SharpShooter Followers

Friday, December 14, 2012

KEJAM - Video bapa tiri dera kanak-kanak



Binatang pun tahu jaga anak dan sayang anak, mengapa manusia lebih teruk dari binatang?

SHAH ALAM — Polis menahan ibu tiri kanak-kanak lelaki yang didera bapa tirinya seperti tersebar dalam klip video di laman media sosial Facebook kira-kira pukul 10 malam semalam, di Taman Meru Indah, Klang. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, ACP Rusdi Md. Isa berkata, wanita berkenaan ditahan di rumahnya bagi membantu siasatan dan telah dibebaskan setelah kenyataannya direkod.

"Wanita berusia 20 tahun itu merupakan individu yang merekod klip video ketika mangsa dikasari suspek, yang turut berada bersama suspek dan mangsa ketika kejadian,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini.

Rusdi berkata, polis telah memanggil dan mengambil kenyataan ibu kandung mangsa, berumur 29 tahun yang merupakan isteri tidak berdaftar suspek, berhubung kes itu. Beliau berkata, sehingga kini, polis merekod kenyataan empat individu, iaitu ibu tiri dan ibu kandung mangsa, jiran serta doktor bagi membantu siasatan.

Katanya, kes penderaan kanak-kanak lelaki berumur tiga tahun itu dipercayai berlaku dua bulan lepas dan klip video kejadian mula tersebar selepas seorang individu memuat naik ke laman Facebook sejak semalam. Semalam, polis menahan seorang lelaki berumur 32 tahun, bapa tiri kepada mangsa di rumahnya di Taman Mas, Kapar di Klang selepas menerima laporan seorang kenalan suspek yang menonton klip video itu. — BERNAMA



Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/