SharpShooter Followers

Thursday, December 13, 2012

Jalan alternatif Kubang Ulu sempit dapat cakna ADUN Penanti

MANSOR Othman bersama-sama wakil JKR serta wakil Pejabat Daerah Seberang Perai Tengah sedang meninjau jalan alternatif ke Kampung Simpang Tiga Kubang Ulu, Penanti baru-baru ini selepas menerima aduan penduduk setempat.
PENANTI - Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan mencari jalan untuk melebarkan jalan alternatif ke Kampung Simpang Tiga Kubang Ulu, di sini demi kepentingan rakyat setempat.

Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman berkata, pembinaan jejantas baru di kawasan tersebut telah mengakibatkan jalan alternatif itu kian sempit ke dinding Masjid Jamek Kubang Ulu dan sebuah rumah milik penduduk setempat.

"Penduduk 'bising' kerana lorong (alternatif) ini sempit selepas (projek pembinaan) jejantas tersebut siap sepenuhnya.

"Kita akan berbincang untuk pindah rumah tersebut...kita akan bincang dengan pejabat (Jabatan) Mufti Pulau Pinang untuk mengalihkan masjid tersebut ke satu tanah lain agar jalan alternatif ini boleh dilebarkan," ujar Mansor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti semasa melawat lokasi berkenaan baru-baru ini.
LORONG alternatif ke Kampung Simpang Tiga Kubang Ulu yang berlebaran kira-kira enam kaki dihitung cukup untuk laluan sebuah kereta sahaja.

Hadir bersama, wakil Jabatan Kerja Raya (JKR) Pulau Pinang dan wakil Pejabat Daerah Seberang Perai Tengah.

Tinjauan yang dibuat mendapati, lebar jalan alternatif dua hala itu kira-kira enam kaki sahaja, cukup untuk laluan sebuah kereta.

Perkembangan terbaru itu sekaligus menyerlahkan cakna Kerajaan Negeri terhadap keperluan masyarakat di kampung berkenaan - Faqar



Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/