SharpShooter Followers

Thursday, July 01, 2010

Suara Keadilan pertahan artikal Felda bangkrap

Oleh Norasikin Samsi

SHAH ALAM 1 Julai - Lidah rasmi KEADILAN, Suara Keadilan menegaskan pendirian berhubung laporan muka depan bertajuk 'Felda Bangkrap' pada penerbitannya minggu lalu sekaligus mempertahankan prinsip untuk terus memperjuangkan nasib peneroka Felda di seluruh negara yang semakin terancam di bawah rejim Umno-Barisan Nasional.

Pengarangnya, Dzulkarnain Taib mengulas demikian setelah menerima memorandum daripada wakil sekumpulan lebih 200 orang dipercayai peneroka Felda yang berhimpun di hadapan pejabat Suara Keadilan di Seksyen 13 di sini tengahari semalam.

Pada sidang media beliau menjelaskan penerbitan laporan itu tidak sesekali berniat untuk menyinggung mana-mana peneroka felda malah berharap nasib mereka yang ditindas mendapat pembelaan yang sewajarnya.

"Kami di Suara Keadilan berpegang teguh kepada prinsip kebenaran bagi membongkarkan segala penyelewengan yang berlaku di dalam Felda dan bukan dengan niat untuk menyinggung peneroka Felda. Malah kami mahu memperjuangan hak dan nasib mereka," katanya.

Menurutnya lagi, Suara Keadilan tidak akan menarik balik laporan berkenaan kerana apa yang dilaporkan merupakan kenyataan pemimpin KEADILAN berhubung dakwaan salah urus tadbir dalam Felda serta kenyataan Timbalan Menteri, Datuk Ahmad Maslan dalam parlimen mengenai kemerosotan rizab tunai agensi itu sejak 2004 hingga 2009.

"Sebagaimana yang kita maklum, Felda mahu mengambil tindakan saman terhadap Suara Keadilan, jadi biarlah mahkamah yang menentukan keputusannya," ujar beliau lagi.

Sementara itu, Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin menerima baik perhimpunan pihak terbabit tetapi tidak bersetuju dengan tindakan yang diambil kumpulan terbabit.

"Ini merupakan sesi rentetan yang ditaja oleh Umno-BN. Felda sepatutnya menjawab isu ini dengan jawapan yang lebih berwibawa bukannya menganjurkan bantahan sebegini.

"Malahan pihak kami telahpun menjawab surat tunjuk sebab sepertimana yang diarahkan oleh Kementerian Dalam Negeri," katanya.

Terdahulu, Dzulkarnain yang ditemani Shamsul Iskandar menerima memorandum daripada kumpulan berkenaan, diiringi kata-kata kesat dari sebahagian ahli kumpulan itu.

Bagaimanapun Dzulkarnain kelihatan tenang biarpun para penunjuk perasaan itu kelihatan emosi mencerca dan menuduh beliau sebagai tidak bertanggungjawab dan pengkhianat.

Selepas menyerahkan memorandum, polis meminta kumpulan tersebut bersurai.

Kelihatan juga peserta demonstrasi itu disediakan makanan dan minuman percuma yang dibekalkan daripada sebuah van berhampiran.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/