SharpShooter Followers

Wednesday, December 05, 2012

Jingga 13 kutuk tindakan tidak bertamadun samseng umno di Gombak

INSIDEN KERAMBIT DI PROGRAM JELAJAH MERDEKA RAKYAT ADALAH BUKTI UMNO SEMAKIN ASSABIYYAH DAN RAKYAT WAJAR MENOLAK UMNO SECARA TOTAL

JINGGA 13 mengutuk sekeras-kerasnya tindakan yang tidak berakhlak dan bermoral penyokong-penyokong UMNOBN yang merusuh dan mengganggu ceramah Jelajah Merdeka Rakyat yang diadakan di Bt 8 Gombak,Selangor pada 4 Disember 2012 ternyata melampaui batas dan melampau sehingga mengakibatkan seorang petugas telah dicederakan dengan menggunakan senjata tajam yang dipercayai kerambit.

Tindakan desperado yang didalangi UMNO-BN sehingga menular budaya politik samseng turut berlaku sepertimana di Johor, Melaka dan beberapa tempat lain di seluruh Malaysia dan kini berulang kembali di Gombak mengambarkan betapa tertekannya UMNO-BN sehingga sanggup melakukan tindakan jenayah.

Pihak polis harus menyiasat dan mengheret mereka yang bertanggungjawab dan turut mendakwa mereka yang menjadi dalang kepada tindakan penyokong penyokong UMNOBN tanpa prejudis ke muka pengadilan.

Pimpinan UMNOBN harus dipertanggungjawabkan di atas insiden jenayah tersebut kerana mereka tidak akan berani bertindak sedemikian tanya didalangi atau diarah oleh pimpinan UMNOBN bagi tujuan mengagal dan menakut-nakutkan rakyat untuk hadir ke program Jelajah Merdeka Rakyat yang semakin dihadiri serta mendapat sambutan oleh rakyat .

Tindakan terdesak ini dilihat seolah-olah mereka cuba memberi amaran kepada Pakatan Rakyat selaras dengan amaran yang pernah dikeluarkan oleh Ketua Wanita UMNO Dato Seri Shahrizat Jalil yang telah berjaya menghasut dan mengapi-apikan para pendokong UMNO dengan menggunakan tragedi hitam 13 Mei .

Adakah ini adalah cara perjuangan Islam dan perjuangan UMNO direstui Allah serta UMNO dipilih Allah dengan cara zalim dan brutal?

Inilah amalan 'assabiyyah' yang terus diamalkan di dalam UMNO yang sanggup menzalimi orang lain berteraskan tiupan rasis dan kepuakkan yang melampau yang bertentangan dengan Islam yang diajar oleh Rasulullah SAW.

JINGGA 13 mendesak agar tindakan SEGERA pihak Polis untuk mendakwa mereka yang terlibat dalam insiden di Program Jelajah Merdeka Rakyat di Gombak .

Inilah sikap sebenar UMNOBN yang wajar DITOLAK oleh seluruh rakyat Malaysia yang mencintai keamanan dan mengangkat amalan demokrasi di atas prinsip kecintaan kepada negara yang terus dinafikan oleh UMNOBN untuk menjadikan rakyat jumud dan tunduk kepada segala kezaliman mereka.

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI

Mohd Rudey bin Abd Rahman
Koordinator Penerangan
Jingga 13 Malaysia

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone