Wednesday, February 29, 2012
Surat "cinta" Guan Eng kepada Ketua Polis Negara isu pergaduhan di Himpunan Hijau 2.0 Lynas Penang
YBhg Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar
Ketua Polis Negara
Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia
Bukit Aman
50560 Kuala Lumpur
YBhg Tan Sri,
TINDAKAN KERAS KE ATAS AHLI UMNO DAN PERKASA YANG MEMUKUL WARTAWAN DAN MENGANCAM SAYA
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Seperti yang Tan Sri sedia maklum, pada 26 Februari 2012, beberapa pembantahan telah diadakan di seluruh Malaysia berkenaan dengan isu pembinaan loji nadir bumi Lynas di Kuantan. Malangnya, pembantahan anti-Lynas pada 26 Februari 2012 pada pukul 6:00 petang di Dataran Pidato, Padang Kota Lama, Pulau Pinang, telah diganggu oleh ahli-ahli UMNO dan Perkasa yang telah membuat rusuhan di kawasan itu.
Sebelum saya sampai ke situ pada pukul 6:30 petang, saya difahamkan bahawa perusuh-perusuh itu telah cuba memaksa orang awam dan pembantah anti-Lynas balik rumah dan meninggalkan tempat itu. Ramai pula yang ditolak dan dipukul sehingga mereka jatuh, termasuklah wanita-wanita. Adalah nasib baik bahawa mangsa-mangsa tersebut tidak bertindakbalas balik.
3. Ini boleh dilihat dari laporan-laporan media dan juga dari rakaman video yang dilampirkan bersama surat ini, di mana perhimpunan aman yang diadakan di Dataran Pidato Pulau Pinang telah diganggu dan digugat oleh kekecohan sekumpulan orang yang dikenali sebagai ahli-ahli UMNO dan Perkasa Pulau Pinang, yang telah menyerang perhimpunan aman anti-Lynas itu dan telah menggunakan bahasa kasar, makian dan carutan perkauman seperti “Cina Babi, Cina Pulau Pinang Bodoh, Babi Sokong Lim Guan Eng Ketua Menteri”.
Ahli-ahli kumpulan tersebut telah juga mengganas peserta-peserta dan wakil-wakil media yang hadir, setakat dua orang wartawan Kwong Wah Jit Poh, Chew Seng Tun dan Lee Hong Chun, telah dipukul sehingga tercedera dan dipaksa mendapat rawatan di Hospital Besar Pulau Pinang.
4. Peristiwa ini adalah kali kedua wartawan dan orang awam diugut dan diganas oleh perusuh-perusuh UMNO-Perkasa tanpa tindakan keras diambil ke atas mereka oleh polis. Sebelum ini, pada 1 Julai 2011 dua orang wartawan telah dipukul oleh peserta-peserta demonstrasi yang melibatkan ahli-ahli UMNO dan Perkasa di KOMTAR dan selepas itu juga di Jambatan Pulau Pinang. Sehingga sekarang, tiada tindakan yang diambil terhadap mereka yang memukul wartawan itu.
5. Saya ingin menarik perhatian Tan Sri kepada tingkahlaku perusuh-perusuh UMNO-Perkasa pada 26 Februari 2012 itu yang memukul, menghalang dan meludah kereta saya. Peristiwa ini berlaku secara terbuka dan sewenang-wenangnya di hadapan anggota-anggota polis yang hadir berhampiran, tetapi anggota-anggota polis tersebut tidak mengambil sebarang tindakan untuk mengawal keadaan, melindungi saya dan mengambil tindakan ke atas mereka yang menghalang, memukul serta meludah kereta saya. Dari rakaman video yang dilampirkan bolehlah dilihat bahawa anggota-anggota polis berdiam diri dan menonton sahaja apabila orang awam diganas dan apabila kereta saya dihalang, dipukul dan diludah.
