Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, kenyataan medianya berkaitan isu penggunaan nama 'Allah' baru-baru ini tidak merujuk kepada penghakiman yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi terhadap kes penggunaan kalimat 'Allah’ untuk penerbitan Herald.
Apa yang dimaksudkan oleh beliau adalah "prinsip asas yang digunakan oleh Islam dalam menentukan kaedah penggunaan kalimat ”Allah” itu secara sebenar."
Beliau membuat penjelasan ini ekoran laporan akhbar The Star yang melaporkan seolah-olah beliau menyokong keputusan mahkamah tinggi itu.
Berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Politik beliau, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
Penjelaskan artikel berita akhbar The Star 6 Januari 2010
Satu artikel berita yang bertajuk “Word Allah not restricted only to Muslims, says Hadi” sebagaimana yang diterbitkan oleh akhbar The Star, muka N12 bertarikh 6 Januari 2010 adalah dirujuk.
Dalam para keempat ianya ditulis sebagai : “In supporting the High Court’s decision that allowed the weekly Herald to use the word 'Allah', he said the principle of freedom of religion was championed by Islam because human beings could not be forced to profess any religion except through their own freewill”.
Ingin dijelaskan disini bahawa kenyataan akhbar yang dikeluarkan secara rasmi oleh Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS) pada 4 Januari 2010 itu tidak merujuk kepada penghakiman yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi terhadap kes penggunaan kalimat ‛Allah’ untuk penerbitan Herald.
PAS hanya menjelaskan prinsip asas yang digunakan oleh Islam dalam menentukan kaedah penggunaan kalimat ”Allah” itu secara sebenar.
Oleh yang demikian, maksud yang difahami dari para keempat terutamanya merujuk kepada ayat ”In supporting the High Court’s decision..” yang ditulis itu adalah tidak tepat sama sekali.
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
Setiusaha Politik Presiden PAS
6 Januari 2010
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Tidur di masjid, Istimewa PAS, menjelas kehidupan.. & saranan..
-
*1. Tidur di masjid, Istimewa PAS, menjelas kehidupan.. *
*Soalan:*
Pada setengah masjid ramai orang tidur di dalamnya sama ada kerana berehat
atau ...
9 hours ago