SharpShooter Followers

Thursday, February 16, 2012

Teguran TG Nik Aziz lebih sopan dan berhemah dari umporno yang tabur fitnah



Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan teguran yang diutarakan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat lebih sopan dan berhemah.

Malah beliau turut memberitahu teguran tersebut sangat berbeza dan perlu difahami.

"Teguran Nik Aziz sangat berbeza malah sopan dan kita kena faham, beliau kata kalau betul cakap tarik balik tetapi kalau tak benar saman sahaja.

"Ia berbeza dengan Unmo Barisan Nasional yang telah lempar fitnah serta menipu, kenapa mereka memadamkan kenyataan saya mengenai Palestin," tegasnya.

Tambahnya lagi, Umno Barisan Nasional tidak menyiarkan sepenuhnya kenyataan beliau berhubung dengan Palestin tetapi hanya mengambil separuh sahaja yang mempunyai kenyataan berhubung Israel.

"Mereka sejak dulu lagi asyik fitnah, kenapa mereka tidak siarkan pertemuan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed dengan Perdana Menteri Israel.

"Malah terdapat lagi menteri-menteri yang mengadakan pertemuan dengan pemimpin tertinggi Israel tetapi semua ini tidak disiarkan," ujarnya pada sambutan Maulidru Rasul dan bicara tokoh anjuran Majlis Perbandaran Subang Jaya di Ibu Pejabat Majlis Perbandaran Subang Jaya, pagi ini.

Ketua Pembangkang itu turut memberitahu perkara ini timbul apabila sikap Umno yang tidak mengambil fakta yang penuh tetapi hanya mengolah kenyataan dalam sudut mereka sendiri.

Dalam satu kenyataan pada 13 Februari lepas, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan, menggesa Anwar menarik balik kenyataannya yang dikatakan menyokong usaha melindungi keselamatan Israel sebagaimana yang disiarkan Wall Street Journal (WSJ).

Malah Ketua Pembangkang itu turut digesa untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap WSJ bagi membersihkan namanya jika apa yang disiarkan itu tidak benar.

Ekoran itu, Anwar akan mengadakan perjumpaan dengan Nik Aziz bagi menjelaskan isu Israel itu.


Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/