SharpShooter Followers


Wednesday, August 01, 2012

Gari dan tahan @rafiziramli dan Johari bukti umno bacul - @azmizam

PENAHANAN PENGARAH STRATEGI PKR RAFIZI RAMLI: BUKTI KEBACULAN BARISAN NASIONAL MENANGANI KEBANGKITAN RAKYAT

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor hari ini mengecam tindakan pihak PDRM dan Bank Negara yang menahan serta mendakwa Rafizi Ramli pagi tadi dibawah BAFIA (Akta Institusi Perbankan dan Kewangan) kerana mendedahkan tiga akaun kewangan berkaitan National Feedlot Corporation (NFC) dan pengerusinya Mohd Salleh Ismail.

AMK Selangor menganggap ini sebagai satu lagi tindakan bacul pentadbiran Najib Razak selaku Perdana Menteri, yang bukan sahaja gagal menangani penyelewengan duit rakyat tetapi juga terpaksa bertindak mengekang pendedahan demi menyelamatkan menteri serta kroni.

Inilah salah satu keunikan kerajaan Umno Barisan Nasional apabila yang mendedahkan penyelewengan ditangkap manakala yang menipu dibiar bebas rompak harta negara.

Ini juga jelas menunjukkan Najib Razak sudah hilang cengkaman terhadap negara ini dan terpaksa menangkap Rafizi untuk memperlahankan nafas terakhir Umno Barisan Nasional.

ANAK MUDA AKAN BANGKIT UNTUK MENUMBANGKAN UMNO

Perkiraan Kerajaan Umno Barisan Nasional untuk mengekang kebangkitan rakyat terutama anak muda akan sekadar menjadi mimpi indah kerana AMK Selangor yakin lebih ramai anak muda akan bersama dan berinspirasi daripada keberanian Rafizi itu.

AMK Selangor percaya siri pengkhianatan terhadap rakyat ini akan berterusan selagi mana Pakatan Rakyat komited merancang dan melaksanakan dasar yang lebih progresif untuk rakyat.

Saya merasakan tindakan Kerajaan Umno Barisan Nasional ini telah membuka ruang lebih banyak untuk rakyat menilai niat jahat mereka.

Justeru, AMK Selangor percaya inilah masa paling tepat untuk rakyat menyatakan sokongan terhadap Pakatan Rakyat dan kerana semakin lama Umno Barisan Nasional semakin tersepit untuk mempertahankan diri mereka sehingga terpaksa menangkap dan mendakwa Rafizi sebagai seorang strategis bijak demi menyelamatkan saki baki pemerintahan mereka.

AMK Selangor yakin rakyat telah menilai dan sudah membuat keputusan untuk menggantikan Kerajaan Umno Barisan Nasional ini dengan Pakatan Rakyat sebagai pentadbiran baru di Putrajaya.


AZMIZAM ZAMAN HURI
Ketua AMK Selangor
Naib Ketua AMK Pusat


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone