Saya telah diserangi secara bertubi-tubi oleh media dan para blogger pro-BN sejak Mac 2 lalu, terutamanya blogger Papagomo yang telah menerbitkan beberapa artikel yang mendakwa saya menghina Pasukan Keselamatan yang kini menjalankan tugas mereka di Sabah.
Saya ingin menyatakan bahawa saya akan mengambil tindakan undang-undang di mahkamah terhadap blogger Papagomo berkenaan dengan siri artikelnya yang menyerang nama saya dan kini menyebabkan siri ancaman dan ugutan terhadap keselamatan peribadi saya.
Tuduhan menghina Pasukan Keselamatan adalah suatu fitnah dan pembohongan semata-mata. Untuk menjelaskan sekali lagi saya tidak pernah menghina Pasukan Keselamatan dan tugas mereka, saya telah membuat keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang.
Para blogger seperti Papagomo seharusnya mengambil iktibar daripada tindakan undang-undang ini dan berhenti menerbitkan artikel-artikel fitnah tanpa asas atau bukti.
YB Tian Chua
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)
Ahli Parlimen Batu
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Sultan Pahang Mahu Infrastruktur Jalan Raya Di Negeri Ini Ditambah Baik,
Kurang Risiko Kemalangan
-
*PEKAN: *Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah
Shah mahu infrastruktur jalan raya di negeri ini ditambah baik bagi
mengurangkan...
3 days ago