SharpShooter Followers

Wednesday, February 29, 2012

Jingga 13 Pulau Pinang melancarkan kempen "Gerakan 1,000 Kamera" malam ini sempena Debat GASAK292


Kenyataan Media
Jingga 13 Pulau Pinang

29 Februari 2012

Jingga 13 Pulau Pinang melancarkan kempen "Gerakan 1,000 Kamera"
sempena menghadapi kemungkinan provokasi grup pemuda liar Umno pada
majlis debat antara Lim Guan Eng dan Tan Sri Nor Mohamad Yackop yang
dijadualkan pada malam ini.

Kempen ini dilancarkan supaya insiden 2 wartawan Kwong Wah Jit Poh
diserang sehingga tercedera pada Sabtu lepas ketika membuat liputan
mengenai Himpunan Hijau 2.0 di Padang Kota, George Town tidak lagi
berulang.

Malaysia yang menjunjung semangat demokrasi tulen sepatutnya mengajak
rakyat untuk hidup harmoni walaupun mempunyai perbezaan dari segi
pandangan politik.

Nor Mohamed dijemput berdebat dengan Guan Eng atas pentas Sekretariat
Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang (Pemuda Penang) atas semangat
demokrasi.

Datanglah kerana ini parlimen yang diwakili kamu. Datanglah dengan
budaya berdebat yang rasional, ilmiah dan demokratik kerana kita tidak
perlukan provokasi.

Kejadian gantung "ayam berdarah berkaki satu" di Pusat Khidmat Permatang Pauh Anwar Ibrahim yang juga Bilik Gerakan AMK Permatang Pauh pagi tadi juga dipercayai ada kaitan dengan program malam ini.

Jika grup liar berkenaan bertekad untuk menyerang, kami menyeru rakyat
untuk tidak menyerang balas. Kita rakam setiap tindak tanduk liar
mereka pada malam ini dan biar rakyat menilai mereka pada pilihan raya
umum ke-13 kelak.

Justeru, Jingga 13 Pulau Pinang sekali lagi kami menyeru seluruh rakyat untuk bersama-sama
menggerakkan kem "Gerakan 1,000 Kamera" pada malam ini.


"SEMARAKKAN DEMOKRASI, TOLAK PROVOKASI LIAR SAMSENG PEMBANGKANG PULAU PINANG"


Amizudin Ahmat
Koordinator
Jingga 13 Pulau Pinang

Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/