6. Saya sebagai Ketua Menteri negeri ini telah dijemput menghadiri perhimpunan tersebut, tetapi saya sendiri telah diancam dan hampir dipukul oleh ahli-ahli kumpulan UMNO-Perkasa yang tersebut. Ahli-ahli UMNO dan Perkasa telah menunjukkan penumbuk terhadap saya dan telah menggunakan carutan perkauman dan kata-kata ancaman seperti “You jaga”. Jika tidak kerana rakyat umum yang melindungi saya, saya percaya bahawa saya sendiri akan diserang. Saya difahamkan bahawa sebelum saya sampai, sudah berlaku kekecohan di mana ada beberapa orang awam diserang dan dipukul kumpulan ahli Perkasa dan UMNO ini. Semua laporan polis yang berkenaan dan rakaman video telah dibuat dan diberikan kepada pihak polis.
7. Adalah jelas bahawa tinkahlaku anggota-anggota polis yang berdiam diri dan tidak menghalang mereka yang mengganas rakyat Pulau Pinang itu tidak boleh diterima. Saya berharap bahawa tindakan yang keras sekarang akan diambil oleh pihak polis ke atas mereka yang bersalah agar peristiwa-peristiwa seperti ini tidak berlaku lagi di Negeri Pulau Pinang.
Perhatian peribadi Tan Sri ke atas perkara ini adalah didahului dengan terima kasih.
Sekian,
LIM GUAN ENG
Ketua Menteri Negeri Pulau Pinang
lamp.
s.k.: YBhg Dato' Wira Ayub Haji Yaakob, Ketua Polis Negeri Pulau Pinang
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Jingga 13 Pulau Pinang melancarkan kempen "Gerakan 1,000 Kamera" malam ini sempena Debat GASAK292
Kenyataan Media
Jingga 13 Pulau Pinang
29 Februari 2012
Jingga 13 Pulau Pinang melancarkan kempen "Gerakan 1,000 Kamera"
sempena menghadapi kemungkinan provokasi grup pemuda liar Umno pada
majlis debat antara Lim Guan Eng dan Tan Sri Nor Mohamad Yackop yang
dijadualkan pada malam ini.
Kempen ini dilancarkan supaya insiden 2 wartawan Kwong Wah Jit Poh
diserang sehingga tercedera pada Sabtu lepas ketika membuat liputan
mengenai Himpunan Hijau 2.0 di Padang Kota, George Town tidak lagi
berulang.
Malaysia yang menjunjung semangat demokrasi tulen sepatutnya mengajak
rakyat untuk hidup harmoni walaupun mempunyai perbezaan dari segi
pandangan politik.
Nor Mohamed dijemput berdebat dengan Guan Eng atas pentas Sekretariat
Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang (Pemuda Penang) atas semangat
demokrasi.
Datanglah kerana ini parlimen yang diwakili kamu. Datanglah dengan
budaya berdebat yang rasional, ilmiah dan demokratik kerana kita tidak
perlukan provokasi.
Kejadian gantung "ayam berdarah berkaki satu" di Pusat Khidmat Permatang Pauh Anwar Ibrahim yang juga Bilik Gerakan AMK Permatang Pauh pagi tadi juga dipercayai ada kaitan dengan program malam ini.
Jika grup liar berkenaan bertekad untuk menyerang, kami menyeru rakyat
untuk tidak menyerang balas. Kita rakam setiap tindak tanduk liar
mereka pada malam ini dan biar rakyat menilai mereka pada pilihan raya
umum ke-13 kelak.
Justeru, Jingga 13 Pulau Pinang sekali lagi kami menyeru seluruh rakyat untuk bersama-sama
menggerakkan kem "Gerakan 1,000 Kamera" pada malam ini.
"SEMARAKKAN DEMOKRASI, TOLAK PROVOKASI LIAR SAMSENG PEMBANGKANG PULAU PINANG"
Amizudin Ahmat
Koordinator
Jingga 13 Pulau Pinang
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Nafi keganasan, Umno bohong terang-terangan
Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang menafikan Umno terlibat dalam kejadian itu.
“Kenyataan ini menunjukkan pembohongan secara terang-terangan. Video dan gambar diambil di tempat kejadian menunjukkan kehadiran pemimpin Umno di peringkat bahagian. Kita semua tahu siapa dalang di sebalik kejadian ini.
“Saya tidak sangka pemimpin Umno dari pusat boleh bohong..Isunya kalau tahu silap mereka kena minta maaf,” kata Sim ketika dihubungi keadilandaily.
Pada Ahad lalu, sekumpulan ahli Umno dan Perkasa menganggu Himpunan Hijau di sudut pidato, Padang Kota, Esplanade Pulau Pinang ketika ketua menteri, Lim Guan Eng sedang berucap.
Perhimpunan itu sebagai tanda sokongan terhadap Himpunan Hijau yang diadakan di Kuantan bagi membantah pembinaan loji nadir bumi oleh Lynas Advanced Material Plant (LAMP) di Gebeng.
Ekoran kekecohan ketika kejadian, seorang pemberita akhbar Kwong Jit Poh turut dicederakan penyokong Umno dan menerima lapan jahitan di tangannya.
Menyifatkan kejadian itu sebagai keganasan politik yang dipelopori Umno, Sim mencabar pemimpin parti itu meminta maaf kepada wartawan terbabit.
“Pemberita hanya jalankan tugas mereka. Kita tahu wartawan yang jalankan tugas tidak harus ditumbuk atau diganas,” tegasnya lagi.
Menurut Tsim lagi, kejadian keganasan itu seumpama itu bukan sahaja berlaku di Pulau Pinang, tetapi di turut berlaku di Pahang- negeri kelahiran perdana menteri- apabila Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar hampir ditumbuk.
“Di Sembrong, kawasan menteri dalam negeri sendiri juga berlaku keganasan di mana kereta Datuk Seri Anwar Ibrahim kemek dan cerminnya dipecahkan oleh penyokong Umno.
“Kejadian ini berlaku di Negeri Sembilan dan banyak tempat, semuanya dilakukan oleh desperado Umno. Mereka desperate dengan kemaraan Pakatan Rakyat,” katanya.
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
"Ayam kaki satu berdarah" diletak depan Pusat Khidmat Anwar
Apakah motif mereka yang tidak bertanggungjawab berbuat demikian? Budaya politik apa yang mahu dibawa ke Malaysia? Budaya berbau ugutan adalah budaya samseng ala umno dan perkasa ujarnya kepada sharpshooter.
Saudara Fathilullail bin Jaafar Sidek merupakan abang kepada Fayyadh Affiq Albaqry Bin Jaafar Sidek yang tercedera ditembak polis dalam demo BERSIH 2.0
Pejuang Kemaafan yang juga anggota Jingga 13 Pulau Pinang berkata beliau berada di Pusat Khidmat ini hingga pukul 3.00 pagi tetapi tiada apa yang berlaku.
Manakala menurut saudara Mohd Saiful beliau berada di Pusat Khidmat ini hingga pukul 7.30 pagi tetapi katanya ayam tersebut tiada. Beliau juga hairan apa motif mereka berbuat demikian.
Ketua AMK Pulau Pinang saudara Amir Ghazali amat kesal dengan kejadian ini dan beliau berkata kemungkinan besar ini ada kaitan dengan debat "GASAK" pada malam ini.
Semalam juga beliau menerima laporan bahawa umno dan perkasa akan datang mengganggu debat malam ini. Sharpshooter difahamkan bahawa kemungkinan besar malam ini YB Parlimen Tasek Gelugor Nor Yaacop tidak berani turun berdebat dengan Lim Guan Eng di Dewan Sg Dua. Besar kemungkinan malam ini pemuda umno dan perkasa akan ganggu dan membawa budaya samseng.
Amir juga berkata, debat malam ini akan diteruskan dan kita juga telah bersiap sedia dengan segala kemungkinan yang akan berlaku pada malam ini. Beliau menyeru penyokong Pakatan Rakyat usah bimbang untuk hadir beramai-ramai malam ini.
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Ayam berdarah berkaki satu digantung di depan Pusat Khidmat Permatang Pauh Anwar Ibrahim
berita lanjut akan menyusul...
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Inikah bahasa indah Melayu umporno - “Cina Babi, Cina Pulau Pinang Bodoh, Babi Sokong Lim Guan Eng Ketua Menteri”.
Ekoran Ancaman Ganas Oleh Ahli-Ahlinya, UMNO Dan Perkasa Harus Bertanggungjawab Atas Apa-Apa Yang Berlaku Pada Saya.
Hampir dua tahun lalu, Kerajaan Negeri PR Pulau Pinang telah menubuhkan Sudut Pidato di Padang Kota Lama bukan sahaja untuk membenarkan kebebasan bersuara tetapi juga kebebasan selepas bersuara. Sudut Pidato mendukung semangat “Pendapat anda mungkin berbeza dengan saya, tetapi saya akan mempertahankan hak anda untuk menyuarakannya.” Sudut Pidato adalah untuk kegunaan umum untuk menyuarakan pendapat tanpa ancaman atau ketakutan. Untuk sebab ini, Kerajaan Negeri jarang menganjurkan acara di Sudut Pidato.
Pada 26 Februari 2012, saya telah sampai pada pukul 6.30pm di Padang Kota Lama untuk menghadiri Himpunan Hijau 2.0, acara yang dianjurkan NGO Pulau Pinang Suaram untuk membantah pembinaan loji nadir bumi di Kuantan.
Sebelum ketibaan saya, Ahli Exco kanan Pulau Pinang YB Chow Kon Yeow yang sudah sampai pada pukul 6pm telah memberitahu saya bahawa perhimpunan aman tersebut telah diganggu oleh ahli-ahli UMNO dan Perkasa.
YB Chow berkata bahawa seramai 1,000 orang hadir untuk membantah Lynas berbanding dengan 100 orang ahli-ahli UMNO dan Perkasa yang menyokong Lynas. Beliau memberitahu saya bahawa ahli-ahli UMNO dan Perkasa sedang bertindak ganas. Ahli-ahli UMNO dan Perkasa telah menggunakan taktik keras seperti menolak dan mengasak untuk memaksa golongan anti-Lynas untuk beredar meninggalkan padang. Mujur, golongan anti-Lynas tidak bertindak balas terhadap keganasan ahli-ahli UMNO dan Perkasa. Mereka hanya duduk atas padang dan enggan beredar seperti yang diarahkan oleh UMNO dan Perkasa.
Saya telah berputus untuk meneruskan perjalanan ke acara Himpunan Hijau 2.0 dan telah sampai pada pukul 6.30pm dalam kereta rasmi PG1. Setibanya saya di situ, saya telah menjadi sasaran tingkah laku ganas ahli-ahli UMNO dan Perkasa. Mereka telah menggunakan bahasa kasar, makian dan carutan perkauman seperti “Cina Babi, Cina Pulau Pinang Bodoh, Babi Sokong Lim Guan Eng Ketua Menteri”.
Ahli-ahli UMNO dan Perkasa telah melonjak ke hadapan dengan menunjukkan penumbuk terhadap saya, menggunakan carutan perkauman dan kata-kata ancaman seperti “you jaga”. Jika tidak kerana rakyat umum yang melindungi saya, saya percaya saya akan diserang.
Tingkah laku yang ganas ini tidak menggambarkan budaya Melayu atau semangat Malaysia. Saya tidak faham kenapa mereka taksub sangat untuk menyokong Lynas yang merupakan syarikat Australia. Mereka mempunyai hak untuk menyokong Lynas tetapi ahli-ahli UMNO dan Perkasa tidak boleh menafikan hak orang lain untuk membantah Lynas.
Kemudian, saya telah menaiki pentas untuk memberi ucapan bersama YB Chow. Ucapan saya yang membantah Lynas telah diganggu berulang kali oleh ahli-ahli UMNO dan Perkasa yang berada kurang satu meter daripada saya.
Dalam ucapan saya, saya telah menekankan bahawa pembantahan terhadap loji Lynas bukan bersifat perkauman tetapi merupakan isu persekitaraan yang menjejaskan semua orang tidak kira agama atau bangsa. Pemprosesan nadir bumi mempunyai kesan radioaktif. Keseriusan kesan-kesan ini terserlah apabila Lynas sendiri tidak boleh mendapat kelulusan daripada Kerajaan Australia untuk membina loji itu di Australia.
Jika loji Lynas meletup, semua orang akan menderita – orang Cina akan menderita, orang Melayu akan menderita, orang India akan menderita, orang Kadazan akan menderita, orang Iban akan menderita. Kita tidak boleh mementingkan keuntungan daripada kesihatan. Selepas ucapan saya, saya telah turun dari pentas untuk berjumpa golongan anti-Lynas.
Terdapat banyak asakan dan tolak menolak yang berlaku, dengan bahasa kasar dan carutan perkauman serta ancaman ganas terhadap saya dan aksi menunjukkan penumbuk oleh ahli-ahli UMNO dan Perkasa. Saya tidak menyaksikan serangan ganas oleh ahli-ahli UMNO dan Perkasa ke atas dua orang wartawan Kwong Wah Jit Poh, Chew Seng Tun dan Lee Hong Chun.
Namun demikian, saya terhutang budi kepada Chew yang diserang ganas oleh ahli-ahli UMNO dan Perkasa kerana beliau telah menghalang mereka daripada menyerang saya. Lee terpaksa menerima 8 jahitan atas jarinya serta lebam di kepalanya. Saya percaya lebih ramai telah dipukul oleh ahli-ahli UMNO dan Perkasa.
Ini bukan kali pertama wartawan dicederakan oleh ahli-ahli UMNO dan Perkasa yang ganas. Dalam sebuah demonstrasi haram pada bulan Julai tahun lepas, dua orang wartawan telah dicederakan dalam demonstrasi yang dihadiri Senator UMNO Ezam Mohd Nor. Sampai sekarang, tiada tindakan telah diambil oleh pihak polis terhadap mereka yang telah menyerang dua orang wartawan itu.
Ahli-ahli UMNO dan Perkasa telah meneruskan tindakan ganas terhadap saya dan telah mendekati hampir 1 meter daripada saya semasa saya memasuki kereta. Selepas saya memasuki kereta rasmi, mereka terus memukul kereta saya, meludah ke atasnya dan tidak membenarkan kereta saya untuk berlepas. Sungguhpun begitu, orang ramai daripada golongan anti-Lynas tidak bertindak balas terhadap tindakan ganas oleh ahli-ahli UMNO dan Perkasa.
Melihat tindakan ganas mereka, saya masih berasa terancam oleh ahli-ahli UMNO dan Perkasa walaupun sudah 2 hari selepas kejadian tersebut. Saya terkejut bahawa BN, khususnya UMNO Pulau Pinang dan Gerakan (Dato’ Musa Sheikh Fadzir dan Dato’ Seri Teng Hock Nan) masih lagi menyokong tindakan ganas ahli-ahli UMNO dan Perkasa terhadap wartawan-wartawan Kwong Wah Jit Poh dan golongan anti-Lynas. Daripada meminta maaf atas tindakan ganas ahli-ahli UMNO dan Perkasa, BN pula ingin menyalahkan saya.
Adalah jelas bahawa kecederaan wartawan-wartawan tersebut tidak mencukupi untuk UMNO dan Gerakan untuk membezakan siapa penjahat dan siapa mangsa. Saya percaya bahawa komen-komen yang tidak bertanggungjawab oleh pemimpin-pemimpin UMNO dan Geraekan adalah bertujuan untuk mewajarkan tindakan ganas ahli-ahli UMNO dan Perkasa yang tidak boleh dimaafkan.
Apabila UMNO dan Gerakan tidak mahu mengutuk tindakan ganas ahli-ahli UMNO dan Perkasa terhadap wartawan-wartawan yang meliputi acara tersebut, keselamatan peribadi saya tidak dijamin. Seperti dua orang wartawan tersebut, jika saya diserang secara ganas oleh ahli-ahli UMNO dan Perkasa, memang sayalah yang akan disalahkan sementara penyerang daripada UMNO dan Perkasa akan menjadi mangsa.
Demi keselamatan peribadi, saya dengan ini membuat laporan polis terhadap ancaman-ancaman ganas oleh ahli-ahli UMNO dan Perkasa. Sekiranya apa-apa berlaku kepada saya, UMNO dan Perkasa harus bertanggungjawab penuh. Adalah terpulang kepada pihak polis untuk menunjukkan bahawa mereka boleh menjalankan tugas mereka tanpa rasa takut atau pilih kasih dengan bertindak bukan sahaja ke atas ahli-ahli UMNO dan Perkasa yang telah menyerang dua orang wartawan tersebut, tetapi juga ke atas mereka yang telah mengancam saya.
Lim Guan Eng
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Tuesday, February 28, 2012
Jingga 13 : persoal kredibiliti siasatan dan desak jabatan peguam negara telus dan profesional
Tindakan tersebut adalah ternyata mempertikai urusan dan siasat pihak polis terhadap Skandal NFC yang telah melakukan pecah amanah jenayah wang rakyat yang dipinjamkan bagi tujuan melaksanakan Projek Fidlot Kebangsaan .
JINGGA 13 yang terlibat secara langsung dalam kesemua laporan polis dan SPRM terhadap Skandal NFC tersebut mempersoalkan akan maksud "cadangan awal" pihak polis terhadap siasatan tersebut agar Pengerusi NFCorp dikenakan atas tuduhan pecah amanah jenayah kepada pihak Jabatan Peguam Negara. Adakah hasil siasatan tersebut "tidak" kuat segala bukti dan siasatan dibuat terhadap Skandal NFC tersebut yang bakal akan dibuang kes oleh Jabatan Peguam Negara?
JINGGA 13 merasa agak janggal dan hairan kenapa hanya suami kepada Datuk Seri Shahrizat Jalil , Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail,Pengerusi NFCorp yang dikenakan tuduhan pecah amanah jenayah tersebut tanpa dilibatkan sama pengurusan NFCorp yang merupakan anak-anak Datuk Seri Shahrizat Jalil yang turut terlibat secara langsung dalam semua pengurusan NFCorp terhadap projek nasional tersebut.
Tindakan tersebut seolah-olah menutup segala jenayah yang turut dilakukan oleh ahli keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil yang lain. Sedangkan segala laporan polis dibuat oleh JINGGA 13 adalah melibatkan ahli keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil yang terlibat sebagai pengurusan tertinggi NFCorp.
JINGGA 13 juga mempersoalkan pihak polis atas siasatan apa yang dibuat terhadap Pengerusi NFCorp tersebut ? Adakah atas pembelian kondominium One Menerung , atau pembelian kereta mercedes mewah, atau pembelian 2 lot tanah di Percint 10 , atau menyaluran wang ke syarikat Meatworks (Singapura) Ltd , atau penggunaan wang NFC membayar kad kredit kesemua ahli keluarga Datuk Seri Sharizat Jalil? Bukankah pengurusan tertinggi syarikat turut sama terlibat dalam kesemua skandal tersebut ? Kenapa cadangan awal pihak polis hanya terhadap Pengerusi NFCorp sahaja?
JINGGA 13 MENDESAK agar Jabatan Peguam Negara bertindak profesional , telus dan adil dan tidak dipengaruhi oleh 'tangan-tangan ghaib ' yang akan menganggu keputusan dan tindakan . Rakyat sedang memerhati segala tindak tanduk terhadap Skandal NFC yang melibatkan wang rakyat yang digunakan hampir lebih RM60 juta untuk kepentingan peribadi dan keluarga Datuk Seri Sharizat Jalil.
MUAFAKAT *PRIHATIN*BERANI
FARIZ MUSA
Ketua Koordinator JINGGA 13
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Monday, February 27, 2012
Jingga 13 Pulau Pinang dedah bukti pemuda umno Seremban dan Balik Pulau cetus pergaduhan di Padang Kota, adakah YB Dr Helmi Yahya dalangnya?
Kenyataan Akhbar
Jingga 13 Pulau Pinang
28 Februari 2012
JINGGA 13 Pulau Pinang mendesak polis menyiasat insiden wartawan Kwong Wah Yit Poh, Adam Chew, 29 yang menerima 8 jahitan di lengan dan Lee Hong Chun, 25, dipukul dengan topi kar gara-gara diserang oleh sekumpulan pemuda di Himpunan Hijau 2.0 di Padang Kota Lama dekat George Town pada Ahad lepas.
Grup provokator berkenaan rata-ratanya memakai topi "Umno Seremban". Dari gambar yang didedahkan, beberapa pemuda liar berkenaan dikenal pasti sebagai pemuda Umno Balik Pulau.
