SharpShooter Followers

Monday, March 11, 2013

Najib bazir duit rakyat RM94 juta kepada Amerika

PENDEDAHAN BAYARAN TERHADAP KONSULTAN PERHUBUNGAN AWAM AMERIKA UNTUK MENYERANG ANWAR: KERAJAAN DIAM MEMBISU

Pada minggu lepas, Joshua Trevino, bekas penulis ucapan presiden Amerika Syarikat George W. Bush memfailkan rekod kepada kerajaan AS yang mengesahkan beliau dibayar oleh kerajaan Malaysia menerusi APCO Worldwide di dalam kempen mempromosi pentadbiran Datuk Seri Najib Razak dan menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Rekod tersebut mendedahkan Trevino dibayar AS$389,724.70 oleh kerajaan Malaysia, parti pemerintah UMNO-BN ataupun kepentingan yang berkaitan. Pada Ogos tahun lepas, Trevino dipaksa meletak jawatan sebagai kolumnis di akhbar UK, the Guardian. Ini berikutan beliau tidak mengumumkan peranannya sebagai konsultan kepada FBC Media, di mana beliau menulis memuji tentang ciri-ciri 'kesederhanaan' Najib.

Pada 2011, Najib mengakui bahawa kerajaan membayar RM94 juta kepada FBC Media antara 2007 hingga 2010. FBC turut membayar AS$70,000 kepada APCO Worldwide untuk melobi kerajaan AS mewakili pentadbiran Najib. Apabila skandal pembayaran dan pengaturan berita ini didedahkan, BBC dan CNBC menamatkan kontrak FBC kerana melanggar etika kewartawanan.

Ironisnya, ketika UMNO-BN terus-menerus menyerang Anwar sebagai pro-Israel di dalam propaganda dalam negara, Trevino dan konsultan-konsultan lain bekerja keras untuk menggambarkan Anwar sebagai anti-Israel di luar negara.

Najib perlu menjawab persoalan-persoalan berikut yang timbul daripada skandal ini:
 
a) Berapa banyakkah wang rakyat yang dibayar kerajaan kepada konsultan perhubungan awam, khususnya luar negara untuk menulis bahan-bahan anti-Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim?

b) Selain daripada APCO di AS dan FBC di UK, di manakah lagi BN melantik konsultan untuk menyerang pembangkang?

c) Siapakah yang terlibat di dalam perlantikan dan koordinasi konsultan-konsultan ini?

Apakah arahan yang diberikan kepada konsultan-konsultan ini mengenai bahan-bahan berkaitan Anwar Ibrahim memandangkan kebanyakan kerja yang dibuat adalah menyerang Anwar semata-mata?

e) Adakah kerajaan sedar bahawa ramai konsultan yang dilantik terkenal dengan pandangan ekstrem dan anti-Islam mereka, yang menghina Islam, Ikhwanul Muslimin dan umat Islam di Amerika?

f) Adakah kerajaan sedar bahawa konsultan-konsultan yang dilantik adalah penyokong tegar Israel yang menentang hak rakyat Palestin?

Najib mestilah menjawab perkara ini dengan pilihan raya yang bakal tiba. Meskipun Najib terus membelanjakan jutaan ringgit wang rakyat bagi tujuan propaganda dan fitnah, beliau terus menolak gesaan Anwar untuk perbahasan polisi bagi kepentingan rakyat Malaysia. 

NIK NAZMI NIK AHMAD
PENGARAH KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone