SharpShooter Followers


Thursday, October 10, 2013

Husam Musa kotakan janjinya

Naib Presiden  PAS, Datuk Husam Musa melaksanakan janjinya untuk menyuarakan bantahan kepada sesiapa saja jika alam sekitar dan pokok di Kelantan ditebang sesuka hati.

Janji itu dilaksanakan apabila Husam meminta kerajaan negeri Kelantan agar tidak meluluskan permohonan sebuah syarikat untuk menebang kawasan seluas 1,400 hektar di hutan simpan Kekal Ulu Sat di Machang. Janji ini dibuat Husam ketika menjadi penal forum anak muda, Servival PAS dalam  Politik Malaysia di Dewan Himpunan China Selangor pada 2 Oktober lalu.

Dalam forum itu, Husam berkata, beliau akan menjalankan tugasnya selaku Adun biasa di Kelantan dan perkara yang paling sensitif bagi beliau adalah tentang alam sekitar termasuk pokok. Ketika membahaskan usul Belanjawan 2014 kerajaan Kelantan di Dewan Undangan Negeri Kelantan semalam, Husam membuat kejutan dengan membangkitkan isu pembalakan di hitan simpan berkenaan dan kenaikan tarif air di negeri itu  yang berkuat kuasa Ogos lalu.

Menurut Husam, ketika Kelantan diteraju Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, satu keputusan sudah dicapai agar semua permohonan baharu di kawasan hutan simpan itu mesti ditolak.

"Seingat saya, kata Tok Guru (Nik Abdul Aziz), Hutan Ulu Sat dan Cabang Tongkat adalah paru-paru untuk mengeluarkan udara segar dan bersih bagi penduduk Kelantan. Biarlah ia kekal untuk anak cucu kita," katanya yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan.

Langkah Husam mengkritik kerajaan PAS ini mengejutkan banyak pihak kerana seolah-olah beliau mengambil alih peranan pembangkang iaitu Umno di DUN berkenaan.

"Menariknya, apabila beliau menimbulkan cerita ini pelbagai persoalan muncul. Antaranya mengapa beliau bangun untuk melawan kerajaan dari partinya sendiri? Mengapa tidak beliau atasi kelemahan kerajaan negeri semasa beliau berkuasa dahulu?



Agus sebelum ini banyak mengkritik kerajaan negeri Kelantan sehingga menimbulkan polemik antara beliau dengan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah. Ia berakhir dengan cabaran agar Agus ke Kelantan sendiri berjumpa dengan Nik Amar dan disahut "Tunggu saya," kata Agus.

Namun sehingga kini tidak diketahui apakah perjumpaan itu berlaku antara mereka berdua.
Bagi Dr Agus dalam tulisan terbarunya ini, beliau tidak hendak mempertahankan sesiapa dalam hal ini dan berkata:
"Mengapa hanya sekarang beliau memberikan pelbagai cadangan untuk membangunkan negeri? Adakah ini sabotaj beliau kepada kerajaan negeri selepas tidak lagi dilantik menjadi Exco dalam pentadbiran kerajaan negeri yang baru?" kata Profesor Dr Mohamad Agus Yusof, penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysian (UKM) menerusi Facebooknya.

"Saya tidak boleh kata apa yang Adun Salor timbulkan itu benar atau salah. Tapi yang saya yakin ialah Adun Salor membuat 'kerja rumahnya' sebelum berucap di DUN."

Beliau percaya, semua pihak menunggu jawapan dari Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub sendiri dalam isu ini yang dijangka akan berbuat demikian petang ini.

"Bukan saya sahaja yang menunggu, rakyat juga ternanti-nanti jawapan MB.
"Apakah tindakan beliau itu salah? Saya tidak melihat begitu. Saya tunggu perbahasan seperti ini sekian lama, iaitu ahli dari parti sendiri membahas dasar dan keputusan kerajaan.

"Pada saya, tindakan Adun Ssalor adalah baik untuk memperbaki kelemahan parti, lagi pun beliau adalah Adun biasa yang bukan lagi berada dalam barisan kepimpinan kerajaan. Lainlah kalau beliau ahli Exco yang terikat dengan doktrin ‘tanggungjawab bersama’," katanya.

Beliau berharap, di pihak kerajaan negeri pula, terima pandangan Adun Salor sebagai politik profesional dan politik matang.

“Jawablah dengan baik untuk menangkis dakwaan beliau, bukan untuk melihat beliau sebagai musuh parti atau musuh kerajaan negeri.

"Ingat, dari segi hirarki parti, Adun Salor adalah naib presiden PAS. Maka, sebagai naib presiden, tidak ada tujuan bagi beliau untuk mensabotajkan parti dan kerajaan negeri dokongannya," kata Agus.

Melihat lebih jauh, Agus berkata: "Jikalah politik cara ini juga diamalkan di Parlimen, alangkah majunya politik kita dan alangkah baiknya untuk rakyat dan negara kita.”



Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Din Sharpshooter
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/