JINGGA 13 Malaysia
Ahli Politik Antara Punca Pemangkin Budaya Samseng dan tidak akan mampu menangani jenayah yang semakin menakutkan
Jingga13 Malaysia begitu tertarik dengan situasi budaya samseng yang
begitu menular di kalangan masyarakat Malaysia mutakhir ini.
Tidak sesiapa yang mampu menafikan antara faktor ialah masalah kenaikan
sara hidup yang semakin meningkat ekoran kegagalan Kerajaan UMNOBN
mengawalnya terhadap kenaikan harga minyak,barangan makanan dan
keperluan hidup malah pendapatan bulanan yang tidak setimpal, dibebani
pula isu pengangguran,kurangnya pendidikan yang berteraskan nilai dan
moral,akhlak dan agama kerana kesibukan mengejar prestasi akademik dan
realistik duniawi,serta kesibukan mencari pengisian harga kehidupan
mampu menjana budaya samseng yang turut mengundang rasa sebal dan tidak
selesa terutamanya keselamatan yang semakin tidak terjamin.
Namun ada lebih menyedihkan di antara ahli-ahli politik turut mendidik
ke arah memupuk budaya samseng tanpa rasa kekok dan bersalah.Malah ada
yang memperlihatkan gaya samseng dan brutal,mengugut,lebih ketara
mengiktiraf kelompok dan kumpulan tertentu agar dilihat berkuasa dan
kebal.
Tindakan ala samseng Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
mengugut dan 'menunjukkan kuasa' sepertimana terhadap wartawan dan media
tempohari memberikan gambaran negatif seorang yang bergelar menteri
yang sepatutnya tidak bertindak 'songsang' sedemikian rupa.Sebagai
Menteri Dalam Negeri seharusnya beliau adalah lebih bersikap profesional
dan menunjukkan kredebiliti yang mampu mendidik rakyat bukannya
bersikap seperti seorang 'ketua gangster'.
Jingga 13 yakin,rakyat Malaysia menolak budaya ala samseng yang
ditonjolkan oleh seorang yang bergelar menteri.Memperlihat itukah tahap
kematangan seorang menteri khusus menjaga kementerian yang sangat
penting dalam menjamin keselamatan dan keamanan dalam negara tetapi
bersikap "tidak menghormati undang-undang" seperti diungkapkan oleh
pengarang veteran TheSun R Nadeswaran dalam kolumnya .
Mampukah seorang yang tidak menghormati undang-undang menjalankan tanggungjawab dan amanah dengan sempurna?
Seharusnya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menunjukkan aksi dan
kesungguhan yang lebih tegas terhadap kes-kes samseng dan jenayah yang
semakin meresahkan rakyat.Dalam kehilangan senjata api oleh Polis DiRaja
Malaysia sepertimana dilaporkan oleh Laporan Audit Negara 2012 ,
insiden tembak-menembak yang mengakibatkan kematian,kecederaan
menggunakan senjata api semakin meningkat dan sudah pasti benar-benar
menakutkan rakyat.
Adakah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan menggunakan "kuasa" terhadap
sesiapa sahaja termasuk wartawan dan akhbar untuk mengekang segala
kritikan terhadap beliau yang dilihat gagal sebagai seorang Naib
Presiden UMNO dan menteri?
Adakah masalah jenayah akan mampu diselesaikan iaitu memupuk "amalan
menembak penjenayah, daripada menangkap mereka" sepertimana kenyataan
oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang akhirnya mengundang kritikan
daripada pelbagai pihak.
Mampukah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menangani gejala samseng dan
jenayah dengan sikap beliau sedemikian rupa malah turut memberikan
sokongan kepada geng 'tiga line' yang merupakan antara 47 kumpulan
kongsi gelap yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri pada Ogos
lalu dan diisytiharkan sebagai pertubuhan haram,malah telah
mengiktirafkan 6,171 orang Melayu dari Operasi Memerangi Kongsi Gelap
oleh Polis DiRaja Malaysia sebagai 'GANGTER KENDURI-KENDARA' seperti
diungkapkan oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi "kumpulan itu bukanlah
“samseng betul” tetapi hanya “gengster kenduri-kendara” di Pusat
Dagangan Antarabangsa Melaka,Air Keroh,Melaka.
Kenyataan beliau benar-benar "memalu dan merendahkan" Polis DiRaja
Malaysia yang menjalankan tanggungjawab membenteras jenayah kongsi
gelap. Taraf Polis DiRaja Malaysia hanya menangkap "Gangster
Kenduri-Kendara"?
Sekiranya 6,171 orang melayu adalah 'gangster keduri-kendara' , manakala
1,701 orang Cina, 3,685 orang India dan 2,954 kaum lain yang terlibat
dengan jenayah kongsi gelap adalah gangster apa????
Kenyataan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ternyata memupuk dan mengiktiraf
kumpulan kongsi gelap yang telah di'blacklist' oleh oleh Polis DiRaja
Malaysia sebagai pertubuhan haram dan terlibat dalam jenayah kongsi
gelap. Wajarkah seorang menteri yang meneraju Kementerian Dalam Negeri
bersikap sedemikian dan memperlekehkan kerja bersungguh-sungguh pegawai
dan anggota Polis yang terlibat membenteras jenayah kongsi gelap.
Jingga 13 Malaysia mendesak agar Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi wajar
meletakkan jawatan kerana beliau tidak layak menerajui Kementerian Dalam
Negeri.Isu sewaktu menerajui Kementerian Pertahanan masih banyak tidak
diselesaikan,sudah pasti beliau tidak akan mampu menerajui kementerian
yang sangat penting ini demi maruah dan keselamatan rakyat.
Fariz Musa
Ketua Koordinator
Jingga13 Malaysia
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Tidur di masjid, Istimewa PAS, menjelas kehidupan.. & saranan..
-
*1. Tidur di masjid, Istimewa PAS, menjelas kehidupan.. *
*Soalan:*
Pada setengah masjid ramai orang tidur di dalamnya sama ada kerana berehat
atau ...
33 minutes ago