SharpShooter Followers

Thursday, February 02, 2012

Adakah Mat Sembab sabotaj program "Pelajar Emas" Pulau Pinang?

Hasrat Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat menyumbang RM100 kepada anak-anak Pulau Pinang yang belajar di darjah 1 dan 4 serta tingkatan 1 dan 4 tergendala sehingga sekarang.

Sumber kerajaan negeri memberitahu, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Pulau Pinang dipaksa untuk tidak bekerjasama dengan kerajaan negeri.

Dilaporkan, dua kali usaha kerajaan negeri mahu berbincang dengan JPN sebelum ini ditolak mentah-mentah.

Sumber mendakwa, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri yang mengeluarkan arahan yang tidak menguntungkan anak-anak Pulau Pinang itu.

Disebabkan itu, sumber berkata JPN dipaksa untuk tidak menyalurkan data mengenai seluruh pelajar Pulau Pinang yang layak menerima bantuan tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, jurucakap Lang-Gar!, Mohammad Ikhwan Mohammad Nasser berkata pihaknya berhasrat untuk bertemu dengan exco kerajaan negeri sebelum merancang tindakan lanjut mengenai dakwaan amalan tidak demokratik oleh JPN dan KPM.

“Kita (Lang-Gar!) akan bincang dulu dengan exco (kerajaan negeri). Kalau boleh dengan YB Phee Boon Poh sendiri.

“Selebihnya sama ada kita nak usik emosi Muhyiddin atau pengarah JPN dengan desakan dan memo, akan diputuskan kemudian selepas ini,” ujarnya.

Sumbangan RM100 merupakan salah satu inisiatif ‘Kerajaaan Berjiwa Rakyat’ sebagaimana disebut dalam Belanjawan Kerajaan Negeri Pulau Pinang 2012 bagi menghargai pelajar-pelajar di negeri berkenaan.



Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/