SharpShooter Followers

Tuesday, December 11, 2012

JINGGA 13 CABAR MUSA HASSAN BUAT LAPORAN POLIS DAN SPRM TERHADAP ROBERT PHANG DAN ISMAIL OMAR

JINGGA 13 MALAYSIA mencabar Tan Sri Musa Hassan, Bekas Ketua Polis Negara membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah terhadap bekas anggota penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Robert Phang 'mengarahkan' pegawai polis untuk meluluskan satu projek komunikasi Polis Di Raja Malaysia (PDRM) bernilai ratusan juta ringgit mempunyai kaitan dengan perunding perhubungan awam, APCO Worldwide – syarikat Isreal.

Tan Sri Musa Hassan telah turut mendedahkan bahawa Tan Sri Robert Phang telah bertindak mengugut Pegawai Polis iaitu sekiranya projek tersebut tidak diluluskan , Pegawai Polis tersebut akan ditukarkan 24 jam . Tindakan Tan Sri Robert Phang adalah merupakan satu tindakan jenayah yang tidak boleh dipandang ringan apabila seorang awam telah bertindak mengugut penjawat awam .

Turut sama terlibat dalam kes tersebut ialah Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar telah melakukan rasuah salahguna kuasa mengarahkan Pegawai Polis tersebut untuk menandatangani komisyen bagi memenuhi arahan Tan Sri Robert Phang . Kerana Pegawai Polis tersebut terus gagal mengikut arahan Tan Sri Ismail Omar dan Tan Sri Robert Phang , akibatnya pegawai tersebut ditukar 24 jam dan diganti dengan pegawai baru yang menandatangani surat kelulusan tersebut sedangkan sepertimana pendedahan Tan Sri Musa Hassan projek komunikasi tersebut masih gagal siap sepenuhnya.

Tindakan Tan Sri Robert Phang dan Tan Sri Ismail Omar adalah merupakan satu tindakan jenayah yang amat serius dan sebagai warganegara yang bertanggungjawab dan bekas Ketua Polis Negara , Tan Sri Musa Hassan lebih memahami dan menguasai undang-undang negara . Tan Sri Musa Hassan wajar dipersalahkan sekiranya beliau gagal bertindak melaporkan kepada pihak Polis dan SPRM terhadap perlakuan jenayah yang dilakukan oleh Tan Sri Robert Phang dan Tan Sri Ismail Omar, Ketua Polis Negara.

Beliau yang mempunyai maklumat yang cukup lengkap untuk melakukan tindakan yang sewajarnya lebih-lebih lagi ianya melibatkan dana awam bernilai ratusan juta ringgit iaitu projek komunikasi Motorola dari sistem analog ke digital PDRM. Projek itu disubkontrakkan kepada syarikat bernama Asiasoft Malaysia. Dua pemegang saham dalam syarikat berkenaan ialah B System Sdn Bhd dan Asiasoft PLC. Asiasoft PLC didaftar di Singapura, dikuasai oleh Asiasoft Global PLC yang berpangkalan di Israel.

JINGGA 13 menyatakan sokongan terhadap keberanian dan pendedahan yang di buat oleh Tan Sri Musa Hassan tetapi adalah menghairankan sekiranya pendedahan tersebut tidak disertakan dengan tindakan membuat laporan kepada pihak berwajib kerana kes ini berprofil tinggi dan sangat serius .

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI

FARIZ MUSA
ketua Koordinator
JINGGA 13 MALAYSIA


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone