliau dengan DS Najib Razak? Sikap 'membodek' Presiden UMNO sudah makin menjadi-jadi dan sudah ditahap kritikal dalam UMNO.

13 Mei adalah sejarah hitam yang sudah tidak patut dikenang dan diingati terutama golongan generasi muda yang tidak memahami dengan lebih mendalam kejadian tersebut. Sejarah akan diputarbelit agar lebih dilihat relevan demi survival UMNO dalam PRU 13 yang amat merisaukan mereka.

DAP akan menjadi sasaran mereka dengan cerita dan fakta diseleweng seolah-olah Pakatan Rakyat di Putrajaya , maka DAP atau orang cina akan menguruskan negara ini dengan agenda songsang yang digunakan untuk mempengaruhi orang-orang Melayu agar menolak DAP dan Pakatan Rakyat.

JINGGA 13 meminta rakyat Malaysia agar bersiap sedia dengan taktik dan propaganda murahan UMNO yang sudah tidak relevan. Adakah orang Melayu akan terus diperbodohkan dengan isu lapuk ini? Rakyat Malaysia khususnya orang Melayu semakin matang dan bersama-sama atas nama soladiriti membina negara bangsa Malaysia yang sebenar-benarnya tanpa diulit dengan agenda rasis yang sudah pasti merosakkan agenda sebangsa dalam erti kata yang sebenar dan bukannya konsep 1 Malaysia yang retorik semata-mata sedangkan laungan rasis terus dimainkan oleh UMNO.

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
JINGGA 13 Malaysia

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone