UMNO masih belum belajar daripada pesanan Abraham Lincoln yang berbunyi: “Anda boleh menipu sesetengah orang pada setiap masa, malah semua orang pada sesetengah masa, tetapi tidak semua orang pada setiap masa.”
Ahli Parlimen UMNO Kota Belud Abdul Rahman Dahlan begitu terdesak ingin mengaitkan Kerajaan Negeri PR dengan skandal sampai beliau mendakwa bahawa Kerajaan Negeri tidak menjualkan 102.6 ekar tanah secara tender terbuka tetapi dengan cara rundingan dan telah menjualkannya pada harga yang rendah iaitu RM240 sekaki persegi dan bukan harga pasaran RM420 sekaki persegi
Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang (Pakatan) mencabar Umno atau kroni-kroninya untuk membeli tanah seluas 102.6 ekar di Bayan Mutiara pada harga RM420 sekaki persegi memandangkan sebelum ini mereka mendakwa nilai tersebut merupakan harga pasaran.
Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, kerajaan negeri boleh menerima RM1.873 bilion berbanding dengan RM1.07 bilion yang diterima pada harga RM240 sekaki persegi jika Abdul Rahman atau kroni-kroni Umno boleh membayar RM420 sekaki persegi.
"Abdul Rahman harus menunjukkan bukti bahawa tanah itu telah dijual secara rundingan. Projek ini telah melalui tender terbuka yang diiklankan dalam suratkhabar.
"Jika harga pasaran tanah di Bayan Mutiara adalah RM420 sekaki persegi, Kerajaan Negeri Pulau Pinang ingin mencabar Umno atau kroni-kroninya untuk membeli 102.6 ekar tanah di Bayan Mutiara pada harga RM420 sekaki persegi," katanya.
Tegasnya, jika Umno atau kroni-kroninya tidak berani menyahut cabaran dan membeli tanah ini pada harga RM420 sekaki persegi, maka mereka dibuktikan sebagai penipu.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Umno Kota Belud, Abdul Rahman Dahlan begitu terdesak ingin mengaitkan Kerajaan Negeri Pakatan dengan skandal yang tidak berasas.
Beliau mendakwa bahawa kerajaan negeri tidak menjualkan 102.6 ekar tanah secara tender terbuka tetapi dengan cara rundingan pada harga yang rendah iaitu RM240 sekaki persegi dan bukan harga pasaran RM420 sekaki persegi.
Tambah Guan Eng, pimpinan Umno yang lain juga telah menipu bahawa Ivory Properties Group Bhd, pemaju yang telah memenangi tender terbuka, telah dikecualikan daripada pembinaan perumahan kos sederhana rendah di kawasan pulau dan dibenarkan untuk membina perumahan tersebut di Batu Kawan.
Umno turut mendakwa bahawa tidak ada kawasan yang diperuntukkan untuk sekolah atau surau.
"Itu semua fitnah belaka. Pihak pemaju tidak diberi apa-apa pengecualian dan dikehendaki untuk membina perumahan kos sederhana rendah di kawasan Pulau serta memperuntukkan tanah untuk sekolah-sekolah dan tempat-tempat beribadat seperti yang disyaratkan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).
"Projek perumahan yang melibatkan hampir 12,000 unit rumah mampu milik di Batu Kawan adalah inisiatif Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebagai tambahan kepada perumahan kos sederhana rendah yang mesti dibina oleh Ivory," katanya.
Dalam pada itu, beliau memaklumkan kerajaan negeri telah menggunakan keuntungan RM500 juta daripada penjualan tanah di Bayan Mutiara untuk membina perumahan mampu milik di kawasan pulau dan juga di Batu Kawan.
Katanya, ini adalah jumlah "one-off" yang terbesar pernah diperuntukkan oleh mana-mana kerajaan negeri untuk perumahan mampu milik di Malaysia.
"Projek Batu Kawan merangkumi 12,000 unit rumah mampu milik dan akan menjadi perumahan mampu milik berkualiti yang terunggul di Malaysia. Kerajaan Negeri Pulau Pinang percaya bahawa golongan berpendapatan rendah di Pulau Pinang layak hidup dalam rumah dan bukan "kotak" supaya anak-anak mereka boleh membesar dengan sihat dan selamat.
"Daripada meniru yang terbaik, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah melantik perancang perumahan mampu milik yang paling terbilang di dunia - Housing Development Board (HDB) Singapura," katanya.
Jelas Guan Eng, perlantikan HDB Singapura hanya untuk merancang dan mereka bentuk perumahan mampu milik berkualiti yang terunggul di Malaysia sementara kerja-kerja pembinaan pula akan diberikan melalui tender terbuka kepada kontraktor-kontraktor tempatan.
Beliau menegaskan, dakwaan Umno bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang lebih mempercayai kontraktor Singapura berbanding dengan kontraktor tempatan dalam pembinaan rumah mampu milik adalah tidak benar sama sekali kerana kerja-kerja pembinaan belum lagi ditawarkan lagi.
Sungguhpun begitu, Kerajaan Negeri tidak akan memohon maaf kerana melantik HDB Singapura sebagai perunding perancang kerana mereka merupakan pereka bentuk perumahan mampu milik berkualiti yang terunggul di dunia.
"Kenapakah apabila firma Singapura datang ke Iskandar Johor, mereka dialu-alukan dan disanjung tetapi apabila firma Singapura datang ke Pulau Pinang mereka diserang dan dikritik?
"Dwistandard oleh UMNO ini jelas bermotif politik untuk mengapi-apikan sentimen perkauman di Pulau Pinang. Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak akan tunduk kepada serangan perkauman dan akan berdiri teguh dalam objektif untuk menyediakan perumahan mampu milik yang terbaik di Malaysia untuk semua rakyat Pulau Pinang, tidak kira kaum atau agama, dengan melantik pihak yang terbaik di dunia untuk membantu kita," katanya.
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
KUNJUNGAN HORMAT KEPADA TUAN MUSTAFFA KAMIL AYUB.
-
Kunjungan Hormat Jingga 13 Malaysia dipimpin Saudara Mikhael Iskhandaar,
kepada Pengerusi INSKEN: Tuan Mustaffa Kamil Ayub.
Kami menerima buku Membang...
Hadith mana yang suruh solat hajat untuk PERASUAH?
-
*Solat* Sunat *Hajat* merupakan *solat* sunat yang didirikan untuk memohon
*hajat* atau ketika berada dalam kesulitan.
Pada kebiasaannya dilakukan secar...
Rupanya Projek LCS Lewat Siap Sejak 2016.
-
Kenyataan Media | ๐ฆ๐ธ๐ฎ๐ป๐ฑ๐ฎ๐น ๐๐๐ฆ - ๐ก๐ฎ๐ท๐ถ๐ฏ ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐น๐ ๐ต๐ฒ๐ป๐๐ถ
๐ธ๐ฒ๐น๐ถ๐ฟ๐๐ธ๐ฎ๐ป ๐ฟ๐ฎ๐ธ๐๐ฎ๐
Ramai yang terpengaruh dengan naratif mantan P...
Luka Rakyat
-
Rakyat itu selalu diam,
tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa,
rakyat itu seperti naga,
melingkar dengan berat badan dan diam dalam keheningan sendiri,
t...
LEMAN RAJA LAWAK BAKAL JUTAWAN MENJELANG 2020
-
Pulau Pinang - Nama leman raja lawak tidak asing lagi ditanah air atau nama
sebenarnya Sulaiman Ibrahim yang berasal dari Negeri Kedah .
Insan ini perna...
YB - jangan tayang body, hodoh
-
YB, tindakan YB mandi ais itu betul! Salahnya adalah YB ambil gambar YB
sendiri dan muat turun dalam laman sosial untuk ditonton. Sebab, YB seorang
nega...
5 SEBAB ANWAR AKAN TEWAS DI PORT DICKSON
-
*Faktor 1 - Peratus keluar mengundi rendah.*
Jika di lihat daripada keputusan tiga pilihanraya kecil selepas PRU14,
perkara yang paling ketara ialah per...
Biji Benih Acai Berry
-
Harga Ramadhan dilanjutkan ke bulan Shawwal.
Sebungkus benih Acai berry RM50.00 termasuk poslaju.
Dua bungkus hanya RM90.00 termasuk poslaju. Setiap
bungkus ...
-
Ucapan Perbahasan Menjunjung Titah SPB Yang Dipertuan Agong YB Senator Dr
Muhammad Nur Manuty semasa Sidang Dewan Negara pada 18 April 2016
Bismillahirr...
Obama digesa jarakkan diri daripada Najib
-
BACK IN January, Malaysia’s autocratic-minded prime minister, Najib Razak,
tried to decree the end to a scandal involving the appearance of $681
million ...
RATIB UG ... TIMBUL TIMBALAN PERDANA MENTERI
-
Ratib UG di mainkan semula sekalipun yang meratib itu sudah pening angguk
geleng . PAS yang masih bersedih dengan kehilangan Tuan Guru Nik Abdul Aziz
teru...
KENYATAAN MEDIA Y.B. DATO’ MANSOR BIN HJ. OTHMAN
-
*KENYATAAN MEDIA*
*Y.B. DATO’ MANSOR BIN HJ. **OTHMAN*
*PENGERUSI PARTI KEADILAN RAKYAT*
*NEGERI PULAU PINANG*
Saya ingin merujuk kepada laporan berita The ...
Polemik Kalimah ALLAH
-
*Bermula apabila Kementerian Dalam Negeri di bawah Syed Hamid Albar
melarang majalah The Herald menggunakan kalimah Allah dlm penerbitan
mereka.....
Indonesia Tuduh PDRM Pengecut Dan Biadap
-
*Indonesia tuduh PDRM pengecut dan biadap!!!!! .. Apa tindakan Perkasa,
PEMUDA UMNO, JATI DAN ISMA!!!!*
*JAKARTA* – Indonesia memprotes tindakan Polis D...
Info Solat
-
Solat merupakan pengakuan taat setia antara manusia dengan Tuhannya, oleh
itu hendaklah dilakukan dengan rasa taat, khusyuk, hormat, dan dalam
keadaan b...