KERAJAAN NEGERI PRIHATIN MASALAH
PERKUBURAN ISLAM
Keperihatinan ini terbukti apabila kerajaan negeri berjaya menyelesaikan masalah kesesakan tanah perkuburan Islam Jelutong yang membelenggu umat Islam negeri ini sejak 13 tahun. Dengan peruntukan sebanyak RM20 juta, kerajaan negeri telah berjaya dalam pengambilan tanah untuk tujuan pembesaran tanah kubur tersebut.
Namun ada pihak cuba menafikan kejayaan itu, dengan cuba memutarbelit isu tanah perkuburan Islam Kampung
Boundry, Ayer Itam yang kononnya telah diceroboh oleh pemaju untuk projek
perumahan. Golongan berkenaan cuba membangkitkan api kebencian kaum serta agama
dan cuba menuding jari kepada kerajan negeri.
Hakikatnya, siasatan pihak
berkuasa mendapati tidak ada sebarang pencerobohan atau pelanggaran sempadan
tanah perkuburan oleh pemaju. Tembok
yang dibina pemaju adalah di atas tapak asal pagar lama sempadan yang wujud
sejak sekian lama.
Kerajaan negeri melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JHEAIPP), Majlis Agama Islam (MAINPP), Jabatan Mufti,
Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan beberapa pihak berkuasa telah
mengadakan pertemuan dengan pihak Pemaju, Qaryah Masjid, JKKK dan waris pada 21 Disember lalu.

Bagaimanapun, seorang waris
mendakwa batu nisan keluarganya telah hilang, dan bercadang untuk
menyelesaikannya melalui saluran perundangan, meskipun pemaju telah memohon
maaf atas kesulitan yang berlaku serta bersedia menanggung tuntutan gantirugi daripada
waris.
Dalam masa yang sama kerajaan
negeri akan bertindak tegas kepada
mana-mana pemaju dan kontraktor yang melanggari syarat pihak berkuasa terutama
yang membabitkan kepentingan umat Islam,
berkaitan tanah wakaf, kubur atau masjid.
Saya berkeyakinan isu berkenaan
boleh diselesaikan secara baik melalui rundingan berhemah tanpa dipengaruhi
oleh emosi keterlaluan dan termakan hasutan pihak tertentu yang berniat menangguk
di air keruh bagi mensasikan isu tersebut.

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/