SharpShooter Followers

Saturday, February 11, 2012

AMAH DIROGOL KEMUDIAN KERAT KEMALUAN MAJIKAN KETIKA SEDANG MENGURUT ‘ANU’NYA...

Seorang pembantu rumah warga Bangladesh (bukan amah Indon) yang dituduh memotong alat sulit majikannya dan membuangnya ke dalam tong sampah, menangis di mahkamah, semalam dan tuduhan itu. Wanita berusia 26 tahun itu yang menangis sambuil menutup mukanya ketika pertuduhan dibacakan kepadanya di mahkamah.

Pendakwa raya menuduh suspek menyebabkan 40 peratus kecacatan kekal terhadap majikannya yang berusia 77 tahun selepas dia memotong alat sulit lelaki itu dengan pisau pencukur ketika majikannya mengarahkan suspek mengurut kemaluannya itu.

Ketika jurubahasa mahkamah menterjemahkan pertuduhan terhadapnya, suspek menangis. Dia menafikan melakukan perbuatan itu dan meminta supaya dihantar pulang ke negara asalnya. Bagaimanapun, ketika disoal, suspek mengaku dia mengambil pisau cukur dari almari berhampiran dan memotong alat sulit majikannya selepas lelaki itu menyuruh dia mengurutnya. Amah berkenaan menyatakan dua hari sebelum beliau ditahan, kemudian majikan merogolnya.

Beliau tidak dapat membela diri kerana majikannya mengancam untuk mengusirnya dari kediaman berkenaan. Keesokan harinya majikannya memperkosanya sekali lagi. “Pada hari kejadian, dia meminta saya mengurut alat sulitnya.

Saya nampak pisau cukur di atas almari. Saya terus mengambil pisau cukur itu tanpa pengetahuannya. Saya kemudian mengurut alat sulitnya sebentar. “Kemudian apabila mendapat peluang, saya mengerat alat sulitnya lalu ia jatuh ke lantai. Saya memungut dan membuangnya ke dalam tong sampah. Saya kemudian keluar dari biliknya dan bersembunyi di bilik lain,” katanya.

Sementara itu, anak lelaki mangsa, dalam keterangannya berkata, dia terkejut mendengar bapanya menjerit kesakitan. “Saya berlari keluar dari bilik dan melihat bapa duduk di kerusi dan bahagian bawah tubuhnya berlumuran darah. “Ketika saya tanya apa yang berlaku, dia berkata, pembantu rumah mengerat alat sulitnya. Saya kemudian menghalang suspek melarikan diri. “Saya menghubungi polis dan bapa dibawa ke hospital dengan ambulans.” Laporan forensik polis Dubai menolak kemungkinan wanita itu menjadi mangsa serangan seksual sebelum kejadian berlaku.

Tugas Amah untuk membantu kerja-kerja rumah sahaja dan bukannya untuk urut 'anu' majikan...Hairan juga macamana kes seperti ini amah pula yang didapati bersalah...sudahlah amah dirogol..majikan terlepas pula...


Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/