SharpShooter Followers

Tuesday, February 07, 2012

Tak ada budak jambu ikut @ShahrizatJalil



Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat Zuraida Kamarudin menafikan dakwaan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bahawa ada seorang pemimpin pembangkang yang "jambu" mengintip pergerakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu selama tiga bulan lalu bagi mengetahui secara terperinci perjalanan hidupnya.
Zuraida menyifatkan kenyataan Shahrizat itu sebagai kebudak-budakkan dan meminta pemimpin itu supaya "diam".
"Saya sebenarnya nak balas... saya rasa Shahrizat lebih baik diamlah sebab bila dia cakap lebih banyak petanda-petanda yang menunjukkan kenyataan dia kebudak-budakkan," katanya memberitahu Antarapos.com.
Semalam, Shahrizat mendakwa ada seorang pemimpin parti pembangkang telah mengintip pergerakan beliau selama tiga bulan bagi mengetahui secara terperinci perjalanan hidupnya.
Beliau yang juga Ketua Pergerakan Wanita UMNO itu berkata, ketaksuban anggota berkenaan yang disifatkannya masih muda dan 'lelaki jambu' itu seolah-olah mahu merampas jawatan yang disandangnya.
"Sebenarnya, individu ini mahu menjadi Ketua Wanita UMNO dan Wanita BN memandangkan Wanita mempunyai ahli seramai 1.3 juta berbanding parti yang dipimpin beliau itu tidak ramai ahli," katanya selepas mengadakan lawatan dan menyampaikan sumbangan hamper sempena sambutan Maulidur Rasul di Wad Bersalin Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Sharizat semalam menegaskan beliau tidak akan tunduk kepada tekanan PKR untuk berundur sebagai Menteri dan Ketua Wanita Umno kerana masalah yang membelit Pusat Fedlot Kebangsaan yang diuruskan oleh suaminya.
Zuraida dan pemimpin PKR lain mendakwa pinjaman RM250 juta untuk projek ternakan lembu daging itu digunakan ahli keluarga Sharizat bagi membeli tanah, kondominium mewah dan kereta selain untuk bercuti ke luar negara.
Sharizat menegaskan projek itu tidak ada kena mengena dengan beliau dan meminta polis untuk menjalankan siasatan penuh.



Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/