Jingga 13 Pulau Pinang tidak menolak kemungkinan bahawa Ketua Bahagian
Umno Balik Pulau merangkap Adun Telok Bahang, Datuk Seri Dr Mohd Hilmi
Yahya mungkin mengetahui siapakah dalang sebenar di sebalik tindakan liar
pemuda berkenaan menyerang wartawan dan rakyat yang menyertai perhimpunan aman tersebut.
Ini kerana, dilaporkan, Umno Balik Pulau dengan partisipasi kira-kira 50 pemuda Umno Seremban mengadakan Program Gotong Royong Perdana di Sekolah Agama Rakyat Sungai Pinang, Balik Pulau sebelum pergi ke Padang Kota Lama.
Pemuda yang memakai topi "Umno Seremban" dalam gotong-royong tersebut adalah antara mereka yang terlibat dalam aksi provokasi tersebut.
Malaysia adalah negara yang aman, rakyat tidak perlu amalan politik liar dan provokasi. Jingga 13 Pulau Pinang mendesak polis menyiasat segera kumpulan provokator yang menyerang wartawan terbabit.
TOLAK BUDAYA POLITIK SAMSENGî
Amizudin Ahmat
Koordinator
Jingga 13 Pulau Pinang
Himpunan Hijau di Sudut Pidato, Padang Kota, Esplanade itu dicemari apabila kira-kira 50 orang, termasuk pemimpin tempatan dari Pemuda Umno dan kumpulan pendesak Melayu, PERKASA mengganggu acara yang dijalankan itu.
Ketika acara itu dimulakan pada jam 6 petang, kumpulan itu mula menjerit kepada orang ramai yang berhimpun secara aman itu dan memberi amaran kepada mereka bahawa isu Lynas itu bukan "isu Pulau Pinang" dengan melaungkan slogan "Hidup Umno", "Kami mahukan kebebasan" dan "Balik Kuantan (Kembali ke Kuantan)".
Kira-kira 1000 penyokong Himpunan Hijau kemudian membalas dengan laungan "Hidup Rakyat”.
Selepas 15 minit berlalu keadaan semakin tegang, namun tidak ada kelibat polis dilaporkan memantau keadaan.
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tiba kira-kira jam 6:30 petang dan berucap kepada hadirin bahawa Pakatan Rakyat berpendirian tegas bahawa tidak akan menyokong kilang penapisan nadir bumi bernilai RM700 juta yang dibina di Gebeng, dekat Kuantan itu kerana bahaya pencemaran bahan radioaktif.
Beliau juga menggesa rakyat yang hadir supaya tidak diperbodohkan dan digertak oleh kumpulan yang berkumpul berhampiran.
Apabila mendengar nasihat Lim itu, kumpulan berkenaan terus mencaci Lim dan melemparkan kata-kata kesat ke atas setiausaha agung DAP itu. Para hadirin kemudian bertindak dengan mem-boo mereka.
Berikutan itu, Lim mula meninggalkan pentas dan menyertai orang ramai tetapi kumpulan itu mula mengasak para hadirin sehingga mengakibatkan berlakunya pertengkaran.
Menurut orang saksi, seorang wartawan dan seorang jurugambar sebuah akhbar berbahasa Cina cedera didakwa dipukul dengan topi keledar.
Mereka dikenal-pasti sebagai wartawan dan jurugambar akhbar Kwong Wah Jit Poh iaitu Andrew Chew, 29, dan Lee Hong Chun, 25, masing-masing cedera di bahagian badan dan kepala.
Mereka kini dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP).
Pihak polis akhirnya tiba pada jam 7:15 malam dan menagarahkan orang ramai supaya bersurai.
Sementara itu, menurut laporan Benama, Ketua Polis Negeri Datuk Ayub Yaakob berkata penganjur langsung tidak memaklumkan kepada polis mengenai acara itu sehingga berlaku kekecohan.
"Memang tidak memerlukan permit tetapi sepatutnya penganjur memaklumkan atau berunding dengan pihak polis berhubung perhimpunan berkenaan supaya polis dapat bersiap sedia atau menempatkan anggota di kawasan berkenaan bagi mengelak sebarang perkara tidak diingini berlaku.
"Bila berlaku kekecohan, baru penganjur maklumkannya dan mereka juga cuba menyalahkan polis kerana lambat bertindak," katanya.
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/