SharpShooter Followers

Thursday, February 16, 2012

Blog Nota Merah penulis kontroversi PAS digodam hingga hilang di alam maya

Wartawan dan penulis serta blogger Zainulfaqar Yaacob yang mengendalikan blog NOTA MERAH digodam semalam hingga hilang di alam maya. Ini adalah kali kedua blog beliau digodam.

Sebelum ini beliau mengendalikan blog zainulfaqar.wordpress.com tetapi telah digodam pada Okt 2009 kerana isu-isu dalaman yang panas hingga membakar hati dan perasaan pemimpin umno dan PAS. Falsafahnya mudah "berkata benar walau pun pahit".

Selepas itu beliau mengendalikan pula blog NOTA MERAH. Banyak isu-isu panas beliau ketengahkan dan akhirnya semalam buat kali kedua blog kendaliannya digodam. E-mel dan Facebook beliau juga digodam, beliau tidak boleh "sign in" atau "log in" kerana semua paswood telah ditukar oleh penggodam.

Beliau tidak patah semangat malah katanya ini semua membuat beliau bertabah semangat untuk menulis dan membongkar penyelewengan pemimpin tak kira dari parti mana sekali pun.

Sebagai anak muda yang mahu melihat umno bn tumbang pada PRU 13 akan datang, beliau terus menulis dan menyampaikan berita melalui web yang baru iaitu penanginsight.com

Lawan tetap lawan.

Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/