SharpShooter Followers

Saturday, December 08, 2012

SIAPAKAH "KAWAN WANITA" YANG DINYATAKAN DEEPAK

JINGGA 13 mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM ) mengambil siasatan terhadap kenyataan baru Deepak Jaikhasan di mana ahli perniagaan itu kesal terlibat dalam kes tersebut yang menyebabkan penyiasat persendirian P.Balasasubramaniam menukar keterangan dalam Akuan Bersumpah pertamanya yang mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan skandal pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Kenyataan Deepak tersebut adalah membuktikan bahawa beliau terlibat bersama Datuk Mohamed Nazim Razak sepertimana laporan yang di buat sebelum ini bahawa terdapat usaha di buat merasuah P.Balasubramaniam agar melakukan tindakan mengubah Akuan Bersumpah pertama yang dilakukan pada 1 Julai 2008 dengan akuan sumpah ke dua.

Pada 4 Julai 2008 , P.Balasubramiam menarik balik kenyataan dalam akuan sumpah awal melalui akuan bersumpah kedua di sidang media yang diadakan secara tergesa-gesa dan kelam-kabut sebelum menghilangkan diri secara misteri ke luar negara.Balasubramaniam mendakwa beliau bertemu dengan Mohamed Nazim dan isterinya di sebuah pusat membeli-belah The Curve di Damansara pada malam sebelum mengubah akuan bersumpahnya.

Berdasarkan kepada laporan yang di buat terhadap Mohamed Nazim dan Deepak didakwa "telah melakukan beberapa kesalahan yang boleh dianggap sebagai perbuatan rasuah" iaitu menawarkan wang sejumlah RM5 juta bagi mendorong Balasubramaniam menarik balik akuan bersumpah beliau yang bertarikh 1 Julai 2008 serta menggugut keselamatan keluarga Balasubramanian sekiranya beliau enggan menurut arahan kedua-dua individu itu.

Kekesalan Deepak yang mengakui keterlibatan beliau adalah merupakan pengakuan yang sudah pasti membantu siasatan SPRM yang wajar dibuka semula . Pengakuan tersebut secara langsung adalah tidak menafikan keterlibatan adik Perdana Menteri Datuk Nazim Razak bersama beliau untuk merasuah dan mengugut Balasubramaniam .

Malah Balasubramaniam juga turut menerima wang hampir RM750, 000 kepada beliau sepanjang kehilangan beliau (di luar negara) dan 500,000 Rupee yang dimasukkan ke akaun bank anak penyiasat itu untuk perbelanjaan sekolah. Juga turut melibatkan ASP Suresh Kumar yang membawa Balasubramanian ke sebuah restoran di Rawang untuk bertemu Deepak dan adik peniaga itu bernama Dinesh.

Deepak juga mengaku bahawa beliau hanya terlibat dalam usaha berkenaan atas permintaan seorang "kawan wanita" yang didakwanya mempunyai hubungan dengan satu pihak yang mungkin akan terjejas jika pengakuan berkanun pertama itu tidak digugurkan. Persoalan yang perlu disiasat oleh pihak SPRM ialah siapakah "kawan wanita" yang dimaksudkan oleh Deepak yang juga turut terlibat dalam usaha tersebut juga perlu diambil tindakan dan pendakwaan.

JINGGA 13 melihat SPRM sehingga kini tidak menunjukkan respon yang positif terhadap pengakuan Deepak tersebut dan menyatakan siasatan kes tersebut telah pun selesai dan mendapati kekurangan bukti untuk mendakwa mana-mana pihak berikutan aduan rasuah oleh penyiasat persendirian P Balasubramaniam. Keputusan yang benar-benar menimbulkan persoalan yang memperlihatkan integriti dan kredebiliti SPRM terhadap siasatan dan dakwaan yang di buat oleh Balasubramaniam apabila melibatkan Datuk Seri Najib Razak dan ahli keluarga Perdana Menteri tersebut.

Sedangkan pengakuan dan kekesalan Deepak sudah menunjukkan bahawa dakwaan Balasubramaniam adalah benar dan semakin relevan dan terbukti beliau terlibat dalam usaha menukar akuan sumpah pertama .

Keyakinan turut diberikan bahawa Deepak pasti akan memberikan kerjasama yang baik terhadap siasatan yang dibuat oleh SPRM yang ternyata sudah menyamai terhadap dakwaan Balasubramaniam sebelum ini.

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI

FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
JINGGA 13 Malaysia


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone